Steak salmon, rasberry (bukan manis sebenarnya tapi ada masam-masam sikit) dan Mexican chilli sauce.
Sop ayam peram (semalam punya)
Unfortunately, tak dapat tarawih di surau semalam. Sebabnya? Hujan. Renyai-renyai. Tak sanggup redah berjalan hampir 1km. By the time sampai, mungkin basah lenjun. Penyudahnya, tertidur atas sofa. Sedar-sedar dah dekat 1am. Selesaikan Isya dan tarawih 12 rakaat (tak berdaya nak selesaikan 20).
Kamu semua di Malaysia, sudah tentu berbahagia berpuasa di sana ye. Juadah macam-macam. Saya di sini, masak ala kadar. Ronda pun bukan di pasar Ramadan tetapi di grocery store. Semalam, menghabiskan masa hampir sejam browsing store walaupun beli sikit je. Puaskan nafsu perut dan bayang macam-macam boleh masak dengan items yang ada dijual tapi tak berkemampuan nak buat. Skill takde.
Potongan salmon menjadi pilihan. Idea takde nak masak apa. Yang tau, orang putih tak masak gulai salmon ni. Cuma goreng-goreng. Atau buat steak. So steak it is. Tabur dengan perencah yang dibeli. Dan perap dalam peti ais. Boleh tahan sedap ratah. Sop ayam semalam nak buang rasa sayang. Mungkin ada berkat disebaliknya. Jadi, dipanaskan dan dihabiskan juga.
Ambil semangat Nabi s.a.w. untuk mengambil kegembiraan semasa berpuasa. Ada dua. Satu: sewaktu berbuka. Kedua: sewaktu menemui Tuhannya. Walaupun hati ini rindu pada keluarga.
4 comments:
mesti senang nak dapat ikan salmon kat sana
sabar bro...tak lama lagi ......
Korawk
senang tapi harga tetap premium
baru sempat blogwalking. sibuk seminggu ni.
adoi pukul 8.30 pagi ni dah nampak sup ayam....
Post a Comment