Hinggalah akhirnya Bara:Rasa, album solo pertama CDNaz dirilis kira-kira setahun yang lalu. Album ini melalui ranjau yang panjang, namun tidak menghalang penggeraknya. Ia merealisasikan apa yang diidamkan oleh CDNaz disamping menjadi satu medium paling berkesan untuk meluahkan apa yang terpendam. Ini bukan CD Khanzab si pemuzik ekstremis tetapi CD Khanzab, yang melihat muzik itu sebagai sesuatu yang universal.
[KRENMAUT] Apa cerita sekarang?
[CDNAZ] Now aku fokus keje-keje studio macam biasalah, berkarya . buat lagu, buat class gitar, dan adelah beberapa rehearsal aku kena buat untuk show, as sessionist.. ade pc dgn album baru bob ku2, aku session gitar, dan untuk show reunion dengan Silkhannaz 28 April.
[KRENMAUT] Apa perbezaan antara CDNaz dengan Sil Khannaz sekarang sebagai pemuzik? Kemungkinan cara kerja yang berbeza?
[CDNAZ] Bezanya adalah dari segi karya-karya dan persembahan. Kalau dulu aku guitarist but now aku vocal.. kalau dulu aku concern kat gitar, tapi now concern kat vokal. Dan aliran music aku memang berbeza... now more to light and easy... mainstream..
[KRENMAUT] Sebelum bergerak sebagai solo dan selepas Sil Khannaz, anda juga terlibat dengan beberapa band projek antaranya Metalasia (dan satu projek bersama Awie). Apakah pengalaman yang didapati daripada projek-projek tersebut dan kenapa ianya tidak diteruskan?
[CDNAZ] Pengalaman tu yg mengajar aku macam-macam... dari segi show, cara perform di hadapan crowd yg berbeza, kalau Metalasia kebanyakan peminatnya lebih kepada peminat-peminat yg extreme!! But dgn silkhanaz mmg extreme dia punye crowd tapi undergronders ni behave!! So tau-tau jelah apa yang aku nak explain.. Awie pulak percampuran peminat.. ramai girls yg xtreme.. haaa.. dari situ aku dapat bezanya!! If gig undergrond mat-mat yang extreme tapi bila show maintream ni terbalik.. itu yang beza rasanya... dari segi musik sama jer.. Cuma genre je berbeza.. Cara persembahan sama jer.. keje yang sama gitar di galas dan di petik ... that's all. Tak di teruskan atas dasar beberapa sebablah...haa ..rahsia CDnaz!!!
[KRENMAUT] Berpisah dengan Sil Khannaz mungkin satu satu perjalanan yang perlu dilakukan oleh anda (untuk memuaskan keperluan muzikal sendiri) tetapi mungkin agak pahit bagi peminat anda yang tegar dengan muzik Metal. Apa pandangan anda?
[CDNAZ] Apa pun kena teruskan jugak coz kita sendiri yg kena menilai dan mencari jawapan untuk diri kita sendiri..macam kunci dah ade kat tangan dan pemegang kunci tu sendiri akan buat keputusan nak start engine dan gerak!! Ataupun nak stay pada tempat yg sama macam mata gak kalau dok tengok benda sama lama-lama kebas matakan? So aku rasa better aku start engine dan move!! Tengok benda-benda yg lain pulak.. keta kalau tak di gerakkan akan kong engine dia beb!! So aku tak nak kongkan idea-idea aku..haa...kena gerak!!. Lagi satu aku ni universal dari segi musik.. macam-macam musik dalam kepala aku!! Daripada basi baik gerak cepat! Idea-idea maintream aku tak boleh salurkan pada silkhannaz so aku cari jalan lain yg yg sesuai untuk aku berkarya! Go for solo!
[KRENMAUT] Semasa bersama Sil Khannaz, berganding dengan beberapa gitaris antaranya Dark-E dan Joe Slaughter (dan beberapa gitaris lain?). Apakah kekuatan mereka dan apakah yang anda dapat melalui gandingan tersebut?
