
Hahaha... tiket gig dah beli! Tapi CD tak beli lagi. Tipikal Malaysian mat Metal? Nanti ahh... aku beli punya.
AIRBOURNE? Mana punya band ni? Ini band Melbourne mari. Apsal depa best? Pasal aku minat AC/DC. Sebab AC/DC aku layan The Jet. Tapi The Jet sekarang dah glamour. Datang Adelaide pun main venue besar tiket mahal. Lagipun depa dah mellow sikit. Tak berapa AC/DC sekarang ni.

So ceritanya AIRBOURNE pun dah glamer sekarang ni. Dah sign dengan Roadrunner. Oleh kerana itu mereka nak migrate permanently ke US. Untuk itu, mereka bikin farewell national Australian tour. Yang best tiket pun murah... $13 je... yes! Tak boleh lepaskan peluang ini.
Sebelum masuk gig, aku akan beli CD don't worry hahahaha... OK, kasi layan depa punya video klip kat bawah ni. Best tak? Kan aku dah cakap!
1 comment:
best... nanti nak cari la cd dorang ni
Post a Comment