Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Solat bersama imam -tarawih dan witir

Saya mendengar kuliah Ustaz Shamsuri beberapa hari lepas berkenaan dengan solat tarawih.

Beliau membincangkan hadith di bawah:

((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].

 Pada malam pertama, saya bersolat di masjid UTP sebanyak 20 rakaat bersama 3 witir. Selesai jam sudah lepas sedikit 11pm. Tapi ruang berhawa dingin juga siangnya tidak berpuasa maka kekuatan tu boleh tahan lagi.

Malam berikutnya, solat di surau di rumah saya. 8 rakaat tarawih dan selepas itu ada tazkirah. Selesai tazkirah baru dilakukan solat witir 3. Saya pulang ke rumah ketika tazkirah.

Kemudian baru teringat akan hadith tersebut.

Untuk malam-malam seterusnya yang mana saya bersolat di surau tersebut, ketika tazkirah dilakukan saya menyambung tarawih saya untuk mencukupkan 20 rakaat kemudian bersama imam untuk 3 witir.

Objektif saya ialah untuk mendapatkan ganjaran dari hadith di atas.

Timbul persoalan, adakah betul perbuatan saya kerana meninggalkan tazkirah ilmu (saya melakukan tarawih ketika itu)? Sebab saya juga ada mendengar hadith bahawa mencari ilmu lebih baik dari 100 atau 1000 rakaat solat sunat.

Saya menggunakan ijtihad/lojik saya:

1. Ilmu yang disampaikan oleh para Ustaz kebanyakannya saya sudah erti.
2. Ada juga ilmu yang disampaikan lebih banyak lawak dari isi. Kadang-kadang berbau SX18.
3. Saya berpegang kepada 20 tarawih lebih mendekati sunnah (berbanding dengan 8 sila rujuk SINI).
4. Untuk menyambung lagi 12 rakaat di rumah selepas witir di surau, kelihatan tidak akan terjadi kerana tarikan di rumah lebih kepada untuk rehat dan tidur.

Kembali kepada soalan asal, apakah perbuatan saya (yang diboldkan) itu diharuskan?

Monday, August 24, 2009

Berpuasa di Adelaide kali ke-4

Dah 4 tahun puasa kat sini (merangkap Raya).

Start posa hari Sabtu. Alhamdulillah bab mula puasa takde masalah boleh kata semua seia sekata. Tunggu Raya nanti tengok sapa raya hari ni sapa raya esok. Cerita lepas boleh baca KAT SINI.

Hari pertama aku solat tarawih kat Uni. Kawan ajak sebab sebelum tu ada program Kembara Ilmu for student undergrads (Melayu dan berbahasa Melayu sahaja). Saja nak ambil tahu. Panjang bebenor presentation (sebab start lambat kot) menyebabkan solat tarawih sempat 6 rakaat je sebab dewan habis masa sewa (sampai 9pm). Terpaksa la sambung belen kat rumah.

Malam kedua, ada jemputan berbuka sekali dengan akikah anak kawan, 2 ekor kambing. Tarawih kat situ juga. Malang juga, ada somebody nak buat majlis tahlil. Pada pendapat aku, better buat 20 tarawih tu dari buat 8 + tahlil. Apa nak buat, pandangan majoriti wins.

Malam semalam, kembali ke masjid kariah aku di Wandana. Imam al-hafiz, 1 juzuk 1 malam dalam 8 rakaat. First time, nak tercabut lutut hahaha... alhamdulillah selesai juga. Habis 8 ada beberapa sahabat pergi rumah depan masjid untuk tambah lagi 12 (nak cukupkan 20 sebab kat masjid buat 8 je). Aku konon nak sambung kat rumah lepas rilek-rilek. Penyudahnya tak buat. Isk isk... Witir pun sempat sebelum sahur je.

Malam ni Wandana lagi insyaAllah. Azam 20 rakaat malam ni. Amin!

Sunday, August 23, 2009

RAMADAN 1430

Apa khabar bro?

Apa azam Ramadan tahun ni? Nak better dari Ramadan tahun lepas atau rilek-rilek je?
Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "Whoever observes fasts during the month of Ramadan out of sincere faith, and hoping to attain Allah's rewards, then all his past sins will be forgiven."(Sahih Bukhari Volume 1, Book 2, Number 37)

Abu Huraira reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: He who observed the fasts of Ramadan with faith and seeking reward (from Allah), all his previous sins would be forgiven, and he who observed prayer on Lailat-ul- Qadr with faith and seeking reward (from Allah), all his previous sins would be forgiven. (Sahih Muslim Book 004, Number 1664)

Tuesday, September 30, 2008

Bila 1 Syawal?

