Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label 1 Ramadan 30 hari 2011. Show all posts
Showing posts with label 1 Ramadan 30 hari 2011. Show all posts

Monday, August 29, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUAPULUHSEMBILAN

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Hurricane Irene di kawasan saya tak berapa menjadi. Cuma langit gelap dan hujan renyai-renyai. Sekali sekala ada angin kuat. Dengan lain perkataan, takde le apa sangat. Alhamdulillah. Cuma diberitakan di tempat lain ada yang sampai banjir.

Anyway, during weekends kami berbuka di Dialogue Center. Selalunya ada individu sponsor. Sekali, student Iran sponsor. Sedap woooo...

 Ibrahim, penunggu surau. Istiqamah tarawih dan tahajjud.

 Yasin anak kepada Mohamad Soliman, student PhD Egypt, baya anak bongsu saya, Isa.

 Meja 1

 Meja 2

 Beriyani... sungguh lembut dan berstektur! Antara beriyani paling world setakat ni.

 Macam begedil.

 Kari ayam.

 Sup tak tau nama. Rasanya macam ada santan kemudian kunyit? Lemak dan berkrim. Yummy!

 Pemanis mulut. Rasa macam sago.

 Salad

 Shahrukh, Ibrahim dan kawannya berbaju "Please ask your girlfriend to stop textin me" (perasan la tu)

 Nazeer (staff Lehigh dari Sri Lanka). Pakcik Iran, brader Iran, Yasin dan bapaknya.

 Dah kenyang apa lagi, bersandar le.

Mustafa, adik Yasin... enter frame.

Sunday, August 28, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUAPULUHLAPAN

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

 Pagi Sabtu dah start mendung. Tapi tak hujan. Mendung berterusan sampai petang. 5pm baru start hujan renyai-renyai.

Sempat pergi ke kedai, beli flash-light (saya tanya torch-light dia tak faham rupa-rupanya kat sini termnya ialah flashlight) dan lilin takut jadi blackout. Ada beberapa Hispanic families yang beli benda yang sama.

Semua tak tau apa nak berlaku dalam Hurricane Irene ni. Pengalaman baru untuk semua. In fact, dah sampai pun (LINK). Kat link tu, tempat saya lebih kurang 100km dari Philadelphia.

Cuma di New York (Manhattan), beberapa kawasan dah evacutae (wajib), satu perkara yang tak pernah berlaku sebelum ini. Autoriti kata, depa tak nak ambil risiko.

Dijangka Hurrican Irene akan melanda tempat saya Ahad dari 6am hingga 12pm.

Apapun, doa yang terbaik. I survived gempa bumi dan insyaAllah I will survive Hurricane Irene. Cuma perlukan doa kalian je.


Saturday, August 27, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUAPULUHTUJUH

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Autopost... andaikata tak dapat berinternet.


Hurricane Irene bakal menjelma Sabtu & Ahad ini.

Hurricane ni apsal semua nama ladies? Katrina, Irene... patutnya lemah lembut walhal ganas!

Amaran dari pihak Lehigh Uni pun dah keluar. Saya duduk luar kampus berseorangan ni rasa tak keruan juga. Dah la first time bakal menghadapinya. Tapi ikut peta atas tu, Pennsylvania (PA) dalam warna hijau - tapi bandar saya sikit ada cecah kuning.

Apapun, kita sama-samalah doa.
As you are well aware, Hurricane Irene is expected to approach the Lehigh  Valley this weekend, most likely starting Saturday evening and continuing through Sunday.  In preparation for this storm, we are asking the  campus community to prepare by following these recommendations:

FIRST YEAR  AND NEW TRANSFER STUDENTS:

All orientation events will occur as scheduled. In the unlikely event of  any changes in the schedule, you will be notified via your Lehigh email addresses.

UPPER CLASS STUDENTS:

Please note that your move-in will take place as scheduled, from 9 a.m. to  4 p.m. Saturday and Sunday, at the Campus Square D Lounge.


