Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Uli Jon Roth. Show all posts
Showing posts with label Uli Jon Roth. Show all posts

Monday, November 16, 2015

Ulasan: ULI JON ROTH Scorpions Revisited





Saya adalah pemuja Uli Jon Roth. Pemujaan ini telah berlaku sejak pertama kali saya mendengar petikan gitar dia bersama Scorpions ketika umur saya sekitar 8-9 tahun. Biasanya pada umur begini, apa yang kita puja ketika itu akan melekat sampai bila-bila.

Apabila mendengar berita bahawa beliau akan merakam kembali lagu-lagu Scorpions, itu sudah cukup mengujakan. Timbul juga kerisauan, kerana harapan menggunung tinggi, adakah rakaman semula ini cukup baik? Manakan tidak, kerana diketahui beliau tidak pernah lagi memainkan lagu Scorpions berpuluh tahun lamanya.

Nampaknya kerisauan ini juga dikongsi oleh beliau tetapi dari perspektif berbeza. Risau UJR ialah, bagaimana untuk merakamkan kembali lagu-lagu tersebut tanpa terasa membuat kerja yang sia-sia. Apa perlu dirakam semula benda yang sama? Untuk itu UJR mengambil keputusan untuk merakamkan semuanya secara live. Dewan besar disewa dan rakaman dibuat secara live tetapi tanpa penonton. UJR menggunakan 2 gitaris tambahan untuk menampung kekewaan Tokyo Tapes dulu, banyak lagu yang tidak dapat dimainkan secara live kerana lagu-lagu asalnya menggunakan layer gitar yang banyak.

Maka hasilnya ialah sebuah album kembar yang mantap; tanpa perlu kerja-kerja menggilap berlebihan di dalam studio rakaman (kerana ini adalah album "live"). Sudah tentu lagu-lagu tersebut tidaklah 100% sama dengan yang asal, bahkan UJR memasukkan komponen yang sepatutnya ada tetapi tidak ada masa itu. Dan mengenali beliau, segmen extended guitar juga merata di dalam album ini.

Saya fikir ini adalah terjemahan yang baik. Tatkala dahulu beliau bersama dengan lain-lainnya terpaksa berkompromi tetapi kali ini beliau memerintah keseluruhan produksi album. Ini selari dengan gaya Yngwie J Malmsteen dalam proses rakaman. Maka yang terbit dari album ini adalah kesemuanya yang dimahukan oleh UJR.

CD ini datang dengan liner notes panjang lebar yang ditulis oleh UJR tentang idea rakaman semula, metodologi rakaman dan kerja keras yang dikerahkan untuk menghasilkan album ini. Ini adalah album yang wajib ada pada semua peminat Scorpions dan UJR.

https://en.wikipedia.org/wiki/Scorpions_Revisited
http://www.blabbermouth.net/news/uli-jon-roth-to-release-scorpions-revisited-volume-1-double-album/#r2BAquBP2oQb5O50.99

Tuesday, October 19, 2010

Introduksi kepada ULI JON ROTH

Uli Jon Roth dikenali sebagai gitaris SCORPIONS dari album Fly To The Rainbow hinggalah Tokyo Tapes (1974-1978). Nama sebenar beliau ialah Ulrich Roth dan dilahirkan pada 18/12/1954). Beliau bersama Yngwie J. Malmsteen menjadi penyumbang utama dalam sub-genre muzik neo-clasiccal Metal.

Kepada peminat tegar SCORPIONS, beliau dianggap sebagai gitaris terbaik band tersebut walaupun hadirnya cuma 5 tahun saja. Ini disebabkan oleh kerana sentuhan beliau dalam album-album tersebut, SCORPIONS kedengaran tidak seperti SCORPIONS yang ada sekarang. Sentuhan beliau menyebabkan komposisi SCORPIONS mengandungi elemen psychedelic, blues dan funk. Kontras dengan komposisi SCORPIONS sekarang yang lebih kepada hard rock secara total.

Selain dari itu, beliau bukan saja bermain gitar malah menyanyi dalam beberapa buah lagu di dalam album tersebut.

