Date 14/4/2007 memang telah aku tunggu sekian lama. Sejak seawal bulan Januari lagi, hari pertama tiket SLAYER (bersama opening MASTODON) dijual, aku menjadi antara pembeli terawal. Takut-takut kehabisan. Tiketnya agak mahal iaitu Aus$75 tetapi bila difikirkan balik, ini seumpama double-bill SLAYER dan MASTODON, maka itu dianggap belakang kira.
Aku datang agak lewat, hampir jam 8pm dan MASTODON sudah memulakan persembahannya. Dalam hatiku berharap agar mereka belum lagi memainkan lagu kegemaranku. TheBarton Theater adalah satu dewan teater bersaiz sederhana, mempunyai tingkat pertama (seated) dan di bawah arenanya peminat berdiri. Dewan hampir penuh.
Ku rasakan hampir 5000 penonton berada di dalamnya. Ku perhatikan dari luar masih ada penonton yang melepak, mungkin menunggu SLAYER dan tidak menonton MASTODON.
Aku datang agak lewat, hampir jam 8pm dan MASTODON sudah memulakan persembahannya. Dalam hatiku berharap agar mereka belum lagi memainkan lagu kegemaranku. TheBarton Theater adalah satu dewan teater bersaiz sederhana, mempunyai tingkat pertama (seated) dan di bawah arenanya peminat berdiri. Dewan hampir penuh.
Ku rasakan hampir 5000 penonton berada di dalamnya. Ku perhatikan dari luar masih ada penonton yang melepak, mungkin menunggu SLAYER dan tidak menonton MASTODON.
Aku mencelah hingga berada di hadapan stage tetapi cuma dapat berdiri di penjuru kanan. Silap langkah. Sepatutnya aku ke penjuru kiri untuk berhadapan dengan gitaris MASTODON yang bermain Flying V, Brent Hinds. Ya, aku peminat Flying V tersohor (walaupun telah menjual Epiphone Flying V ku dengan harapan dapat menggantikannya dengan Gibson Flying V). Bulu roma tengkukku meremang tatkala riff pertama Iron Tusk dimainkan. Sambil menghanggukkan kepala aku melayani rentak lagu tersebut. Dan setelah beberapa lagu, lagu Blood and Thunder pula dimainkan. Ah... dengan lagu ini pun sudah cukup memuaskan. Aku bukanlah peminat MASTODON yang tersohor, sekadar meminati progresif Metal mereka dan menghafal lagu-lagu mereka via mp3 tetapi kurang mengingati tajuknya. Namun apa yang ku pasti, lagu-lagu terbaik dimainkan.
Persembahan MASTODON bertenaga walaupun diperhatikan 'persembahan' penonton seolah-olah disimpan untuk SLAYER. Gaya lengguk bass/vokalnya, Troy Sanders, seperti Captain Ahab mengarahkan krew kapalnya bergerak lagi laju menghambat Moby Dick dari kapal Pequod. Aku berpuashati.
Selesai persembahan MASTODON, dewan hingar dengan jeritan SLAYER! SLAYER! SLAYER! Aku yang tadi berada di hadapan penjuru kanan mula bergerak ke tengah. Oleh kerana hampir mustahil untuk menyelit ke hadapan maka aku sekadar berpuashati dengan berada sedikit di belakang. At least, aku berada di tengah. Kadang-kadang terpaksa menjengketkan kaki disebabkan mat-mat saleh yang terlampau tinggi menghalang pandanganku. Jeritan SLAYER! SLAYER! SLAYER! turun dan naik sementara krew menguruskan stage supaya selesa bagi SLAYER memulakan persembahan.
Tom Araya muncul di atas pentas di sebalik hiruk pikuk peminatnya. Setelah mengucapkan terima kasih kerana hadir, mereka memulakan persembahan dengan lagu God Hate Us All. Selepas itu diteruskan dengan lagu War Ensemble. Dua lagu ini, aku berada di tengah mosh pit. Terkesan dengan suasana keliling, setelah sekian lama tidak bermoshing, aku pun berpogo mosh. Cukup dengan dua lagu, baju basah kuyup dengan peluh. Aku menyusup ke tepi dewan tidak sanggu meneruskan cabaran hahahah...
