Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label PhD. Show all posts
Showing posts with label PhD. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

PhD defence presentation at Lehigh University


Bidang akademik memang tidak boleh lari dari presentation. Terutamanya apabila anda mahu mendapatkan ijazah anda. Baik semasa ijazah sarjana muda hinggalah yang tertinggi, Ph.D. Kebiasaannya, ia dinamakan viva (sebut vaiva) dan pada sesetengah tempat yang lain, defense.

Jika anda ada darah gemuruh yang serius dan tidak mahu buat presentation semasa Ph.D anda, boleh saja melakukannya di Australia. Di sana memang tiada. Cuma anda masih perlu melakukan annual presentation di dalam fakulti. Sekurang-kurangnya, semasa viva, mereka yang hadir dan membuat keputusan tiada. Annual presentation sekadar melaporkan progress dan juga mengambil feedback dari audience anda.

Di Lehigh University, saya berpeluang untuk menghadiri sesi final defense oleh calon Ph.D di fakulti Civil Engineering. Calon tersebut telah menghabiskan masa 5 tahun untuk menyiapkan kajian beliau (tajuk boleh lihat di gambar). Yang menarik ialah beliau membuat kajian eksperimental terhadap lebih 200 sampel sebelum sampai kepada konklusi yang hendak dibuat.

External examiner beliau tidak dapat hadir tetapi masih boleh mengikuti presentation beliau secara jarak jauh menggunakan komputer dan telefon. Selain dari ahli fakulti yang duduk sekali dalam komiti perkembangan Ph.D beliau, rakan-rakan seperjuangan beliau juga hadir. Ada yang memberi semangat dan ada pula yang mahu mengikut perkembangan selain menimba ilmu, cara presentation yang betul.

Pelbagai soalan telah dilontar kepada calon ini, baik dari ahli fakulti juga dari rakan-rakan beliau. Ada yang boleh dijawab, dan ada yang tidak dapat dijawab. Calon sesekali nampak gemuruh mencari jawapan dari slide dan juga di belakang kepala beliau tetapi semuanya dapat disempurnakan. Sempurna bermaksud samada dapat dijawab atau tidak, ia dilakukan secara yang tertib.

Atas nilaian saya berdasarkan apa yang telah dipersembahkan, beliau patut diluluskan. 

Oleh kerana Ph.D saya dari Australia, maka tiada viva bagi saya. Kali terakhir thesis presentation saya ialah pada tahun 2002 di UTM, Skudai. Memang pengalaman yang menggemuruhkan. Selepas membuat presentation selama lebih kurang sejam (termasuk sesi soal jawab), saya diarahkan keluar dari bilik untuk memberi ruang komiti membuat keputusan.

Selepas itu saya dipanggil balik dan keputusan diberikan kepada saya. Alhamdulillah, diterima dengan pembetulan. Maksudnya, tesis saya diterima tetapi dengan syarat dibuat dahulu beberapa pembetulan oleh komiti yang telah bersidang.


Thursday, May 19, 2011

Dear Mr Akbar



Alhamdulillah... Selesai...

26hb kenduri kambing muahaha...

Saturday, February 19, 2011

Kedoktoran

 Examiner #1



Examiner #2

Masa diberikan untuk membuat koreksi = 3 bulan. Cargas!!!

Thursday, June 10, 2010

Derivation of the bond-slip characteristics for FRP plated steel members

Derivation of the bond–slip characteristics for FRP plated steel members 
Ibrisam Akbara, Deric John OehlersCorresponding Author Contact Information, a, E-mail The Corresponding Author and M.S. Mohamed Alia

a School of Civil, Environmental and Mining Engineering, University of Adelaide, South Australia 5005, Australia
Received 19 October 2009; 
accepted 4 March 2010. 
Available online 8 April 2010.

