Saya punya ada pressing 1996 remaster yang mengandungi bonus tracks. |
Nama JETHRO TULL tidak asing bagi peminat muzik prog rock. Selain dari muziknya yang menyerlah di sebalik gelandangan band prog rock pada tahun 1970an, salah satu ciri yang menarik perhatian ialah penyanyinya, Ian Anderson bukan saja bermain gitar dan flute, bahkan memainkan flute dengan berdiri di atas sebelah kaki ketika persembahan live! Memang sekali tengok, tak ubah macam mad prophet.
Nak tak nak, jika mengaku peminat muzik genre ini, paling kurang pasti ada dua album dari band ini, samada Aqualung ataupun Thick As A Brick. Saya tidak dapat membezakan mana satu yang lebih baik antara dua album ini tetapi kebanyakan peminat muzik memilih Thick As A Brick melebihi dari Aqualung. Kekuatan Aqualung ini mungkin disebabkan ini adalah sebuah konsep album. Dan pada zaman ini (70an), lirik berkisar tentang kritikan terhadap sistem keagamaan bukanlah sesuatu yang lumrah, maka ia menjadikan Aqualung sesuatu yang agak menonjol.
Dan jika anda perasan, sebuah lagunya Cross Eyed Mary juga merupakan sebuah lagu yang dicover oleh IRON MAIDEN. Sebagai peminat tegar IRON MAIDEN, ini adalah antara lagu yang mula-mula mahu didengar. Sekali dengar, memang lain. Al-maklum, lagu asalnya menggunakan flute sedangkan cover adalah 100% gitar.
Namun jika anda meneliti kesuluruhan album, anda akan mendapati ianya adalah sebuah album yang kompleks dari susunan lagu-lagunya. Kepelbagaian adalah merata tetapi ia tetap disusun dalam bentuk yang memaku pendengaran. Terlampau banyak elemen yang perlu didengar dan terkadang mengocak pendengaran. Maka tak hairanlah jika dalam list The 500 Greatest Albums of All Time album ini mendapat tempat ke-333 dan solo gitar pada lagu tajuk album ini mendapat tempat ke-20 dalam senarai The 20 Greatest Guitar Solos of All Time oleh majalah Guitarist. Dengan acknowledgement sebegini banyak, apa lagi yang menghalang anda dari mencari CD ini untuk didengar?
Track listing
All songs written and composed by Ian Anderson, except where noted.Side one – Aqualung | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Title | Length | ||||||||
1. | "Aqualung" (Ian Anderson, Jennie Anderson) | 6:34 | ||||||||
2. | "Cross-Eyed Mary" | 4:06 | ||||||||
3. | "Cheap Day Return" | 1:21 | ||||||||
4. | "Mother Goose" | 3:51 | ||||||||
5. | "Wond'ring Aloud" | 1:53 | ||||||||
6. | "Up to Me" | 3:15 |
Side two – My God | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Title | Length | ||||||||
1. | "My God" | 7:08 | ||||||||
2. | "Hymn 43" | 3:14 | ||||||||
3. | "Slipstream" | 1:13 | ||||||||
4. | "Locomotive Breath" | 4:23 | ||||||||
5. | "Wind-Up" | 6:01 |
The 1996 and 1998 remastered CDs added six bonus tracks and extensive liner notes: | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Title | Length | ||||||||
12. | "Lick Your Fingers Clean" | 2:46 | ||||||||
13. | "Wind Up" (Quad Version) | 5:24 | ||||||||
14. | "Excerpts from the Ian Anderson Interview" (Mojo Magazine) | 13:59 | ||||||||
15. | "A Song for Jeffrey" (BBC) | 2:51 | ||||||||
16. | "Fat Man" (BBC) | 2:57 | ||||||||
17. | "Bourée" (BBC, written by Ian Anderson, Johann Sebastian Bach) | 3:58 |
2 comments:
aku tak pernah dengar Jethro Tull ni.
Lagi satu aku nak dengar tapi tak pernah dengar ialah Genesis lama, sebelum zaman Phil Collins, zaman Invisible Touch tu semua.
tau Jethro Tull pun pasal kes ...And Justice for All kalah ngan dorang masa Grammy Award 1989 dulu...lagunya tak pernah dengar.
Post a Comment