STUDENTS ON AND OFF CAMPUS
Remain indoors during periods of high winds, rain and lightning.

Ensure your cell phones are fully charged by this weekend (INGAT!).


Prepare for power outages by having flashlights and extra batteries
(INGAT!).  Keep  in mind that you cannot use candles or open flames in campus buildings.  For fire safety reasons, off campus students should not use candles or open flames.
RENT LOTS OF DVDs SO YOU CAN WATCH ON YOUR CHEAP NOTEBOOK! (INGAT! - sendiri letak heheh)
 Ensure windows and doors remain closed during the storm.

Students in residence halls should seek necessary assistance from Gryphons  on your floor. Those students living in fraternity or sorority houses should seek assistance from the individuals in charge of your house.

Friday, August 26, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUAPULUHENAM

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?


Raya makin dekat. Walaupun suasana nak beraya takde di sini tapi tipulah kalau saya katakan saya tak merasakannya di hati.

Nak pulak keluarga semua jauh di tanahair. Tobat tak buat dah hahaha...

Kami di sini plan, bagaimana nak carpool untuk solat raya di MALV. Pastinya sambutan di masjid di USA ini hebat seperti di Australia dulu. Memang ada beza. Raya di Malaysia, masing-masing lepas solat cepat-cepat nak balik. Di sini, rilek dulu kat masjid, tanya khabar semua. Bukan mudah nak berjumpa ramai-ramai.

Memang tak boleh lupa beraya di Australia. Imbas kembali 1, 2, 3, 4, 5.


1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUAPULUHLIMA

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Ibrahim

Malam ke-25 Ramadan. Sekarang ramai yang sibuk dengan persiapan raya.

Di masjid kecil Lehigh University, bilangan jemaah semasa tarawih tidaklah ramai mana. Purata - 5 orang setiap malam. Cuma malam tadi tinggal 2 orang je. Ibrahim, student exchange dari Arab Saudi yang masih istiqamah.

Mungkin antara mereka juga sibuk.

Selepas solat tarawih, Ibrahim menceritakan kisah Nabi Musa a.s. berdasarkan surah yang beliau bacakan. Kami ketawa bersama-sama kerana memang kisah Nabi Musa a.s. ada kelucuannya. Bayangkan Firaun yang nak membunuh orang yang mahu menjatuhkannya, tengok-tengok orang tersebut hidup aman damai di dalam istananya. Allah s.w.t. menunjukkan betapa bodohnya dan lucunya plan manusia. Allah s.w.t. juga yang hebat. Subhanallah.

Jam 3 pagi, beliau datang kembali untuk mengimami solat tahajjud. Jemaah menjadi 4 dan kami sahur beramai-ramai. Simple je.

Wednesday, August 24, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUAPULUHEMPAT

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?


Tak tau berita ni keluar di berita Malaysia tetapi di sini agak kecoh. Gempabumi berlaku di negeri Virginia, USA.

Lebih kurang 300 batu dari tempat saya (lihat peta).

Email dari pihak berkuasa Uni:
Shortly before 2 p.m. this afternoon, an earthquake struck the East Coast  and tremors were felt on the Lehigh campus. According to news reports, the epicenter appeared to be Virginia, and may have measured as high as 6.0 on the Richter scale.

On the Lehigh campus, the alarm systems in several buildings along Packer  Avenue were activated. Lehigh University Police Department and Facilities Services personnel responded. Those buildings have been reoccupied.


We will keep you informed of any additional developments.

Nanti senang-senang sikit saya cerita pengalaman saya.

Tuesday, August 23, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUAPULUHTIGA

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?


Di 10 malam terakhir Ramadan ini, antara sahabat-sahabat kita yang memulakan iktikaf di masjid. Cuba check masjid sekitar kawasan anda.

Semuanya insyaAllah berniat untuk mencari redha Allah s.w.t. di samping mengejar malam Lailatul Qadr.

Anda bagaimana?


Apa itu iktikaf? LINK ini mungkin menjawab persoalan anda.

Monday, August 22, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUAPULUHDUA

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?