Elemen muzik dan vokal beliau banyak dipengaruhi oleh Jimi Hendrix. Beliau sendiri telah mengahwini awek Jimi Hendrix sebelum meninggal iaitu Monika Danneman.

Keluarnya beliau dari SCORPIONS adalah kerana majoriti ahli muzik SCORPIONS mahu bermain muzik hard rock yang total. Ini berlawanan dengan hasrat beliau dan rasa tak puashati beliau ini telah dinukilkan di dalam lagu I've Got To Be Free (album Taken By Force).

Show lagenda SCORPIONS di Jepun dirilis sebagai album Tokyo Tapes, yang mana beliau telahpun keluar lebih awal. Namun, kehebatan beliau dengan gitarnya sempat dirakam dalam album tersebut.

Beliau kemudiannya berjuang sebagai artis solo. Ini memudahkan beliau merealisasikan segala visi dan misi beliau yang mahu bereksperimen dengan gitar.






ELECTRIC SUN adalah projek pertama beliau selepas SCORPIONS dan sempat merakamkan tiga buah album. Sebagai mengiktiraf pengaruh Jimi Hendrix terhadap beliau, album pertamanya, Earthquake (1974) ditujukan khas kepada mendiang. Ironinya, lagu-lagu dalam album tersebut lebih bersifat neo-classical dengan gitar elektrik, berbeza dengan elemen hard rock dan psychedelic di dalam album-album Jimi Hendrix. Album kedua dan ketiga dinukilkan khas untuk Presiden Anwar Sadat dan Martin Luther King

Selepas tiga album tersebut, beliau semakin tenggelam dengan eksperimentasi klasikal dengan gitar elektrik beliau dengan penglibatan bersama banyak orkestra di Eropah.

Kemunculan beliau dengan muzik rock kembali pada tahun 1998 apabila beliau bermain di stas stage bersama dengan Steve Vai dan Joe Satriani dalam siri tour G3.

Dan seterusnya pelbagai lagi persembahan di atas pentas beliau dengan muzik rock. Yang paling menarik ialah apabila beliau berkongsi pentas bersama SCORPIONS pada tahun 2006 yang kemudiannya dimeterai didalam bentuk DVD, A Night To Remember.

Untuk menikmati komposisi beliau bersama SCORPIONS, mungkin agak sukar jika kita sudah terbiasa dengan hard rock SCORPIONS. Ini kerana komposisi beliau tidak mengikut frame dan kerangka hard rock asas. Sebaliknya, elemen klasikal dan psychedelic telah dijadikan inti utama.

Selain itu, gitar solo beliau adalah phenomenal. Skill beliau menggunakan gitar bersama whammy bar pada zaman beliau bolehlah dikatakan phenomenal sepertimana Eddie Van Halen terkenal dengan tapping skill. Untuk mendengar kehebatan solo gitar beliau, dicadangkan untuk mendengar album Fly To The Rainbow (versi live Tokyo Tapes), Polar Nights, The Sails Of Charon, Drifting Sun dan Sun In My Hand antara lainnya.

Sebagai mengakhiri introduksi ini, beliau juga terkenal dengan gitar custom-made beliau yang diberi nama SKY GUITAR. Ia mempunyai fret lebihan yang dibina untuk mendapatkan pitch biola yang tinggi! Jika anda mendengar mana-mana lagu di dalam zaman Electric Sun, pasti anda akan mendengar pitch ini, yang sangat tinggi. Jangan ditiru, kerana memang tidak boleh. Melainkan anda mempunyai Sky Guitar.

Sky Guitar. Takde kena mengena dengan Ayah Pin.







Seleksi album

SCORPIONS
Fly to the Rainbow (1974)
In Trance (1975)
Virgin Killer (1976)
Taken by Force (1978)
Tokyo Tapes (1978)

ELECTRIC SUN
Beyond the Astral Skies (1985)
----------
Ruangan baru ini adalah untuk pengenalan kepada artis/band Rock/Metal. Jika ada cadangan menarik, sila kemukakan di dalam ruangan komen.

Monday, August 11, 2008

SCORPIONS In Trance

Jangan pandang lama-lama cover CD ni tau! Nanti juling.

