Dari beberapa blog yang menyiarkan updates, beberapa poin mungkin menarik perhatian kita:
1. 4 strategi utama:
a. Mendaya kembali pelaburan swasta.
b. Membangun modal insan.
c. Mensejahtera hidup rakyat.
d. Memantapkan sektor kerajaan. (tak sempat dengar ayat lengkap..akan update semula)
2. Malaysia sudah pulih dari kegawatan ekonomi (emmm... rasa macam nak komen je)
3. Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi
4. Dewan gamat seketika apabila duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan. (MENARIK NI)
5. Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan...ke atas semua jenis telefon bimbit (yeaaa... ANDROID!)
Yang lain-lain tu kira tak berapa nak faham (nak kena tanya wife yang ada degree in economics UKM). Tunggu laporan penuh la ye?
----------
Dari Bernama:
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:
* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
3 comments:
warisan merdeka.. 100 storey building tu bro... lebih tinggi dari KLCC dan KL tower... kagum tu...
hai..kena tggu setahun lg la jwbnyer...org gomen tggu bajet ni mcm tggu pengumuman jadi raya ke xjadi raya...
dalam sungguh maksud pemansuhan cukai duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan...another imelda marcos clone in making?
Bagi kami yang bekerja di sektor semi Gov/Ngo biasanya bila making money je baru ramai yang alert- when we loose- everybody remained quite...masih mengharapkan sesuatu yang miracle lagi brilliant!
Post a Comment