Ikut laporan dari http://moonsighting.com/1429shw.html

OFFICIAL 1st Day of Shawwal in Different Countries

September 29, 2008 (Monday):
1. Nigeria (Northern)

September 30, 2008 (Tuesday):
1. Bahrain
2. Jordan
3. Kuwait
4. Lebanon
5. Libya
6. Philippines
7. Russia
8. Saudia Arabia
9. UK (also on October 1)
10. United Arab Emirates
11. Yemen

October 1, 2008 (Wednesday):
1. Australia
2. Egypt
3. Indonesia
4. Malaysia
5. Norway
6. South Africa
7. Tunisia
8. UK (also on September 30)

Dr. Shabbir Ahmed (MCW member) Imam of Rooty Hill Mosque Sydney Australia reported: Not Seen
The Hilaal of SHAWWAAL (EID UL FITR) has not been sighted anywhere in Australia. Therefore Majlisul Ulamaa of Australia and Moon sighting Committee of Australia have declared that the 1st SHAWWAAL 1429 will be on Wednesday 1st October 2008. EID MUBAARAK to everyone.

Eid Mubarak 1429H!!!

EID MUBARAK!

kepada kalian semua pembaca, penyinggah dan penskodeng blog ini.

Maaf Zahir & Batin!

Semoga amalan baik kita semua dibulan Ramadan diterima Allah s.w.t. dan apa kekurangan kita sepanjang bulan tersebut Allah s.w.t. ampuni.

p/s: Jangan lupa bayar zakat fitrah!

Saturday, September 27, 2008

Amalan-amalan Sunnah di 1 Syawal

Apa? Lu orang dah excited nak beraya? OK aje... memang Hari Raya Aidilfitri ni pun digalakkan untuk bergembira. Mari bergembira!

Cumanya, dalam agama ni ada la batasannya. Dan cara terbaik ialah ikut sunnah Nabi s.a.w. Pssstt... kalau ikut cara Nabi s.a.w. dapat pahala. Lu ikut cara lu sendiri, pahala tak dapat eh... silap-silap boleh jadi dosa pulak (innalillah...)


1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri.

Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta'
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى
Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Memakai bau-bauan yang wangi

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.

3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi
Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.


4. Makan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri

Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)


5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat.

Bagi perempauan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:
أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.
Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.


6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ
Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا
Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.


7. Bertakbir pada hari Raya


Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :
وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.


8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :

1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.

Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan.
Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ ,
Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)


9. Solat Hari Raya


Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.”

- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah

Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :
أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ
Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

Lihat artikel “Solat Hari Raya Cara Nabi” tulisan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus untuk keterangan lanjut tentang solat hari raya.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya


1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya

Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw.

Hadith tersebut ialah :
من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”

Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)

Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.

Penjelasan lanjut

2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.

Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)


Rujukan :
1. http://soaljawab.wordpress.com/
2. Rakaman audio Ceramah Ustaz Ramadhan Fitri tentang Sunnah di 1Syawal.

Artikel asal dari http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=110578

Monday, September 22, 2008

Majlis Berbuka Puasa Melayu di Adelaide 21/9/2008

Lokasi kejadian: Cheltenham Community Centre, 62 Stroud Street North, Cheltenham, Adelaide, Australia

Masa kejadian: sebelum maghrib sampai tarawih 21/9/2008

Kehadiran: Ramai!

Spesies makanan: pot luck (masing-masing bawa makanan sendiri dan kongsi ramai-ramai).

So semalam gua berkesempatan join komuniti Melayu di Adelaide untuk iftar. Biasanya ini annual gathering la. Dan biasanya juga, kena sewa komuniti centre (probably only opened for Malays only, kalau open terus mungkin boleh guna masjid).

Oleh kerana makanan bawa sendiri, maka banyak lah jenis makanan yang disajikan. Boleh kalah menu kat Pan Pacific KL ni!

Makanan yang beratur sedia untuk dimamah! Oh sungguh menggoda tatkala beberapa menit nak berbuka ni!

Taklimat khas sebelum iftar. Semua khusyuk dengar tu tapi hati kat makanan tu (hehehe...). Nasib baik taklimat 'sebelum'. Kalau selepas.... hmmmm...

