Tuesday, December 24, 2013

Pakej rosak: CARCASS Surgical Steel 2-LP

Pakej yang sampai pastinya disambut dengan gembira. Membukanya adalah satu pengalaman berdebar-debar yang sukar untuk ditulis dengan perkataan. Biasanya senyum lebar akan terukir di bibir tatkala barang yang dipesan keluar dari pakej. Tetapi tidak untuk kali ini.

LP yang dibeli baru datang dalam keadaan sudah dibuka sedangkan pakej sendiri tiada tanda-tanda ia dibuka untuk pemeriksaan oleh KDN. Apabila dibuka gatefold, ia melekat. Pembukaan dibuat secara paksa dan sedikit tenaga diperlukan untuk mengurai gatefold tersebut. Lekatan jaket LP ini kelihatan seperti ia pernah jatuh ke dalam air. Seperti ada kesan air. Peluh mula mencucuri dahi.

Atas nasihat Ellyrocker, saya menghubungi kembali Amazon untuk meluahkan perasaan tidak puashati. Di dalam sistem Amazon, secara default mereka akan menyuruh kita menghantar balik barang yang rosak itu. Harga setem akan dibayar kemudian. Saya pun menulis apa yang terjadi dan berkira-kira ingin menghantar kembali LP tersebut. Datang email jawapan dari Amazon mengatakan tidak perlu hantar balik kerana postage yang mahal. Sebaliknya disuruh simpan saja. Ganti akan dihantar secepat mungkin.

LP ini masih ada di tangan saya. Vinyl sendiri masih dalam keadaaan yang baik. Cuma jaketnya dalam keadaan yang tidak memuaskan. Bagaimana? Apa yang nak dibuat dengan LP ini?








5 comments:

  1. kalau ada gantian, ok la... gatefold yg "rosak" ni boleh buat ala2 seasoned/relic version :)

    ReplyDelete
  2. LP lebih penting....cover tu takde apa la....ok jer hehe

    ReplyDelete
  3. ...Agak2 nak sedekah lempor aje kat teman..hehhe...

    ReplyDelete
  4. Wah..kira ada dua LP la macam ni..memang CARGAS amazon ni

    ReplyDelete
  5. kalau dah dapat yg baru yg ni tolak murah2 kat aku eh. cod amcorp.

    ReplyDelete