Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, September 23, 2011

Di mana ERIC CHEAH (Psychic Scream Entertainment)?


Sedang saya check email, tiba-tiba saya terpandang satu email dengan nama Eric Cheah. Saya kenal. Cuma email ini telah menjadi spam. Punah harapan kerana saya sangkakan beliau menghubungi saya kembali selepas beberapa tahun tidak bertanya khabar.

Saya kenal beliau sudah lama. Saya pernah tidur sebilik dengan dia (jangan fikir bukan-bukan). Semasa saya bujang dulu dan belajar di UTM Skudai, apabila tiba masa cuti untuk pulang ke Ipoh, biasanya saya akan singgah di KL. Lebih tepat, Loke Yew. Di situ tinggalnya warga penting underground Metal ketika itu. Antaranya, Eric Cheah (panggilan lebih rapat ialah Ah Keong) dan Jaei Nebiula.

Mereka berdua tinggal serumah, lain bilik. Jika tidak tidur dalam bilik Jaei, saya akan tidur bilik Eric. Dua-dua bilik hebat. Ada seperate hi-fi system dan CD yang melambak-lambak. Cukup untuk saya habiskan masa untuk menggodek.

Yang akhirnya, ketika Eric upgrade sound system beliau, saya membeli set CD player beliau, Marantz MK63 dan amp Arcam 5.

Banyak lagi sejarah saya dan dia. Dia banyak introduce saya kepada band baru. Paling signifikan: Dream Theater. Atas introduksi beliau  - saya mendengar album Images & Words. Kaset pertama Dream Theater yang saya beli ialah A Change of Seasons.

Kemudian dia berpindah ke sebuah apartment bersebelahan dengan Istana Negara (tak ingat nama). Saya menyewa bilik kecil di dalam apartment beliau selama 3 bulan kerana ketika itu saya menghadiri satu kursus di UTM KL.

---------------
Rumours mengatakan sekarang beliau menetap di Thailand dan sudah berkeluarga.

Saya buat siasatan super-quick. Dan saya terjumpa ini:
Erik Cheah

Erik used to be a long distance cyclist. A serious knee injury coupled with several cycling accidents rendered him unable to actively participate in any sports, including cycling.[
LINK]
Beliau memang seorang cyclist tahap semi-pro.

Hidup google! Lain-lain informasi, tak jumpa.

--------------

Saya mula menggeledah email saya dengan beliau. Tak banyak. Yang tinggal sebuah temuramah saya buat pada tahun 2005. Tahun yang mana kejatuhan scene Metal tempatan sudah berlarutan. Dan cari makan melaluinya menjadi bertambah sukar.

1. PSE sekarang apa macam? Nampak slow je. Takde release baru ka?
Eh...eh, PSE mana ada slow, kan bikin show KREATOR, sibuk ni. Slow kat bahagian production album aje. Ada release baru, tapi kena hold kejap sebab dah invest duit kat show Kreator.  Up-coming ada album Dark Nirrajim dan Kompilasi Northern Eruption.
 
2. Metal punya market sudah slow, betul ka? Lu agak bila boleh naik balik?
Sejak isu 'Black Metal' market metal memang drop gila, lagi teruk daripada time saya start PSE. Bila nak naik balik??? Itu jugak soalan yang gua dok tanya diri sendiri. tak dapat jawapan lagi lar. Harap2 lepas show Kreator ni market metal boleh naik balik. Tujuan saya bikin show ni pun sebab nak naik kan semangat peminat metal, harap2 jadi. Itu pun kalau peminat muzik metal support.

3. Apa pasal Metal boleh jadi slow kat sini? Apa sebab?
Sebab isu Black Metal lar, kawan, itu pun nak tanya. Jangan sebut pasal ni lar, benggang.

4. Kalau Metal sudah sangat slow, apa bisnes lu mau buat dalam muzik?
Entah, Psychic Scream berdarah metal lar, kalau metal slow, relek aje lar.

5. Sekarang band baru Metal banyak, tapi market pula slow. Gig Metal tiap2 minggu ada. Apa lu punya nasihat pada diorang?
Self-finance dan release demo yang berqualiti!!! Promote your self. Pratice lar selalu, jangan tunggu time show aje.

6. Apa kriteria lu consider bila lu mau release satu band Metal?
Yang penting sekali saya dan band members bersefahaman. Of course, muzik dia kena bagus dan ada market. Saya dah tak larat nak buat 'charity' lagi.

7. Apa artis PSE paling laku? Selling berapa banyak?
Koffin Kanser. Rahsia.

8. Dalam Metal market tempatan, lu agak, kalau mau survive satu album mau jual berapa? Paling bagus
berapa?
Nak survive to 1,000 cukup. Tapi paling bagus kalau 3,000 copy.

9. Lu habis berapa RM kalau mau release satu album Metal local punya? Kalau lu tak dapat pulang modal,
marah tak?
Itu terpulang, antara 3 ribu ke 15 ribu. Kalau rugi apa nak marah, sendiri tanggung lar, anggap derma aje lar.

10. Band2 baru yang sekarang ni lu rasa mana yang boleh kasi untung punya? Boleh pegi jauh lagi?
Rasa2 tak ada lar, budak baru sekarang pun cari album band lama aje.