Abstract

In order to understand the behaviour of steel members retrofitted using adhesively bonded fibre reinforced polymer (FRP) plates, the bond–slip characteristics of the adhesive joint between the FRP and steel must first be established. This is important so that debonding does not occur whilst the members are in service. Previously, purely empirical research on establishing the bond–slip characteristics involved strain gauging the length of the FRP plate, which can lead to a major scatter of results as well as underestimating the peak shear stress. The subject of this paper is to describe a technique for quantifying the bond–slip characteristics based on a structural mechanics approach and which does not require strain gauging the plate. Two types of pull tests and a partial-interaction numerical model are used to quantify the major characteristics of the bond–slip and two types of adhesive are used to illustrate the approach.

Keywords: FRP; Steel members; Bond; Retrofitting

DOWNLOAD

Friday, March 05, 2010

Basikal tahap PhD


Tak ingat siapa dia, tapi aku ingat tamsilan* dia sampai sekarang.

Bachelor degree
Belajar tentang basikal secara keseluruhan. Apa guna seat (tempat duduk le... tahniah kerana betul jawapan), mana nak cucuk seat tu kat frame. Tayar ada berapa biji? Lampu malam nak kena letak ke tak?

Master's degree
Kaji/belajar hal mengenai tayar basikal dengan detail. Tayar je. Lain tak kira. Berapa radius tayar tu? Frame tayar nak pakai apa jenis material? Getah tayar nak lebar ke nipis?

PhD
Kaji tentang satu rim pada tayar basikal tersebut. Banyak persoalan mungkin timbul antaranya, sesuai pakai besi? aluminium? Ditanya kembali, apa buktinya? Tanya kembali, mana tau itu bagus, dah compare dengan benda lain? Tebal mana? Kenapa tak tebal sikit? Kenapa tak nipis sikit? Ringan ke? Apa berat optimum? - semata-mata kajian tentang rim yang sebatang tu je. Diulangi... SEBATANG RIM!

---tamat tamsilan kawan aku tu----


---mula tambahan moralnya-----

Orang takde iman, bila selesai PhD dan dapat PhD dia akan lihat kehebatan dia mengkaji begitu detail hingga boleh cakap luar dalam tentang hal yang dikajinya. Kata seorang alim yang aku dengar mp3nya, apa pun tak guna sebab banyak mana PhD pun dia dapat, tanpa iman, akhirnya di neraka.

Orang yang ada iman, akan lihat kebesaran Allah s.w.t. Untuk kaji benda yang SORANG PUN TAK AMBIL TAU (kaji pasal sebatang rim basikal... pehal? Bini pun tak berapa peduli, habis-habis pun boleh tanya, bila nak siap?) tapi punyalah payah! Habis masa sampai 3-4 tahun, tak tidur siang malam memikirkan hal rim yang sebatang tu, makan tak kenyang mandi tak basah... Dahsyatnya ilmu Allah s.w.t. wehhhhh. Benda kecik macam tu separuh mati mengkaji. Kajian kita tu kita JUMPA je. Tak pun ASSEMBLE. Bukan cipta. Yang cipta hanyalah Allah s.w.t.

Patut makin tawaduk dan takwa le (mengeluh mengenang diri...)

*adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.

Tuesday, February 16, 2010

Artikel jurnal pertama

Alhamdulillah...

-----------
I have now received the reviews of your paper *****. Unfortunately, in its present form it is not suitable for publication, but if you will provide a revised manuscript, I may be able to accept the work. The detailed comments of the reviewers are provided below.

Reviewer #1: This is a good paper and appropriate for publishing in the JCSR. It will be a useful paper for those who research on FRP strengthening of steel
elements.

Reviewer #2: The scope and the content of the research, fully described in paragraph 2, should be summarized in the introduction.
-----------

So actually, satu paragraph je kena repair. Dan jurnal yang dihantar ni dalam kategori jurnal kelas A.

Allah is GREAT!!!

Sunday, May 31, 2009

Bila lu nak abis study bro?

Soalan yang selalu aku terima. Ketahuilah, soalan cenggini memberi tekanan kepada aku. Tu pasal aku tak cerita aku punya study kat dalam blog. Sebab study ni banyak masalah. Especially dalam level yang aku tengah buat. Andaikata Allah s.w.t. murahkan rezeki aku, dan bagi ijazah ni pada aku, ini adalah ijazah paling tinggi dan paling last sekali dalam dunia akademik. Oleh kerana ianya the end of the line, maka ianya paling susah.

