Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Megadeth. Show all posts
Showing posts with label Megadeth. Show all posts

Friday, November 28, 2014

Dave Lombardo kata OK apa salahnya kalau join MEGADETH?


MEGADAVE hehehe...

Get it? Dave Mustaine, Dave (David) Ellefson, Dave Lombardo

Dengan perkataan Mr Lombardo sendiri,
'I know. I just heard. Dave [Mustaine] has my number, so I'm waiting.'
How cool is that?

Apa-apa double paddle dalam lagu-lagu Megadeth yang lampau, mestilah akan kena tapau habis dengan Mr Lombardo, ye tak?

Performance wise... lagi la gempak. Triple times better than Drover hahaha...

Cuma lagu-lagu glam Megadeth nanti camana, kalau ditanya? Pada saya, tiada masalah juga sebab Mr Lombardo hanya drumming metal dalam kerja. Dalam hati, dia open-minded. Jazz pun dia main. Mr Colauita pun boleh main apa (dalam album The System Has Failed), takkan la Mr Lombardo tak boleh (takde kena mengena tapi saje letak).
Lombardo mentioned that he is self-taught, and a very open-minded musician. He grew up listening to jazz, classic R&B and Cuban music, to which he added fast beats by hitting pots and pans in the kitchen as a child. He mentioned that he began that particular day by listening to Andrea Bocelli. Lombardo in fact ended the clinic by adding double-bass and SLAYER-style drumming over a Ray Charles track.

Mr Lombardo pun pernah jadi drummer terjun dengan Metallica masa Lars Ulrich absent dulu. Apa ada hal?

Abang Mus, apa yang Abang perlu buat sekarang ialah call Abang Lombardo. Nombor kan ada. Ajak beliau makan chicken wings, lepas tu offer the contract. Offer la bagus sikit, jangan macam Slayer. Kami pun tau, takde siapa boleh tahan dengan ego dan pe'el Abang dan kami tak expect beliau akan kekal sampai liang lahad dengan Megadeth. Tapi dapat 1-2 album pun jadi la!

Eiii bestnya!

Wednesday, November 26, 2014

Drover and Broderick quit MEGADETH, so what?

Air dicincang takkan putus

Wow... Drover dan Broderick resign dari Megadeth! So what? 

Drummer banyak takde keje proper sekarang ni weh... Portnoy, Lombardo.

Selama ni tak pernah lagi musicians komplen gaji dan agihan dalam Megadeth, maka Abang Mus, please la jaga Lombardo bebaik kalau dia join nanti ye. Kesian dia, tak pernah dilayan dengan saksama oleh Slayer.

Tapi seriously, Pitrelli dan DeGrasso need to do a 2nd album with megadeth. Ok 3rd album if u consider rude awakening as well. Hero walaupun ada lagu fillers tapi tak boleh tolak lagu2 yang power dalam album tu.

Tapi since Jeff Loomis dah nak ganti Broderick (damn April fools - updated). Kena tunggu pula siapakah drummer itu (nyanyi lenggok lagu Sudirman Milik Siapakah Gadis Ini).

Kita tunggu statement rasmi dari Abang Mus.... sungguh saspender sape nak masuk ni wooohoooo...!!!

Tuesday, September 23, 2014

Ulasan: MEGADETH Capitol Punishments CD


MEGADETH Capitol Punishment CD. Album kompilasi tapi ada beberapa keistimewaannya. Lagu eksklusif-untuk-kompilasi-ini, Kill the King. Lagu Dread and the Fugitive Mind sebelum ia dimasukkan ke dalam album seterusnya The World Needs a Hero. Dan lagu "tersembunyi" Capitol Punishment, iaitu lagu medley lagu-lagu Megadeth pada track 14 selepas lagu Peace Sells.  

Nampak sangat kompilasi ini dibuat dengan sambil lewa dengan hanya 14 buah lagu. Kurang-kurang mau double-CD. Tapi kita faham dengan pe'el syarikat rakaman, selagi boleh rilis, mereka akan rilis. Kita juga faham pe'el peminat tegar, selagi ada rilis, mereka akan beli. Win-win situation ke win-lose situation? Tak kisahlah, kerana strategi letak satu lagu non-album Kill The King ini sudah cukup membuatkan peminat tegar dan semi-tegar menyambarnya. Selain itu saya menyukai artwork album ini.

Juga perasan tak tajuknya Capitol Punishment? Capitol tu label Megadeth yang memaksa Megadeth merilis kompilasi ini hahaha... Bab troll ni, saya rasa Abang Mus adalah pelopor sebelum ada internet lagi. Sejarah beliau troll orang lain (terutama Metallica) telah dilakukan seawal tahun 1983-84, setelah beliau kena tendang atas sebab penyalahgunaan (?) alkohol dan kelakuan (?) ganas.

Wednesday, November 13, 2013

Ulasan: MEGADETH The World Needs A Hero


Unik album ini ialah kerana inilah satu-satunya album yang dianggotai oleh Al Pitrelli (gitar) dan Jimmy DeGrasso (drum). Kata Abang Mus dalam biografi dia, dia tak berapa minat dengan dua orang ni walaupun pikap cepat. Bagi je lagu apa, diorang pasti dapat pikap punya in the shortest time. Itu bagus. Tapi yang tak bagus mereka ni sentiasa mencari projek yang bagi duit. Itulah kehidupan sessionist. Di hati mereka tiada Megadeth. It was just another typical job.

