Wednesday, November 13, 2013

Ulasan: MEGADETH The World Needs A Hero


Unik album ini ialah kerana inilah satu-satunya album yang dianggotai oleh Al Pitrelli (gitar) dan Jimmy DeGrasso (drum). Kata Abang Mus dalam biografi dia, dia tak berapa minat dengan dua orang ni walaupun pikap cepat. Bagi je lagu apa, diorang pasti dapat pikap punya in the shortest time. Itu bagus. Tapi yang tak bagus mereka ni sentiasa mencari projek yang bagi duit. Itulah kehidupan sessionist. Di hati mereka tiada Megadeth. It was just another typical job.

Walaupun begitu, performance mereka berdua memang kelas. Solo-solo Pitrelli memang kelas pertama. Drum DeGrasso pun kelas pertama. Walaupun tuduhan tersebut dilempar kepada mereka tetapi dari segi output, mereka memberikan yang terbaik. Itu dibawa terus ke dalam video/album live Rude Awakening. Berapa kali bulu roma meremang apabila shot tunjuk kepada Pitrelli semasa gitar solo. Saya hampir meletak beliau satu level dengan Marty Friedman. Yang nyata, kalau tidak setanding, beliau adalah no 2 selepas Friedman.

Saya cadangkan untuk mereka yang mahu mengenali album ini supaya mendengar track Disconnect, 1000 Times Goodbye dan Dread and the Fugitive Mind dengan memberi perhatian khusus kepada gitar solo Pitrelli dan drum DeGrasso. Dan jangan lupa lagu sambungan kepada Hangar 18 bertajuk Return to Hangar yang dimainkan back-to-back dengan Hangar 18 semasa album live Rude Awakening dan That One Night: Live in Buenos Aires.

Jika anda membenci album ini, mungkin sekarang masanya untuk memberi lagi satu peluang untuk mendengarnya sekali lagi. Jika tidak pernah mendengarnya, apa lagi yang ditunggu. Tiada masalah mencari mp3nya tetapi ketahuilah, tiada mp3 yang boleh menggantikan the real thing, CD, kaset atau vinyl ;)

(Entry cut & paste tahun 2007 DI SINI)

5 comments:

  1. cover album ni kan yg jd isu megadeth kena banned kat m'sia tak lama dulu...

    ReplyDelete
  2. tu jam keluar ni takde coming home kan,
    aku first time dengar coming home kat warchest.

    aku cam terkejut beruk kejap haha.

    ReplyDelete
  3. cover album youthanasia yang kena banned tapi utk cover TWNTH ni dia cuma sensor je...masa aku beli kaset dia moskot megadeth tu mcm keluar dari bumi tapi kat cover cd rupanya keluar dari perot orang.

    ReplyDelete
  4. Album ni walaupun tanpa solo syahdu marty tapi memang boleh layan la..rude awakening live antara fav dvd aku..

    ReplyDelete
  5. album ni memang serious sedap... " dread and the fugitive mind " antara lagu yg wajib dijamming kan masa belajar di MMU dulu.

    ReplyDelete