Solat Maghrib di tengah dewan lepas tu makan besar. Before that, intro je perut. Semua tengah asyik tu... Anak/bini semua dah lupa la tu...

Tokey Swinging Bowl Restaurant (Mangkuk Hayun). "OK line clear... 2nd round...!" "Apa? krenmaut.blogspot.com? Bagus... no 1 in Adelaide!"

"eh... lu dah tengok update terkini krenmaut.blogspot.com?"
"Sorry ah... gua tak layan blog-blog ni, gua olskool!"

Anak gua -baju merah - pos ayu (tau bapak dia amik gambar)

"Fulamak... gua masuk krenmaut ah... glamer sehhhh..."

"krenmaut.blogspot.com? Hmmmppp!!! Muka gua tak masuk kali ni, siap ah lu!", Penghulu komuniti Melayu Adelaide memberi posing seorang penghulu.

Gua rasa tengok gaya bunga silat budak-budak ni boleh tahan gak. Kalau sparing dengan gua, belum tentu gua menang ni. Gua menang dari segi kehenseman je la kot.

"Attention... attention..." Penghulu menggunakan tangan sebagai hailer sedangkan audience semua penuh mulut dengan makanan...

Wednesday, September 17, 2008

Adegan dan laporan BBQ Ramadan

Lama dah BBQ so semalam gua kembali sebagai pembakar BBQ legenda yang bakal melelehkan airliur sesiapa je yang terbau akan asap BBQ gua. Sori eh jiran-jiran sekalian. Hajat gua memang nak ajak lu orang tapi disebabkan gua perantau dengan bajet kecik, ditambah dengan harga daging steak yang sebulan-sekali-pun-susah-nak-beli, maka gua hanya dapat menjemput wife dan anak-anak gua je.

Agenda petang itu ialah, menset-up balik kuali BBQ pada asalnya (termasuk menenyeh kotoran dan kerak yang pra-kekal dah beberapa bulan tu - thanks my wife - muaaahhhs! - hanya di hati kerana siang dan PUASA!). Gua mulakan dengan bantuan pekik riuk anak-anak gua yang excited nak tambah kaki tangan memBBQ. Terpaksa gua tepis tangan-tangan kecil itu supaya tidak menganggu keharmonian dan balance ayng diperlukan untuk memBBQ.

(Namun mereka ada agenda yang lain - antaranya, main air tadahan hujan + mengecat dinding rumah dengan air tadahan hujan itu + cuba mencampakkan bunga dendalion ke dalam kuali BBQ - semua itu ku atasi dengan pandangan tajam, seringai, mata terbeliak dan akhir sekali jeritan ala Mustaine + FTG).

Akhirnya, setelah penat berdiri (jawatankuasa tidak menyediakan kerusi untuk duduk), BBQ itu pun tersedia. Aku mengeluh kelegaan sambil satu persatu anak-anakku yang antaranya sudah basah lenjun main air tadahan hujan ku arahkan masuk ke dalam.

Wife gua pun ada buat laporan gak kat SINI.

Apa? Anda sudah terliur?

Skil menjaga api pada tahap optimum merupakan salah satu faktor penting dalam penyediaan BBQ yang mengkecurkan air liur. Gua serius ni!

Everything is OK! (Anak-anak gua tengah tunggu gua hilang tumpuan untuk menjalankan konspirasi mereka) - juga perhatikan baju IRON MAIDEN yang gua menang kat eBay last time, Virtual XI Tour.

Almost done... gua tak berapa suka rare. Tapi CD Megadeth, Iron Maiden dan Dream Theater yang rare, gua suka.

Sudah sedia untuk dibaham. Gua tau, gua pemBBQ tersohor...

Beberapa menit sebelum azan berkumandang... yum yum...

Monday, September 15, 2008

Buku baru sampai (order dari Malaysia) Part 2

2nd batch order baru sampai minggu lepas. Kali ni order dari http://www.eabookcentre.com.my/ yang beroperasi di Shah Alam.

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya

Price: MYR17.91
Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya

Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang fardhu ain, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok belok ibadah puasa. Berpuasa sudah menjadi ikut-ikutan. Kadang-kadang puasa dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan seseorang.

Sedangkan untuk menunaikan tanggungjawab ibadah puasa yang menjadi Rukun Islam ke-3 tentulah mempunyai adab, teknik, rasional dan peraturan yang ditetapkan.

Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang puasa kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang PUASA!

Price: MYR15.21

21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang

Price: MYR19.90

Buku Pintar: Sunnah & Bid'ah

Penulis: Syaikh Sa`ad Yusuf Abu Aziz

Sinopsis: Penulis membincangkan mengenai isu-isu bid'ah dan yang mana satu sunnah. Buku ini merupakan perbandingan antara bid'ah dan sunnah. DI zaman ini, banyak yang meninggalkan sunnah dan memilih bid'ah. Kenalilah yang mana satu sunnah dan bid'ah. Semua terjawab dalam buku ini.

Price: MYR45.00

Pelik Tapi Benar Dalam Solat

Menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah.

Price: MYR23.31

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya (H/C)

Kerana kekuragnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang ibadah, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok belok solat. Solat sudah menjadi ikut-ikutan. Kadang kala solat dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan seseorang.

Sedangkan untuk menunaikan solat yang datang terus daripada Allah s.w.t tentulah mempunyai modul, teknik, rasional dan peraturan yang lengkap.

Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang SOLAT!

Price: MYR15.21

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat Tapi Anda Malu Bertanya

Masyarakat umum sering keliru bagaimana hendak mengeluarkan zakat? Bila perlu dikeluarkan? Kalau dah bayar cukai pendapatan, apakah perlu bayar zakat lagi? Apa perbezaan antara zakat dan sedekah? Bolehkah mengeluarkan zakat kepada keluarga sendiri yang fakir miskin? Berapa jumlah minimum duit dalam bank yang perlu dikeluarkan zakat? Berapa yang perlu dikeluarkan? Bagaimana pula emas yang dipakai hingga ke siku?

Ini sebahagian persoalan yang menerobos minda masyarakat umum. Soalan itu nampak remeh-temeh tetapi ramai yang tidak pasti jawapannya secara tepat. Buku ini lain dari yang lain. Ia menangani masalah remeh temeh tentang zakat yang ramai orang tidak tahu tapi malu bertanya. Soalan pelik-pelik juga ditangani. Antaranya: Boleh tak guna duit zakat untuk kahwin? Perusahaan madu lebah kene zakat atau tidak?

Yang penting zakat membersihkan harta anda. Allah s.w.t memberi limpah kurnia yang bertimbun-timbun supaya rezeki anda lebih murah. Cungkil rahsianya di dalam buku ini.

Price: MYR15.21

Saturday, September 06, 2008

Buku baru sampai (order dari Malaysia)

Buku-buku yang diorder dari Malaysia baru je sampai. Sampai in 7 days. Tak tau bila nak khatam. Slow-slow kata orang. Yang ni order dari sini http://galeriniaga.blogspot.com. Ada lagi satu pakej dari penjual yang berbeza tapi tak sampai-sampai lagi. Actually, belum diposkan pun sebab buku yang diorder telah kehabisan stok dan menunggu stok baru sampai.

Masa kat Malaysia dulu ada sekali aku demam beli buku agama ni. Dapat gaji je beli yang jilid-jilid. Antara lain, Sahih Bukhari, Al-Umm, Tafsir Ibnu Kathir, Hayatus Sahabah etc. Demam tu datang balik sekarang ni hehehe...

Nanti aku review la buku-buku ni bila dah khatam. Sekali sekala ulas buku apa salahnya ye tak? Asyik ulas CD je... ubah angin sikit time Ramadan ni.

WUDUK DAN SOLAT MENURUT SUNNAH DAN MAZHAB SYAFIE
Penulis: Abu Ruwais asy-Syubrawi
Terbitan: Karya Bestari
Harga: RM19.90

Sifat Solat Nabi (Edisi Revisi)
Penulis: Sheikh al-Alamah al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin al-Albani
Terbitan: Media Hidayah
Harga: RM15.00

Ensiklopedi Tarjih (Masalah Thaharah dan Solat)
Penulis: Sheikh Dr. Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul
Terbitan: Darus Sunnah
Harga: RM45

Sikap Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Terhadap Pemerintah
Penulis: Ustaz Rasul Bin Dahri
Terbitan:Jahabersa
Harga:RM12.00

BAHAYA TARIKAT SUFI/TASAWUF TERHADAP MASYARAKAT
Penulis:Ust. Rasul Bin Dahri
Terbitan:Jahabersa
Harga:RM9.50

SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU (NABI S.A.W.) BERSOLAT
Penulis: Ust. Rasul Bin Dahri
Terbitan: Syarikat Ummul Qura SDN. BHD.
Harga: RM8.90

Soalan cepumas pagi Sabtu

Ismail: Bapak, where is Allah?
Aku: (alamak... dalam hati) Up on the sky...
Ismail: Why?
Aku: Because He is Powerful...