Walaupun begitu, performance mereka berdua memang kelas. Solo-solo Pitrelli memang kelas pertama. Drum DeGrasso pun kelas pertama. Walaupun tuduhan tersebut dilempar kepada mereka tetapi dari segi output, mereka memberikan yang terbaik. Itu dibawa terus ke dalam video/album live Rude Awakening. Berapa kali bulu roma meremang apabila shot tunjuk kepada Pitrelli semasa gitar solo. Saya hampir meletak beliau satu level dengan Marty Friedman. Yang nyata, kalau tidak setanding, beliau adalah no 2 selepas Friedman.

Saya cadangkan untuk mereka yang mahu mengenali album ini supaya mendengar track Disconnect, 1000 Times Goodbye dan Dread and the Fugitive Mind dengan memberi perhatian khusus kepada gitar solo Pitrelli dan drum DeGrasso. Dan jangan lupa lagu sambungan kepada Hangar 18 bertajuk Return to Hangar yang dimainkan back-to-back dengan Hangar 18 semasa album live Rude Awakening dan That One Night: Live in Buenos Aires.

Jika anda membenci album ini, mungkin sekarang masanya untuk memberi lagi satu peluang untuk mendengarnya sekali lagi. Jika tidak pernah mendengarnya, apa lagi yang ditunggu. Tiada masalah mencari mp3nya tetapi ketahuilah, tiada mp3 yang boleh menggantikan the real thing, CD, kaset atau vinyl ;)

(Entry cut & paste tahun 2007 DI SINI)

Monday, July 15, 2013

Ulasan: MEGADETH Super Collider


Saya telah memberi kata dua kepada Mustaine, untuk album terbaru, Megadeth patut mengubah sedikit rentak dari kelajuan Thrash kepada melodi post-Thrash seperti album Countdown, Cryptic dan The World Needs A Hero. Seolah-olah kata dua itu dibaca oleh Abang Mus pula kerana album ini memang menurut kehendak saya. Untuk ini, saya ingin ucapkan terima kasih. Sudah-sudahlah dengan kelajuan sejak album The System Has Failed (2004) lagi.

Pada sebahagian peminat tegar (atau tak tegar), memelodikan Thrash seperti album Countdown dilihat sebagai sell-out. Tolonglah. Sell-out ialah album Load dan Reload. Risk bukan sell-out tetapi seperti tajuk album, ianya adalah risiko. Lulu adalah jauh dari risiko, ia menghampiri kebodohan. Mereka ini semua sudah salah definisi.

Super Collider dimulakan dengan lagu Kingmaker (10/10) yang begitu catchy baik dari segi melodi, rentak mahupun lirik. Ianya padat dan mantap dalam kesederhanaan laju. Intipati liriknya pun menarik - sesuai dengan sifat redneck Abang Mus dalam pemahaman politik beliau. Super Collider (9/10) lebih perlahan dan menghampiri American rock bunyinya tetapi mencabar range suara Abang Mus yang perlu menarik lebih panjang suara dan melodi beliau. Rileks tetapi bergaya pada chorus. Sangkaan kita ia adalah berkenaan dengan eksperimen Higgs Boson walhal ia adalah mengenai hubungan dua jiwa yang berbeza. Cerdik!

Burn! (9/10) dimulakan dengan bunyi gitar ganas dan solo berapi Abang Mus secara spontan yang kemudiannya dibaluti dengan rhythm henjut bahu. Chorus yang catchy juga. Built For War (8/10) adalah childish dari segi liriknya; macho memperagakan penumbuk - ada kaitan dengan karate-chop Abang Mus. Salah satu lagu yang paling laju dalam album ini. Highlight solo Abang Broder dalam lagu ni.

Off The Edge (6/10) adalah ciplak kepada semua jenis lagu note phrygian popular seperti lagu Sails of Charon (Scorpions) dan Powerslave (Iron Maiden). Juga merupakan lagu yang agak simple jika ditambah lebih riffs pasti jadi lebih menarik. Dance In The Rain (8/10), bersesuaian dengan liriknya yang agak pessimis dan apokaliptik, menawarkan rentak yang gloomy tetapi pada chorusnya memberikan harapan.

Beginning Of Sorrow (6/10) walaupun menggunakan suara latar dari artis jemputan tetapi saya rasa ianya adalah sebuah lagu filler. Agenda utama artis jemputan itu adalah sebagai pemanis tetapi tak manis pun. The Blackest Crow (7/10) dimulakan dengan bunyian muzik country dan yang paling best, Abang Mus mencuba vokal beliau dengan rentak country sebegitu. Mungkin ada yang kerut dahi tapi cuba bandingkan dengan country Hetfield, anda pasti akan lebih senang mengiktiraf keaslian vokal Abang Mus dari teranan Hetfield.

Forget To Remember (7/10) adalah cubaan Abang Mus paling melodik dalam album ini. Ianya kelihatan lebih "muda" tetapi kematangan groove dalam chorusnya memang susah hendak dicari perbandingan. Kekuatan vokal beliau adalah sesuatu yang perlu band "muda" perlu beri cabaran yang lebih. Don't Turn Your Back (6/10) ada sekadar sebuah lagu filler, end of story. Dan akhirnya cover dari Thin Lizzy, Cold Sweat (7/10), adalah pilihan bijak tidak seperti lagu These Boots dan I Ain't Superstitious.