Kalau senang, ramai la orang dok buat dan hilang le nilai ijazah tersebut.

Susah ke? Memang susah. Dan banyak problem.

Aku cuba ikut cara agama bila ada masalah. Iaitu minta pertolongan dari Allah s.w.t. via doa. Maka apabila ada masalah yang berkaitan dengan study, aku doa pada Allah s.w.t. Yang bagi masalah in the first place ialah Allah s.w.t. dan yang menyelesaikan juga ialah Allah s.w.t. Kerja aku, usaha dan doa je la.

Bila timbul masalah, aku bermonolog dengan diriku sendiri. Kadang-kadang doa. Kadang-kadang menangis dalam doa. Doa sampai menangis? Itu la tatacara berdoa. Tak percaya sila rujuk dengan Ustaz yang berkaliber. Tapi aku jadikan tabiat, aku menangis dalam doa bila minta ampun dari Allah s.w.t., kuatkan iman etc dulu (bab masuk kubur dan akhirat). Dah last, baru la aku mintak bab dunia ni. Apapun doa aku yang sungguh-sungguh; minta akhirat dulu then end dengan dunia.

Tapi hari ni aku nak bagi berita gembira insyaAllah. Masalah besar aku dengan research yang aku buat ni alhamdulillah, Allah s.w.t. telah buka jalan.

Dalam agama, masalah kita cerita kat Allah s.w.t. dan berita gembira kita kena bagitau semua orang (untuk declare bantuan Allah s.w.t.). Jangan jadi terbalik, masalah satu kampung kita cerita (contoh tiba-tiba hilang duit AUD$10) tapi berita gembira kita sorang-sorang je simpan (contoh tiba-tiba jadi orang kaya ke).

Aku tau ada jalan selama ni tapi ada benda yang menghalang. Bila benda yang menghalang ni aku selesaikan, maka aku boleh terus berjalan sampai akhir jalan. Secara tamsilannya (kiasannya), benda yang menghalang ni alhamdulillah Allah s.w.t. bantu aku selesaikan.

Sekarang tinggal aku nak refine dan polish jalan tu. Yea!

So untuk menjawab soalan-soalan berkait dengan "Bila lu nak abis study bro?" ni, aku jawab insyaAllah, by the starting of 2010, aku boleh diserempakkan di sekitar bandaraya Ipoh!

Friday, July 04, 2008

PhD progress dan Rundle St. secara rawak part 1.

1. So... supervisor aku si Professor sekarang sudah pun start dia punya 3 months sabbatical leave ke Europe. Tapi seperti kata aku dulu, dia telah meninggalkan aku beberapa tasks to be completed. Currently tengah menulis Chapter 3. Kadang-kadang duduk 2 jam pun baru dapat satu perenggan. Kalau boleh tulis "PhD dalam bahasa rojak", kan best!

2. Sahabatku dari Indonesia, dok satu ofis di uni, dah pun nak balik selepas 2 tahun menyelesaikan tesis Masternya. Register dulu sama batch. Sedih gak. Dah takde la manusia sawo matang yang boleh cakap Melayu dengan aku dalam ofis. Aku suruh dia tengok-tengok offer kat UTP kot dia nak sambung PhD nanti ke. Tapi aku tak boleh la jadi supervisor sebab a. aku tak habis lagi, belum tentu huhuhu... b. dia buat area geotechnical sedangkan aku structures. Anyway, goodluck and adios my friend. Jangan lupa datang rumah aku makan nasi ayam sebelum berangkat 28 July ni.

3. Malam ni lepas Isya' aku supposedly keluar 3 hari ke Renmark dengan brothers of Wandana masjid. Lama dah tak keluar. Last sekali pun pergi ijtima' Melbourne bulan May lepas. Kena charge balik iman dan amal ni huhuhu... Tak tau apa itu "keluar 3 hari"? Nak tanya lebih lanjut, kena tanya kat orang yang boleh explain dengan baik. Gi kat sini dan sini.

