Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Trip Adelaide-Canberra. Show all posts
Showing posts with label Trip Adelaide-Canberra. Show all posts

Sunday, January 11, 2009

Trip Australia Pt 5: Sydney Aquarium

Ni dah part 5. Untuk siri sebelumnya boleh rujuk SINI.

Sydney Aquarium adalah destinasi seterusnya. Kami beli tiket sekeluarga untuk dua venue. Package. Lagi satu venue, kena tunggu Part 6.

Hari ni ramai juga orang kat sini walaupun weekdays. Mungkin sini memang tourist spot kot? Sibuk sungguh.

Sumaiyyah ni kalau ramai-ramai dia pemalu. Bila tinggal dengan aku je baru la nampak keceriaannya. Gambar tu dia tengah perform specialty dia, spin! Spin... spin... spin...

First time nengok kapal salam parking... hehehe...

Sydney Aquarium ni macam kat KLCC tu la. Cuma pada pendapat aku, kat KLCC tu lagi cantik kot. Mungkin sebab Sydney Aquarium is amongst first of its kind banding kat KLCC yang 'baru'. Mungkin dari lokasi Sydney Aquarium lagi autentik sebab memang tepi laut sedangkan kat KLCC tu tengah-tengah bandaraya KL.

Gambar kat dalam ni manjang tak jadi sebab dim light. Susah nak cari yang menjadi. So sori la gambar tak berapa cun.

Penguin terkecil di dunia.

Ikan bilis? Ataupun spesies yang sama... sebabnya, kecil dan halus.

Ni namanya kura-kura... (sotong la...)

Ni on the way masuk ke aquarium yang ikan berenang atas kepala tu...

Punya la ramai orang tengok. Weekdays tu hehehe... Diorang tak jalan pun. Statik kat situ sambil menikmati pemandangan atas kepala.

Jaws!!! Jerung memang wujud kat Australia ni. Kalau ada nampak kat mana-mana beach, suratkhabar akan bagi warning tentang sighting tu. Sebabnya, banyak kes kematian/kecederaan kena baham dengan makhluk Allah s.w.t. ni.

Ni namanya sotong... (penyu daaa...)

Ikan pari besar gila. Lebar satu depa ni. Boleh jamu makan 20-30 orang kot. Panggang dengan sambal. Slurrpp... yummy!

Cun eh? Gambar tak cun tapi the real sight memang cun.


Next Part 6: Sydney dot dot dot...

Wednesday, December 31, 2008

Trip Australia Pt 4: Sydney!

Malam sebelum tu kami sampai 2:30am kat kabin. Masing-masing ngantuk so hari ni kami tak mau rush. Cukup tidur semua baru keluar.

Bagi aku susah le sikit. Anak 4 orang, tolak yang bongsu, semua bangun awal. Maka terpaksa la kami laki bini bangun awal sekali. Routine biasa anak-anak bila bangun pagi... lapar!

Anyway, disebabkan malam tadi sampai lambat. And of course nak pack masuk barang semua, kami semua agak bising. Akibatnya, kabin-kabin kami kena komplen sebab bising hahaha... So kalau korang nak menginap kat mana-mana tempat, pastikan tak bising after 10pm, biasanya.

Bilik untuk anak-anak. Yang pakai kat bawah je. Rasa rugi sewa bunk sampai dua.

Dapur

Main bedroom

Cabin

Setelah beberapa hari tak basuh pakaian, akhirnya terbasuh juga. Laundry masuk coins $3 untuk sekali basuh. Family aku kena 3 kali nak setel semua.

Kat laundry ada dryer, tapi disebabkan cuaca panas hari tu maka sidai je la lagi bagus. Jimat duit.

Kawasan sekitar caravan park memang banyak caravan yang dok parking. Mosly local yang pencen. Jiran aku sebelah laki bini pun dah tua (dia la komplen malam tu bising).

Lepas makan tengahari sama-sama kat BBQ area, dan solat, kami pun mula bertolak. Agenda utama, Sydney Opera House.