Purata album (ambil semua markah dan bahagi 11) adalah 7.5. Ia adalah album yang mantap walaupun tidaklah membuat kita melonjak kegembiraan mendengarnya. Abang Broder pun lebih meyakinkan solo beliau tak terlampau shred tetapi memberi perhatian kepada melodi seperti gitaris-gitaris sebelumnya. Ini menempatkan Megadeth sebagai masih relevan sekarang dan memainkan 3-4 lagu dari album ini dalam siri tour mereka tidaklah membuatkan peminat mereka jadi marah.

Thursday, April 25, 2013

Monday, February 25, 2013

Kepada Abang Mus...


Abang Mus,

Saya berharap untuk album yang akan datang, ciri-ciri album Countdown to Extinction hingga the World Needs A Hero dapat disuntik semula.

Saya tak nafikan lagu-lagu thrash metal kental yang mengambil inspirasi dari Rust In Peace yang disuntik ke dalam 4 album terbaru Abang juga adalah hebat. Tapi makin lama makin sebu ideanya.

Jadi untuk mengelakkan kesebuan itu berlarutan, maka cadangan saya di perenggan pertama.

Saya rindukan suara mengada-ngada Abang dalam lagu Captive Honour. Suara romantik Abang dalam lagu A Tout Le Monde. Vokal marah manja dalam lagu Dread And The Fugitive Mind.

Juga solo melodik Marty Friedman dan Al Pitrelli sungguh best. Broderick terlampau maestro la Abang, tak melekat kat kepala bunyinya. Saya cadangkan Abang tendang dia keluar dan panggil balik Al sebab dia sebaik-baik pengganti Marty. Dia bukan buat apa sangat pun sekarang ni.

Saya tahu Abang dalam pembikinan album terbaru itu yang diberi nama Super Collider. Tapi by any chance kalau ada sesiapa yang tolong translate entry kepada Abang, saya rasa masih tak terlambat untuk Abang buat semula album itu dengan suntikan dari album-album di perenggan pertama entry ini. Belum terlembut Bang! Belum!

- adik Mus


Sunday, April 24, 2011

Bakal muncul: Peace Sells... But Who's Buying? 25th Anniversary

Disc 1 (original album, remastered)

01. Wake Up Dead
02. The Conjuring
03. Peace Sells
04. Devil's Island
05. Good Mourning / Black Friday
06. Bad Omen
07. I Ain't Superstitious
08. My Last Words

Disc 2 (previously unreleased 1987 concert)

01. Wake Up Dead
02. The Conjuring
03. Bad Omen
04. Rattlehead
05. Killing Is My Business... And Business Is Good
06. Looking Down The Cross
07. My Last Words
08. Peace Sells
09. These Boots Were Made For Walkin'
10. Devil's Island
11. Mechanix
12. Last Rites / Loved To Deth
13. Good Mourning / Black Friday

Deluxe 5Disc+3LP Box Set
* Two 8x10 photos / two 8 ½ x 11 reproduced vintage concert flyers / one reproduced vintage ticket stub / 20-page book with liner notes by Dave Mustaine and Lars Ulrich

Disc 1 (original album, remastered - tracklist above)

Disc 2 (Dave Mustaine mixes & masters for 2004 album reissue - tracklist above)

Disc 3 (Randy Burns mixes, remastered)

01. Wake Up Dead [previously released as bonus track on '04 reissue]
02. The Conjuring [previously released as bonus track on '04 reissue]
03. Peace Sells [previously released as bonus track on '04 reissue]
04. Devil's Island [previously unreleased]
05. Good Mourning / Black Friday [previously released as bonus track on '04 reissue]
06. Bad Omen [previously unreleased]
07. I Ain't Superstitious [previously unreleased]
08. My Last Words [previously unreleased]

Disc 4 (previously unreleased 1987 concert – track listing above)

Disc 5 (hi-res audio: original album + previously unreleased 1987 concert - tracklists above)

LP 1 (original album, remastered – track listing above)

LPs 2 & 3 (previously unreleased 1987 concert – track listing above)

------------
Amik kau! Rilis 21 Julai 2011.

Yang paling best, penulis linear notes ialah Abang Mus dan LARS ULRICH! Hahaha... mungkin umur dan kematangan AKHIRNYA telah menyeru mereka berdua (mungkin Abang Mus je kot). Apakah kata-kata kipas yang akan dikeluarkan oleh Lars? Dan adakah Abang Mus akan tembak sedas dua kat Lars?

Tak mungkin aku beli. Zaman beli barangan mahal sudah berakhir bagiku huhuhu...

Thursday, October 28, 2010

Dave Mustaine (MEGADETH) berlakon filem!!!



Ikut kata Abang Mus(taine), memang dia nak berlakon:

College Gentleman: You've gotten back together with your original running partner in MEGADETH, David Ellefson, you've reunited with the other three bands who had more influence on American metal than almost any other bands, and you we're number one on the New York Times bestseller list with "Mustaine: A Heavy Metal Memoir". Simply put, what's left?

