Pandangan luar bilik kuliah di HWUM- gambar hiasan saja. |
Masa kat UPM dulu, sewa rumah di Balakong. Jam gila. Jarak 5km tapi nak sampai 30 minit ke atas. Terpaksa keluar ofis sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari terbenam; sampai rumah dalam masa kurang 10 minit. Antara sebab resign, pasal ini le.
Lepas tu kat UTP, try sewa kat Pinji Perdana. Lebih kurang 30 minit juga perjalanan. Tak tahan, jauh sangat walaupun tak jam. Beli rumah kat Bandar U. 10 minit je drive. Lunch pun kat rumah.
Dari pengalaman ini, masa nak pindah keje Putrajaya antara kriterianya ialah rumah mesti dekat dengan pejabat. Menyewa la juga rumah di Putrajaya ni walaupun kecik (berbanding dengan sewa yang sama tapi menyewa di Puchong, Bangi atau Kajang - dapat rumah semi-D 3 tingkat kot? Atau banglo?). Sewa yang mahal ditukar kepada convenience, dekat dan selesa. Dan selamat.
Semua ni logik. Boleh pikir dan survive sendiri. Tak perlu menteri pikirkan alternatif dan meroyan sana sini.
1 comment:
setuju boleh fikir dan survive sendiri.
Ko tahu MM, dulu aku kerja kilang, ada aci2 nyonya2 duk Simpang Renggam kerja 1st shift kat Ang Mo Kio Singapore.
Pagi before 3 dah keluar rumah pasal nak gi jalan besar so bas kilang boleh fetch.
Aku mungkin sekarang tak boleh tapi aku dah tua nanti, bila aku cuma nak kerja ringan2 security ke, store ke, jadi noja/caretaker/cleaner mesjid ke (hahaha)
aku nak dekat ngan tempat tinggal aku. Senang ah.
Post a Comment