Monday, December 16, 2013

Ulasan: SHADOW OF DEATH The Grave Promo 2013



Tarikan utama promo ini sudahlah tentu gitarisnya, Nasth Sheir yang selepas KREMATION, tenggelam timbul dalam scene underground Metal tempatan. Saya mengetahui akan beberapa projek jadi tak jadi beliau antara lain projek gitar solo beliau yang wow, superb. Jika ini adalah band yang bakal menampilkan beliau secara berkala, mengapa tidak. Kepada mereka yang menggaru kepala, Nasth Sheir shred dengan solo gitarnya! Pedulikan nama band yang kurang kreatif. Yang penting, isinya.

Promo ini menampilkan tiga buah lagu termasuk sebuah cover dari band lagenda tempatan, Silent Death bertajuk Twisted Faith. Lagu Beast In Man, ironinya mengingatkan saya kepada lagu Arch Enemy dengan tajuk yang sama (Beast Of Man) pada bridgenya. Oh kenapa tidak? Vokalisnya mempunyai suara yang sangat mengingatkan saya kepada Jon Liiva, vokalis asal Arch Enemy. Lagu kedua, The Grave lebih groovy dan menghenjut bahu.

Produksi promo ini berada di dalam kategori sederhana. Mungkin disebabkan mix drum komputer yang bolehlah! Walaupun begitu, gitar ritmanya diadun di kedua-dua belah speaker dengan adil dan saksama, tidak kedengaran 'bleeding' melampau pada mana-mana belah. Malang sekali, gitar solo diadun terlampau ke belakang sedangkan nak tak nak, setuju atau tidak, ianya adalah highlight kepada Shadow Of Death. Sang produser perlu disekolahkan atas kesalahan yang nyata ini.

Kesimpulannya, Death Metal yang dibawa di dalam promo ini walaupun bukan pertama, atau kedua atau ketiga puluh kali didengar, ia mempunyai tarikan yang tersendiri, oh, bukan sekadar gitar solo Nasth Sheir tetapi secara keseluruhannya band ini perlu diberi perhatian. Andai diberi bajet yang mencukupi dan studio yang lengkap, saya pasti album yang bakal muncul dari Shadow Of Death akan menjadi satu permata di nusantara.

https://www.facebook.com/eastern.voice.production

No comments:

Post a Comment