Surau Dialogue Center, Lehigh University.
Semalam berbuka di Dialogue Center. Tajaan oleh sebuah restoran Turki. Katanya, owner restoran itu adalah ex-student Lehigh yang bukak restoran. Dan students postgrad bersama isteri-isteri mereka datang sekali untuk iftar bersama.
Imam dan kawannya, belum punya anak. Mereka menyindir (secara baik) tentang perihal saya yang menunggu anak ke-5. Sedangkan mereka belum berfikir pun untuk punya anak. Maklumlah, bergelumang dengan Ph.D bukannya mudah. Apatah lagi di universiti berprestij ini.
Mereka bertanya, "So... you had to take time off from the kids so that's why you are here for 3 months!" disambut dengan gelak ketawa.
"After this you may come again, after 5 years when you can't take it anymore" lagi ketawa bergema.
Yang sebenarnya, mereka pun mahukan anak tetapi keadaan tidak mengizinkan. Bukan tidak percaya kepada rezeki tetapi mungkin tidak bersedia dengan ilmu management mereka.
Saya katakan, just do it. Fikir banyak sangat pun tak guna. Lainlah kalau jadi Fakirfikir. How can you resist your own blood in a life-form? Saya rindukan mereka, Iman, Ismail, Sumaiyyah dan Isa... dan bayi yang dalam kandungan.
1 comment:
sebenarnya diorang tu perli diri sendiri...ye la..bro dah nak masuk 5...diaorang lak..gear 1 tak lepas...hehehehhe
Post a Comment