Masa grad bachelor dulu, takde sebiji buku teks pun saya jual balik. Semua simpan. Siap nota-nota yang hilang tu, fotostat balik dari kawan untuk simpanan. Nota2 tu sampai sekarang ada simpan kat ofis. Banyak menolong sebenarnya masa awal2 kerja tak ingat, terus refer dengan pantas pada nota/buku teks.
Tapi saya tak tau le graduate sekarang ni. Bila grad je, terus jual buku teks. Tak tau le depa ni nak jadi engineer ke nak meniaga takaful bila keje nanti.
Harap depa tau yang sekarang komplen dari industri ialah fresh engineers tak tau nak buat keje. Banyak terpinga2. Abih camno, nak bertanya segan (al-maklum graduan dari UTP universiti ada kelas gitu), nak refer buku/nota, semua dah buang/jual.
2 comments:
Tak tau le depa ni nak jadi engineer ke nak meniaga takaful bila keje nanti.
( hahahha..pedih ayat nih )
Bergantung kepada setinggi mana pelajar itu meletakkan ilmu itu...if die letak ilmu di tmpt yg tinggi sy pasti dia sayang untuk lupuskan notes dan bukunya...
nazmi
Post a Comment