[CDNAZ] Masing-masing ade kekuatan mereka sndiri.. influence yg berbeza.. so resepi idea dari lain-lain gitaris ni yg menghasilkan trademark gitar sound silkhannaz!! Itu yg aku bole cakap.. dimana combination mereka antara aku tu yg menjadikan "string sound' tu trademark "Sil Khannaz"!!
[KRENMAUT] Adakah sekarang anda putus hubungan langsung dengan scene Metal underground tempatan?
[CDNAZ] Putus? haa..nope.. aku masih lagi mengikuti perkenbangan muisc undergrond.. dan aku mmg berminat dgn keje-keje studio, dimana Langsuyr masih mahukan sentuhan tangan metal aku... haa.. thankz Bentara kerana beri aku peluang untuk jadi tuan produser untuk "ASYIK"!!
[KRENMAUT] Album solo anda, "Bara Rasa" yang pertama akhirnya dikeluarkan selepas beberapa terpendam? Apakah pendapat anda tentang album ini secara keseluruhannya?
[CDNAZ] ALBUM bara:rasa ni adalah hasil 100% idea aku.. memag aku tujukan hala musik aku ni jauh berbeza dari yg dulu!! dimana hasil-hasil aku kali ni mainstream!! lagu-lagu cinta!..haah..ala budak metal pun bercinta gak!! so dari pada dok layan lagu-lagu frust tu, why not dengankan hasil-hasil CDnaz ni... haaa. .coz aku punye lagu cintan tak lentuk maut!!.. ala-ala sedang jer gitu... coz aku pun dulu dari golongan hati keras gak!! haa..so bukan tangkap cintan punye lagi yang memang melentukkan pendengar.. dan lyrics yg emo.. bukan lebih kepada memujuk!! ade ego ! ha..ego sorang lelaki.. aku mmg cerewet dari segi lyric.. kebanyakan orang lain yang buat lyric.. tapi 80% AKU yg guide how to start and write a CDNAZ"s lyric!!
[KRENMAUT] Ia mungkin merupakan album yang agak personal dilihat dari feel dan mood album tersebut. Ianya boleh saya katakan sebagai album yang suram (depressive) tetapi dalam masa ada cetusan perasaan marah (angry).Mungkin ia refleksi kepada perasaan anda ketika proses album itu dirakamkan? Berani untuk berkongsi?
[CDNAZ] MEMANG depressive!! tengok tajuk pun tahu kan.. memang ni album apa yang aku rasa.. rasa aku...rasa dari apa yang aku pendam.. album sebenarnya mesti ade cerita.. macam album gambar gak.. album gambar kawin ceritakan pasal kawin.. tengok gambar jer dah dapat jalan cerita acara-acara perkahwinan tu kan? sama gak dgn album..dari track 1 sampai 10 ade cite berkaitan.. ..mmg ceritakan pasal live aku!..vkalau nak faham kenalah dapatkan cerita album CDnaz bara:rasa! masa record tu ade perasan tak delah.. coz kalau aku tengah angin masa record tu memang habis sound engineer tu aku sound!! haa... ni kira pendam aku dah simpan..dan aku kuarkan only dalam lagu-lagu aku sahaja!
[KRENMAUT] Pada pandangan peminat anda (yang Metal), ianya mungkin album cari makan. Ada kemungkinan Sil Khannaz tidak memberi pulangan yang berbaloi?
[CDNAZ] Dari segi income tak di nafikan memang ade kurang berbanding dgn silkhannaz... dan peluang untuk expose kat media dan show terhad!! shows yg lebih kepada music mainstream...dan banyak tempat yg memang ade untuk budget untuk show mainstream pergi perform satu lagu pun ade bayaran, berbanding dgn gig yang undergrond.. kalau organiser gig dapat kutipan sikit.. sikitlah band akan dapat... tapi kalau show maintream sikit ke banyak ke memang ade token utk artis.. tu jer.. lagipun tak payah nak kongsi-kongsi.. kalau bayaran RM500 makan sorang lah!! tak yah nak kongsi dgn JAEI!!!..haaaa......