Teka mana satu pakcik UJR?

Ini le dianya replika LP versi CD. Versi Jepun so tulis semua Jepun.


Yeaaa adik-adik, hari ini Abang nak memperkenalkan album ketiga SCORPIONS bertajuk In Trance. Album kedua, dah diulas DISINI.

Mula-mula, mari kita rujuk apa kata wikipedia,
The original version of the album cover, photographed by Michael von Gimbut, clearly showed the cover model's bare breast hanging down towards the guitar. Later releases have the breast blacked out so that it is not visible. This is the first of many Scorpions album covers that have been censored.
Apa yang ada di tangan Abang sekarang ialah CD versi Jepun. LP replica. Jadi, kalau adik-adik beli LP Scorpions ni, adik pergi kedai fotostat, suruh tokey tu fotostat kecik dalam 25%, dapat la adik CD macam ni. Semuanya (rasa Abang la), sama macam LP cuma tang CD tu je yang CD. Untuk pengetahuan adik-adik sekalian, LP replica ni sekarang jadi trend masa kini. Album-album klasik semua depa nak replikakan.

Cuma bagi Abang, album ni memang klasik. Sebagai peminat SCORPIONS zaman Uli Jon Roth (UJR) tersohor, Abang tak boleh melepaskan peluang untuk mendapatkan replika ini. Lagipun, covernya 18SX (heheheh). Kat wikipedia tu ada versi yang dicensored.

Klasiknya album ni sebab banyak lagu-lagu dalam album ni pernah (dan masih) menjadi kegilaan Abang. Masa kecik-kecik zaman jukebox tu, pantang ada syiling 20sen, mesti nak taruk kasi dengar Scorpions satu. Dulu masa parents Abang bawak makan luar kat warung, kalau ada jukebox, Abang mintak 20sen, pasang lagu Scorpions. Happy sungguh masa tu. Maklumlah, kat rumah takde kaset player. Ada pun, radio FM je. Malam apa ke, FM Stereo ada rancangan Pilihan Bersama tu, kalau ada request lagu Scorpions, fuh... memang gila happy la Abang.

Masa tu Abang kalau dapat kaset Scorpions mesti happy gila punya. Budak-budak lain suka dapat toys Thundercats kot.


1. "Dark Lady" – 3:25 (U. Roth) - Lagu intro yang heavy. UJR sebagai vokal utama sementara Klaus Meine sekadar membacking vokal high pitch picit bontot. Solo dan lead melodi gitar UJR memang kencang lagi ganas walaupun vokal mengada-ngada dan gatal beliau merobek jiwaku. Influensi Jimi Hendrix agak ketara. 4/5



2. "In Trance" – 4:42 (R. Schenker/K. Meine) - KLASSSIIKKK!!!

But I'm in a tranceHey baby tell me can't you hear me callingI'm in a tranceI take too much in the Saturday nightHey... HeyHey baby tell me can't you hear me callingI'm in a tranceI wanna try to stop this life

adik-adik tau lagu ni pasal apa? Pasal orang hisap dadah. Zaman ni boleh kata kat negara Barat pemuda-pemudinya majoriti tengah eksperimen dengan ganja, heroin, LSD dsbgnya. SCORPIONS pun tak terkecuali. So lagu ni kira macam lagu kecewa la. So tengah-tengah kecewa tu, layan dadah la pulak baru rilek... Ceh apa punya lirik daaa... tapi lagu memang best!!! Jauhi dadah macam Abang. Feveret jukebox 20sen. Tu pasal Abang nak bagi 6/5!!!



