SINOPSIS
Walaupun isu mengenai Black Metal sudah lama diperkatakan sejak dulu tetapi masih ramai yang tidak mengetahui secara mendalam tentang kumpulan itu. Kewujudan kumpulan songsang ini telah menggugat akidah dan pegangan agama kelompok anak muda di Barat. Kemunculan yang dicetuskan kerana kegelisahan jiwa serta kekontangan spiritual yang sedang melanda masyarakat di sana menular dan mengancam masyarakat kita.
Justeru, buku ini hadir bagi MEMBONGKAR KESESATAN BLACK METAL khususnya kepada masyarakat di Malaysia. Pendedahan benar tentang Black Metal yang anda perlu TAHU:
· Sejarah setan · Asal usul pemujaan setan
· Pengikut-pengikut setan · Kegilaan Black Metal
· Modus operandi Black Metal · Simbol Black Metal
· Setan-setan Black Metal · dan banyak lagi pendedahan terbuka
Bagi menghasilkan buku mengenai kesesatan Black Metal adalah tidak mudah. Banyak maklumat yang berkaitan dengan mereka tidak boleh didapati secara terbuka. Perihal mengenai permujaan setan adalah sesuatu yang cukup sulit dan ritual itu dijalankan secara rahsia sehingga di kalangan anggota mereka sendiri tidak mengetahuinya. Sesungguhnya isu Black Metal dan yang berkaitan dengannya adalah isu ummah yang tidak boleh dipandang enteng. Pembiakan dan penularan kumpulan ini perlu dihentikan!
Nevertheless, saya belum membacanya. Saya harap ianya lebih adil, terutamanya apabila membongkar tentang muzik ini di Malaysia.
Yang pasti, Mat Metal pasti akan emosional membacanya dan saya jangkakan isu (buku) ini akan menjadi hangat dibincang (dikutuk) oleh Mat Metal di dalam facebook (walaupun mereka tak membacanya - atau membacanya dengan muka merah padam panas).
23 comments:
huhuh..terserempak jugak dengan buku ni aritu.
hitam2 sitampuk manggis, walaupun hitam nampak manis...
aku juga terserempak gak kt kedai buku 2 mggu lepas..just belek2 n baca kt kulit jerk, coz berplastik..n xberminat nk membelinya...
metal kental..haa
"...hangat dibincang (dikutuk) oleh Mat Metal...walaupun mereka tak membacanya..."
Mengutuk (kritik?) sebelum baca/tonton/dengar/fikir/faham bukan terhad pada Mat Metal saja. Mat Belia, Mat Bunga, Mat Songkok, Mat Kopiah dan bermacam jenis Mat (dan Minah) pun macam tu jugak.
Cuma maMat Khalid saja yang (harapnya) tak macam tu kot. LOL
Tapi seriously, refleks emosi sebelum akal itu sudah jadi sebati dalam jiwa, darah dan daging Melayu. Dan hukuman pun dijatuhkan berdasarkan hearsay.
ko,
Saya tujukan kepada Mat Metal kerana (setakat yang saya sangka), krenmaut ini ramai pembacanya Mat Metal.
serius, selama ni ingatkan black metal is just another genre of music.. tak sangka lak ada puja2 setan... haisshh... Naudzubillah..
me folo the blog for knowledge..bukan minah metal tau..
Anaa,
Takkan le tak minat lagu Enter Sandman (Metallica)?
Kira Metal la tu.
Dr.Ben, tak tau lagu tu.. nama kumpulan Metallica je pernah dengar.. nanti i try download lagu tu ehh..
lagu Sandman je yg leh layan...
lagu lain, adehhhh...
tapi setiap lagu ada seni masing2 kan...
Maaf ya Doc. Komen saya tangential dari blog entry.
Saya rasa Doc setuju kalau saya cakap sikap kutuk sebelum baca tu memang jadi masalah yang universal (tak terhad pada Mat Metal saja) kan? Jadi masalah terutama sekali bila kesimpulan yang dibuat jatuh tanpa tau konteks sepenuhnya apa yang dikutuk.
