Detroit (dan mengantuk)
Alhamdulillah.
Quick recap tentang perjalanan kembali ke Tronoh.
Flight dari Allentown jam 6am telah dijemput oleh Prof Pessiki seawal 330am. Banyak jasa beliau. Selain belanja makan lunch, dinner dan bawak ke rumah berkenalan dengan keluarga beliau- beliau juga yang menjemput saya dari airport. Akhir jasa beliau ialah menjemput saya ke airport dan menghantar sampai saya masuk ke dalam boarding area. Nak ikutkan, dia tidak perlu melakukannya semua itu.
Allentown ke Detroit tanpa masalah. Beg overweight saya dilepaskan begitu saja (limit 50 pounds tapi beg saya 63 pounds). Sampai di Detroit, masalah. Flight delay sampai 2 jam. Sebabnya - masalah dengan sistem satelit kapalterbang. Ianya efek kepada flight saya di Seoul, Korea. Penyudahnya, transit saya ketinggalan kapalterbang transit saya di Seoul. Flight seterusnya cuma ke Singapore dan dari situ ke KLIA. Diberi opsyen untuk bermalam di Seoul semalaman tetapi terlalu lambat. Keluarga sudah menunggu di Putrajaya (homestay).
Di Singapura, merewang di terminal transit selama 6 jam. Bagusnya, pelbagai gadget tersedia di situ untuk menghilangkan kebosanan mereka yang menunggu - free internet, skrin TV besar (bolasepak Premier League), restoran 24 jam dan juga charger telefon bimbit. Lebih bagus dari KLIA.
Sampai di KLIA, keluarga yang sudah sampai di Putrajaya pada malam sebelumnya, lebih baik saja tunggu di sana. Saya ambil teksi dan membayar RM65. Kami bermalam semalaman lagi di Putrajaya.
Esoknya, kami bergerak ke rumah orang tua saya. Saya mahu beraya. Saya 'memaksa' ibu saya memasak ketupat (segera) bersama dengan rendang ayam dan masa lodeh. Ini sekurang-kurangnya mengubat nikmat raya yang 'hilang' di perantauan.
Dan hari ini, saya bangun pagi di Tronoh!
13 comments:
"Dan hari ini, saya bangun pagi di Tronoh!"
hahaha... around the world in 80 hours, welcome home sanitarium
aku repair sikit.. "Dan hari ini, saya bangun pagi dan 'mandi' sblm solat subuh di Tronoh!"
ijau,
thanks.
------
azharjaafar,
dah beberapa kali mandi bro... oppsss ;)
byk betul cabaran..alhamdulilah selamat juga akhirnya
syukur sampai rumah ngan selamat..
Alhamdullillah.....boleh datang raya??hehhe
seronok tngk gambo atas anak beranak berkumpul...selamat pulang ke tanahair!!!
alhamdulillah, salam 1 malaya
selamat kembali ..
Tronoh .... saya punya kenangan di sana ... pada tahun 90an ....
Pasarnya masih ada .... saya rindu betul suasana di sana ...
Selamat kembali ke UTP :)
Baru saya tahu kalau dari US, ada juga yg transit nya di Korea..sebab selama ni yg saya tahu, selalunyab transit di Dubai/Amsterdam.
Lupa nak komen tadi,..Baju Philadephia merah tu cantik! :)
alhamdulilah .. selamat hari raya dan selamat kembali ke tanah air !! Changi Airport mmg terbaik dr segi fasiliti ..
selamat hari raya.. selamat kembali ke tanah air dan errr gitar baru tu mana dah post entri ker??? eksen henci riak gitarwi
Post a Comment