Dave: A movie… I wouldn't want it to be a documentary or anything like that, but I'd love to do a movie. It would have to be after I'm all done with MEGADETH because once you cross over into the mainstream, there is no way little old MEGADETH would be able to compete with that kind of monster. But I'd want to do it when the time was perfect. SUMBER
Agak-agak untuk talent scouts tengok muka Abang Mus ni, watak apa yang diorang nampak? Hero? Pengganas? Monster? Atau... romance?

Aku nampak gaya dia boleh jalan cerita sedih - mamat koboi yang kehilangan arah dan ada penyakit kanser tiba-tiba dapat sedikit pengharapan dari seorang remaja Metal peminat IRON MAIDEN.

Pengarah? Sofia Coppola dengan teknik filem ala Lost In Translation.

Eh sori... mungkin lagi bagus berlakon bawah Tim Burton?

Sape dah beli buku ni sila ulas!

Tuesday, October 26, 2010

Kerry King (SLAYER) berkongsi pentas bersama MEGADETH

Ceritanya macam ni.

Dulu masa mula-mula MEGADETH bermula, mereka tiada gitaris, maka Kerry King menjadi gitaris untuk MEGADETH. Jangka masa beliau bersama dengan MEGADETH ialah 5 kali persembahan live. Selepas itu, Kerry King keluar atas alasan - terlampau banyak masa digunakan kerana beliau masih bersama dengan SLAYER.

Jadi. baru-baru ini Kerry King sekali lagi naik atas pentas bersama MEGADETH, selepas 26 tahun (21/10/2010)!

Sudah tentu ia menjadi sesuatu yang happening! Terutama kepada peminat kedua-dua band tersebut.

Komen Ellefson (bassist MEGADETH): "Some may not know that Kerry was the first guitar player to ever play live with us on our maiden voyage shows in San Francisco back in early 1984. True to form, Kerry proved his god-like metal status and nailed it last [Thursday] night in front of a packed house of thrashers at the Gibson Amphitheater! It was powerful for us all to be 'thrashing 'till MEGADETH' again on an early classic song after all these years."

Dan komen Kerry King sendiri: "I did it because I admired Mustaine — I'd seen him play with METALLICA. He'd be up there drunk off his ass, just ripping, not even looking at his fingers. Me and Jeff didn't know how to do that yet. [laughs] When he got kicked out and was sniffing around for a guitarist, I figured I'd do it because I thought I would learn something. The other guys in SLAYER were probably unhappy, but we weren't really known back then, and the way I looked at it was that if people saw me playing in Dave's band, it'd be more publicity for SLAYER. Now you look back and you think 'supergroup,' but back then, absolutely not. I played their first five shows, and then I was like, 'Man, this is taking too much of my time.' I can't speak for Dave, but I don't think he would've been unhappy if I stuck around." SUMBER










Pada 21/10/2010 yang lepas. (Gibson Amphitheater in Universal City, California to perform MEGADETH's classic "Rattlehead")


26 tahun yang lalu

Tuesday, October 05, 2010

Ulasan: MEGADETH Endgame CD

*Hooray* kedengaran sorakan beberapa pembaca KRENMAUT kerana akhirnya, keluar juga rebiu untuk album ini.

Album terkini dari MEGADETH ini menampilkan gitaris virtuoso, Chris Broderick, yang CV penglibatan dalam muzik Metal banyak berkisar tentang kehebatan permainan gitar beliau.

Kalau tidak Abang Mus, siapa lagi yang boleh slow-talk kepada gitaris sebegini untuk sama-sama duduk dalam satu band? Mungkin ada yang nak kata, Abang Mus banyak duit tapi siapa pun tidak boleh menyangkal, Abang Mus sendiri adalah gitaris yang hebat. Tak percaya? Ambil mana-mana lagu MEGADETH dan cuba nyanyikan SEKALI dengan main gitar!

Komplen sikit - aku tak setuju gambar Abang Mus sorang kat booklet bahagian belakang, Ini menunjukkan beliau tak menganggap MEGADETH sebagai sebuah band walaupun dia sendiri bertegas bahawa MEGADETH adalah sebuah band. Steve Harris pernah bergambar sorang-sorang ke dalam album IRON MAIDEN? Dapat poin aku?

Secara keseluruhan, album ini mengatasi album sebelumnya. Disebabkan teknikaliti Chris yang seolah-olah tiada limit, Abang Mus dengan mudah menggunakan kelebihan ini untuk menghasilkan sebuah album yang sangat teknikal, sangat tinggi tahap permainan instrumen yang diperkemaskan lagi dengan susunan lagu yang memang MEGADETH.

Ke'eksen'an Abang Mus +2, yang agak tidak kena pada tempatnya sekarang kerana bukankah Abang Mus sudah bertambah humble sekarang. Sudah boleh memeluk Lars dan Hetfield sekarang ni, hahaha... Bayangkan kalau Abang Mus masih rebel macam dulu, silap-silap kena penerajang dua-dua tu.

*Sori aku banyak merapu*

Yang sebenarnya, tiada apa yang nak diulas lagi kerana apa yang aku nak ulas telah diulas pada beberapa perenggan yang terawal.

