L to R: Dr Bentara, Jie Mutilator, Azimuth Lan, Necroshaman, Tok Bomoh. |
Wednesday, December 25, 2013
Tuesday, December 24, 2013
Pakej rosak: CARCASS Surgical Steel 2-LP
Pakej yang sampai pastinya disambut dengan gembira. Membukanya adalah satu pengalaman berdebar-debar yang sukar untuk ditulis dengan perkataan. Biasanya senyum lebar akan terukir di bibir tatkala barang yang dipesan keluar dari pakej. Tetapi tidak untuk kali ini.
LP yang dibeli baru datang dalam keadaan sudah dibuka sedangkan pakej sendiri tiada tanda-tanda ia dibuka untuk pemeriksaan oleh KDN. Apabila dibuka gatefold, ia melekat. Pembukaan dibuat secara paksa dan sedikit tenaga diperlukan untuk mengurai gatefold tersebut. Lekatan jaket LP ini kelihatan seperti ia pernah jatuh ke dalam air. Seperti ada kesan air. Peluh mula mencucuri dahi.
Atas nasihat Ellyrocker, saya menghubungi kembali Amazon untuk meluahkan perasaan tidak puashati. Di dalam sistem Amazon, secara default mereka akan menyuruh kita menghantar balik barang yang rosak itu. Harga setem akan dibayar kemudian. Saya pun menulis apa yang terjadi dan berkira-kira ingin menghantar kembali LP tersebut. Datang email jawapan dari Amazon mengatakan tidak perlu hantar balik kerana postage yang mahal. Sebaliknya disuruh simpan saja. Ganti akan dihantar secepat mungkin.
LP ini masih ada di tangan saya. Vinyl sendiri masih dalam keadaaan yang baik. Cuma jaketnya dalam keadaan yang tidak memuaskan. Bagaimana? Apa yang nak dibuat dengan LP ini?
LP yang dibeli baru datang dalam keadaan sudah dibuka sedangkan pakej sendiri tiada tanda-tanda ia dibuka untuk pemeriksaan oleh KDN. Apabila dibuka gatefold, ia melekat. Pembukaan dibuat secara paksa dan sedikit tenaga diperlukan untuk mengurai gatefold tersebut. Lekatan jaket LP ini kelihatan seperti ia pernah jatuh ke dalam air. Seperti ada kesan air. Peluh mula mencucuri dahi.
Atas nasihat Ellyrocker, saya menghubungi kembali Amazon untuk meluahkan perasaan tidak puashati. Di dalam sistem Amazon, secara default mereka akan menyuruh kita menghantar balik barang yang rosak itu. Harga setem akan dibayar kemudian. Saya pun menulis apa yang terjadi dan berkira-kira ingin menghantar kembali LP tersebut. Datang email jawapan dari Amazon mengatakan tidak perlu hantar balik kerana postage yang mahal. Sebaliknya disuruh simpan saja. Ganti akan dihantar secepat mungkin.
LP ini masih ada di tangan saya. Vinyl sendiri masih dalam keadaaan yang baik. Cuma jaketnya dalam keadaan yang tidak memuaskan. Bagaimana? Apa yang nak dibuat dengan LP ini?
Monday, December 23, 2013
Ulasan: DARKTHRONE The Underground Resistance (2013)
DARKTHRONE adalah band ikon yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Tanpa publisiti meluas, tanpa banyak ragam hatta tanpa ada live show pun mereka masih kekal mengeluarkan album hampir setiap tahun. Dan mereka masih setia dengan label asal, Peaceville (walaupun pernah keluar 1995-2004).
Album ke-15 ini menampilkan DARKTHRONE pada status quo, iaitu retro. Di mana album sebelumnya Circle of the Wagons, mereka mula bertukar kulit; separuh albumnya punk-metal dan separuh lagi classic-metal, album ini menampilkan DARKTHRONE dengan kulit baru - homage dan tribute kepada band Heavy Metal terdahulu seperti Minotaur, Uriah Heep, Helloween, Iron Maiden dan Pentagram.
Enam lagu yang ditawarkan separuhnya dicipta oleh Nocturno Culto dan separuh lagi Fenriz. Individu yang mencipta lagu juga bertanggungjawab menjadi vokalis. Nocturno Culto dengan vokal dalam perut sementara Fenriz cuba meniru vokalis Heavy Metal, siap dengan tarik cucuk punggung. Di mana Nocturno Culto lebih gelap dalam pembawaannya, Fenriz lebih ceria. Ini memberikan kontra yang agak ketara. Adakah dengan ini menyebabkan kejanggalan? Peliknya tidak. Kedua-duanya saling mencukupi. Kita tidak merasakan bahawa ini adalah 2 band dalam 1.
Kualiti rakaman adalah seperti kehendak album NWOBHM. Drum-trigger ditinggalkan. Juga tiada cut&paste seperti kebiasaan produksi rakaman zaman ini. Boleh dikatakan, ini adalah album yang menggunakan tulang 4 kederat secara total. Ini juga menjadikan hasilnya sedikit lain dari lain. Kita membayangkan (ilusi) seolah-olah mereka sedang praktis rehearsal di depan kita. Mungkin atas sebab ini juga DARKTHRONE adalah jauh dari pandangan tetapi dekat di hati.
Track listing
No. | Title | Composer | Length | |
---|---|---|---|---|
1. | "Dead Early" | Nocturno Culto | 4:55 | |
2. | "Valkyrie" | Fenriz | 5:19 | |
3. | "Lesser Men" | Nocturno Culto | 5:00 | |
4. | "The Ones You Left Behind" | Fenriz | 4:20 | |
5. | "Come Warfare, The Entire Doom" | Nocturno Culto | 8:47 | |
6. | "Leave No Cross Unturned" | Fenriz | 13:49 |
Friday, December 20, 2013
A History of God by Karen Armstrong
When the Koran used anthropomorphic terms to describe God's activity in the world or when it said that God "speaks" and "sees" and "sits upon his throne," Ibn Hanbal insisted that it be interpreted literally buy "without asking how" (bila kayf)... Ibn Hanbal was stressing the essential ineffability of the divine, which lay beyonf the reach of all logic and conceptual analysis - A History of God, pp 165.
---------------------------------------
Neither Kalam nor Falsafah could satisfy somebody who was in danger of losing his faith, as Al-Ghazali himself was brought to the brink of skepticism when he realized that it was absolutely impossible to prove God's existence beyond reasonable doubt.
Al-Ghazali joined the sufis for 10 years (without abandoning his reason intellect -and avoiding the more extravagant forms of Sufism). He found that the religious experience was the only way of verifying a reality that lay beyond the reach of the human intellect and cerebral process. - A History of God pp 188-190
-----------------------------------
To the philosophers, "God is wise" is insufficient because the wiseness is comparable to the creation. So they use in the negative, "God is NOT wise", as in the wise is not the wise as human understood. Moving on, they conclude by, "God is more than wise", because we do not understand what "more than wise" can possibly mean.
God of the philosophers is for the elite, needs certain level of IQ. If unsuitable people attempted these mental disciplines they could become seriously ill and develop all kinds of psychological disorders. This is also true with Kalam.
Hence, the philosophers believed that Falsafah was the most advanced form of religious knowledge and the royal road to God. Everybody else should take the Koran at face value and read it only literally. -A History of God pp 192-196.
-----------------------------------------------------
Sufi/mistik adalah mereka adalah golongan yang mahu 'merasa' pengalaman 'berinteraksi' dengan Tuhan sebagaimana Nabi s.a.w. menerima wahyu dengan menggunakan disiplin dan teknik tertentu yang termasuk berpuasa, ibadat malam dan zikir. Oleh kerana 'merasa' itu adalah pengalaman yang abstrak dan biasanya tidak rasional (di alam fana), maka dianjurkan supaya pengalaman itu diarah dan diawasi oleh mereka yang 'ada pengalaman' i.e. guru/mursyid supaya tidak tersasar (kembali ke alam baqa).
Kesan kepada amalan ini boleh membawa kepada kategori "drunken" sufi seperti Al-Hallaj (Ana al-Haq) atau "sober" sufi seperti Al-Junayd al-Baghdadi.
- A History of God, pp 226-227.
--------------------------------------------------
Kabbalah. The mystic of the Jews. God is unknowable, inconceiveable and impersonal. Hence the search of the 'hidden' Gid, En Sof which is not even mentioned in the Bible nor the Talmud. The Nameless One. The Kabbalists imagined a process whereby En Sof made himself known to humanity; manifested to the Jewish mystics under ten different aspects or 'sefiroth', depicted as a tree growing upside down (see pic). - A History of God pp 144-146.
-----------------------------
Rene Descartes (1596-1650) a scientist and an orthodox Catholic; saw no contradiction between faith and reason. There should be a system that would enable humanity to reach all truth. Nothing lay beyond its grasp. It is just a matter of putting the pieces together in a reliable body of knowledge that would disperse all confusion and ignorance towards God.
He totally ignored the mysterious and the mystical sides of the scripture which is essential for God to exist. Thus, the fallout is near. Soon, atheism - which originally defined as the "wrong" idea about God, not necessarily throwing away the "concept" of God, and used as a term to insult becomes the total rejection of God and worn with pride.
- A History of God pp 287-302.
---------------------------------------------------------
Jews, Muslims and Orthodox Christians had suggested, at one time or another, that it was more accurate to describe God as "Nothing" rather than the Supreme Being, since "he" did not exist in any way that we could conceive.
- A History of God pp 352.
------------------------------------------------
Muslims in the 18th and 19th century were engaged in a struggle to catch up with the West. Some saw Western secularism as the answer, but what was positive and invigorating in Europe could only seem alien and foreign in the Islamic world, since it had not developed naturally from their own tradition in its own time. In the West, God was seen as the voice of alienation; in the Muslim world it was the colonial process.
- A History of God pp 361.
--------------------
Thursday, December 19, 2013
Ulasan: KUKUBESI Dictator Symbolic Demo 2013
KUKUBESI menjelma dengan tiba-tiba. Ia mengejutkan kerana tanpa angin dan ribut, ia melanda keseluruhan Semenanjung dengan demo yang hebat ini. Sepakat kritik mengatakan begitu, dan saya pun bersetuju. Ada yang mengatakan KUKUBESI adalah serpihan dari band TANDUS tetapi itu tidak penting. Yang lebih penting ialah ia membawa bersama mereka, kualiti TANDUS itu. Hasilnya begitu berjaya sekali.
Secara efektifnya, demo ini menampilkan 2 buah lagu (2 lagi adalah sekadar intro filler yang jika tiada pun tidak memberi kesan). Gitar mula lagu Dictator Symbolic mengingatkan saya kepada Malevolent Creation di zaman album Retribution tetapi terhenti setakat itu tanpa meneruskan kelajuan yang sepatutnya tetapi menetapkan had kelajuan kepada tahap selamat untuk keseluruhan lagu. Sementara lagu Behind The Puppet lebih thrashy pada awalnya tetapi melencong ke arah ritma Deicide pada kelajuan sederhana. Bolehlah disimpulkan bahawa KUKUBESI mengambil pedoman dari band US Death Metal klasik untuk kedua-dua lagunya.
Struktur gitar ritma pada kedua-dua buah lagu dirakam dengan precision pada semua bahagian termasuk ketika attack dan lenggokan melodi. Ini menyebabkan timbul rasa geram di atas ketepatan dan punch itu. Apatah lagi setiap lagu disajikan dengan solo dua gitar yang menggigit bibir. Vokalnya mempunyai growl menderam yang cukup rasa tetapi anda masih memerlukan lirik untuk mengetahui apa yang dimarahkannya. Drum dipukul dengan padu dan sama seperti gitar ritmanya, ia dihentak dengan ketepatan. Semua ini tidak akan dapat dinikmati dengan sempurna jika tidak kerana produksi yang meletup-letup oleh siapa saya tidak tahu kerana KUKUBESI merahsiakan segala nota tentang rakaman demo ini. Hatta, siapakah gerangan ahlinya pun tidak diberi kredit.
