Wednesday, September 04, 2013

USA trip 18-27 August 2013 Part 1

Saya ditugaskan untuk ke USA atas beberapa misi penting pada tarikh tersebut. Selain dari korban meninggalkan anak bini, saya juga terpaksa korbankan show Metallica pada 21/8/2013. Ye, bergembiralah anda semua.

Dari KLIA ke Paris, 8 jam. Kemudian dari Paris ke New York, 12 jam. Kematu punggung.
Take note, jika anda menaiki MAS maka checked luggage adalah sebiji saja dengan muatan maksima 30kg. Sebelum ini saya menaiki penerbangan Qatar dan Korean Airways, muatan maksima adalah dua biji checked luggage dengan muatan maksima untuk setiapnya 23kg. Dengan sebab ini saya telah berjaya bawa sebiji GIBSON LP. Dengan MAS, susah le nampaknya melainkan anda tiada bawa checked luggage.

Oleh kerana masa suntuk dengan program yang telah diatur, sesi berfoya dibuat secara improvise. Sampai saja di Newark Airport, New York, saya tidak ikut dengan pengangkutan yang telah tersedia ke Lehigh Uni sebaliknya saya dan seorang rakan terus ke New York City. Lagipun, program rasmi hanya berlaku pada keesokan harinya. Ini adalah satu-satunya hari bebas untuk ke NYC.

Misi utama pada hari itu ialah meneroka record stores sekitar NYC. Saya telah berjaya meneroka 5 buah record stores. Itupun dah makan separuh hari dengan penerokaan secara sekali imbas. Kalaulah ada masa yang lebih pasti saya akan lebih fokus.

Akibat dari itu, saya terlupa untuk mengambil gambar yang banyak di record stores tersebut *tepuk dahi*.

Record stores yang sempat diteroka yang kebanyakannya terletak di The Village (sila google):

Academy Records & CDs
Bleecker Street Records
Rebel Rebel Records
Discorama
(Alamak... satu lagi record store dah lupa nama) 


The Village yang tenang

Di kaki jalan pun ada yang menjual vinyl

Ini antara yang sempat dirakam

fuh!

dan fuh!

3 comments:

  1. heaven bagi penggemar vinyl!

    ReplyDelete
  2. Yang lagu scorpions zoo 42nd street tu ko pergi tengok tak street tu mm?

    ReplyDelete