Sedikit ulangkaji. Album ini asalnya dirakam pada tahun 1988 dan album terakhir menampilkan gitaris Ross The Boss kerana mahu kembali kepada band punk-rock beliau, The Dictators. Beliau keluar tanpa masuk-masuk kembali. Ia juga adalah album terakhir drummer Scott Columbus (beliau kembali untuk album Louder Than Hell pada tahun 1996 dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 2011).
Ditanya kepada Joey DeMaio kenapa rakaman semula untuk album ini dibuat, beliau menjawab,
"Well, it’s the twenty-fifth anniversary of the release of the record, and it’s the record people all over the world love, and we love it, too. We played the songs over the last 25 years which have matured and changed, and we wanted to also give the current band members the chance to record the songs that they love so much." [SOURCE]
Ini adalah benar kerana pada rakaman terbaru ini, hanya beliau dan Eric Adams (vokal) saja yang original. Lagi dua, Karl Logan (gitar) dan Donnie Hamzik (drum) adalah muka baru dalam rakaman ini. Sebenarnya Karl Logan telah menyertai MANOWAR sejak album Louder Than Hell (1996) lagi sementara Donnie Hamzik adalah drummer album pertama, Battle Hymns (1982).
Secara amnya, ini adalah album kekeluargaan MANOWAR kerana setiap ahlinya adalah ahli MANOWAR juga.
Yang menjadi tandatanya dan juga masalah adalah, adakah album ini dapat menyaingi rakaman asal album tersebut? Soalan ini biasanya dikategorikan dalam soalan bodoh. Mana mungkin album rakaman semula boleh menyaingi album asal? Mungkin dari segi kualiti rakaman namun emosi, memori dan originaliti, memang tidak terlawan.
Soalan seterusnya ialah, soalan apa yang nak ditanya? Tiada soalan yang perlu ditanya. Anggaplah ia sebagai album yang dipenuhi dengan tandatanya. Namun banding-membanding tidak boleh dielakkan.
Paling nyata dalam album ini ialah nyanyian Eric Adams nampak usianya. Banyak tempat yang mana nyanyian pitch tinggi dalam album asal terpaksa dijeritkan dengan garau dalam album ini.
Dan sudah tentunya gitaris Karl Logan menyuntik sentuhan solo gitar beliau walaupun selalunya melodi asal dikekalkan. Sound gitar beliau adalah unik Karl Logan. Ini memberikan keunikan khusus untuk album ini.
Paling menonjol, dalam track A Warrior’s Prayer MMXIV di mana naratif asal dibuat oleh Arthur Pendragon Wilshire sedangkan untuk album ini oleh Brian Blessed. Saya agak selesa dengan naratif asal. Saya rasakan Brian Blessed agak over dalam naratif beliau.
Dalam bass solo Sting Of The Bumblebee, Jeoy DeMaio cuba untuk menonjolkan kembali kenapa ianya istimewa selain dari beat-per-minute yang mencapai nilai 300. Untuk itu bunyi metronome sengaja diperdengarkan sekali dengan solo bass. Tetapi mengapa track ini dipendekkan, tidak dinyatakan sebabnya.
Soalan paling patut dijawab ialah adakah album ini perlu dimiliki. Sudah tentulah! Terutamanya jika anda adalah peminat MANOWAR atau sekurang-kurangnya peminat kepada album Kings Of Metal.
Ditambah pula album ini datang dengan fatbox jewel case, dua booklet, dua CD dan gambar-gambar menarik. MANOWAR memang tidak pernah menghampakan peminatnya.
HAIL AND KILL!
Tracks 10 and 11 on disk 1 are listed as bonus tracks.
CD 1 | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Title | Writer(s) | Length | |||||||
1. | "Hail and Kill MMXIV" | 06:13 | ||||||||
2. | "Kings of Metal MMXIV" | 03:42 | ||||||||
3. | "The Heart of Steel MMXIV" (Acoustic Intro) | 05:09 | ||||||||
4. | "A Warrior’s Prayer MMXIV" | 05:44 | ||||||||
5. | "The Blood of the Kings MMXIV" | 08:01 | ||||||||
6. | "Thy Kingdom Come MMXIV" | 04:06 | ||||||||
7. | "The Sting of the Bumblebee MMXIV" | 01:16 | ||||||||
8. | "Thy Crown and Thy Ring MMXIV" (Orchestral Version) | 04:57 | ||||||||
9. | "On Wheels of Fire MMXIV" | 04:14 | ||||||||
10. | "Thy Crown and Thy Ring MMXIV" (Metal Version) | 04:57 | ||||||||
11. | "The Heart of Steel MMXIV" (Guitar Instrumental) | 04:50 | ||||||||
Total length:
|
53:09 |
CD 2 | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Title | Writer(s) | Length | |||||||
1. | "Hail and Kill MMXIV" (Instrumental) | 06:13 | ||||||||
2. | "Kings of Metal MMXIV" (Instrumental) | 03:42 | ||||||||
3. | "The Heart of Steel MMXIV" (Orchestral Intro Version – Instrumental) | 04:50 | ||||||||
4. | "The Blood of the Kings MMXIV" (Instrumental) | 08:01 | ||||||||
5. | "Thy Kingdom Come MMXIV" (Instrumental) | 04:07 | ||||||||
6. | "Thy Crown and Thy Ring MMXIV" (Orchestral Version – Instrumental) | 04:57 | ||||||||
7. | "On Wheels of Fire MMXIV" (Instrumental) | 04:14 | ||||||||
Total length:
|
36:04 |
Joey DeMaio 1988. Sila perhatikan tiada penimbulan bicep dan tricep. |
Penyataan Joey kenapa Kings Of Metal MMXIV perlu dirakam. |
Dah tua memang menyebabkan memori silam makin menggamit. |
Eric Adams 1988. |
Montaj gambar rakaman 1988. |
Testimoni mixer. |
Tidak ketinggalan, testimoni dari krew. |
Scott Columbus, you will be missed!!! |
Dua booklet, yeay! |
Karl Logan. |
Kings Of Metal MMXIV |
3 comments:
aku suka gambar perspektif pandangan dari blkg tu... masih mengekalkan pose yg sama
hail and kill!
blood of the king aku suka negara2 makin banyak..
cd kedua tu heart of steel
klu ada bendera malaysia kat cover tu lagi bertambah mantap album ni. haha
Post a Comment