Nasib baik tak tanya banyak-banyak. Mungkin reply yang kedua tu tak berapa betul kot. Patut aku jawab, because that's what Rasulullah s.a.w. said.

Aku jawab berdasarkan dalil ni...

قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَبُّنَا الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ ، اَمْرُكَ فِى السَّمَاءِ وَالاَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِى السَّمَاءِ اِجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِى اْلاَرْضِ اِغْفِرْلَنَا حُوْبَنَا وَخَطَايَانَا اَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِيْنَ اَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَاءِ كَ عَلَى الْوَجَعِ.
"Ya Tuhan kami, Tuhan yang di langit! Engkau mensucikan namaMu (juga) urusanMu yang di langit dan di bumi. Sebagaimana halnya rahmatMu di langit itu, maka jadikanlah pula rahmatMu itu di bumi. Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah suatu rahmat dari antara rahmatMu dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang datang dariMu atas penyakit ini, hingga benar-benar sembuh" (H/R Abu Daud. No. 2892. Ahmad 6/21. (Hadis hasan)

اَلاَ تَامِنُوْنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ
"Tidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku dipercayai oleh Yang di langit (Allah yang di langit)" (H/R Bukhari No. 4351)

قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِى وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَاِذَا بِالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بَشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسفُوْنَ . لَكِنِّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا قَالَ: اِئْتِنِيْ بِهَا. فَقَالَ لَهَا: اَيْنَ اللهُ قَالَتْ : فِى السَّمَآءِ . قَالَ: مَنْ اَنَا قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. قالَ : اَعْتِقْهَا فَاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.
“Berkata Muawiyah bin Hakam As-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaniyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya? Jawab Rasulullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasulullah bertanya: Siapakah aku? Dijawabnya: Engkau Rasulullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah (bebaskanlah) wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah". (H/R. Muslim dan Abi Daud)

Syarah hadith ni cari sendiri ah... aku bukan terer nak explain2 ni. Tanya orang yang berilmu (definitely bukan aku).

Berbuka puasa... kasi jamu makan

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi)

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi)

So baru-baru ni aku jemput dua orang keluarga Malaysia kat Adelaide ni untuk sama-sama berbuka dengan aku sekeluarga. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Kat Malaysia biasanya sunnah ni dibuat kat masjid, hantar makanan ke masjid. Aku tukang menghabiskan je kat masjid (semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran berlipat ganda kepada yang memberi makan, amin!). Tapi kat sini, errr... aku pun tak check kat Masjid Wandana tapi setakat yang aku pasang telinga takde pulak ada jemputan berbuka kat masjid. Tahun lepas ada walaupun bukan hari-hari. Tahun lepas kalau ada, aku pergi dan aku bawak la sikit juadah untuk dikongsi bersama.

Errr... menu hari tu ada kat blog wife tercinta kat SINI.

Bagus juga amal sunnah ni. Pahala dapat, tali persahabatan pun dapat. Yang tak pernah buat, meh kita buat. Aku azam nak buat beberapa kali dalam bulan Ramadan ni, insyaAllah.

Friday, September 05, 2008

Resipi - Ayam Panggang ala Greek!


Muehehehe... sapa kata Krenmaut blog Metal, silap aaaa... resepi pun gua taruk.

Sebabnya, gua yang bikin ini ayam panggang. Lu siap-siap ah pen dengan kertas gua nak kasi resepi ni... (atau cut & paste, lepas tu print). Sementara tu lu boleh click kat gambar kasi meleleh air liur tengok.

Bahan-bahannnya (ehem...)
Jus lemon (sebijik)
Minyak zaitun
Segenggam bawang putih (kasi tumbuk hancur)
garam dan lada hitam
Ayam sekor
4 bijik kentang (kasi belah dua ah... tapi kulit lu jangan buang eh)
bawang merah dalam dua biji (kasi belah la dua ke)
daun oregano kering (melayu gua tak tau nak sebut apa)

Cara-caranya
Lu kasi campur itu lemon jus, minyak zaitun dan bawang putih hancur (dalam 1/4 dari total), garam dan lada hitam. Lepas tu kasi gaul kat ayam tu... haaa lu gosok macam tu... gosok... gosok... lepas lu pusingkan ayam tu... lu gosok lagi... haaa... gosok... gosok... Lepas lu dah setel gosok lu tengok ayam dah cun, kasi tabur daun oregano tu atas ayam.