Diajak berbuka di rumah seorang sahabat Arab. Merangkap majlis selamat tinggal beliau ke Silicon Valley, California - kerja baru.

Dalam jemputan itu, saya seorang je yang bukan Arab. Menu malam tu, Mandi Rice. Autentik. Masak dalam tanah. Dengan ayam dan kambing juga dibakar di dalam tanah. Rasanya? Fulamekkk! Cakap pun tak guna.

Kemudian kami solat maghrib berjemaah di luar - di atas tanah berumput - tanpa alas. First time solat begini. Kalau kita (orang Melayu) mungkin janggal, nak solat camtu. Kalau di luar rumah pun mesti ada sejadah sebagai alas. Ini tiada alas apa pun. Lepas solat, memang muka saya dipenuhi dengan rumput. Alhamdulillah, pengalaman baru.

Walaupun sebelum ke majlis saya telah ingatkan diri saya supaya bawa kamera, malangnya LUPA. Arrgghhhh... ini adalah kesilapan paling besar seorang blogger bergambar! Always remember your camera!

Penyudahnya, penghias entry ini adalah masakan resepi Cina yang dinamakan Daging goreng Chin Chai (dari wilayah Shenzhou).

Sunday, August 21, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUAPULUHSATU

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

 Suasana ukhwah antara umat Islam di negara bukan Islam berbeza dengan kita di Malaysia terutamanya apabila berada di masjid solat berjemaah. Pengalaman ini saya lalui di Adelaide dan juga di sini.

Selepas solat berjemaah masing-masing akan menghabiskan masa bertanya khabar, bersalam-salaman dan bersembang-sembang. Seolah-olah melepaskan rindu sesama mereka.

Peranan masjid bertambah penting di sini. Inilah tempat dimana agama menjadi subur. Untuk itu sangat penting apabila berada di luar negara, kita harus sedaya upaya melekatkan diri dengan masjid sekitar kita. Paling kurang pun, solat berjemaah.

Kita di Malaysia mengambil ringan (take for granted) akan peranan masjid. Masalah sekecil mahu menonton Berita TV3 pun boleh menjadi alasan.

Saturday, August 20, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUAPULUH

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?


Selain dari kad raya korporat, sudah lama saya tidak menerima kad raya dari individu. Kad raya elektronik tak ambil kira.

Beberapa hari lepas saya menerima kad raya dari isteri (berlagu) dan anak. Membuatkan saya gembira seolah-olah hari itu bertukar menjadi hari raya.

Friday, August 19, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KESEMBILANBELAS

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?




Dah masuk 10 malam terakhir. Mungkin video muzik ni sesuai kot (alasan nak promote secara murahan hehe).

Surau di Dialogue Center tu pun balik-balik orang itu je la. Yang respek, tok imam. Datang juga walaupun kadang-kadang (selalunya) makmum dua orang je. Pernah sekali datang, sape pun takde (saya solat di masjid berlainan), tunggu 30 minit takde orang dia pun balik.

Moga malam-malam akhir ni dapatlah pulun. Kekuatan hanya datang dari Allah s.w.t. jua.

Thursday, August 18, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KELAPANBELAS

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?


 Lanjutan dari kisah bass lalu (KLIK).

Terpaksa cari yang lain. Akhirnya, SPECTOR Legend 6. Made in Korea.

Features

  • NS body
  • Quilted maple top
  • 3-piece rock maple bolt-on neck
  • 35" scale
  • 24-fret rosewood fingerboard
  • Deluxe cast bridge
  • Black hardware
  • High-impedance, passive, USA EMG-SSD pickups
  • Spector Tone Pump Jr.
  • 2 -band active tone circuit
 Kalau SPECTOR made in Euro kena la tambah dalam 2-3K lagi haha... So itu bila jadi jutawan.

Dah sampai pun. Cuma tak buka box dia. Leceh nanti nak pack balik. Al-maklumlah, nak kembali ke Malaysia in 18 days! Jasad kat Bethlehem tapi fikiran dah di Malaysia!