Jalan agak sibuk sebab kat NSW ni masih sekolah sedangkan di South Australia, dah cuti. Dan traffic jam. Sydney ni besar sungguh. Rasa macam KL pun ada. Bandaraya besar macam ni, kami laki bini sepakat, sesuai untuk jalan sekali sekala je la. Nak menetap, mungkin tidak. Kat Malaysia dulu pun kami di Ipoh. Hijrah dari JB dan KL.

Sydney Opera House tu ikut route yang kami dari belah utara nampak gaya berada di seberang sana. Sesat macam mana nak hala ke jambatan dengan keadaan traffic yang sibuk tu. Tatkala nampak kelibat bangunan tu, hati dup dap dup dap, excited. Memang cantik. No wonder ianya dikatakan sebagai seni arkitek terbaik dunia. Pengiktirafan tersebut ada diceritakan di sini.

Jambatan yang menyambungkan antara dua daratan ke Sydney Opera House tu diberi nama, Sydney Harbour Bridge. Kuno jambatan ni, dibina pada tahun 1932. Jambatan ni diberi nama arch bridge. Dibuat dari besi. Sekarang ni, takde la nak jumpa jambatan besi camnih. Mahal nak bikin. Engineer dan arkitek sekarang prefer cable-stayed bridge. Lagi cantik dan mudah untuk eksploit. Arkitek suka la bentuk-bentuk pelik macam tu. Yang pening engineer nak realisasikan.

Akhirnya jumpa juga jalan nak ke jambatan. Tol $3 satu kereta.

Dah lepas jambatan, nak ke destinasi pun satu hal. Jalan berbelit-belit. Kami parking kat Sydney Opera House ni. Awas, parking memang mahal. Kira macam entry fee jugak le tu.

Nice view from here. Kat sini juga ada cafe untuk golongan yuppies lepak sambil tonggang arak.

Dari Sydney Opera House, kita boleh nampak Harbour Bridge. Memang cun.

Cruiser melintasi bawah bridge. Aku masa ni bawak anak pi toilet. Wife yang ambik gambar.

Nice view!

Another nice view!

Kat sebelah tu ada taman pejalan kaki. Nak rilek-rilek boleh le ke sini. Ada teropong masuk $2 tu.

Gambar ni memang cun ah. Awan telah dicapture dengan jayanya. Agak-agak boleh buat poskad ke?

Disebabkan kami pun bertolak lambat, so sempat lawat Sydney Opera House je la. Kat situ pun kami dah spend 3 jam. Malam pun bakal menjelma, so balik la. Actually ada terowong untuk ke seberang tapi ikut apa yang kami baca dari signboard yang ada, ianya untuk yang ada kad macam touch n go je. Kalau ada cash, sudah tentu kami try terowong pulak.

Nak keluar tak perlu bayar. Macam Penang Bridge jugak.

Sasa sungguh nampak keluli besar bagak macam tu. (tu tompok macam asap tu bukan asap, tapi cermin kereta kotor huhuhu...)

Rasa macam dalam Gotham city le pulak! Tak pun macam filem World War II.

Bersambung Part IV: Lagi sekitar Sydney!

Thursday, December 25, 2008

Trip Australia Pt 3: Melbourne ke Sydney

Kami tak spent banyak masa di Melbourne dengan alasan Melbourne adalah bandaraya paling dekat dengan Adelaide (walaupun sejauh 800km) dan matlamat utama kami ialah Sydney. Jadi kami singgah di Melbourne semata-mata nak rehat/tidur. TAPI! Ada satu benda yang kena buat di Melbourne... teruskan pembacaan...

Sepanjang perjalanan sampai Melbourne ni, aku jadi leader. Tapi perjalanan seterusnya kami serahkan kepada family yang lain pulak. Jenuh jadi leader ni takut tersesat.

Ready to go! Senaman menguatkan kekuda untuk menekan paddle.

Sekitar caravan park. Banyak caravan-caravan yang parking rehat. Biasanya untuk satu-satu tempat diorang singgah lama. Tidur/masak semua dalam tu. Caravan park cuma sediakan post untuk electricity dan air je. Juga ada kemudahan laundry kat caravan park tu. Memang seronok le rasanya travel guna caravan ni.