Kalau nak ditambah kritikan mungkin boleh tambah sikit (ambil dengan perhatian - kesyokkan album ini mengatasi kritikan -ve ini). Pertama aku tak berkenan dengan drumming Shawn Drover yang agak monotonous jika dibandingkan dengan drummer yang sebelumnya. Yang kedua, produksi Andy Sneap terlampau bersih hingga menghilangkan terus bunyi hingus Abang Mus dan (ah ini mungkin aku terlebih melampau) - kesilapan satu dan dua tempat ibu jari Abang Mus tersalah petik tali gitar.

Musically, ini album adalah satu kejayaan hakiki MEGADETH.

Takziah kepada band jamming yang nak mengcover lagu-lagu dalam album ini hahaha... jangan perasan bagus sebab memang tak bagus permainan band anda. Kalau dapat 20% pun dah kira hebat. Cover lagu dari band lain la!

Wednesday, September 29, 2010

Lagu MEGADETH baru


 Lama aku tak posting tentang MEGADETH.

Album yang terbaru pun tak sempat nak mereview, sampai ada yang komplen.

Anyway, lagu terbaru MEGADETH baru je dirilis untuk didengar (streaming). Lagu ni khas untuk game GUITAR HERO: Warriors of Rock.

Seperti yang dilaporkan oleh blabbermouth:

The new MEGADETH song "Sudden Death", which serves as the finger-busting finale to the " "Guitar Hero: Warriors Of Rock" game, is available for streaming below.

In a recent interview with RollingStone.com, MEGADETH mainman Dave Mustaine stated about the song, "I'm sure some fans will think it's the greatest thing we've ever done. But other people will say it sucks. That's just the way of the world."

Mustaine told RollingStone.com the track has a "funky kind of polyrhythm to it" which will make it even more difficult for the Guitar Hero elite. "Just the sheer repetitiveness of it can blow people's minds. And, my guitar style is way different than [other MEGADETH guitarist] Chris Broderick's. Chris plays with a lot of love and I play with a lot of hate. My guitar playing is explosions, and his is more like fireworks. When you are trying to emulate the two kind of guitar styles, it's tricky. I don't care what anyone says, you've gotta be good."

"I thought it was a great idea for us," said Mustaine. "We've had experience with games in the past, and our songs have been in sports games and Grand Theft Auto, but we never really got into the Guitar Hero thing. When they talked to us about doing this, I never imagined it would be something this honorable."

"Only once in my career have I had this happen before," Mustaine said, referring to 1991's soundtrack for "Bill and Ted's Bogus Journey", to which MEGADETH contributed "Go to Hell". "We had written something and Interscope told me to make the lyrics even darker. Activision heard the track, and said, 'We want more solos on it.' And I said, OK, I can do that.'"




Jagi bagaimana? Ada bagus?

Lagu simple - dari segi pattern rhythm tetapi disulami dengan geletekan jari gitar solo oleh Broderick yang memukau.

Satu perkara yang perlu dikomen. Kalau dulu, kemungkinan kita ada peluang untuk meng-cover lagu-lagu MEGADETH tetapi nampak gaya sekarang, menjadi sukar.

Semuanya gara-gara oleh gitar solo Broderick yang hanya gitar hero je boleh tiru.

Walaupun Marty Friedman pun ada gitar hero tetapi solo beliau di dalam MEGADETH masih boleh dikategorikan sebagai logik.

Broderick - hampir mustahil bagi gitaris yang tak sampai level gitar hero.

Tuesday, January 13, 2009

MEGADETH Megabox Single Collections CD (Japan)


Lama dah perhati boxset ni kat eBay. Tapi masa tu tak berduit. Tiba-tiba satu hari tu, berduit pulak. Apa lagi, bid sampai maksimum yang ada kat Paypal huhuhu... Nasib baik ending bid tak berapa tinggi.

Boxset ni special dalam banyak hal. Salah satunya, ia hanya dirilis di Jepun. Kat negara lain takde rilis. Collectors pasti tau nilai rilisan 'rare' dari Jepun ni. Especially yang limited edition.


Dalam boxset ni ada alat tulis Megadeth hehehe... Kenapa alat tulis, aku pun tak tahu. Adakah kerana peminat di Jepun kebanyakannya pelajar sekolah/universiti? Diberi pensel mekanikal, pemadam (yang hitam tu) dan pembaris segitiga. Aku try tulis pakai mekanikal pensel tu. Yes it works! Tapi sorry la nak pakai (anak aku dah mintak nak pakai masa aku bukak pakej ni depan dia). Sorry bud, next time I'll buy one from BigW.


Then, booklet yang setebal 52 m/s. Dalam rilisan Jepun ni, kadang-kadang kita harap dapat baca Jepun sebab biasanya ia ditulis dalam bahasa Jepun. Dalam booklet ni sendiri, lebih separuh ditulis dalam Jepun. Lirik ditulis both English dan Jepun. Lepas tu ada additional liner notes untuk setiap lagu; malangnya ditulis dalam Jepun je... huhuhu...

Kalau pikir dari segi memperkenalkan Megadeth kepada new fans, memang bagus la. Very detail (dari pemerhatian aku) tulisan Jepun tu menulis. Even sejarah Megadeth pun ada dalam booklet tu. Kronologikal pulak tu!


Gambar tak berapa menarik. Gambar band yang biasa je.


Lirik yang ditranslate. Amacam? Terjemah lirik ni dalam Bahasa Melayu.


Next, sticker band members. Takdenya nak tampal weh!