[KRENMAUT] Saya difahamkan album solo kedua anda sedang dalam pembikinan dan ada khabar angin mengatakan ia lebih 'keras'. Keras dari segi Metalnya atau keras yang bagaimana? Boleh ceritakan dengan lebih lanjut?
[CDNAZ] Keras dari berbagai segi.. bak kata pepatah keras bersegi!!...wait and listen!! .. no komen..belum siap lagi.. Arrangemet ade progressive melody yang hard..
[KRENMAUT] Anda juga adalah produser kepada album LANGSUYR, 'Asyik'. Bagaimana spot tersebut diperolehi? Secara keseluruhan pendapat anda tentang album tersebut?
[CDNAZ] Languyr ni mmg langsuyr!! haa...perubahan yang drastic gak! music improve! berani..dan ade ide kat lyric ... yg memang berlainan dari products metal yang dah ada... spot tu di perolehi setelah ahli band ni bersetuju untuk gunakan perkhidmatan CDnaz.. thanx ..
[KRENMAUT] Album 'Asyik' tersebut juga menonjolkan potensi anda sebagai produser muzik Metal. Katalah ada band underground Metal tempatan yang berminat, apakah yang diperlukan untuk anda berkhidmat untuk mereka?
[CDNAZ] Budget kena adalah. haa..cari makan beb..haaa.... tapi saya ni memang memilih utk keja produce tu.. dan saya tak ambil hentam keromo jer.. saya pilih band!! kalu band tu tak bersedia untuk masuk studio , saya tak amik.. bukan memilih.. itu semua di ambil kira dari semua aspect! segi cost!! dan kreativity band tu sendiri penting..kalau sekadar tangkap muat sahaja dan music straight forward jer...saya rasa saya tak berani nak amik risiko, kerana kejayaan sesebuah album bergantung kepada producer! dia akan kena tembak dulu kalau album hancur!! production akan make surekan producer tidak merugikan company...dan org yg mereka hire akan membantu utk hasilkan product yg cepat dan bermutu!!! Langsuyr telah melepasi garisan yang CDnaz nak!! haaa...congrate!!!!!
[KRENMAUT] Ada kemungkinan rujuk semula dengan Sil Khannaz? Saya difahamkan anda akan beraksi untuk persembahan anniversary Sil Khannaz di Planet Hollywood tak lama lagi.
[CDNAZ] Rujuk tu tak tahulah..dan cerai talak 3!! haa....insyaAllah...buat masa sekarang Silkhannaz pun dah ade line-up tetap, so itu dah bagus.. dan kalau saya nak join balik tak kan nak main 3 gtr!! haaa...gud luck for new silkhannaz line up!! mereka tetap best!! yea tungu 28 apr ni ..CDnaz nak head bangin!! we gonna reunion!!
[KRENMAUT] Apakah lanjutan seterusnya selain dari album solo kedua anda?
[CDNAZ] Makan tidur!! ..terus berkarya ...dan tanpa henti-henti... sampai mati...
[KRENMAUT] Akhir kata?
[CDNAZ] MUSIK universal.. seriouslah mengejar ilmu music. Hala tuju dan fanatik only pada satu jenis musik adalah bukan kunci untuk sukses dalam music!! Apa jenis musik pun ianya masih di landasan yg sama... seni.. jadilah pendengar dan JANGAN jadi pencaci pada music yg indah.. mungkin ianya tak indah bagi kamu tapi ianya indah pada penciptanya!! Beri ruang pada telinga kita menerima rasa music yang berbeza... ada masa telinga kita perlukan rehat.... perlu di dengari berbagai genre... makan karipap hari-haru pun bosan gak!! Sekali sekali nak gak rasa samosa (karipap mat saleh).. begitu juga dgn musik... jadilah pengkaji music jgn jadi pencaci musik! bayangkan music yg kita di caci...di keji ... contoh "black metal" kita mesti marah...jgn berontak... sebaiknya tunjukkan yg kita betul.. show people what we have!! .....
No comments:
Post a Comment