Wednesday, December 18, 2013
Tuesday, December 17, 2013
ULASAN: DEAD SHOT Thrash Nyentuk Ke Parai demo 2013
Sekurang-kurangnya setakat ini anda sudah perasan yang Malaysia mempunyai scene retro Thrash Metal yang agak kukuh. Festival Thrash Metal sudah beberapa kali diadakan di Kuala Lumpur. Saya sendiri pernah hadir sekali. Komen asal saya tidak berapa lama dahulu ialah sudah-sudahlah dengan Teutonic Thrash Metal, kerana Thrash Metal bukan sekadar teutonic sahaja. Ia lebih bervariasi dari itu.
Seolah-olah menyahut kegusaran itu (atau mungkin kejahilan saya yang tidak tahu), muncullah di dalam radar saya beberapa band Thrash Metal yang bukan teutonic. DEAD SHOT adalah salah satu dari band tersebut. Mereka berasal dari Sarawak dan ini agak pelik kerana kalau tidak salah saya, band underground Metal terdahulu dari sana tidak dikesan bermain Thrash Metal.
Demo ini menampilkan tiga buah lagu termasuk sebuah lagu cover G.B.H. bertajuk Sick Boy. Cover ini mungkin memberikan sedikit imbasan kepada jenis Thrash Metal yang dimainkan oleh DEAD SHOT. Namun itu bukanlah kesnya kerana DEAD SHOT memainkan Thrash Metal mid-tempo yang kebanyakannya dirasakan dipengaruhi oleh UK Thrash Metal. Lagu tema demo ini sendiri durasinya panjang dari kebiasaan hingga hampir mencecah 7 minit. Lagu kedua, Demolition juga melebihi 6 minit panjangnya.
Produksi demo adalah bersih, mungkin terlampau bersih tetapi itulah produksi digital zaman ini. Namun, drumnya kurang punch dan kedengaran agak terbelakang. Rakaman gitar kiri kanan terlampau individual menyebabkan berlaku kekosongan di tengah speakers. Pujian harus diberi kepada vokalisnya yang bertenaga walaupun stail beliau bukanlah ciri-ciri idaman vokalis Thrash Metal bagi saya.
UK Thrash jika ditolak beberapa band tersohor seperti Xentrix, Sabbat dan Onslaught, bolehlah diletakkan di kategori Kelas 2. Hatta ketiga-tiga band yang disebutkan tadi pun sekadar mempunyai 1 atau 2 album yang melekat di kepala. Tragedi ini sudah tercatit di buku sejarah. Dan ini adalah iktibar dan tauladan yang perlu diambil oleh DEAD SHOT untuk strategi masa hadapan.
https://www.facebook.com/dead.shot.band
https://www.facebook.com/eastern.voice.production
Monday, December 16, 2013
Gear Acquisition Syndrome: Buy original GIBSON
Somebody says not everybody can afford a RM15K
guitar. Well, GIBSON has a full range of guitars up to the lowest
stripped version at RM2K. BTW, it was NEVER the intention of GIBSON to
sell a RM15K to everybody. It was intended for people who can afford it!
There are too many pirated/fake GIBSON around. While some of the sellers mentioned the guitar as a COPY (they don't have the guts to write it as PIRATED/FAKE), they are some others who deceivingly portrayed their guitars as original!
If you love the brand then support the brand. If you think it is too expensive, then plan your budget properly. Until you own the real stuff, fake/pirated GIBSON can never fully satisfy you.
Be careful with the fake/pirated out there. Hopefully this guide can assist you in owning your 1st GIBSON \m/. And to those sellers who intend to cheat you, may their business bring them eternal misery.
THE LINK http://www2.gibson.com/News-Lifestyle/Features/en-us/CounterfeitGibsons.aspx
There are too many pirated/fake GIBSON around. While some of the sellers mentioned the guitar as a COPY (they don't have the guts to write it as PIRATED/FAKE), they are some others who deceivingly portrayed their guitars as original!
If you love the brand then support the brand. If you think it is too expensive, then plan your budget properly. Until you own the real stuff, fake/pirated GIBSON can never fully satisfy you.
Be careful with the fake/pirated out there. Hopefully this guide can assist you in owning your 1st GIBSON \m/. And to those sellers who intend to cheat you, may their business bring them eternal misery.
THE LINK http://www2.gibson.com/News-Lifestyle/Features/en-us/CounterfeitGibsons.aspx
Nocturno Culto in the studio with GIBSON Les Paul and Explorer. I hope you are not using counterfeit guitars (hehehe). - taken from the The Underground Resistance CD booklet. |
Ulasan: SHADOW OF DEATH The Grave Promo 2013
Tarikan utama promo ini sudahlah tentu gitarisnya, Nasth Sheir yang selepas KREMATION, tenggelam timbul dalam scene underground Metal tempatan. Saya mengetahui akan beberapa projek jadi tak jadi beliau antara lain projek gitar solo beliau yang wow, superb. Jika ini adalah band yang bakal menampilkan beliau secara berkala, mengapa tidak. Kepada mereka yang menggaru kepala, Nasth Sheir shred dengan solo gitarnya! Pedulikan nama band yang kurang kreatif. Yang penting, isinya.
Promo ini menampilkan tiga buah lagu termasuk sebuah cover dari band lagenda tempatan, Silent Death bertajuk Twisted Faith. Lagu Beast In Man, ironinya mengingatkan saya kepada lagu Arch Enemy dengan tajuk yang sama (Beast Of Man) pada bridgenya. Oh kenapa tidak? Vokalisnya mempunyai suara yang sangat mengingatkan saya kepada Jon Liiva, vokalis asal Arch Enemy. Lagu kedua, The Grave lebih groovy dan menghenjut bahu.