11. Ada rasa saingan tak dengan label2 Metal tempatan yang lain? Kata la lu main sign ini band, tapi tiba2
lagi satu label sudah sign. Itu macam, ada pernah terjadi ka? Apa lu rasa?
Itu perkara biasa, business apa pun mesti ada competition, baru lar boleh improve sebab kita boleh berlajar dari kesilapan. 

12. Lu agak la, ekstrim Metal punya band dekat Malaysia ni, paling jauh boleh pergi mana? AIM? Konsert dalam TV? Apa pasal?
Rasa2 tak ada harapan lar buat 10 tahun akan datang.

13. Sekarang oi! banyak untung. Lu tak nak release band oi! ka?
Entah lar, belum terlintas dalam fikiran.

14. Apa kepuasan lu bikin ini PSE?
Sebenarnya saya rasa kesal dan amat sedih kerana planning dan target PSE adalah sangat jauh. Tapi isu 'Black Metal' telah hancurkan impian saya terhadap PSE.

15. Lu punya harapan pada PSE dan scene Metal tempatan?
Harap market boleh naik balik, kerajaan dan rakyat boleh terima extreme metal. Maka PSE dapatlah hidup balik kat scene Metal.

23 comments:

Rina Rahamat said...

oo muzik metal dgn black metal berbeza ke..baru sy tahu..

Waqheh said...

hahaa gua ingat eric chia yg perwaja steel tu...

Dr. Bentara said...

Waqheh,

Cheah dan Chia ada beza ;)

emarieys said...

google dpt juga membantu

Anba said...

Dr Ben...
I'm learning lots of interesting facts abt the malaysian underground scene..
know i know who was behind the infamous kreator gig in 2005...come to think of it this sunday 25th marks 6 yrs of that infamous gig..my first and the most energetic show i've seeen..thnks to Eric Cheah...

Dr. Bentara said...

Anba,

I don't even remember where this original interview appearing on. Glad I found it by accident!

Kaboi Tanduk said...

"Tapi isu 'Black Metal' telah hancurkan impian saya terhadap PSE"

baca interview ni rasa macam sedih pun ada..

Skudal said...

terima kasih kat MASTIKA....pasal depa la..Black Metal jatuh!

Skudal said...

preghh...yoga instructor tu....sah lagu yoga lagu METAL.....heheheh

Ati Masrif said...

kenalan lama di bila tak jumpa
tercari2
tapi bila ada yg dah berjumpa
tak pula nak say hi..kat fb tu

soalan tadi tu

rasanya hubby kita ok je
lgpun dia pembaca setia blog kita
bukan mengutuk pun kan ...lawak je :)

uncle gedek said...

Cheh!

baru je nak fikir macam-macam...

Azman said...

"Rasa2 tak ada harapan lar buat 10 tahun akan datang."

Sedih tapi benar.

deaf-angel said...

thanks mm. Best post ni.

Aku dulu pernah baca jugak nama Eric Cheah. Now I know a bit more about him.

WanBeruas said...

..Pernah lepak kat apartment dia masa g amik tShirt & keset..Yang boleh jadi tanda mata sampai la masa beli Tshirt Conception Of Madness dia kasi 2 keset free Agathodiamon ngan apa tah satu lagi.Masa g kat Garage gig..:0)

Achan Sinclair said...

Hmm..gua baca mmg nampak Eric down gila pasal isu black metal. Memang power gila kuasa pena (media). Tapi judgement pembaca pun kena solid juga sbb kdg2 berita ni cuma kisah propaganda kasi laku paper. Btw smoga pnjg jodoh dgn eric tu.

Korawk said...

sebagai pengumpul tegar kompilasi Panggilan Pulau Puaka dan album serta ep Koffin Kanser, nama Eric Cheah memang tetap segar di ingatan

d_in_flames said...

eric cheah....penah bli cd dawn-slaughtersun dgn in aeternum direct dgn dia psl dia ade deal bwk masuk brg necropolis rec

Blitzenius said...

saya ingat la masa zaman pakai surat lagi, tulis surat kat PSE tanya pasal rilisan baru dgn merchandise, dalam lewat 90'an. masa tu PSE memang riding high on the success of Koffin Kanser.

isu black metal jadi besar seingat saya sebab tabloid metro. mastika lepas tu menangguk di air keruh la dan terus-terusan jadi modal mereka sebagai bahan dalam periodical diorang.

anyway, those were the days...

dear anies said...

sy igt eric hia perwaja steel tu..rupa nyer org lain ;-)

Adi Herman said...

orang yg bertggjwb menaikkan nama Koffin Kanser serta band2 metal seanterom pada dekad 90an

~*~*~pretty petals~*~*~ said...
This comment has been removed by the author.
~*~*~pretty petals~*~*~ said...
This comment has been removed by the author.
~*~*~pretty petals~*~*~ said...

Yes, Ah Keong's apartment is near to the old Istana Negara. Villa Scott, in Brickfields. A humble guy and a nice guy. True enough, he does have a great collection of CDs. Found out that he is now the Resident Instructor of Bikram Yoga in True Fitness. Hope life is treating him well. Till we meet again xoxo, niki