4. Random photos taken masa strolling Rundle Mall beberapa hari lepas. Rundle Mall ni equivalent macam Jalan Bukit Bintang kat KL la kot. Banyak gambar ni. Kira Part 1 dulu ah.

busking... big band composition

busking... drum solo dengan backing vocals

errr... patung babi tengah korek sampah...

flowers anyone?

Rundle Street (the infamous)

klasik ditengah modenisasi

tiada orang bercouple di kerusi ini... sorry!

fresh fruits and yogurts...

salah satu lorong dari banyak lorong-lorong di Rundle St.

Have a lovely weekend dan insyaAllah aku kembali lepas 3 hari aku (Isnin depan)...

Friday, June 27, 2008

Matinya satu Ipod...

Dead... dead... dead!!!

Ke kuburan!

1. Ipodku sudah tak bernyawa. Umurnya lebih kurang setahun 3 bulan. Asalnya beli dari eBay. Beli yang refurbished. Harga separuh dari harga retail. Warranty cuma setahun. Sekali dah rosak about 6 bulan lepas. Masih dalam warranty so dia tukar brand new, tapi masih refurbished item. So nampaknya memang aku bayar untuk setahun le ni. Anyway, kalau beli baru pun warranty tetap setahun, so no worries. Cuma refurbished item ni, model lama. Yang takde video tu. Anyway...

2. CD purchase beberapa hari kebelakangan ni:


  • DEEP PURPLE Fireball Anniversary Edition CD
  • JIMI HENDRIX First Rays Of The New Rising Sun CD
  • MARILLION Misplaced Childhood (remastered)
  • MEGADETH - Skin o' my teeth - 10" box set & 2 cd single set
  • MEGADETH Holy Wars... The Punishment Due single CD
  • MEGADETH No More Mr. Nice Guy single CD
  • MEGADETH Symphony Of Destruction CD
Kalau ada kesempatan nanti aku rebiu la CD tu.

Juga, turntable ROTEL dah sampai. Problemnya, tak boleh nak dengar sebab amp takde lagi hehehe... Cuma boleh test pasang je la. Kalau letak telinga dekat dengan turntable tu boleh la dengar bunyi halus. Jadilah...

Isa @ Jesus (Englishnya...)

3. Supervisor aku start sabbatical leave for 3 months. Tapi dia dah prepare aku kerja untuk disiapkan sepanjang dia takde:

  • Siapkan Chapter 3. Berkenaan dengan bond-slip implementation to FRP-Steel flange under pure axial load. Ni sambungan dari Chapter 2 yang dah siap dulu berkenaan dengan bond-slip characteristics of FRP-steel.
  • Draft paper untuk hantar ke international journal. Since dia dah jadi full professor sekarang, dia maukan really really good international journal. Quantity bukan lagi target dia. Dulu student dia sampai produce 13 papers (journal, conference etc) sepanjang masa buat PhD tu! Aku target dapat 3 really good international papers pun dah dasat dah tu. OK, stop berangan. Kena start the first one dulu.
  • Prepare for next lab testing i.e. fatigue test. Should be interesting to apply our finding in Chapter 2 and 3 into this testing.
  • Siapkan the 3rd numerical modelling using FORTRAN. The 1st was basically what Chapter 2 is about. The 2nd was related to Chapter 3. Sekarang 3rd one probably be on Chapter 4. Chapter selapasnya berkemungkinan related to apa yang boleh dimanipulasi dengan Chapter 2-4. Juga findings yang mungkin menarik untuk dimasukkan ke dalam tesis.
Still, ada 2 co-supervisors yang akan supervise aku sepanjang boss takde. Depa ni brilliant jugak. Aku je yang lembab. Terhegeh-hegeh...
Apalah bertuahnya badan ini.... (mangsa obese)

On other note, you don't have to go to the university to earn yourself a PhD. I'm not talking about doing it part time here. But to do really good on what you do. This is the case of Jimmy Page (Led Zeppelin) yang baru dapat honorary PhD from University of Surrey (UK). Story here.