Produksi promo ini berada di dalam kategori sederhana. Mungkin disebabkan mix drum komputer yang bolehlah! Walaupun begitu, gitar ritmanya diadun di kedua-dua belah speaker dengan adil dan saksama, tidak kedengaran 'bleeding' melampau pada mana-mana belah. Malang sekali, gitar solo diadun terlampau ke belakang sedangkan nak tak nak, setuju atau tidak, ianya adalah highlight kepada Shadow Of Death. Sang produser perlu disekolahkan atas kesalahan yang nyata ini.
Kesimpulannya, Death Metal yang dibawa di dalam promo ini walaupun bukan pertama, atau kedua atau ketiga puluh kali didengar, ia mempunyai tarikan yang tersendiri, oh, bukan sekadar gitar solo Nasth Sheir tetapi secara keseluruhannya band ini perlu diberi perhatian. Andai diberi bajet yang mencukupi dan studio yang lengkap, saya pasti album yang bakal muncul dari Shadow Of Death akan menjadi satu permata di nusantara.
https://www.facebook.com/eastern.voice.production
Thursday, November 21, 2013
Ulasan: YNGWIE J MALMSTEEN'S RISING FORCE Marching Out
Saya diperkenalkan kepada Malmsteen begitu awal, sebelum akil baligh lagi. Maka ada ikatan istimewa antara beliau dengan saya. Saya akan katakan, haters can go to h**l, kepada pembenci, penyindir dan shred-wannabe-tapi-main-dalam-biliktidur-saja-sampai-reput. Malmsteen pada saya istimewa bukan saja kerana beliau adalah antara gitaris rock yang mempelopori shred neo-klasikal tetapi kekal dengannya sampai sekarang, tanpa terkesan dengan apa-jenis-monyet shred yang ada sekarang.
Album ini terpilih kerana jika dibandingkan dengan album pertama, ia lebih ada telur. Hatta, lagu dengan lirik setan yang menyebabkan band Black Metal jadi segan pun ada, iaitu Disciples of Hell. Bukan, sebenarnya album ini adalah album pertama beliau yang saya miliki, maka sudah tentulah yang pertama paling dikenang-kenang. Jika anda sebaya dengan saya, anda pasti ingat video live yang keluar pada zaman itu yang mana kebanyakan lagu dalam album ini yang dimainkan. Ingat?
Maka, lagu-lagu seperti I'll See The Light Tonight, Don't Let It End, I Am A Viking, On The Run Again dan Soldier Without Faith hanya perlu dimainkan intro 5 saat je, terus di fikiran kita termain secara automatik keseluruhan lagu tersebut. Semua lagu tersebut adalah sangat cathcy, sangat ballsy dan sangat shred. Inilah sebabnya mungkin, apa-jenis-monyet shredder di luar sana berasa sangat dukacita dan putus asa untuk menyainginya.
Walaupun apa-jenis-monyet shredder di luar sana cepat untuk membandingkan album ini dengan album-album Malmsteen terbaru yang dikatakan sebagai duduk di takuk lama tapi hello? Bukankah anda sudah menerima hakikat diri anda sebagai apa-jenis-monyet shredder? Tiada relevan lagi untuk berdebat.
Malmsteen adalah untuk selama-lamanya (dan Jeff Scott Soto). Habis cerita.
Wednesday, November 20, 2013
Tuesday, November 19, 2013
Ulasan: NEFTARAKA The Blissful Deliverance
Neftaraka bolehlah dikatakan sebagai veteran Black Metal tempatan. Lebih dari itu, mereka masih aktif meriliskan CD baru walaupun jarang muncul di pentas-pentas gig tempatan. Sesuai dengan sifat misanthropic mereka yang saya suka. Pakaian dan imej bukanlah kekuatan mereka bahkan saya merasakan itu adalah sesuatu yang mereka cuba hindari. Yang mereka mahu ketengahkan adalah muzik misanthropic mereka dan ikut kata mereka - f**k the rest.
Ini adalah rilisan ke n-kali, yang hanya dapat diketahui n-nya apabila kita menjengah kepada laman metal-archives. Dan terbukti lagi dan lagi, sebagaimana anda mengenali Neftaraka dahulu, begitulah Neftaraka itu sekarang. Tiada apa-apa perubahan. Ini saya nyatakan dengan nada yang baik. Atas sebab itu mungkin, Neftaraka berada pada satu martabat istimewa pada penggemar muzik Black Metal tempatan dan antarabangsa. Tiada kompromi atas apa yang mereka perjuangkan selama ini.
EP ini menawarkan lima track termasuk satu intro. Black Metal primitif (atau Black Metal Hutan - seperti kata mereka sendiri) yang disajikan berada dalam radius yang sepatutnya. Minimalis tanpa mengurangkan kualiti rakaman dari yang sepatutnya. Skil permainan muziknya juga bukanlah seperti pemuzik yang tak reti berlagak tak reti. Dan yang menarik, vokal Xxxull yang kejam, kekal kejam seadanya. Cover Silent Death zaman Black Metal dulu, Devouring Judas, diolah kembali mengikut acuan Neftaraka - dan ini mungkin highlight kepada EP ini kerana ia mengekalkan ciri-ciri lagu asal. Ini meremangkan bulu roma apabila mengenangkan anggota asal Silent Death sudah tiada lagi di dunia ini.
Jika saya mengatakan Neftaraka sebagai sebuah band Black Metal terunggul, mungkin anda akan menuduh saya itu dan ini. Tetapi jika adanya satu band Black Metal tempatan yang saya terlalu ingin melihat mereka mengcover lagu The Pagan Winter (Darkthrone) - tiada band lain yang saya lihat lebih layak. Neftaraka.
EASTERN MYTH RECORDS
http://www.facebook.com/easternmythrecs
http://easternmythrecs.blogspot.com
Monday, November 18, 2013
Ulasan: NEKRAD Nekradvaganza
Tak payahlah kita berdiskusi tentang betapa kuatnya pengaruh Cradle Of Filth dalam Nekrad kerana ia sudah diketahui umum. Dan itu tidaklah menjadi masalah apa-apa bagi pendengar berpengalaman. Ia menjadi masalah kepada pendengar seasonal kerana balik-balik yang mereka mahukan adalah originaliti. Originaliti sudah mati, jika anda tidak tahu lagi. Yang tinggal hanyalah bagaimana muzik yang seasoned ini diolah untuk kedengaran lebih menarik, atau sekurang-kurangnya menyebabkan anda berulangkali mendengarnya.