Now the real content. Actually, aku tak kejar CD singles ni sangat. Freebies tu yang penting. Sebabnya, banyak CD singles yang aku dah ada pun. Beza cuma probably tracklisting yang berbeza.

Yang aku perhati, walaupun diberi 5 CD, yang sebenarnya setiap CD singles tu cover 2 singles. Contoh gambar atas tu, Wake Up Dead singles dan Mary Jane singles 2 in 1. Untungnya, setakat yang aku tau, singles dua ni tak pernah dirilis dalam bentuk CD. Yang ada probably 7" dan 12" record je. So kira rare jugak la ni. Only rilis in Japan dan dalam Megabox ni je!

Disk one:

1. Wake Up Dead
2. Good Mourning/Black Friday (live)
3. Devil's Island (live)
4. Mary Jane
5. Hook in Mouth
6. My Last Words

(Live tracks were recorded for the Tommy Vance Show on Radio One in London, in 1986)



Disc 2 pulak consist of tracks dari single Anarchy in the UK dan No More Mr. Nice Guy. Anarchy in the UK ni pun tak pernah rilis dalam bentuk CD kat mana-mana. Lagu Liar (Penipu) tu best. Dia kutuk bekas gitaris dulu yang dituduh banyak mencuri harta band hehehe...

Disk two:

1. No More Mr. Nice Guy
2. Anarchy in the UK
3. Liar
4. 502


Disc ketiga menampilkan singles dari album tersohor mereka, Rust In Peace. Artwork menarik ada macam nak lawan Eddie (IRON MAIDEN). Unfortunately, lepas-lepas ni dah takde sangat gambar Rattlehead ni.

Disk three:

1. Holy Wars... The Punishment Due
2. Lucretia
3. Interview with Dave Mustaine [BACA TRANSKRIP KAT SINI]
4. Hanger 18 (AOR Edit)
5. Hanger 18
6. The Conjuring (live)
7. Hook in Mouth (live)

(Live tracks were recorded at the Wembley Arena, London, October 14, 1990)


Disc 4 pula menampilkan singles dari album Countdown To Extinction iaitu Sweating Bullet dan Foreclosure of a Dream. Sweating Bullet ada diulas DI SINI.

Disk four:

1. Symphony of Destruction
2. Peace Sells (live)
3. In My Darkest Hour (live)
4. Foreclosure of a Dream
5. Symphony of Destruction (Gristle Mix)
6. Holy Wars... The Punishment Due (General Schwarzkopf Mix)

(Live tracks were recorded at the Cow Palace, San Francisco, December 4, 1992)


CD terakhir jumpa menampilkan singles dari album Countdown To Extinction. Maklumlah, album paling laku, so promote lebih sikit. Pakej istimewa Skin O' My Teeth ada diulas DI SINI.

Disk five:

1. Skin O'My Teeth
2. Lucretia (live)
3. Skin O'My Teeth (live)
4. Sweating Bullets
5. Sweating Bullets (live)
6. Ashes in Your Mouth (live)
7. Countdown to Extinction (live)

(Live track 2 was recorded at the Music Theatre, Alpine Valley, Wisconsin, May 23, 1992)
(Live tracks 3, 5-7 were recorded at from the Cow Palace, San Francisco, December 4, 1992)

Untuk keseluruhan list CD singles MEGADETH yang aku ada/sedang cari, sila layari DI SINI.

Saturday, October 18, 2008

MEGADETH Trust CD single

Antara lagu komersil Megadeth yang gua minat, Trust dari album Cryptic Writings. Yang ni versi Holland pressed. Ada satu lagi versi dari US dan gua masih mencarinya. Kalau lu ada terjumpa kat garage sale mana-mana, silalah belikan untuk gua. Versi US tu ada dua lagu je. Yang ni ada 4.

Trivia dari Realm of Megadeth:
The song is about a painful relationship that Dave had:

"I could tell you a lot about it, but no matter how I justify it, it's not going to come across as painful as it was. Many times, I've had beautiful relationships destroyed by being led astray. I'm not going to say I am perfect or without blame, but I think singing about it is maybe a healing process going back into my life." (Mustaine, 1997).

"Well, you know it's in my contract [laughing] that one song on each Megadeth record has to start off with drums." (Menza, 1997)

"Weird song, but it was our first #1 song at US rock radio. The 'classical' middle section was part of a song called 'Absolution' that I had written for Countdown... We demoed 'Absolution' for Countdown... and again for Youthanasia but it didn't get used until 'Trust'. For some reason we always remembered the piece and kept coming back to it. My lead solo was one that Dann Huff and I loved, but Mustaine didn't like much. We had long discussions about it and finally we kept it." (Friedman, 2002)

The orchestral interlude in the song is done by the string section of the Nashville Symphony Orchestra.

This song was nominated for a "Best Metal Performance" Grammy in 1997, but lost to Tool's Aenima.

"Trust" was also released in a Spanish version, with Dave singing parts of verses and choruses in Spanish.
Ceh... kalah dengan Tool pulak dah. Best ke Tool (gua tak pernah dengar pun)?

Sementara lagu A Secret Place pun not bad. Feel dan vibe sama macam lagu Trust jugak.