3. "Life's Like a River" – 3:50 (U. Roth/R. Schenker/C. Fortmann) - Lagu ni pun klasik! Satu yang adik-adik kena paham dengan SCORPIONS ni. Depa orang Jerman. So English boleh tahan terabur. Walaupun begitu, tetap mereka berjaya. Jadikan ini sebagai pedoman. Jangan sebab adik-adik boleh Yes No je dengan English menghalang adik dari untuk berjaya. Eh apa Abang punya point eh... Oh ye, tajuk lagu ni kelakar, tapi masih boleh jadi lagu klasik. Kalau translate, Hidup Ini Bagaikan Sungai (hehehe...). 5/5



4. "Top of the Bill" – 3:22 (R. Schenker/K. Meine)- waduh waduh... lagi lagu klasik adik oiii... Jeritan Klaus Meine dalam lagu ni Abang jamin kalau adik-adik nak tiru, sure terkeluar anak tekak punya. Gila punya jerit. Adik-adik nak tau, Amy Search punya influence, pakcik Klaus Meine la. Apa? Amy Search tak cakap pun? Sudah la... Abang tengok Amy Search seperti sekali imbas ikan di air, ku tau jantan betina. Anyway, lagu ni pasal rock star. Tak tau la tuju kat sapa (depa sendiri la, sapa lagi). 5/5



5. "Living And Dying" – 3:18 (R. Schenker/K. Meine) - Lagu ni kira macam balada nusantara versi Heavy Rock la kot. Slow gitu tapi gitar distortionnya tetap keresssss! Oh ye, masa kecik-kecik dulu, Abang mana la paham lirik pasal apa. Sekarang pun malas nak paham. Yang penting, lagu mesti best. Abang rasa lagu ni pasal hidup dan mati la kot wakakaka... Anyway, lagu ni kira so-so je la. Maybe lagu filler. 3/5



6. "Robot Man" – 2:42 (R. Schenker/K. Meine) - KLASIKKK lagi... aiyooo... Itu intro gitar UJR buat macam robot tu memang garu kepala la camana masa tu dia boleh buat. Sekarang mungkin tak heran la kan. Tapi masa zaman tu, zaman Star Wars baru masuk panggung dan orang dok nganga tengok light saber menyelubungi kegelapan Deathstar, UJR pulak datang dengan bunyi gitar yang pelik macam ni. Memang truely sifoo UJR nih. 5/5



7. "Evening Wind" – 5:02 (U. Roth) - Satu lagi lagu balada dalam album ni. Malang sekali adik-adik, tak berapa mencengkam. Kalau terjemah bahasa kita, Bayu Petang. Macam lagu Datin Rafeah Buang pulak ye tak? 3/5



8. "Sun in My Hand" – 4:20 (U. Roth) - KLASIK LAGI!!! Punya la klasik, masa Abang jadi promoter Nebiula Production bahagian luar negara beberapa tahun dahulu, Abang buat kompilasi Prog Rock/Metal yang berjaya mengumpulkan beberapa band antarabangsa dalam kompilasi tu. Abang namakan kompilasi tu sempena nama lagu ni. Mungkin antara adik-adik ada yang membelinya. Kalau nak mencari sekarang, good luck kalau jumpa. Bestnya lagu ni sebab melodi gitar UJR yang mengada-ngada tu. Kata kawan Abang, "miang". Memang, apabila adik-adik mendengar lagu tu, rasa miang sikit. Oleh itu, berwaspada! Jangan jadi miang tengah-tengah public kalau dengar lagu ni dengan iPod kalian. 5/5



9. "Longing for Fire" – 2:42 (R. Schenker/U. Roth) - Lagu ni antara best dan tak best. Kadang-kadang dengar, best. Kadang-kadang lain pulak rasa nak skip je lagu ni. Cuma selalunya yang menyebabkan Abang gagahkan jugak dengar pasal gitar solo lagu ni oleh pakcik UJR kita ni memang best. Listen to believe kata orang Bota. 4/5



10. "Night Lights" – 3:14 (U. Roth) - Another lagu balada. Kepelikan UJR dengan influence neo classical dah muncul dalam lagu ni. Errr... bukan neo-classical, tapi neo-symphonaire. Apa benda tu? Ntah, Abang pun main taram je. Sila rujuk kepada yang pakar (wikipedia). Pakcik UJR ni (bagi Abang, untuk adik-adik dah pangkat Tok Ayah kot), lepas Scorpions dia jadi artis solo dan lagu-lagu dia semuanya jadi macam neo-symphonaire (susah benor nak ngejanya pun!). Namun begitu, bagi Abang, lagu ni paling weak dalam album ni. Tapi itu tak menjadi masalah bagi Abang untuk memberi rating 3/5 jugak. Nak bangkang? Sila buat blog sendiri muahahaha...

