Thursday, December 19, 2013

Ulasan: KUKUBESI Dictator Symbolic Demo 2013


KUKUBESI menjelma dengan tiba-tiba. Ia mengejutkan kerana tanpa angin dan ribut, ia melanda keseluruhan Semenanjung dengan demo yang hebat ini. Sepakat kritik mengatakan begitu, dan saya pun bersetuju. Ada yang mengatakan KUKUBESI adalah serpihan dari band TANDUS tetapi itu tidak penting. Yang lebih penting ialah ia membawa bersama mereka, kualiti TANDUS itu. Hasilnya begitu berjaya sekali.

Secara efektifnya, demo ini menampilkan 2 buah lagu (2 lagi adalah sekadar intro filler yang jika tiada pun tidak memberi kesan). Gitar mula lagu Dictator Symbolic mengingatkan saya kepada Malevolent Creation di zaman album Retribution tetapi terhenti setakat itu tanpa meneruskan kelajuan yang sepatutnya tetapi menetapkan had kelajuan kepada tahap selamat untuk keseluruhan lagu. Sementara lagu Behind The Puppet lebih thrashy pada awalnya tetapi melencong ke arah ritma Deicide pada kelajuan sederhana. Bolehlah disimpulkan bahawa KUKUBESI mengambil pedoman dari band US Death Metal klasik untuk kedua-dua lagunya.

Struktur gitar ritma pada kedua-dua buah lagu dirakam dengan precision pada semua bahagian termasuk ketika attack dan lenggokan melodi. Ini menyebabkan timbul rasa geram di atas ketepatan dan punch itu. Apatah lagi setiap lagu disajikan dengan solo dua gitar yang menggigit bibir. Vokalnya mempunyai growl menderam yang cukup rasa tetapi anda masih memerlukan lirik untuk mengetahui apa yang dimarahkannya. Drum dipukul dengan padu dan sama seperti gitar ritmanya, ia dihentak dengan ketepatan. Semua ini tidak akan dapat dinikmati dengan sempurna jika tidak kerana produksi yang meletup-letup oleh siapa saya tidak tahu kerana KUKUBESI merahsiakan segala nota tentang rakaman demo ini. Hatta, siapakah gerangan ahlinya pun tidak diberi kredit.

1 comment: