*Saya menapak dari hotel ke US Embassy dalam 15 minit - anak-anak tinggal hotel, nasib baik depa layan tengok TV je tak buat kecoh*
Sebelum masuk bangunan, ada queue dan security check. Pak gad memang muka garang jadi jangan buat lawak bodoh. Pistol kat pinggang tu.
Prosedur:
1. Bagi salam kat pak gad, kata appointment jam sekian-sekian. Kalau awal sangat, dia suruh duduk dulu sampai dia announce. Kalau tak, dia suruh ke kaunter untuk register. Tunjukkan salinan appointment yang dah dicetak dari rumah dan tinggalkan IC. Pakai pass pelawat.
2. Matikan henfon. Pak gad cakap ulang-ulang tu maksudnya tersangatlah penting.
3. Beratur di pintu masuk (gate). Bila sampai giliran, security check berjalan macam kat airport tu. Ada scanner. Tinggalkan kunci kereta dan henfon pada pak gad.
4. Mula bergerak ke dalam bangunan. Masuk je pintu bangunan, ada security check lagi sekali. Pak gad dalam ni peramah sikit. Boleh small talk lagi.
5. Ambil no giliran (seperti gambar di atas).
6. Masuk dalam bilik menunggu sebelah kiri.
7. Apabila no naik, bergerak keluar dari bilik kiri masuk pula bilik belah kanan.
8. Terus ke kaunter yang dinyatakan semasa announcement no giliran. Serahkan dokumen yang diperlukan dan duduk menunggu. Bilik ni ramai orang. Masa tu, ada lebih kurang 30 orang yang menunggu.
9. No naik lagi. Gerak ke kaunter yang dinyatakan kali ini untuk ambik cop jari. Semua jari akan diambil rekod (kecuali jari kaki). Duduk lagi dan tunggu.
10. No naik lagi. Gerak ke kaunter yang dinyatakan kali ini untuk temuramah. Saya ditemuramah selama seminit kurang. Yang ditanya - apa buat ke US, keje apa, family datang sekali ke... Penemurah agak ceria walaupun muka serius. Beliau akan bagitau lulus atau tak visa, ON THE SPOT. Kalau lulus, dia akan ambik passport kita dan akan pos kembali ke alamat pulang dengan courier. Kalau tak lulus, samada dia bagitau kenapa atau tidak, itu hak dia. Jangan bertekak sangat. Ingat, pak gad garang.
11. Ambik passport dan visa dengan dua cara. Samada melalui pos atau ambil balik di dewan YMCA KL (ke apa ntah) selepas 2-3 hari. Akan dinyatakan bila. Yang jauh dari KL tu of course better melalui pos. Kat KL, boleh ambik by hand.
*Prosedur visa, ikut kelas. Kelas yang saya ambil ialah J-1 (student/visiting researcher).
*Oleh kerana sesi interview tu pakai mikrofon, jadi kita boleh dengar. Ada yang nak melancong, nak kerja, nak sambung belajar, jadi visiting researcher, nak melawat anak... macam-macam hal. Ada yang lulus dan ada yang gagal. Bak kata pekeliling visa US tu, berjaya atau tidak bergantung kepada interview. So masa interview, jangan main-main.
Dad-sons bond session. Bersama 2 orang anak yang paling tua di TheZon. Ponteng sekolah sehari. Maklumlah, nak kena tinggal lama 3 bulan.
Lepas ambil visa, sesi melayan anak-anak di swimming pool. Mereka ajak ke Sunway Lagoon. Manyak cantiiikkk?
6 comments:
gua nak tumpang lu ke US juge. beg pakaian lu cukup besar untuk gua dalam duduk? keh keh
Pi Siam la tak payah visa. Bayar RM3. Lulus on spot.
so approve tak?
waa...lulus ..boleh la belikan saya LEVIS 501.....baru lagi....hehehe
Salam.
Nak tanya, kalau gagal tu biasanya sebab apa ya?
Salam.
Nak tanya, kalau gagal tu biasanya sebab apa ya?
Post a Comment