Panggang ayam tu dalam 180 darjah centigrade. Agak-agak nak masak (belen dalam 30 minit) lu kasi masuk kentang, bawang dan lebihan bawang putih tu yang telah dicampur dengan sedikit minyak zaitun.

Lepas tu tunggu masak, dah masak lu tabur sikit daun oregano.

*gua pun tak tau bila ayam ni masak, nasib baik wife gua ada heheheh...

Lu boleh kasi surprise kat mem lu atau kawan serumah lu. Metal pun masak deras! Ok ah gua nak pi tarawih...

Selamat mencoba!

Wednesday, September 03, 2008

Anak bulan di Australia

salam,
tumpang tanya. masa pengumuman puasa tuh, ikut yang local muslim ye? setau saye, yg tgk anak bulan bebudak aynacademy. ada org lain jugak yg tgk anka bulan jugak ek? yang mana satu ek? sebab kat adelaide nih memang pening sikit. sekadar nak tahu. terima kasih. :)
Terima kasih yang bertanya. Aku pun sebelum ni buat tak tau je bab tengok anak bulan. Apa nak dikata, kita kat Malaysia semuanya dah spoon-fed. Tunggu Penyimpan Mohor Besar buat appearance kat TV dan announce je.

Errr... tengok anak bulan ni especially nak tentukan start Ramadan adalah Sunnah,
Narrated Abdullah bin Umar: Allah's Apostle mentioned Ramadan and said, "Do not fast unless you see the crescent (of Ramadan), and do not give up fasting till you see the crescent (of Shawwal), but if the sky is overcast (if you cannot see it), then act on estimation (i.e. count Sha'ban as 30 days)."(Bukhari:Volume 3, Book 31, Number 130)
Also ada doa khas apabila melihat anak bulan ni. Malam tadi Imam Masjid Wandana ada bagitau. So kira Sunnah la tengok anak bulan ni tiap-tiap bulan. Kalau tak tengok anak bulan, camana nak doa, kan? Issyyy memandai-mandai je aku. Korang tolong check tengok boleh (tapi itulah yang aku dengar, somebody was saying but huraian dalil aku tak dapat nak check sendiri). Tapi hadithnya di bawah:
“Daripada Talhah bin Ubaidillah r.a. bahawa nabi SAW, apabila baginda melihat anak bulan baginda membaca doa yang bermaksud: “Ya Allah keluarkanlah bulan sabit ini dengan keberkatan dan keimanan, berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah S.W.T. inilah sabit yang boleh memberi petunjuk serta kebaikan. (at-Tirmidzi)
Solat Subuh tadi aku sempat bertanya kat local brother di Masjid Wandana. Beliau berkata bahawa ada satu badan NGO (kot) kat Australia ni yang kerjanya tengok anak bulan. Tiap-tiap bulan. Kerana tengok anak bulan tu adalah sunnah. Namanya, HILAL COMMITTEE. Kata beliau, Hilal Committee adalah di bawah Mufti Australia. Mereka ada agen-agen yang melihat anak bulan setiap bulan di seluruh Australia.

Kata beliau lagi, kat Adelaide ni, dia tengok dan somebody from `Ayn Academy pun ada tengok. Anyway, brother ni kata dia pergi tengok dan tak nampak. Ayn Academy pun tak nampak.

Lepas tu aku terus google dan nak tau lebih lanjut tentang Hilal Committee ni unfortunately diorang takde website kot (aku tak jumpa). Anyway, aku jumpa beberapa sites yang tanggungjawabnya tengok anak bulan. Nampak yang aktif Hilal Committee di USA.

Di http://www.moonsighting.com aku jumpa laporan mengenai moon-sighting di Australia. Ni aku cut & paste...
Posted on 31 August @ 20:51, 2008 - Printer Friendly Page - Tell a Friend Seen
Alhamdulillah, we have received the news of the sighting of the moon from the Imam of Darwin Mosque. Therefore, the first day of Ramadan is the Monday, the 1st of September. "

Benjamin Nitschke & Rina Yoshizawa reported that Australia's National Imams Council (ANIC) has announced the Hilal has been Seen
It was sighted in Perth & Darwin.

