Aku dikehendaki bersama dengan pensyarah lain untuk hadir sebagai host. Bukan semua. Giliran adalah 2 tahun sekali.
Cuma tahun ini berlainan sikit. Pensyarah yang dikehendaki hadir, kena hadir pada 2 sesi; pagi dan petang. Selalunya satu sesi saja.
Persiapan? Kena beli jaket untuk padankan dengan jubah konvo. Beli di Jusco Ipoh dengan harga diskaun RM160.
Sesi pagi bermula 830am. Kami berkumpul sejak 7am, bersarapan. Bergerak ke Chancellor Hall jam 8am.
Memang meriah.
Mak bapak dan para tetamu sibuk ambil gambar kami berjalan.
Memang ini adalah hari istimewa, bukan sahaja kepada para graduan - juga kepada ibubapa dan juga pensyarah.
Pensyarah sudah dapat melihat hasil usaha mereka mendidik graduan. Dari budak-budak SPM yang keanak-anakan hingga menjadi seorang yang matang dan bersedia untuk menghadapi cabaran di luar.
Kami para pensyarah mengucapkan selamat untuk anda semua para graduan. Jangan dilupakan kami bila anda berjaya kelak!
(gambar kronologi terbalik - sori, malas nak adjust balik)
Dengan Saiful Azrin (Electrical Engineering Lecturer) to pursue PhD tahun ni.
Ibrisam Akbar - to submit PhD thesis this coming weeks hahaha...
keluarga yang tak dapat masuk sebab terhad kepada 2 seats per student je.
Beratur nak masuk Dewan Canselor.
Perarakan ke Dewan Canselor
Perarakan ke Dewan Canselor
Pensyarah pun sibuk bergambar
Pocket D. Bangunan serbaguna termasuklah bilik kuliah, pusat keselamatan etc
Rakan sekerja satu department: Assoc. Prof. Ir. Dr. Shahir Liew dan Assoc. Prof. Dr. Indra. Prof. Indra salah kutip jubah - dapat jubah untuk student hahahah!
"I'm taking my 3rd degree" kata beliau.
Sarapan
Nasi lemak untuk sarapan. Sungguh bahaya untuk perut yang tak tahan.
Assoc. Prof dan Prof. dari luar negara yang menjadi pensyarah di UTP.
Bergaya dengan jaket baru.
Yang kelakar sikit ialah, aku dan beberapa pensyarah lain tak dapat masuk dewan kerana seat tak cukup hahaha... Ada lebih kurang 10 pensyarah yang berbaris paling belakang (termasuk aku) yang disuruh balik.
Itu pasal takde laporan di dalam Dewan Canselor.
Takpe, tahun depan boleh cerita lain ;)
3 comments:
Best nyer.....jealous lak aku nengok
1. cayalah bro...err..taun depan2 kasi letak gamabr student 2 la pulak. Bosan la tgk muka kau dan lectureer2 tua.
2. Letaklah gambar2 berwajah kegumbiraan student2 yg grad especially student2 aweks la kan sebab depa tak ramai buat engine. Mesti happy sakan nyer. uhuk..uhuks..Lagi cun lagi dramatic. Sekadar cadangan...
3. Cantik plak tronoh. LAst taim aku pegi ...15 tahunlepas!
hehe lu sengaja berbaris kat belakang ker? supaya ada alasan tak masuk heheh maklum perut tak tahan lepas makan nasi lemak <--- andaian aku jer
Post a Comment