Jadual solat Ogos 2011 bagi kawasan Bethlehem, PA.
Tarawih berempat je semalam. Si Bangla datang lambat dan join ketika kami hampir selesai rakaat ke-empat tarawih. Imam masih istiqamah dengan bacaan yang panjang-panjang. Ini kelebihan bertarawih berjemaah terutama bagi yang iman lemah. Jika berseorangan, susah nak qiam lama-lama. Lebih-lebih lagi di rumah, banyak distraction.
Walaupun summer panas dan saya pun sekarang mengalami sunburn, tapi berpuasa tidaklah masalah sangat. Masalah saya yang sebenar ialah memikirkan apa yang nak dimasak dan dimakan waktu berbuka nanti. Dan juga karenah memasak. Itu kelemahan berpuasa di perantauan. Di Malaysia, ada pasar ramadan. Tak pun, bagi senarai apa yang nak dimakan untuk disediakan oleh isteri.
Dan seperti kebanyakan Muslim lain, saya sudah berkira-kira mahu beraya. Saya merancang untuk beraya di New York. Mahu lihat suasana Eid di sana. Mungkin juga nanti ada juadah special di masjid (mungkin tidak).
6 comments:
"beraya di new york" pergh~ mcm best je tajuk entri ni nnti
panjang waktu puasa sana ek...8 lebih baru maghrib...
New York gi kedutaan la...baru rasa masakan malaysia...sayang sepupu aku baru jer balik malaysia...dia kerja kedutaan new york...kalau tak boleh suh dia belanjo ko makan...
Macam artis tu. Time raya, lari pi New York. Hahah
boleh start hantar salam perantauan dah doc... heheh
...Sekurang2nya miker dapat rasa balik pengalaman berposa/raya di perantauan..bezanya kali ni tanpa family...
salam perantauan eh... macam best tu.
Kedutaan pun bagus juga. Kena cari.
Post a Comment