CD Trust (Holland)
1. Trust
2. A Secret Place
3. Tornado of Souls (live)
4. A Tout Le Monde (live)


MEGADETH Trust


MEGADETH A Secret Place

Untuk koleksi MEGADETH singles gua, kat SINI.

Friday, October 10, 2008

MEGADETH Baby Face CD promo



Antara koleksi pelik. Macam manusia juga, ada perangai pelik-pelik (refer kat penulis blog ini).

Ni bukan official release yang dijual kat kedai. Ia dirilis oleh syarikat rakaman untuk dihantar ke radio station je. Legally, tak leh jual tapi biasa la. Promo macam ni memang collector dok cari. Dan martabat/makam promo ni tinggi sebab tak jual. Tapi yang ni lagi spesel sikit:
The Baby Head Promo (or Baby Face Promo) was a promotional album that was given by Capitol Records to Mike Graben (Ratlhead), webmaster of the once biggest Megadeth fan site. Mike Graben had a contest where people could win these CDs. - source.
Casing baby face tu buat dari plastik-PVC. Bukan dari kertas. Ada selit kat situ boleh masuk keluar CD.

Baby Head Promo 1994

1. Black Curtains
2. Crown of Worms
3. Train of Consequences

Untuk koleksi MEGADETH singles gua, kat SINI.

Wednesday, October 08, 2008

MEGADETH Cryptic Sounds CD

Dari wikipedia,
Cryptic Sounds is an instrumental EP Megadeth released in 1998 in Japan and Argentina only, and in Korea as a bonus CD of Cryptic Writings, highlighting 5 selections from their seventh studio album, Cryptic Writings.

Vocal tracks on the songs are replaced with guitar melodies, while "She-Wolf" was completely reworked, with the first half of the song performed in a Spanish acoustic style.

Track listing

1. "Almost Honest" – 4:14
2. "Vortex" – 3:21
3. "Trust" – 5:30
4. "A Secret Place" – 5:29
5. "She-Wolf" – 3:07

Personnel

* Dave Mustaine - guitar
* Marty Friedman - guitar
* David Ellefson - bass guitar
* Nick Menza - drums
Gua tak pasti samada Abang Mus monitor rekoding ni. Kalau tukar Megadeth jadi Marty Friedman punya EP pun no worries. Basically, macam solo EP Marty Friedman je.

Seperti kata wikipedia, highlightnya ialah semua lagu takde vokal dan diganti dengan melodi gitar. Hmmm... takde info pun melodi gitar sape, Abang Mus ke Friedman. Tapi ikut pendengaran macam bunyi gitar Friedman. She-Wolf tu memang habis tukar, spanish gitar jadinya. Terkejut gua mendengarnya.

Best rekoding camnih. Versi alternatif.

Koleksi MEGADETH singles gua.

Monday, August 18, 2008

MEGADETH A Tout Le Monde CD single (Holland)



Dari wikipedia,
Kimveer Gill, the man behind the Dawson College shooting in September 2006 was a fan of the band and in his blog on VampireFreaks.com on the day of the attack, he had mentioned the song. This led Megadeth to be blamed for the shooting. In a performance in Montreal on September 27, shortly after the attack, Dave Mustaine said to the crowd:

The guy who went to Dawson College and shot everyone, it's terrible. Aside from the fact that what he did was wrong, we have a relationship with Montreal, and that really pissed us off.

Before the concert in an interview for CBC News Mustaine said:

I was so angry that this guy would use my song, and that he would try and turn that beautiful song into something ugly and nasty. It's for those who lost their lives, and it's a gift to those who are in the process of healing (...) and Gill was "not worthy of being a Megadeth fan.
Ada sejarah lagu ni. Selain merupakan lagu paling best yang pernah Abang Mus cipta (dia sendiri akui), ada orang bunuh diri pasal lagu ni. MTV pun siap banned ini lagu sebab dituduh lagu pro-bunuh diri. Of course Abang Mus membantah. Katanya,

It's not a suicide song. What it is, it's, you, it's when people have a loved one that dies and they end on a bad note, you know, they wish that they could say something to them. So this is an opportunity for the deceased to say something before they go. And it was my impression of what I would like to say to people, if I had say, 3 seconds to do so in life before I died I'd say to the entire world, to all my friends, I love you all, and now I must go. These are the last words I'll ever speak, and they'll set me free. I don't need to say I'm sorry, I don't have to say I'm going to miss you, or I'll wait for ya. You know, I'll just say I loved you all, good, bad and different, I loved you all.
Apapun, lagu A Tout Le Monde ni memang best. Sangat best sampai Abang Mus re-rekod ini lagu untuk album United Abominations dengan vokalis undangan Cristina Scabbia dari band Lacuna Coil. Pada pandangan aku la, solo gitar dalam versi rerekod oleh Glen Drover lagi best dari Marty Friedman. Oh ye, single ni rilis sempena album Youthanasia.