Nekrad faham akan itu maka penekanan juga diberikan kepada gaya album ini diterjemahkan. Twist yang tersirat, jika anda perasan, ialah tajuk-tajuk lagunya dipusing dari tajuk lagu-lagu tradisi kanak-kanak kepada yang menyeramkan. Old McDonald Had A Farm diolah kepada Old Lucifer Had a Farm. Twinkle Twinkle Littel Scar kepada Twinkle Twinkle Little Scar. Baba Black Sheep kepada Baba Black Goat. Ini memberikan sedikit ruang bernafas bagi mereka yang sudah tepu dengan Cradle of Filth. Malang sekali, lirik tidak disertakan sekali. Yang dicetak adalah ayat-ayat yang tiada kaitan dengan lagu-lagu tersebut. Saya suka untuk mengetahui cerita yang diolah kembali mengikut tajuk tadi.
Produksinya bermutu tinggi (dalam konteks Malaysia), sepertimana yang kita harapkan dari veteran, Dark-E (Sil Khannaz/Vociferation Eternity). 11 tracks yang dirakam, disaji dalam packaging yang berkualiti - sesuatu yang rare dari negara kita sekarang ini. Semuanya, dari CD hingga ke booklet 12 mukasurat adalah factory-printed dan dijual dengan harga berpatutan, RM20. Presentation sebegini memberi kesan kepada pembeli kerana disebaliknya, ribuan ringgit dikorbankan. Korban sebegini juga semakin hari semakin tiada dalam scene metal tempatan.
Namun, saya rasa sesuatu perlu dilakukan oleh Nekrad untuk keluar sikit dari pengaruh CoF yang terlampau nyata ini sebagai survival jangka masa panjang. Saya tidak pasti bagaimana tetapi bukanlah hak saya untuk menunjuk itu dan ini. Itu berkadar dengan daya kreativiti band.
01. When Master And Crow Arises
02. Old Lucifer Had A Farm
03. One Little Two Little Devil
04. Raging War And Despair
05. Twinkle Twinkle Little Scar
06. Itchy Bitchy Demon
07. Baba Black Goat
08. The Gothic Freak!
09. The Scarlet Umbrella
10. Absolute Gaban (bonus)
11. Tranquillity Beyond Disharmony (bonus)
HARGA:
RM20 melalui edaran tangan
RM28 melalui pesanan pos
Thursday, November 14, 2013
Iklan: Split CD DIED/Putrefied Remains
Saya berharap pembaca blog ini dapatlah membantu band penulis blog ini. Kami band kecil-kecilan.
DIED/Putrefied Remains Split CD 2013
2 lagu dari DIED
2 lagu dari Putrefied Remains
CD dan booklet semuanya factory printed, bukan fotostat atau CDR.
Harga RM10 (by hand sekitar Seri Iskandar/Tronoh dan Kuala Lumpur) atau RM16 (poslaju) atau RM13 (pos daftar). Bayaran online CIMB.
Support DIY music.
Wednesday, November 13, 2013
Ulasan: MEGADETH The World Needs A Hero
Unik album ini ialah kerana inilah satu-satunya album yang dianggotai oleh Al Pitrelli (gitar) dan Jimmy DeGrasso (drum). Kata Abang Mus dalam biografi dia, dia tak berapa minat dengan dua orang ni walaupun pikap cepat. Bagi je lagu apa, diorang pasti dapat pikap punya in the shortest time. Itu bagus. Tapi yang tak bagus mereka ni sentiasa mencari projek yang bagi duit. Itulah kehidupan sessionist. Di hati mereka tiada Megadeth. It was just another typical job.
Walaupun begitu, performance mereka berdua memang kelas. Solo-solo Pitrelli memang kelas pertama. Drum DeGrasso pun kelas pertama. Walaupun tuduhan tersebut dilempar kepada mereka tetapi dari segi output, mereka memberikan yang terbaik. Itu dibawa terus ke dalam video/album live Rude Awakening. Berapa kali bulu roma meremang apabila shot tunjuk kepada Pitrelli semasa gitar solo. Saya hampir meletak beliau satu level dengan Marty Friedman. Yang nyata, kalau tidak setanding, beliau adalah no 2 selepas Friedman.
Saya cadangkan untuk mereka yang mahu mengenali album ini supaya mendengar track Disconnect, 1000 Times Goodbye dan Dread and the Fugitive Mind dengan memberi perhatian khusus kepada gitar solo Pitrelli dan drum DeGrasso. Dan jangan lupa lagu sambungan kepada Hangar 18 bertajuk Return to Hangar yang dimainkan back-to-back dengan Hangar 18 semasa album live Rude Awakening dan That One Night: Live in Buenos Aires.
Jika anda membenci album ini, mungkin sekarang masanya untuk memberi lagi satu peluang untuk mendengarnya sekali lagi. Jika tidak pernah mendengarnya, apa lagi yang ditunggu. Tiada masalah mencari mp3nya tetapi ketahuilah, tiada mp3 yang boleh menggantikan the real thing, CD, kaset atau vinyl ;)
(Entry cut & paste tahun 2007 DI SINI)
Thursday, November 07, 2013
Monday, October 28, 2013
Gig: Upin & Ipin Live at UTP 26/10/13
Crowd mula ke depan |
the moshpit |
Kejap lagi nak stagedive. My son on the stage! |
Fangirl tak jadi fan tengok Upin (ke Ipin) besar sangat. Dalam TV nampak kecik je. |
Tuesday, October 22, 2013
Happy 14th Anniversary
Iman Ibrisam |
Ismail Ibrisam |
Sumaiyyah Ibrisam |
Isa Ibrisam |
Sarah Ibrisam | . |
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
Monday, October 21, 2013
Awas, Entry beracun! Vinyl record better than CD?
