-----------
Terasa sedih bila melihatkan kualiti Bank Islam yang seolah-olah tidak mahu berubah. Tahap keselamatan Internet Bankingnya amat teruk sama sekali.
Bukti paling mudah:
1. Password policy - amat teruk sama sekali (max 6 char only (alpha numeric only). Saya sangkakan ianya sudah berubah, tapi nampaknya langsung tiada perubahan.
Jom kita cek dia punya polisi.
Quote:: |
The Bank cannot be held responsible for any breach of security in relation to password sharing. In order to help you to ensure integrity of your passwords, the Bank would advise the following: * For bankislam.biz User- id and Password, you have to select your own preferred user- id and 6 alphanumeric password. |
www.bankislam.biz/EPOn...ivacy.html
Perenggan pertama kata Bank tak bertanggungjawab kalau apa-apa berlaku.
Perenggan kedua boleh pakai cuma "6 alphanumeric password" je? Saya dah cuba tukar kepada password yang lebih panjang tetapi gagal.
Sekiranya ada staf Bank Islam terutamanya bahagian IT (khususnya bahagian keselamatan komputer ataupun web) harap-harap dapatlah melaksanakan password policy yang lebih baik. Kami tahu anda lebih baik daripada itu.
Kepada staf Bank Islam, diharapkan dapat lebih mementingkan keselamatan para pelanggan. Artikel di bawah ini adalah satu permulaan bagaimana untuk memilih kata laluan yang lebih baik.
en.wikipedia.org/wiki/...d_strength
2. Nampaknya tiada seorang pun staf Bank Islam yang meneliti polisi mereka.
Quote:: |
Browser's update * Always update your browser when new versions are released, as it is may include new security. * Check your browser for built in safety features that you may or may not use. * Recommended using Microsoft Internet Explorer, Netscape Navigator or Netscape Communicator * bankislam.biz can be viewed via: - Internet Explorer for Window 95/98/2000/NT Internet Explorer 5.0 or higher is recommended for best viewed - Netscape for Window 95/98/2000/NT Netscape 4.76 or higher |
3. Interfacenya amat mengelirukan dan menyusahkan. Cubalah bandingkan dengan bank-bank yang lain. Sangat jauh ke belakang.
Quote:: |
Customers Queries, Concerns & Complaints Customer may address any queries, concerns or complaints relating to the Bank handling of your data and information via e-mail at ibcustomercare @ bankislam.com.my or writing to us: Bank Islam Malaysia Berhad Electronic Banking Department 5th Floor, Wisma Bank Islam Jalan Dungun, Damansara Height 50490 Kuala Lumpur |
Saya cuba mengutamakan Bank Islam dari segala segi, cuba untuk menyokong perbankan Islam tapi nampaknya berdasarkan perkhidmatan yang amat teruk, saya terpaksa berubah ke Bank lain.
Apa pendapat anda?
12 comments:
blom kena hack lg ni.tunggu la skit hari lagi.bila dh kena.
BIMB Ipoh lama dulu dah rasanye dekat 10 tahun kot..ade ke Rm 60,000.00 orang lain punya boleh termasuk ke dalam akaun aku..bila diberitahu..staff nye terkejut beruk..katanye patut la aritu ada sorang Pak Cik tanya tentang cek yang dibankin kan ngape tak clear lagik..lawak ngarut betoi depa..
semua bank TAK selamat
salam..
mungkin dah lambat utk aku sharekan masalah aku dengan BIMB internet banking. tapi mana tau kot2 ada orang terbaca dan boleh jadi pengajaran.
tahun 2005, aku punya sebulan gaji licin kena sapu dek berayok mana ntah. dan nak cerita tentang kelemahan BIMB internet banking (mungkin pada waktu itu), tak perlu apa2 transaction authorization code (TAC) utk si anu tu gunakan gaji aku. tapi dia takde la transfer ke 3rd party account, bodo sangat dia kalau buat gitu. so, dia beli topup sampai beribu2.. sebab topup prepaid through BIMB internet banking senang sangat. beli topup, then kod terus appear dlm interface. so, mamat (or maybe minah) tu just salin je. setiap topup RM100, banyak wooo dia topup.. ntah apa la dia nak buat. masa tu mungkin undi AF kot.
so, report polis, polis sampai pening pasal internet banking. ye la, diorg bukan advance sangat. aku cerita pasal login pun satu2 dia nak nyalin report. kes sampai ke HQ BIMB, polis bukit aman..
alaa.. panjang2 sampai mana pun, kalau setakat insan biasa mcm aku ni, terhenti la lepas 3-4 minggu aku report. BIMB ntah kemana, kata nak contact balik la, nak bayar balik laaaa.. haraaammm jadahh..
moralnya: jadi la artis mcm siti nurhaliza.. seripoh aini buat surat layang, senang je polis setelkannnn.. huhu
devourment of souls,
sadis dan kejam pengalamanmu itu.
100 tahun dah cuba nak activate internet banking utk account company aku... tak boleh-boleh? gila betoi.
erk. komen2 d atas sangat membuka mata
Viral kt fb lg cepat
Nak jadikan 1 cer lah kan.. Nak buka akaun bank islam...kata pegawai bank tue encik tak boleh buka akaun dalam bank islam... Saya dah kehabisan masa dalam 3 jam di ruangan menungu... Masih mampu bersabar... Masa terus berlalu... Tak lama bila gilakan kita di panggil datang lah ke kaunter untuk membuka akaun tersebut.. Dah selesai isi orang bank tue kata lah.. Encik tak boleh buka akaun bank islam..saya pelik apabila dikata macam tue.. Staff bank kata encik ada masalah dekat bank negara... Bila tanya bank negara siap slip bagai semua bawa lah Penyata bank tersebut ke bank islam... Lalu tak ade sebarang masalah nk buka akaun bank islam.. Sedangakn tak pernah ada masalah pun nk buka akaun tersebut... Tanpa membuang masa pun balik lah jumpa pegawai bank tersebut... Boleh pulak salahkan HQ... Adui. .. Ape kew semua nie...harpan ku lebur sangat...
Bank islam gah dengan nama nya....tapi tahap perkhidmatan nye jauh ketinggalan....kualiti servis dan security pun rendah....internet banking selalu offline....lepas tu plak web mcm xde security.....lepas refresh pun masih x log out.....bank islam perlu trnasformasi...... lebih baik tutu p shj bamk jika x boleh nak perbaiki kualiti perkhidmatan..... kerana nama islam itu adalah y paling terbaik....x sesuai pada kualiti dan standard servis nya.
Bank Islam tolongla nak bayar gaji orang macam mana nie. First time kena Bank Islam offline erm sedihhhhh
Saya pergi cawangan bank nak tukar nombor telepon id .tapi tak dapat tukar .ada ke patut diaorg suruh tukar kp/ic pulak meyusah kan org laa .nk buat lain disuruh lain pulak ..debet
Post a Comment