Siapa ada projek yang perlukan 6 strings bass, boleh la kontek-kontek ;)

Wednesday, August 17, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KETUJUHBELAS

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?


Antara banyak-banyak perkara yang dirindui di Malaysia (selain dari juadah berbuka terutamanya kuih muih yang manis), saya merindui membawa dua anak lelaki saya ke masjid untuk solat berjemaah. Kami bersolat di masjid Tronoh. Kadang-kadang untuk ubah selera, saya bawa mereka ke masjid UTP yang berhawa dingin itu.

Ramadan yang lepas, Iman tahan dengan tarawih tetapi Ismail pada pandangan saya ketika itu masih tidak cukup layak. Tetapi kebelakangan ini Ismail pun saya bawa ke masjid Tronoh bersama abangnya untuk Maghrib dan Isya' dan beliau akur. Takde masalah.

Walaupun kadang-kadang mereka bermain dengan kawan-kawan di saf belakang atau selepas solat tetapi saya rasa keperluan membawa anak-anak ke masjid sangat penting. Supaya apabila besar mereka tidak menjadi penyegan dengan masjid. Saya mahukan mereka menjadi mesra masjid. And masjid for all!

Tuesday, August 16, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEENAMBELAS

Salam. Saya Ibrahim. Usia 22. Datang dari Arab Saudi untuk program student exchange di Lehigh University dalam jurusan Chemical Engineering dan akan menghabiskan masa satu semester di sini. Dan inilah pertama kali dalam hidup saya makan ketam. Hahahahaha... (saya gelak tak berhenti 5 minit - serius!). Well, at least this is a new experience for you brother. Shahrukh yang rajin dok layan Ibrahim makan (sushi pun Ibrahim tak pernah makan!) - saya rajin tolong gelak.


Monday, August 15, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KELIMABELAS

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

 Teaser for next entry ;)

Dua malam berturut-turut satu kumpulan lelaki dan wanita dalam 5-6 orang datang ke Dialogue Center untuk berbuka bersama kami. Mereka datang agak lewat iaitu selepas kami berbuka ‘kecil’ dan selesai solat Maghrib. Mereka datang ketika kami sibuk memenuhkan perut kami untuk berbuka ‘sebenar’.

Wanitanya bertudung (ada yang menampakkan jambul). Yang lelaki parasnya cerah. Saya menyangka mereka dari Turki. Dan saya bersangka baik bahawa mereka telah selesai Maghrib mereka sebelum sampai ke Dialogue Center kerana sebelum Isya’ mereka akan meminta diri untuk pulang.

Ini agak pelik walaupun saya memenuhkan hati saya dengan sangka yang baik. Oleh kerana tidak tahan, runsing dan pening melihat keadaan ini, saya bertanya kepada si imam, siapakah mereka? Mereka adalah student dari Iran. “Shia…” jawab beliau dengan sinis. Ohhh…. Jawab saya dengan keluhan yang panjang.

Mereka Cuma solat 3 kali sehari, menggabungkan Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’. Sebab itu tiada keperluan untuk menyelesaikan Maghrib ketika berbuka. Mereka juga menolak solat tarawih.

Tiba-tiba hati saya bertanya dalam hati, adakah wanita-wanita yang mereka bawa itu hasil dari perkahwinan mutaah? Dalam keadaan saya yang berjauhan dari isteri sekarang ini, cepat-cepat saya melibas dan menepis sangkaan ini. Ianya sangat mengganggu kerana begitu mudah pada mereka sedangkan sukar bagi saya.

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEEMPATBELAS

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?


Jemaah asal yang berbuka di Dialogue Center sebenarnya tidak ramai. Saya, Ibrahim (exchange student dari Arab Saudi), Shahrukh Khan (sedang menyiapkan thesis Ph.D beliau di Lehigh University) dan Naazer (staff IT di Lehigh University). Sesekali, imam tetap join sekali bersama isteri (baru nikah) dan juga bekas student Lehigh University, Samir (Egyptian) bersama isteri.

