Papan tanda subway New York (tiada kena mengena dengan entry)
Bersembang dan bertukar pendapat memang banyak manfaat. Terutama di tanah asing ini. Saya berminat bersembang dengan komuniti Muslim. Dalam capaian saya ialah jemaah yang berterawih di surau Dialogue Center, Lehigh University.
Topik imigrasi menjadi perbualan. Si imam bertanya, "Do you want to imigrate to the USA?" Saya katakan tidak. Dia bertanya kenapa? Saya katakan tiada komuniti Melayu di sini (mungkin ada di tempat lain tetapi di Bethelehem, tiada).
"What's the problem? There are lots of Muslims here". Betul. Di sekitar Bethlehem ada 4 buah masjid. Komuniti Muslim di sini lebih kurang sama banyak dengan yang ada di Adelaide, Australia. Bezanya, di sini tiada komuniti Melayu tetapi di Adelaide, ramai - boleh buat kampung Melayu lagi.
Walaupun saudara seagama tetapi kita masih perlukan sokongan dari keluarga Melayu yang memahami budaya Melayu. Itu adalah fitrah.
Lagipun tiada keperluan lagi untuk berhijrah keluar. Di Malaysia pun apa yang ada mencukupi. Bahkan, penduduk Melayu di Malaysia lebih kurang 15 juta (maksimum?). Negara masih boleh menampung keperluan penduduknya.
Berbeza dengan India, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Arab (bahkan Indonesia). Negara mereka sudah tidak mampu menampung keperluan rakyat. Maka imigrasi keluar adalah kebiasaan. Tidak pelik. Malah keluar dari tanahair menjadi cita-cita sejak dari kecil lagi.
Mungkin imigrasi akan menjadi lumrah apabila hasrat bekas PM kita tercapai - penduduk 70 juta bergantung kepada mampu atau tidak negara menampung kehendak rakyatnya. Saya dan isteri sudah menyumbang kepada visi ini sekurang-kurangnya (anak KELIMA bakal lahir) walaupun ada yang lebih hebat - mempunyai anak seramai 12 orang (dalam jabatan) yang disambut dengan mata terbeliak dan mulut menganga oleh jemaah surau ini semasa sesi menyembang lepas berbuka sementara menunggu waktu Isya'.
1 comment:
tunggu ada MALAY TOWN di serata dunia....ermmm....mimpila kot
Post a Comment