Aku pun pernah jadi pelajar antarabangsa sewaktu di Australia dulu.
Memang semangat nak mengenalkan negara sendiri kepada orang lain. Walaupun negara kita (bukan Malaysia, mungkin negara lain) tak aman, huru hara, ekonomi tak berapa bagus dan kadang-kadang kita ni punyalah pro-pembangkang tapi kita tetap nak promote negara kita.
Aku tak boleh bayangkan - kita kutuk negara sendiri kat kawan-kawan kita dari luar yang nak kenal negara kita.
Begitulah situasinya di tapak pesta konvo. Foreign students ni semangat nak cerita pasal negara masing-masing. Sungguh-sungguh. Aku tengok mereka berpeluh-peluh, penat tapi masih mampu tersenyum dan menjawab segala persoalan kita.
Di UTP, populasi pelajar antarabangsa boleh dikatakan tinggi juga. Di negara-negara yang mana PETRONAS ada buat bisnes, pelajar tempatan akan diambil dan dibiayai untuk belajar di UTP. Ini merupakan salah satu dari khidmat masyarakat yang dibuat oleh PETRONAS kepada penduduk negara tersebut.
Itu sebab PETRONAS banyak menang tender di negara tersebut.
Habis belajar pelajar ini akan kembali ke tanahair masing-masing bergelar jurutera dan berkhidmat pada negara mereka sendiri.
Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.
Booth Cambodia (Kampuchea)
Vietnam
Cambodia
Alatan muzik tradisional Cambodia (tak ingat nama). Student Cambodia ada lebih kurang 20 orang di UTP.
Thailand
Pakistan. Antara populasi pelajar antarabangsa terbesar di UTP. Kebanyakannya, pelajar Master + PhD.
Uzbekistan. Mempromosi alatan muzik (tak ingat nama) tapi tak bertali hahaha... Dia promosi je tapi tak reti main.
Yemen. Rilek je ada sofa. Mungkin budaya padang pasir.
Ethiopia. Pelajar gembira je walaupun diketahui negara ini selalu diserang kemarau yang membunuh ribuan penduduk.
Ada ruang kosong nanti kita melancong ke sana!
Demonstrasi tarian tempatan Mozambique. Gelek!
Pelajar Mesir dengan pakaian ala Firaun? Ke memang diorang punya pakaian tradisional?
Sudan. Tribes kat sini ada ratusan dan semuanya ada identiti tersendiri.
Pakaian kebudayaan salah satu tribe di Sudan. Dikatakan bahawa pada tribe ini, mereka memuliakan orang yang ada banyak lembu. Lembu = tanda kekayaan. Jadi, pakaian tanduk lembu ini pun menunjukkan prestij.
South Africa. Ingat Vuvuzella? Rasa macam nak suruh diorang cuba tiup je.
Dengan students dari Afrika. Yang berjubah dan berkopiah tu student tahun akhir jabatan aku.
Cambodia atau Vietnam? Tak pasti. Macam joget lambak.
Cambodia atau Vietnam? Tarian buluh.
Sudan mungkin. Tarian dengan jubah tu.
Penari student pompuan naik stage. Jadi joget lambak pulak dah ;)
Show waktu malam dari student antarabangsa. Ni kalau tak salah dari Sudan. Comel-comel tu.
Malam masih panjang rasanya tapi anak-anak aku pun dah letih. Klimaks malam tu, Zamani le. Tapi aku memang takde keinginan pun nak tengok.
Penonton ramai. Sambutan terhadap stage show malam tu memang hebat le. Macam Sure Heboh kot?
No comments:
Post a Comment