Tuesday, November 19, 2013
Ulasan: NEFTARAKA The Blissful Deliverance
Neftaraka bolehlah dikatakan sebagai veteran Black Metal tempatan. Lebih dari itu, mereka masih aktif meriliskan CD baru walaupun jarang muncul di pentas-pentas gig tempatan. Sesuai dengan sifat misanthropic mereka yang saya suka. Pakaian dan imej bukanlah kekuatan mereka bahkan saya merasakan itu adalah sesuatu yang mereka cuba hindari. Yang mereka mahu ketengahkan adalah muzik misanthropic mereka dan ikut kata mereka - f**k the rest.
Ini adalah rilisan ke n-kali, yang hanya dapat diketahui n-nya apabila kita menjengah kepada laman metal-archives. Dan terbukti lagi dan lagi, sebagaimana anda mengenali Neftaraka dahulu, begitulah Neftaraka itu sekarang. Tiada apa-apa perubahan. Ini saya nyatakan dengan nada yang baik. Atas sebab itu mungkin, Neftaraka berada pada satu martabat istimewa pada penggemar muzik Black Metal tempatan dan antarabangsa. Tiada kompromi atas apa yang mereka perjuangkan selama ini.
EP ini menawarkan lima track termasuk satu intro. Black Metal primitif (atau Black Metal Hutan - seperti kata mereka sendiri) yang disajikan berada dalam radius yang sepatutnya. Minimalis tanpa mengurangkan kualiti rakaman dari yang sepatutnya. Skil permainan muziknya juga bukanlah seperti pemuzik yang tak reti berlagak tak reti. Dan yang menarik, vokal Xxxull yang kejam, kekal kejam seadanya. Cover Silent Death zaman Black Metal dulu, Devouring Judas, diolah kembali mengikut acuan Neftaraka - dan ini mungkin highlight kepada EP ini kerana ia mengekalkan ciri-ciri lagu asal. Ini meremangkan bulu roma apabila mengenangkan anggota asal Silent Death sudah tiada lagi di dunia ini.
Jika saya mengatakan Neftaraka sebagai sebuah band Black Metal terunggul, mungkin anda akan menuduh saya itu dan ini. Tetapi jika adanya satu band Black Metal tempatan yang saya terlalu ingin melihat mereka mengcover lagu The Pagan Winter (Darkthrone) - tiada band lain yang saya lihat lebih layak. Neftaraka.
EASTERN MYTH RECORDS
http://www.facebook.com/easternmythrecs
http://easternmythrecs.blogspot.com
Tak kasi link ker utk saya dapatkan cd ini?
ReplyDeleteAdi Herman,
ReplyDeleteSori... dah masukkan link.
..Wish Ov Warlust..Dry & Serammm....
ReplyDelete