Sebagai mengakhiri kuliah kita hari ni, Abang sajikan lagu In Trance untuk adik-adik semua. Maaf, Abang dah geledah satu youtube mencari ori video SCORPIONS dengan UJR (ori 1975 lineup) tapi takdak! Sori ah dik ye... Satu je permintaan Abang. Masa solo lagu ni kan, kasi BLAST itu speaker. Gila best!


Sunday, May 25, 2008

SCORPIONS Fly To The Rainbow

Gua feel betul ni... takde stim dah... dah sober!

Lama sebelum munculnya guitar virtuoso seperti Joe Satriani, Steve Vai, Yngwie J Malmsteen, Marty Friedman dan sebagainya, tersebutlah kisah seorang gitaris German yang baru menganggotai SCORPIONS.

Beliau ialah ULI JON ROTH.

Mungkin dalam Scorpions, kita lebih mengenali Matthias Jabs dari Uli Jon Roth disebabkan Jabs bersama Scorpions ketika band itu menuju kepada komersialisme. No disrespect to Mr. Jabs, beliau ada kekuatan sendiri dan beliau sendiri adalah gitaris hebat.

Tapi bila kita berbicara tentang Uli Jon Roth, kita berada di dalam dimensi yang lain.

Untuk entry kali ini, kita sekadar berbicara mengenai Uli Jon Roth dan album pertama beliau bersama Scorpions, FLY TO THE RAINBOW.

Selepas rilisnya album Lonesome Crow, yang mana gitaris utamanya ialah Michael Schenker (adik kepada Rudolph Schenker), Scorpions terpaksa mencari gitaris yang baru untuk menggantikan Michael Schenker. Namun Michael ditarik oleh UFO ketika mereka tour bersama.

Muncullah Uli Jon Roth; yang sangat berinfluensekan Jimi Hendrix di dalam Scorpions. Beliau membawa influense itu kepada tahap yang lebih tinggi, mengeksploitasi bunyian gitar yang lebih keras dan menggunakan sistem tremolo yang kuno pada Fender Stratnya untuk mendapatkan bunyi yang lebih menggerunkan.
1. Speedy's Coming (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 3:33 ialah opening track album ini yang sangat ganas. Mulanya dengan 'growl' tremolo Uli Jon Roth yang kemudian disambut dengan stroke drum Jurgen Rosenthal. Vokal Klaus Meine untuk lagu ini pada gua setaraf dengan keganasan vokal Death/Black Metal ketika ini. Raw dan energetik! Dengarkan tarikan korus Meine yang inhuman itu. 9/10

- semua muka stim dadah hehehe... perhatikan seluar bootcut dan joget kaki Klaus Meine yang 70s tu hehehe... Oh ye, Rudolph Schenker dah pakai Gibson V sejak dari dulu lagi (Flying V man). Versi video ni ada lain sikit dari album. Tak pasti rekoding ni miming ke atau memang live.

2. They Need A Million (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 4:50 bermula dengan intro akustik klasik yang kemudiannya disahut oleh vokal Klaus Meine. Lagu ni pelik sebab ada rupa macam Spanish punya joget. Gua pun tak pandai nak describe tapi kalau dengar betul-betul dia punya riffs gitar combined dengan groove drum tu, memang Mediterranean punya influense. 7/10