Sesekali kami ditemani oleh tetamu-tetamu. Antaranya, dua orang bangsa Pakistan. Seorang student baru yang mahu mendaftar program MSc yang baru mendarat dari Pakistan bersama pakciknya yang sudah lama menetap di sini. Itu untungnya jika ramai sanak saudara yang berhijrah ke tanah asing. Tidak janggal apabila sampai kerana persediaan dengan mudah dapat dibuat. Cuma yang sedikit kelakar, student Pakistan ini juga bernama Shahrukh (tanpa Khan). Saya berseloroh; sekarang kita kena panggil Shahrukh B dan P (B – Bangladesh, P – Pakistan).

Selepas berbuka kami bersembang sementara waktu Isya’ sampai. Si pakcik sudah lama hijrah. Sebahagian dari hidup beliau dihabiskan di Canada. Apabila syarikat multinational (pharmacy) yang beliau menjadi kakitangan mengecilkan saiz operasi di Canada, beliau telah dihantar ke sini (dengan jawatan yang lebih baik). Saya bertanya hal Canada. Beliau menjawab Canada adalah sebuah negara yang baik. Ekonominya boleh tahan. Aman. Malah matawang Canada juga lebih baik dari USA.

Pendapat beliau sebenarnya berbeza dengan rakan-rakan di Dialogue Center. Mereka mengatakan bahawa ekonomi Canada tidak sebaik USA dari segi kekosongan kerja. “Nothing much happening” adalah ekspresi mereka. Ditambah dengan cuaca yang lebih sejuk kerana berada nun di utara. Namun itu disanggah oleh si pakcik. “The weather is not that bad, unless you go extremely north”.

Saya berminat hendak mengetahui tentang kehidupan Canada kerana Canada agak senyap. Kita tak mendengar berita dari Canada jika kita mencari berita Canada. Polisi Canada memang begitu, tak masuk campur hal ehwal dunia. Ini ditambah dengan rakan sekerja di UTP satu masa dahulu (dari Iran dan Iraq) yang berhijrah ke Canada selepas mendapat tawaran kerja di sana.


Sunday, August 14, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KETIGABELAS

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Papan tanda subway New York (tiada kena mengena dengan entry)

Bersembang dan bertukar pendapat memang banyak manfaat. Terutama di tanah asing ini. Saya berminat bersembang dengan komuniti Muslim. Dalam capaian saya ialah jemaah yang berterawih di surau Dialogue Center, Lehigh University.

Topik imigrasi menjadi perbualan. Si imam bertanya, "Do you want to imigrate to the USA?" Saya katakan tidak. Dia bertanya kenapa? Saya katakan tiada komuniti Melayu di sini (mungkin ada di tempat lain tetapi di Bethelehem, tiada).

"What's the problem? There are lots of Muslims here". Betul. Di sekitar Bethlehem ada 4 buah masjid. Komuniti Muslim di sini lebih kurang sama banyak dengan yang ada di Adelaide, Australia. Bezanya, di sini tiada komuniti Melayu tetapi di Adelaide, ramai - boleh buat kampung Melayu lagi.

Walaupun saudara seagama tetapi kita masih perlukan sokongan dari keluarga Melayu yang memahami budaya Melayu. Itu adalah fitrah.

Lagipun tiada keperluan lagi untuk berhijrah keluar. Di Malaysia pun apa yang ada mencukupi. Bahkan, penduduk Melayu di Malaysia lebih kurang 15 juta (maksimum?). Negara masih boleh menampung keperluan penduduknya.

Berbeza dengan India, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Arab (bahkan Indonesia). Negara mereka sudah tidak mampu menampung keperluan rakyat. Maka imigrasi keluar adalah kebiasaan. Tidak pelik. Malah keluar dari tanahair menjadi cita-cita sejak dari kecil lagi.