Sebelum start journey, membelek peta adalah satu perkara wajib!

Perjalanan pun bermula. Di Melbourne city, ada satu benda yang tak berapa maju di Adelaide iaitu sistem 'tram'. Tram ni macam monorail la kat Malaysia cuma ianya bergerak atas jalanraya macam kereta jugak.

Tu yang buat mereka yang tak biasa kadang-kadang rasa ngeri. Tram ni dah le buat dari besi waja, macam kereta kebal. Kalau dia rempuh, habis la Tarago sewa ni. Lagi satu keluarbiasaan tram ni ialah treknya di tengah jalan so bila sampai kat stopnya untuk ambil penumpang, ianya stop DITENGAH jalan. So kena perati signal tram ni. Terlepas pandang nanti terlanggar orang yang turun naik tram ni.

Sydney Road di Melbourne terkenal dengan jalinan shophousenya. Dan rasanya kat sini paling banyak jalinan restoran halal. Memang dapat dilihat dengan mata kepala sendiri, ramai Muslim berkeliaran dan kedai-kedai kebab Turki dan Pak Arab. Cumanya punya la sibuk jalan ni. Jenuh nak sampai ke hujung.

Patutnya tak perlu ikut jalan ni tapi sebab nak pergi kat very important stop, terpaksa la redah jugak.

Ya... stop penting yang dimaksudkan KFC HALAL!!! Hahaha... kat Adealaide takde. Yang ada, paling dekat ialah di Melbourne (800km away!). Untuk mereka yang dah biasa makan KFC di Malaysia, sudah tentunya ketagihan KFC akan datang juga.

Bukan semua KFC di Melbourne halal. Ada 2 je rasanya dan salah satunya di Sydney Street. Pada notisnya ditulis, no ham sold here.

Lagi satu walaupun halal, ada beberapa benda dijual tak halal (tak sembelih). Tapi diberitahu di kaunter, yang tak halal, dimasak dengan kuali berasingan. Setakat ayam goreng dan order yang biasa, memang halal kesemuanya.

Oleh itu, tanya dulu mana yang halal dan mana yang tidak sebelum order.

Aduh, tengah menulis ni bila tengok balik gambar ni rasa lapar ketagih pulak... aduh duh duh...

Selesai makan di KFC, kami meneruskan perjalanan. A long journey, about 800km. Kat highway banyak trak-trak besar. Ada sapa-sapa minat trak besar? Kat sini la nak cuci mata. Macam-macam gaya dan fesyen.

View lebuhraya rasanya sama je kat mana-mana. Plain dan boring. Tu yang buat mengantuk tu. Cuba kalau ada gunung berapi tiba-tiba, maybe tak jadi ngantuk kot (idea merapu).

Selepas 100km perjalanan. Ada 700km to go!

Projek melebarkan lebuhraya. Rasanya memang perlu sebab memang agak sibuk juga highway ni (Hume Highway).

Another truck

Amacam? Ganas dan macho kepala truck ni...

Kami berenti makan tengahari dan solat Zuhur/Asar di sebuah town kecil. Bila drive balik kat depan tu ada park yang very special sebab kat tengah-tengah tu ada real size submarine! REAL LIFE SIZE! Besar bagak. Rasa nyesal pun ada. Kalau tau kewujudan park ni, dah tentu kami stop kat sini untuk makan dan solat.

Another plain and boring view. Bukit tu warna kuning bukan sebab padang pasir tapi sebab rumput yang dah jadi warna kuning oleh musim panas.

Malam menjelma.

Kami sampai di bandar Sydney dalam jam 12am! Tapi kami menghadapi masalah mencari caravan park yang kami dok cari tu. Sesat. Memang besar Sydney ni dan jalinan jalanraya yang complicated. Walaupun ada peta di tangan tapi simpang-siurnya mengelirukan.

Kami sampai kat caravan park dalam 230am! Patutnya sejam je. Semua dah flat out dan muka masing-masing dah bertukar dari muka manusia kepada muka zombie.


Apa lagi, tidurlah!

Bersambung pt 4: Berjalan di Sydney Opera!