Engr Manzoor A Mian from Melbourne Australia reported: Not Seen
The moon was not sighted in Melbourne today 31st Aug 2008 Sunday evening due to cloudy weather. Sky was clear Just before sighting then cloud appear and disappear during sighting time. However it was sighted in Darwin (Capital City Northern Territory of Australia) according to some evidence. Here are views of Ayn Academy.
“The crescent was not sighted in any other location, but there was a report of a sighting in Darwin. Australian ‘Ulama have decided to accept a sighting report from Darwin. ‘Ayn Academy along with Al-Ghazzali Centre disagrees with this sighting report on the basis of opposing scientific and jurisprudential facts. However, according to a majority of Australian 'Ulama', 1st of Ramadhan commences on Monday 1st of September 2008. …Ayn Academy Adelaide”

Dr. Shabbir Ahmed (MCW member) Imam of Rooty Hill Mosque Sydney Australia reported: Seen
The Hilaal has not been sighted in all of the major states of Australia except Darwin by the evidence of Br. Abshar Mohammad and Br. Kamaluddeen. From the astronomical point of view, there was an extremely slim possibility for the moon to be sighted in all states, including Darwin, but as the coordinator of the Moonsighting Committee of Australia, I have spoken to Br. Abshar and Br. Kamal concerning their confirmation in the sighting of the moon and they both admitted to obtain the responsibility of being the evidence of this sighting. Also, I was informed by other resources that these brothers are of full authenticity. I thereafter discussed this concern with the following Scholars:

* Mufti Obaidullah -Melbourne
* Mufti Muneeb - Melbourne

* Sheikh Gulam Ali - Melbourne

* Mufti Naeem Ali -Sydney

* Mufti Amjad Iqbal -Sydney

* Sheikh Shamim -Sydney

* Sheikh Adam -Darwin

* Sheikh Ridwan -Sydney

* Sheikh Ozair - QLD

* Sheikh Imran - Gold Coast


All these scholars agreed upon accepting this sighting of the moon. Therefore, I declared that the first day of the month of Ramadaan would be on the 1st of September, 2008.
Kalau korang tengok the whole site, memang comprehensive laporan moon-sighting ni. Banyak negara yang contribute.

Interesting eh? Ilmu baru untuk aku... sharing is caring kata orang.

Monday, September 01, 2008

Salam Ramadhan 1429!

"Aswrwb, Ramadan Mubarak tomorrow is the 1st of Ramadan insyaAllah, moon sighted in Darwin."
Aku masa tu tengah lepak makan kat restoran Turkistan yang baru bukak. InsyaAllah halal. Saja je ikram kawan aku ni. Menu aku tau nak sebut tapi aku makan mi turkistan. Entah apa nama. Penuh satu pinggan tak larat nak habiskan. Rasa macam mi goreng tapi ada rencah rasanya yang aku tak tau nak sebut. Ada pedas-pedas sikit. Not bad tapi tak leh makan selalu. (untuk wife tercinta, aku bungkuskan daging kebab - ini betul power!)

Anyway, sebelum tu kami solat Isya' di Masjid Wandana. Sebahagian besar jemaah yang telah diinform oleh imam pada subuhnya bahawa esok Ramadan terus bersolat Tarawikh. Sebahagian kecil lagi (termasuk aku) yang tidak memegang pendapat imam tersebut keluar. (**Tak mengapa nak join solat Tarawikh tu kata amir jemaah Perth. Sebab solat sunat, kan? Tapi, sebab declaration Ramadan pun tak pasti lagi, aku pun jadi tak berapa semangat...)

Pelik eh?

Memang begitu tradisinya di Adelaide. Mula Ramadan dan Syawal berbeza-beza ikut masjid. Berbeza disebabkan berbezanya ukuran yang digunakan.

Seperti yang diexplain oleh seorang otai Adelaide, sesetengah masjid seperti Masjid Wandana ni, imamnya ikut ukuran di Arab Saudi. Maknanya, keputusan start Ramadan atau Syawal adalah bergantung kepada keputusan di sana. That's why keputusan tu diannounce oleh imam waktu subuh yang mana sepatutnya malam tu baru buat keputusan selepas melihat anak bulan di Australia. Kata otai ni, mereka berpendapat, negara yang mana pemenrintahannya bukan Islam, keputusan sebegini adalah dengan mengikut Saudi Arabia yang dianggap sebagai negara penaung. Understandably, banyak juga masjid-masjid di Australia ni yang dapat bantuan kewangan dari sana. Even imam-imam yang ada pun dibayar gajinya oleh kerajaan Saudi Arabia.