Mungkin imigrasi akan menjadi lumrah apabila hasrat bekas PM kita tercapai - penduduk 70 juta bergantung kepada mampu atau tidak negara menampung kehendak rakyatnya. Saya dan isteri sudah menyumbang kepada visi ini sekurang-kurangnya (anak KELIMA bakal lahir) walaupun ada yang lebih hebat - mempunyai anak seramai 12 orang (dalam jabatan) yang disambut dengan mata terbeliak dan mulut menganga oleh jemaah surau ini semasa sesi menyembang lepas berbuka sementara menunggu waktu Isya'.

Saturday, August 13, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KEDUABELAS

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Surau Dialogue Center, Lehigh University.

Semalam berbuka di Dialogue Center. Tajaan oleh sebuah restoran Turki. Katanya, owner restoran itu adalah ex-student Lehigh yang bukak restoran. Dan students postgrad bersama isteri-isteri mereka datang sekali untuk iftar bersama.

Imam dan kawannya, belum punya anak. Mereka menyindir (secara baik) tentang perihal saya yang menunggu anak ke-5. Sedangkan mereka belum berfikir pun untuk punya anak. Maklumlah, bergelumang dengan Ph.D bukannya mudah. Apatah lagi di universiti berprestij ini.

Mereka bertanya, "So... you had to take time off from the kids so that's why you are here for 3 months!" disambut dengan gelak ketawa.

"After this you may come again, after 5 years when you can't take it anymore" lagi ketawa bergema.

Yang sebenarnya, mereka pun mahukan anak tetapi keadaan tidak mengizinkan. Bukan tidak percaya kepada rezeki tetapi mungkin tidak bersedia dengan ilmu management mereka.

Saya katakan, just do it. Fikir banyak sangat pun tak guna. Lainlah kalau jadi Fakirfikir. How can you resist your own blood in a life-form? Saya rindukan mereka, Iman, Ismail, Sumaiyyah dan Isa... dan bayi yang dalam kandungan.

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KESEBELAS

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Surau di Dialogue Center, Lehigh University (loteng satu tingkat - nampak tak?)

Saya miss berbuka semalam di Dialogue Center kerana lauk berbuka masih ada balance. Nak buang rasa sayang. Tak special mana pun, tapi saya rasa masakan kari daging saya berkualiti juga. Cukup rasa. Apatah lagi bila kena dengan French bread yang dibeli di supermarket. Marvellous.

Jumaat di MALV lagi sekali. Kenal dengan seorang Indonesia. Beliau adalah antara bilal di masjid ini. Saya tanya, ada lagi orang Malaysia? Dia kata, tiada. Dulu ramai juga student Malaysia tapi sekarang sudah tiada. Populasi Indonesia di sini boleh tahan ramai.

Juga kenal dengan seorang tua Mesir. Ex-engineer sekarang pencen dan mengajar di kolej swasta bernama Mustafa Yusuf. Beliau cerita tentang hijrah beliau ke US pada tahun 1970an. Terkontang-kanting dengan bahasa Inggeris yang tak seberapa. Tetapi beliau banyak terima kasih kepada Indonesian dan Malaysian yang menolong beliau masa itu di Washington DC untuk berdiri sendiri. Beliau memegang tangan saya erat sepanjang perbualan selama 10 minit. Bila kita buat baik dengan orang lain, insyaAllah beliau akan ingat sampai ke akhir hayat. Ini moralnya.


Thursday, August 11, 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 - Hari KESEPULUH

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?



Ye, itulah bass yang telah dibeli. Ibanez Prestige SR1005EWN Walnut. Gorgeous, sexy dan sleek!

Bayaran telah dibuat. Seller janji untuk pos hari ini.

Tiba-tiba pagi ini, dapat notis dari Paypal. Wang telah dikembalikan!
Note from merchant
I'm extremely sorry but I have to refund your money. My band literally threatened to kick me out because I told them I was selling the bass. I know this sounds like a dumb reason to not sell it. I hope you can accept my apalogies.  
Arggghhhhhh....!!!


Nak kata apa lagi? Memang dugaan menguji kesabaran sungguh! Buang masa dan karan nak mencari balik bass yang sesuai untuk projek muzik akan datang ni.