Tuesday, December 17, 2013
ULASAN: DEAD SHOT Thrash Nyentuk Ke Parai demo 2013
Sekurang-kurangnya setakat ini anda sudah perasan yang Malaysia mempunyai scene retro Thrash Metal yang agak kukuh. Festival Thrash Metal sudah beberapa kali diadakan di Kuala Lumpur. Saya sendiri pernah hadir sekali. Komen asal saya tidak berapa lama dahulu ialah sudah-sudahlah dengan Teutonic Thrash Metal, kerana Thrash Metal bukan sekadar teutonic sahaja. Ia lebih bervariasi dari itu.
Seolah-olah menyahut kegusaran itu (atau mungkin kejahilan saya yang tidak tahu), muncullah di dalam radar saya beberapa band Thrash Metal yang bukan teutonic. DEAD SHOT adalah salah satu dari band tersebut. Mereka berasal dari Sarawak dan ini agak pelik kerana kalau tidak salah saya, band underground Metal terdahulu dari sana tidak dikesan bermain Thrash Metal.
Demo ini menampilkan tiga buah lagu termasuk sebuah lagu cover G.B.H. bertajuk Sick Boy. Cover ini mungkin memberikan sedikit imbasan kepada jenis Thrash Metal yang dimainkan oleh DEAD SHOT. Namun itu bukanlah kesnya kerana DEAD SHOT memainkan Thrash Metal mid-tempo yang kebanyakannya dirasakan dipengaruhi oleh UK Thrash Metal. Lagu tema demo ini sendiri durasinya panjang dari kebiasaan hingga hampir mencecah 7 minit. Lagu kedua, Demolition juga melebihi 6 minit panjangnya.
Produksi demo adalah bersih, mungkin terlampau bersih tetapi itulah produksi digital zaman ini. Namun, drumnya kurang punch dan kedengaran agak terbelakang. Rakaman gitar kiri kanan terlampau individual menyebabkan berlaku kekosongan di tengah speakers. Pujian harus diberi kepada vokalisnya yang bertenaga walaupun stail beliau bukanlah ciri-ciri idaman vokalis Thrash Metal bagi saya.
UK Thrash jika ditolak beberapa band tersohor seperti Xentrix, Sabbat dan Onslaught, bolehlah diletakkan di kategori Kelas 2. Hatta ketiga-tiga band yang disebutkan tadi pun sekadar mempunyai 1 atau 2 album yang melekat di kepala. Tragedi ini sudah tercatit di buku sejarah. Dan ini adalah iktibar dan tauladan yang perlu diambil oleh DEAD SHOT untuk strategi masa hadapan.
https://www.facebook.com/dead.shot.band
https://www.facebook.com/eastern.voice.production
Yeah thrash nyentuk ke parai! Band dari kuching ni....respect!
ReplyDeleteparai~
ReplyDeletezaman duduk sarawak tahun 1995-2001, thrash metal dipandang serong, at least di kuching.
ReplyDelete