1. A Tout Le Monde - Apa nak dikata? Antara lagu paling best Megadeth, setaraf dengan kultusnya lagu Holy Wars, Hangar 18, In My Darkest Hour etc. Bezanya lagu ni bertaraf hampir balada. Melodik dan sedap didengar sampai meleleh taik telinga. 5/5

2. Symphony of Destruction (demo) - Memang demo habis bunyinya. Aku rasa Abang Mus nyanyi pun sekadar nak test lirik je kot. Sumbangsih habis suaranya... Ke overdose? Masa ni Abang Mus masih lagi terikat dengan drug addiction so paham-paham je la. 3/5

3. Architecture of Aggression (demo) - unreleased track? Tertulis dalam CD tapi actually lagu rilis dalam album sebelumnya, Countdown to Extinction. Lagu ni agak best. Dia punya riff gitar henjut bahu best. Tapi Abang Mus ni memang tabik hormat la. Tangan dia macam ada otak sendiri. Nak pikir lari-lari fret lagi lepas tu nak nyanyi lagi. Apa? James Hetfield... poodah chit! Mana boleh celen Abang Mus! 5/5

4. New World Order (demo) - Lagu ni pun best. Dari tajuknya macam politikal. Sesuai la jugak kot cuma nak bayangkan Abang Mus masa ni junkie lepas tu nak kedepan dengan politik, tak tau la. Main konsert je la Abang Mus oi... tapi sekarang dah sober dah. OK la tu. 4/5



versi original


versi baru


versi baru ni dilajukan sikit. Maybe upped 10-20 BPM kot. Bandingkan solo gitar tu. Aku vote for versi baru. Lebih mendayu pada aku.

Tuesday, July 22, 2008

MEGADETH Skin O My Teeth boxset + boardgame


"Skin o' My Teeth" is the third single from Megadeth's multi-platinum album Countdown to Extinction. The song, written by Dave Mustaine deals with the theme of suicide and the failure of reaching that goal. Mustaine once said that "This song is about how many times I've tried to kill myself but just couldn't get the fuckin' job done."

It's one of the fastest songs of the album, with a pace of 196 bpm. - wikipedia

Ni EP spesel sikit. Ada 4 versi kesemuanya. Dua CD singles, satu 7" dan satu 12". Ianya datang sekali dengan boxset untuk simpan semua tu. Bestest, ada boardgame sekali dalam tu. Aku beli from eBay ada sorang seller tu jual boxset ni tapi tanpa 7". So aku kena tunggun somebody untuk letak 7" ni for sale. Aku rasa lepas sebulan baru ada sorang letak 7" ni for auction. Tanpa membuang masa (tapi buang duit), aku pun bid sampai menang.

Each of the CDs, 7" dan 12" tu datang dengan materials untuk melengkapkan boardgame Megadeth ni. So kalau ada 1 CD je, tak cukup le nak main.


1. CD Skin O'My Teeth (UK) [with Megadeth Game Spin Disc]

Game spin disc

1. Skin O'My Teeth
2. Lucretia (live)
3. Skin O'My Teeth (live)


2. Skin O'My Teeth (UK) [with Megadeth Game Pass Disc]


Cun dia punya picture disc.

Game spin disc

1. Skin O'My Teeth
2. Holy Wars... The Punishment Due (General Schwarzkopf Mix)
3. High Speed Dirt (live)


3. 10" Skin O'My Teeth (UK) [with Megadeth Game Pieces]

Ni dia punya rules of game. KENA BACA. Best! Click for bigger image.

Ni dia punya pass. Kena gunting la kalau nak main. Sayang wooo nak gunting hehehe...

The other side of the passes.

1. Skin O'My Teeth
2. Holy Wars... The Punishment Due (General Schwarzkopf Mix)
3. High Speed Dirt (live)
4. Mustaine Remarks on Megadeth Game


4. 7" Skin O'My Teeth (UK) [with Megadeth Game Board]

Ni dia punya board. Macam Monopoly punya board game tapi ada benda-benda sikit adjust.

The other side of the board jadi poster. Kalau tak suka main, boleh tampal terus kat dinding.

1. Skin O'My Teeth
2. Holy Wars... The Punishment Due (General Schwarzkopf Mix)


Ni some quotes yang aku tarik dari The Realms of Death. Hehehe... tengok Abang Mus punya statement. Kejap gitu kejap gini...
"MTV flipped when they saw the lyrics to 'Skin O'My Teeth' because they thought I was promoting committing suicide. It has taken us a long enough time to get our relationship politically correct with MTV. So I don't want to go out and film a video about a song that they are going to look at and say, 'You're nuts.' and if they say, 'Hey Dave, we're going to play your song, as radical as it is, but you have to go on there and say the song is not about suicide,' I'll say it. 'Hey, this song is not about suicide'." (Mustaine, 1992)

"This is a song about how many times I tried to kill myself and just couldn't get the fucking job done. This is 'Skin O'My Teeth!'" (Mustaine, in concert, 1992)

"That's about people who want to end it and just can't get it together. You know, they cut their wrist; it's just not deep enough. Or they decide to get hit by a car and it just breaks their leg or something." (Mustaine, 1992)

"This song in no way condones suicide. Life sucks that's why people get fat and lazy; this is Skin O' My Teeth." (Mustaine, 1992)

You've got to love those contradictory explanations.

"This was a fun video to make. We played live at this raging little club in Chicago called the Metro. The video crew were a bunch of maniacs running around the stage like little rodents. It was hard not to laugh as these crazy guys kept getting in our way." (Friedman, 2002)
Secara peribodi, gua memang minat habis lagu Skin ni. Siap cari chording gitar lagi. Dapat lak tu (macam betul je chordingnya hehehe). Lagunya agak rockish tapi di'speed'kan Abang Mus style.