Gambar sekadar hiasan |
A good setup for cd listening is incredible sounding, a good setup for vinyl listening is also incredible sounding but...
Placing a record on the turntable and watch it spin and physically create the sound is much better than just pushing a button and placing a disk and having it hidden away...
And looking through someones vinyl collection beats the hell out of looking through a cd collection.
And artwork? Vinyl wins hands down.
Vinyl is like film cameras, the processes involved are just better.
Placing a record on the turntable and watch it spin and physically create the sound is much better than just pushing a button and placing a disk and having it hidden away...
And looking through someones vinyl collection beats the hell out of looking through a cd collection.
And artwork? Vinyl wins hands down.
Vinyl is like film cameras, the processes involved are just better.
(cut & paste dari youtube)
Tuesday, September 24, 2013
Ulasan: DESTRUCTION Release From Agony
Tanpa melupakan dua album terdahulu (Eternal Devastation dan Infernal Overkill), album Release From Agony (1988) menampilkan permainan muzik Thrash yang lebih teknikal dan padat, terima kasih atas kehadiran gitaris kedua, Harry dan drummer baru, Olli. Dengan album ini, Destruction naik beberapa tangga ke atas dari segi skill, kemantapan dan accuracy yang seterusnya dibuktikan dengan live album, Live Without Sense. Tak lama kemudian Sodom dan Kreator juga mengikut jejak langkah Destruction dari segi produksi dan kemantapan permainan dengan album Agent Orange dan Extreme Aggression setahun selepasnya.
Dengan sebab itu, saya memiliki album ini dahulu dalam bentuk vinyl kemudian Live Without Sense. Mungkin pada masa akan datang akan dicari dua album sebelumnya (dalam bentuk vinyl).
Friday, September 20, 2013
S-SOTIC Sparkling Fruit Drink (Pomegranate)
Rasanya agak tawar sebab kurang tekstur buah delimanya. Sparkling kurang menyengat. Aftertaste yang tinggal di lidah selepas air diminum agak menyemakkan. Pada botol ditulis akan kemungkinan hadirnya mendapan serat buahan tetapi apabila diteliti, tiada. Air adalah jernih.
Harga RM3.30 sebotol di Kedai Mesra Stesen Minyak PETRONAS.
SKOR: 6/10
Harga RM3.30 sebotol di Kedai Mesra Stesen Minyak PETRONAS.
SKOR: 6/10
Wednesday, September 18, 2013
Tuesday, September 17, 2013
2nd International Conference on Civil, Offshore & Environmental Engineering (ICCOEE2014) at UTP
I am part of this working committee responsible for the website. For those who are interested, please submit your paper to this conference.
The Civil Engineering Department, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) is pleased to announce the 2nd International Conference on Civil, Offshore & Environmental Engineering (ICCOEE2014) under the banner of World Engineering, Science & Technology Congress (ESTCON2014) from 3rd-5th June 2014 at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Malaysia.
The conference aims at providing a platform for academia and industry to showcase their latest advancements and findings in civil engineering areas. The conference also provides great opportunities for participants to exchange new ideas and experiences, to establish research and business relations with global partners for future collaborations. The conference will include several invited papers on important and timely topics from well-known leaders in the civil engineering field, and parallel tracks of oral and poster presentation sessions of the accepted papers.
Please go to http://www.utp.edu.my/iccoee2014/ for more info.
The accepted papers will be
published in the periodical “Applied Mechanics and Materials” (which is
online available in full text via www.scientific.net)
and indexed in SCOPUS.
The Civil Engineering Department, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) is pleased to announce the 2nd International Conference on Civil, Offshore & Environmental Engineering (ICCOEE2014) under the banner of World Engineering, Science & Technology Congress (ESTCON2014) from 3rd-5th June 2014 at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Malaysia.
The conference aims at providing a platform for academia and industry to showcase their latest advancements and findings in civil engineering areas. The conference also provides great opportunities for participants to exchange new ideas and experiences, to establish research and business relations with global partners for future collaborations. The conference will include several invited papers on important and timely topics from well-known leaders in the civil engineering field, and parallel tracks of oral and poster presentation sessions of the accepted papers.
Please go to http://www.utp.edu.my/iccoee2014/ for more info.
Wednesday, September 11, 2013
Wordless Wednesday: Hard Rock Cafe, New York City
Dulu dah ada tapi jual. Nak kena beli balik la ni. LINK |
Tuesday, September 10, 2013
Akan datang... album terbaru DREAM THEATER
Antara album yang ditunggu selepas CARCASS Surgical Steel.
A Dramatic Turn of Events mempunyai masalah dari segi produksi yang kurang organik. Seolah-olah skripnya telah ditulis lama dahulu. Ini menenggelamkan bakat sebenar Mike Mangini yang menggantikan Mike Portnoy untuk posisi drum.
Saya harap album yang akan muncul ini lebih organik, lebih raw dan kebebasan sepenuhnya diberikan kepada Mangini untuk menyuntik idea beliau ke dalam muzik Dream Theater.
Saya tidak dapat memberikan penghakiman sepenuhnya kepada klip Along For The Ride kerana lagu ini adalah lagu ballad. Juga tidak dapat menilai tahap soniknya kerana terbatas dengan bunyian yang keluar dari speaker PC. Itu menghakiminya, sudah tentu perlu pada sistem audio hi fi (sambil tersengih).
Akhir sekali, saya harap promoter yang cerdik dapatlah membawa Dream Theater ke Malaysia. Bawa Lamb of God itu adalah kurang cerdik. Kita di Malaysia bukan di Norway. Jangan lepas ni ada pula yang nak bawak band God Dethroned.
In January, Petrucci said of Mangini's work: "When people hear the drumming on this album, they're gonna be pretty freaked out. On the last album, he did a great job, but he wasn't there for the writing process and he was interpreting drum parts that I had programmed. Even though he used his creativity, of course, to change them up and do his thing, I feel like now he's just Mike Mangini unleashed. It's all him. It's all his creativity, all his decisions and ideas and man, the guy's an animal."