Friday, June 20, 2008

Winter post dan PhD

Update tentang PhD... Aku dah 2 tahun kat sini. Fully sponsored by my employer, sebuah universiti kat Tronoh. Bidang Civil Engineering (Structures). Masa disuruh mencari tempat untuk further, satu benda aku kena letak in mind - kena buat PhD related to the department's mission and vision. So, aku ambil keputusan untuk involve in rehabilitation and maintenance of structures.

Masa tengah mencari-cari tajuk tu, aku terserempak dengan satu advancement dalam bidang
rehabilitation and maintenance of structures ni. Remember kes MRR2? Ala... flyover yang retak tu. Bingit satu Malaysia. Siap masuk wikipedia lagi. Teknik yang depa pakai ialah grouting. Aku paham la sikit-sikit bab grouting ni tapi aku rasa kurang sesuai untuk superstructures macam MRR2 ni. Aku siasat lagi. Rupa-rupanya ada satu teknik lebih bagus nak selesai masalah ni. Iaitulah menggunakan Fibre Reinforced Polymer (FRP).

So sekarang FRP ni satu advance material la kan. Gunanya banyak. Sekarang yang tengah dok sibuk satu dunia (yang berkaitan dengan structures la) ialah macamana nak guna material ni untuk rehabilitate structures. Now, structures ada dua jenis; reinforced concrete dan steel. Untuk menyamakan research aku dengan interest department, aku pilih steel. Actually, interest department aku lebih kepada offshore structures. Disebabkan offshore structures ni banyak guna steel, maka my interest too. Even, aku boleh apply my knowledge kepada steel bridges, steel buildings dan lain-lain.
So gitulah ceritanya. Tajuk research aku berkaitan dengan steel structures dan FRP. In other words, apply FRP pada steel structures and check on the behaviours.

OK... apa progres research aku ni? So far, aku telah develop dua FORTRAN programming yang cuba tengok bond-slip behaviour (takde pulak kat wikipedia heheheh...) antara steel dan FRP. Nak guna FRP ni kena pakai structural glue kepada steel. Err... ni pendetailan tak yah la aku boringkan korang.

Ironinya, asalnya aku kata kat diriku sendiri, AKU TAK NAK BUAT PROGRAMMING! Ye la nak buat camana, programming tu dah jadi requirement. Terpaksa la aku buat jugak. I hate programming to be honest. Tapi aku perlukan that programming knowledge actually supaya nanti aku boleh buat research on my own.
Tajuk komik strip ni "Can you spot the PhD?"


Dua programming dah setel sekarang tengah siapkan the third one (probably the final one) untuk lengkapkan tesis.

I tell you what. PhD ni gila ah... pening kepalaaaaaa... tu pasal ada lawak PhD = Permanent Head Damage. Cuba korang sembang dengan PhD holder, cara depa tanya soalan ni lain macam sikit hehehe... tanda dah ada sindrom PhD.

Gua punya enrolment detail kat sini. Dr. Wu dah tak bersama kami dah. Tapi ada masuk dua supervisors baru. Instead ada 2 macam kat situ sebenarnya aku ada 3 supervisors sekarang (1 main dan 2 co). Makin banyak supervisors, makin banyak kerenah? Tak jugak, kadang-kadang depa banyak bantu. Macam kes aku.

Supervisor aku suruh aku prepare buat satu paper berkenaan dengan findings 'kami' (yes a journal paper written by few of us). Recently dia baru jadi full Professor so dia kata "this time I only want a high quality journals ONLY" huhuhu... ok la Boss, whatever you say. Janji gua dapat PhD sudah...

Lu orang dah boring eh baca... tu pasal. Lain kali aku sembang lain pasal PhD ni. Macam bagus. Padahal aku ni lembab.

Kepada mereka yang tengah buat PhD... I say, selamat hari raya (hehehe...) dan kepada yang ada cita-cita nak buat PhD, the first step is important - tajuk research - supaya sesuai dengan keperluan sendiri dan whoever you work with, jangan jadi macam kat bawah ni...