Sebelum ni Doc cakap seseorang tu boleh consider Mat Metal kalau 80% dari lagu yang dia layan ialah Metal. 80% dari lagu yang saya suka bukan dari genre Metal. Jadi...hahaha...
Tapi saya suka baca krenmaut. Di Malaysia, agak susah untuk cari Mat Metal yang ada substance. Lebih susah nak cari Mat Metal yang ada substance DAN sanggup kongsi isi fikirnya dengan semua. Sebab tu saya suka krenmaut!
(maaf, satu lagi komen tangent. haha)
"Banyak maklumat yang berkaitan dengan mereka tidak boleh didapati secara terbuka. Perihal mengenai permujaan setan adalah sesuatu yang cukup sulit dan ritual itu dijalankan secara rahsia sehingga di kalangan anggota mereka sendiri tidak mengetahuinya.."
adakah sekurang-kurangnya penulis ni sendiri hadir ke gig2 metal atau bercampur dengan orang2 yang mengikuti muzik yang dikatakan "Black Metal"?
klu tak, saya tak rasa penulis ni adil dalam mengupas isu Black Metal di Malaysia..
"membongkar kesesatan black metal the child of satan" - oleh bentara (phD)
klu mcm ni tajuknya mungkin aku percaya~
2001 punya fakta semua dikumpil dari naskah inilah....pejam celik dah lebih dari 10 thn jugak isu yg direkayasa ni menerjah masyarakat..tp apa yg pasti METAL tetap mcm itu dan akn sentiasa begitu...walaupun disekat atau digari oleh undang2..metal rulez!!!
tak silap aku buku ni buku lama...aku pernah terbaca pasal buku ni dulu...dan aku tak rasa Tn Haji Ann Wan Seng ada buat research berjumpa ngan budak2 metal malaysia...kalau tak konpem dia dah interview gitaris band tersohor Langsuyr tu...heheh...
yang jahat 2 sempadan..
ermm...dengar aje....jangan terpengaruh sudah la...
sy stuju dgn Witchunter
Jumpa buku ini kat Giant, Alor Setar kat tingkat bawah tempat jual buku-buku dakwah. Sempat tengok beberapa mukasurat... banyak cedok dan translate dari internet artikel-artikel nya...
cheesy, sekdar ambik kesempatan isu black metal terbitkan buku.. kaut duit.
faithcraft,
aku rasa Mat Metal la yang patut kaut untung masa kes ni. Imagine. Semua orang tak tau, tiba2 kita tulis. Fuh!
aku dan kawan-kawan dlm proses menerbitkan buku bertajuk "punk rock: disebalik fesyen dan muzik bising"...
insyaAllah akhir tahun ni...kita yg tahu ttg sesuatu kene tulis kene terbit. ayuh!
Saya telah pun membeli buku ini semalam dan saya telah pun habis membacanya. Terdapat kandungan yang saya tidak bersetuju. Walaubagaimana pun, saya tidak dapat menafikan bahawa tidak ada perkara yang baik yang akan timbul dari muzik black metal. Walaupun saya seorang penggemar muzik metal dan saya mempunyai sedikit koleksi album-album black metal. Saya harus akur bahawa muzik black metal lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan.
saya dah baca buku kira2 dua atau tiga tahun lepas, tak ingat dah...seriously buku ni berat sebelah dan bias...diorang x ambik port pasal pengertian dari segi muzik langsung...memang betul Black Metal itu salah dan syirik, tapi muzik tetap muzik...kalau diambil secara baik, baiklah jadinya, kalo keterlaluan pulak, memang teruk la jadinya...
black metal (musik) tidaklah sesat, yang sesat itu di hutan, tidak nemu jalan...
ngerti ?????!!!!
jangan memunafikan sesuatu sebelum tau yang sebenarnya, ,,,
MAAF sebelumnya,,,
saya muslim, dan saya benci dengan anak/budak/apalah yang nyebar video mesum berjilbab, ITU MALAH LEBIH SESAT...!!!
MUSIK UNDERGROUND ITU TIDAK SESAT
yang sesat adalah yang menyesatkan..
SALAM AUC (AMBARAWA UNDERGROUND COMMUNITY) LAMPUNG INDONESIA \m/
Post a Comment