Manakala satu lagi pendapat ialah keputusan ini kena dilakukan dengan keadaan tempatan. Maksudnya, orang local sendiri kena tengok anak bulan tu. Aku rasa ini pendapat lebih kuat dan dikuatkan lagi dengan hadith sahih ni,
Kuraib menerangkan bahawa Ummu Fadl binti Harith radiallahu-anha telah menghantar aku kepada Muawiyah di Syam (Syria) atas sesuatu urusan. Ketika itu aku (Kuraib) masih berada di negeri Syam apabila bulan Ramadhan bermula dan aku melihat anak bulan Ramadhan pada malam Jumaat. Aku kemudian kembali ke Madinah di penghujung bulan (lalu bertemu dengan Abdullah ibnu Abbas).

Kemudian Abdullah ibnu Abbas radiallahu-anhu bertanya kepada aku: Bilakah kamu melihat anak bulan Ramadhan ? Aku menjawab: Kami melihatnya pada malam hari Jumaat. Ibnu Abbas bertanya lagi: Adakah kamu sendiri melihatnya ? Aku menjawab: Ya ! Dan orang ramai juga melihatnya dan merekapun memulakan puasa dan begitu juga Muawiyah.

Ibnu Abbas berkata: Tetapi kami (di Madinah) melihatnya pada malam hari Sabtu, oleh itu kami akan terus berpuasa sehingga 30 hari atau sehingga kami melihat anak bulan yang baru. Aku bertanya kepada Ibnu Abbas: Tidakkah persaksian anak bulan oleh Muawiyah memadai bagi kamu ? Ibnu Abbas berkata: Tidak, sebeginilah yang diperintahkan oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam kepada kami. (Maksud atsar sahabat dari Sahih Muslim - no: 1087)
Now disebabkan Australia ini negara yang sangatlah luasnya maka kena ditunggu keputusan dari bandar-bandar utama di sini. Antara lain maksud hadith di atas ialah, persaksian adalah untuk satu kawasan pemerintahan atau negara. So, yang paling awal petangnya sudah tentu negara di bandar paling timur. Sejak petang lagi kami tunggu sms dari bandar-bandar tersebut. Brisbane (tak nampak)... Sydney (tak nampak)... Melbourne (tak nampak)... Adelaide (tak nampak)... so finally kami menunggu keputusan dari Perth yang paling barat.

Petang tu aku bersama dengan jemaah Perth, bawa mereka ziarah orang Islam di sekitar masjid Wandana. Amir jemaah tu, seorang alim yang belajar di South Africa, sibuk dengan hensetnya mendapatkan berita anak bulan ni. Macam broker je nampaknya. Nanti ada masa aku cerita lagi pasal jemaah ni, OK.

So, selepas Isya' tu, tinggal satu je bandar nak tau. Iaitu dari Perth. Kira-kira dalam 1/2 jam lagi. Disebabkan itu, aku ajak kawan aku ni pi makan kat restoran baru bukak ni. Bila lagi nak merasa masakan Turkistan ye tak? Tengah-tengah sedap makan tu la sms dari local brother sampai. It's confirmed! Esok Ramadan tapi anak bulan nampak kat Darwin bukan Perth as expected!

Afew minutes after, local brother call dan mereka nak setup jemaah Tarawikh malam tu. Tengah kumpul orang. Aku rasa agak malas le pulak selepas melantak dan lokasi restoran pun agak jauh. Penyudahnya, aku tarawikh je kat rumah. Keafdalan mungkin kurang, tapi at least aku buat jugak.

Gitu la ceritanya, camana keputusan anak bulan ni dibuat locally. Bukan macam Malaysia ada penyimpan mohor yang announce kat TV satu negara. Kat sini, 'adventure' sikit hehehe... Actually banyak lagi nak cerita bab ni tapi nantilah one by one aku cerita kalau ada masa.

Untuk mereka yang di Adelaide dan meleleh air liur baca pasal restoran Turkistan tu, boleh cari sendiri di alamat ini, 580 Port Road, Allenby Gardens (bus stop 14). Nama restoran takde lagi sebab baru bukak.