Stage presence SLAYER memang kuat terutamanya Tom Araya yang berjaya mengawal penonton seolah-olah seperti menggunakan remote kontrol. Kerry King kekal dengan headbang kepala botaknya sedangkan Jeff Hanneman berada di penghujung kiri. Ku perhatikan permainan Dave Lombardo. Ku baca satu interview dengan Dave yang membuat komen tentang keletihan beliau setelah beberapa lagu. Memang dia agak keletihan setelah beberapa lagu tetapi permainannya hampir perfect.
Setelah beberapa ketika berehat di penjuru dewan aku kembali ke tengah dewan sebaik sahaja lagu Posmortem dimainkan. Badanku ditolak ke hulu ke hilir oleh badan-badan basah kuyup mat saleh yang bersama-sama pogo.Suhu badan masa tu aku rasa mungkin boleh demam. Dengan bau hapaknya lagi. Tapi tak kira, ini last kopek hahaha...
Lagu Angel Of Death mengakhiri persembahan SLAYER malam itu. Aku ke bilik air membasuh kepala dan muka. Terasa lega. Keluar dewan dan melihat tempat jualan t shirt tour yang pada awalnya penuh barisan, masih lagi penuh barisannya. T shirt yang berharga $45 kulupakan saja. Tak mampu. Dapat beli tiket SLAYER tu pun dah kira bagus. Dengan langkah longlai, bersama dengan t shirt Atotorgh aku balik dengan perasaan puas!
Antara playlist yang aku ingat (in no particular order)
Disciple
War Ensemble
Show No Mercy
Die By The Sword
Captor Of Sin
Cult
Jihad
Seasons In The Abyss
Mandatory Suicide
Dead Skin Mask
Postmortem
South Of Heaven
Raining Blood
Silent Scream
Angel Of Death
(mungkin ada lagu yang aku tak ingat tetapi yang ada ini pun semua kira POWER!)
Mastodon
TheBarton Theater, Adelaide
MASTODON
SLAYER
jeritan SLAYER! SLAYER! SLAYER!
7 comments:
Slayer is starting to sound really old... Not really sure what their appeal is these days.. but looks like they are doing something right!!
Would have love to see Mastodon again. I think most people dont really get Mastodon. I do, and Mastodon is one of those bands thats like a breath of fresh air.
/ridzi
There's no doubt that Slayer is geting old. But then again, so are most of its fans especially those who have been following its act since the 80's (yours truly included) :) Old or not, I have to say that Araya and Co still have what it takes to kick ass. Judging by Bentara's review and the pictures taken, there's no doubt that these 'old' metallers still reign (in blood).
nb: The review does remind me of the Slayer concert in Singapore last year ...Hell yeahh, it's Raining Bloooooodd!!!!!!!!!!!!!!
Amer Blackgoat
Slayer ni kalau live apa lagu pun best... nak2 lagi memang betul live depan mata. Kadang2 yang kat CD tak berapa tangkap, tapi bila live, GEREK!
amboii .. haji .. bukan main lagi kat Australia tu . Jangan culture shock sudah .. hehehe gurau je ...
Anyway nice article .
haji ben...
nanti lu pegi show LOG la pulak..
iskkk...
mana awek blonde yg lu ckp tu?
yg ikhlas lagi tulus...
jamez
hang punya krenmaut ni takde RSS Feeder.. kalu ada lagi senang aku nak jenguk hang punya blog ni..
anyway... great article. tak dapat tour kat uk, dpt gi down under pun ok la yek.. hehe!
Md Zamri
okeh md zamri sudah attach itu RSS feeder... entah betul entah idak tak tau le aku.... try le.
Post a Comment