"Dream Theater" track listing:
01. False Awakening Suite I. Sleep Paralysis II. Night Terrors III. Lucid Dream
02. The Enemy Inside
03. The Looking Glass
04. Enigma Machine
05. The Bigger Picture
06. Behind The Veil
07. Surrender To Reason
08. Along For The Ride 09. Illumination Theory I. Paradoxe de la Lumière Noire II. Live, Die, Kill III. The Embracing Circle IV. The Pursuit of Truth V. Surrender, Trust & Passion
"Dream Theater" will be available in a wide range of distinctive versions, including standard and special edition CDs, 180-gram double LP, and a limited-edition boxed set. Pre-orders are scheduled to launch in July at the Roadrunner Records webstore.
DREAM THEATER will be on tour in Europe in January and February 2014, and in North America in March 2014.
"Live At Luna Park", DREAM THEATER's live concert, which was previously scheduled for release in May via Eagle Rock Entertainment, will now drop in North America on November 5 as a Blu-ray, 2DVD, 2DVD + 3CD, Blu-ray + 3CD, deluxe edition with 40-page book, Blu-ray + 2DVD + 3CD, and digital video via iTunes.
"Live At Luna Park" was filmed over two nights in South America — home to one of DREAM THEATER's most ardent fanbases. The DVD was filmed August 19 and August 20, 2012 at Estadio Luna Park in Buenos Aires, Argentina after a 15-month world tour, hitting 35 countries.
Read more at http://www.blabbermouth.net/news/dream-theater-new-song-along-for-the-ride-available-for-streaming/#3w1Ihmzy2uvFTlyE.99
Monday, September 09, 2013
USA trip 18-27 August 2013 Part 2
Lehigh University telah memeterai MoU bersama UTP dalam hal-hal berkaitan akademik pelajar dan kakitangan. Banyak yang telah berlaku. Antaranya, perlantikan saya sebagai Visiting Research Scientist selama 3 bulan pada tahun 2011. Kemudian kehadiran pelajar Lehigh untuk program Research Experience for Undergraduate (REU - first time to be conducted in Malaysia) pada tahun 2012 dan 2013.
Ini adalah kali ketiga saya ke Lehigh University sebagai custodian (penjaga) MoU Lehigh-UTP bagi pihak UTP.
Kali ini matlamat kami adalah untuk bikin kolaborasi penyelidikan antara Lehigh dan UTP berkenaan shale gas.
PETRONAS sudah ada bisnes di Canada, related to shale gas. Sebab itu, sebahagian dari kami di UTP diarahkan untuk lihat potensi ini dalam bahagian research untuk bantu jurutera-jurutera yang terlibat.
Ikut laporan akhbar, shale gas akan menjadi satu big thing di USA. Salah satu komitmen kerajaan Obama juga adalah berkenaan dengan shale gas yang disambut dengan protes-protes yang berkaitan dengannya.
Hasil dari perbincangan menarik ini di Lehigh, kami berjaya menyiapkan rangka untuk kolaborasi ini. UTP sebagai institusi yang berpengalaman dengan kerja-kerja O&G (tetapi kurang pengalaman di bidang onshore yang mana kebanyakan shale gas terkumpul) bersama Lehigh yang berpengalaman dengan penyelidikan fundamental dan proses kimia. Ikut istilahnya, UTP jaga hal-hal upstream dan Lehigh dalam hal-hal downstream.
Esoknya kami akan pergi ke National Science Foundation (NSF) di Washington D.C. institusi terbesar USA yang memberi sumbangan wang penyelidikan untuk menyatakan hasrat kerjasama kami. Harap-harap mendapat sokongan mereka.
Ini adalah kali ketiga saya ke Lehigh University sebagai custodian (penjaga) MoU Lehigh-UTP bagi pihak UTP.
Kali ini matlamat kami adalah untuk bikin kolaborasi penyelidikan antara Lehigh dan UTP berkenaan shale gas.
Shale gas is natural gas that is found trapped within shale formations.Shale gas has become an increasingly important source of natural gas in the United States since the start of this century, and interest has spread to potential gas shales in the rest of the world. In 2000 shale gas provided only 1% of U.S. natural gas production; by 2010 it was over 20% and the U.S. government's Energy Information Administration predicts that by 2035, 46% of the United States' natural gas supply will come from shale gas.
PETRONAS sudah ada bisnes di Canada, related to shale gas. Sebab itu, sebahagian dari kami di UTP diarahkan untuk lihat potensi ini dalam bahagian research untuk bantu jurutera-jurutera yang terlibat.
Ikut laporan akhbar, shale gas akan menjadi satu big thing di USA. Salah satu komitmen kerajaan Obama juga adalah berkenaan dengan shale gas yang disambut dengan protes-protes yang berkaitan dengannya.
Hasil dari perbincangan menarik ini di Lehigh, kami berjaya menyiapkan rangka untuk kolaborasi ini. UTP sebagai institusi yang berpengalaman dengan kerja-kerja O&G (tetapi kurang pengalaman di bidang onshore yang mana kebanyakan shale gas terkumpul) bersama Lehigh yang berpengalaman dengan penyelidikan fundamental dan proses kimia. Ikut istilahnya, UTP jaga hal-hal upstream dan Lehigh dalam hal-hal downstream.
Esoknya kami akan pergi ke National Science Foundation (NSF) di Washington D.C. institusi terbesar USA yang memberi sumbangan wang penyelidikan untuk menyatakan hasrat kerjasama kami. Harap-harap mendapat sokongan mereka.