3. Drifting Sun (Ulrich Roth) – 7:40 adalah lagu nukilan gitaris hebat kita ni. Bukan itu sahaja, beliau mengambil alih tugas Klaus Meine sebagai vokalis utama dan meletakkan En. Meine kita sebagai backing je. So part yang perlu tarik tinggi high pitch tu, kedengaran la suara Meine. Influense Jimi Hendrix kedengaran pada lagu ini iaitu vokal berselang dengan fill in guitar solos (sape yang dah biasa dengan Jimi Hendrix pasti faham). Uli Jon Roth memang banting habis tremolo Fender Strat dia dalam lagu ni. Memang ekstrim gila. Dan gua kagum dengan cleanliness solo beliau. Dan keganasan bunyi gitar beliau juga gua kagumi. Ini tahun 1974 beb. Gua pun lahir setahun lepas ini album rilis. Kena dengar untuk percaya!!! 10/10
4.
Fly People Fly (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 5:02 Ahh... lagu ni. Guitar intro yang sangat terikat kemas dalam memori gua.Takkan lu orang lupa kot. Kalau makan kat warung zaman 80's dulu, selalu ada jukebox dengan singles/7", pasti lagu ini ada sekali. Feveret! Gua tak pasti nak letak lagu ni dalam kategori apa. Nak kata ballad, tak ballad. Maksud aku tak mendayu seperti yang kita selalu dengar. Solo Uli Jon Roth dalam lagu ni memang kvlt habis. Gua ingat masa kecik-kecik gua dan Azmaniac (of Langsuyr) main air-guitar bersama dengan lagu ni. Masa solo, kami dua-dua menyolo. Tak boleh tahan deh. 10/10

5. This Is My Song (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 4:14 Solo intro ni Azmaniac gelarkan sebagai bunyi gatal/miang hahaha... gua setuju dengan deskripsi beliau. Lagu ni rilek sikit. Tapi solo Uli Jon Roth tetap meng-uli. Uli Jon Roth memang tak bagi chance punya. Maklumlah, album pertama. Kot tak sempat dengan album kedua, at least dapat show kehebatan dalam album ni. 7/10

- Uli Jon Roth pakai gitar Firebird instead of Fender Strat. Mungkin kerana lagu ni tak perlukan tremolo bashing. Jorgen Rosenthal, drummer hebat tapi malang main satu album je. Stail Jorgen memang progresif zaman tu, banyak stroke tak boleh duduk diam. Muka stim dadah ahli band kesemuanya kekal hehehe...


6. Far Away (Rudolf Schenker, Michael Schenker, Klaus Meine) – 5:39 Lagu ballad yang masih belum betul-betul ballad. Ada resemblance dengan lagu In Trance (dalam album In Trance - kemudiannya). Probably lagu paling weak dalam album ini tapi masih tak boleh diletakkan sebagai worse song semata-mata kerana solo gitar Uli Jon Roth dengan wah yang dasat tu. 6/10
7. Fly to the Rainbow (Michael Schenker, Ulrich Roth) – 9:32 Haaaa... pandai mereka meletakkan klimaks pada akhir album. Lagu epik ini dimulakan dengan akustik guitar work yang berselirat. Tak pasti sapa yang main. Uli ataupun Rudolph. Rudolph pun dasat bab akustik ni. Anyway, selepas beberapa ketika akustik tersebut, Klaus Meine memasukkan vokalnya dengan gaya yang 'angelic' untuk appreciate melodi akustik yang berselirat tersebut. Apabila masuk main riffs, solo melodi Uli Jon Roth pun masuk. Memang masuk sungguh melody line Uli ni. Gua rasa dia ni ada sense of melody yang accurate ah. Tapi highlight sebenar lagu ini ialah apabila masuk part intermission kat tengah ketika overall lagu menjadi slow dan psychedelic. Part ini dibacking dengan bunyi organ (Hammond?) dan Uli Jon Roth menggentel ala Jimi Hendrix. Ada beberapa layer gitar Uli Jon Roth ketika ini. Uli Jon Roth sendiri menyanyikan bait lirik ketika ini seolah-olah sasterawan membaca sajaknya yang syahdu. Tempo dan suasana lagu menjadi hangat kembali lebih kurang seminit sebelum habis. Uli Jon Roth untuk ultimatenya menghayun dan menyeksa tremolo Fender Stratnya untuk mendapatkan bunyi yang sangat-sangat mengkagumkan! Gila best! 10/10


- takde original video. Ini adalah Uli Jon Roth solo tahun 2006 bersama dengan gitar kvlt beliau, Sky Guitar (gitar custom made - 7 strings dipakai even sebelum popular dengan Steve Vai).

Eh... mana ke pulak gua petik ni?