Comfort Suites, Bethlehem. Walking distance to Lehigh University. |
Lepas mseyuarat apa lagi, makan! Restoran Arab. |
Malamnya, merounda. Menemankan rakan-rakan yang bershopping sakan. |
Barang murah di sini, |
Play It Again Records. Satu-satunya record store yang walking distance dari Lehigh Uni. |
CD, LP semua ada. Yang takde duit je. |
Friday, September 06, 2013
Khutbah yang boring
Pengalaman jadi khatib/imam solat Jumaat 2-3 kali di Adelaide. Selalunya full house dalam 100 orang jemaah pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Perkara paling penting ialah rukun khutbah terjaga, bacaan ayat al-Quran/hadith lancar dan doa juga lancar. Jangan sampai satu jemaah batal Jumaat disebabkan saya.
Perkara paling akhir ialah nak jadikan khutbah saya berapi-api hingga seluruh jemaah bersedia untuk mengadakan revolusi.
So give them a break to all the khatibs/imams Jumaat seluruh dunia. Kalau boring, tidur je le. Jumaat selesai pun dah kira alhamdulillah. Kalau dapat duduk dengar khutbah peniup semangat sekali dua tu syukurlah. Selalunya, syukurlah selesai Jumaat kita walaupun start duduk je terus tertidur (hatta sebelum khutbah tak mula lagi pun).
BTW, paling-paling kuat pun semangat lepas dengar khutbah berapi pun takat 5 minit je lepas tu layan fb, kan?
Thursday, September 05, 2013
Anda letaknya di kelas mana? Lower, middle-class atau high income?
Terima kasih Bruce Tokey Kambing dan Lampuditengah Cakerawala di atas perbincangan mengenai "pendapatan rumah anda di kelas mana?" Rujuk rajah. So inilah definisinya... bawah RM4,573 ialah low. Between RM4,573 to RM12,159 adalah middle dan above RM12,159 adalah high income. Kena combine pendapatan husband and wife.
Definisi ini penting dalam ekonomi sebab bajet umum disasarkan kepada golongan-golongan ini.
Kadang-kadang bukan masalah class tetapi masalah lifestyle. Yang class atas (lebih RM10,666) ingat dia dalam middle class sebab lifestyle beliau (lavish spending contohnya) menjadikan dia jatuh middle class (perasaan dia). Begitu juga yang middle-class ingat dia low income akibat dari lifestyle.
Selain dari itu, ada pulak middle income trap yang terjadi pada banyak negara. Nak jadi negara maju, tapi rakyatnya terperangkap dengan middle income. Sampai bila tak akan jadi negara maju. Jadi inisiatif kena buat untuk tarik yang low dan middle income ke arah high income.
Dan caranya adalah "The biggest challenge is moving from resource-driven growth that is dependent on cheap labor and capital to growth based on high productivity and innovation. This requires investments in infrastructure and education. As the Republic of Korea has proven, building a high-quality education system which encourages creativity and supports breakthroughs in science and technology is key."
Ahhh penat je aku tulis. Orang bukan peduli pun hahaha
sumber http://
PERBINCANGAN SETERUSNYA DI SINI
Wednesday, September 04, 2013
USA trip 18-27 August 2013 Part 1
Saya ditugaskan untuk ke USA atas beberapa misi penting pada tarikh tersebut. Selain dari korban meninggalkan anak bini, saya juga terpaksa korbankan show Metallica pada 21/8/2013. Ye, bergembiralah anda semua.
Take note, jika anda menaiki MAS maka checked luggage adalah sebiji saja dengan muatan maksima 30kg. Sebelum ini saya menaiki penerbangan Qatar dan Korean Airways, muatan maksima adalah dua biji checked luggage dengan muatan maksima untuk setiapnya 23kg. Dengan sebab ini saya telah berjaya bawa sebiji GIBSON LP. Dengan MAS, susah le nampaknya melainkan anda tiada bawa checked luggage.
Oleh kerana masa suntuk dengan program yang telah diatur, sesi berfoya dibuat secara improvise. Sampai saja di Newark Airport, New York, saya tidak ikut dengan pengangkutan yang telah tersedia ke Lehigh Uni sebaliknya saya dan seorang rakan terus ke New York City. Lagipun, program rasmi hanya berlaku pada keesokan harinya. Ini adalah satu-satunya hari bebas untuk ke NYC.
Misi utama pada hari itu ialah meneroka record stores sekitar NYC. Saya telah berjaya meneroka 5 buah record stores. Itupun dah makan separuh hari dengan penerokaan secara sekali imbas. Kalaulah ada masa yang lebih pasti saya akan lebih fokus.
Akibat dari itu, saya terlupa untuk mengambil gambar yang banyak di record stores tersebut *tepuk dahi*.
Record stores yang sempat diteroka yang kebanyakannya terletak di The Village (sila google):
Academy Records & CDs
Bleecker Street Records
Rebel Rebel Records
Discorama
(Alamak... satu lagi record store dah lupa nama)
Dari KLIA ke Paris, 8 jam. Kemudian dari Paris ke New York, 12 jam. Kematu punggung. |
Oleh kerana masa suntuk dengan program yang telah diatur, sesi berfoya dibuat secara improvise. Sampai saja di Newark Airport, New York, saya tidak ikut dengan pengangkutan yang telah tersedia ke Lehigh Uni sebaliknya saya dan seorang rakan terus ke New York City. Lagipun, program rasmi hanya berlaku pada keesokan harinya. Ini adalah satu-satunya hari bebas untuk ke NYC.
Misi utama pada hari itu ialah meneroka record stores sekitar NYC. Saya telah berjaya meneroka 5 buah record stores. Itupun dah makan separuh hari dengan penerokaan secara sekali imbas. Kalaulah ada masa yang lebih pasti saya akan lebih fokus.
Akibat dari itu, saya terlupa untuk mengambil gambar yang banyak di record stores tersebut *tepuk dahi*.
Record stores yang sempat diteroka yang kebanyakannya terletak di The Village (sila google):
Academy Records & CDs
Bleecker Street Records
Rebel Rebel Records
Discorama
(Alamak... satu lagi record store dah lupa nama)
The Village yang tenang |
Di kaki jalan pun ada yang menjual vinyl |
Ini antara yang sempat dirakam |
fuh! |
dan fuh! |