BATHORY adalah sebuah band yang diasaskan oleh Quorthon pada tahun 1983. Reputasi BATHORY di dalam arena muzik Black Metal bolehlah dikatakan sama tarafnya dengan band VENOM.
Rilisan pertama BATHORY dengan nama yang sama pada tahun 1984, mendapat sambutan yang hangat dari peminat muzik Metal ketika itu walaupun rilisannya bersifat minimal dengan produksi yang kuno. BATHORY seolah-olah menaikkan satu tapak ke hadapan dengan terma Black Metal yang dipopularkan oleh VENOM pada tahun 1982.
Walaupun dikatakan sebagai peniru VENOM, Quorthon menyatakan bahawa beliau hanya mendengar album VENOM selepas rilisnya album pertama BATHORY.
Jalur muzik Black Metal dalam BATHORY berterusan untuk tiga album seterusnya; The Return (1985), Under The Sign Of The Black Mark (1987) dan Blood, Fire, Death (1988).
Dua album pertama mempunyai acuan muzik yang sama. Pada album ke-3 dan ke-4, berlaku perubahan yang signifikan dari segi bunyian yang epik dan melodi yang relatifnya lebih bermelodi. Secara keseluruhan, gaya persembahan untuk album Under The Sign Of The Black Mark (1987) dan Blood, Fire, Death (1988) menunjukkan kemajuan dari segi teknikal dalam musicianship juga produksi.
Empat album yang pertama ini telah menjadi dasar kebanyakan band Black Metal hari ini, baik dari segi muzik mahupun lirik.
Album berikutnya, Hammerheart (1990) dan Twilight Of The Gods (1991) membuka lembaran baru bagi BATHORY. Perubahan berlaku secara total. Persembahan Hammerheart bukan sahaja memberikan nafas baru kepada BATHORY malah mencorakkan persada muzik Metal global dengan unsur mitos Viking yang diserapkan di dalam konsep albumnya. Muziknya lebih epik dengan adunan instrumen akustik menjadi elemen utama dalam memberikan perasaan Viking tersebut.
Bathory (1984)
Hammerheart (1990)
Nordland II (2003)
Sementara album Twilight of The Gods menerapkan unsur klasikal secara berlebihan dan sekali lagi mencorakkan semula persembahan muzik Metal secara keseluruhannya.
Ternyata, Quorthon memilih tema Viking yang sesuai dengan jatidiri beliau yang berasal dari Sweden sebagai matlamat muzik beliau. Ini dinatijahkan dengan album yang berikutnya Blood on Ice (1996), Nordland I (2002) dan Nordland II (2003) sebelum kematian beliau pada tahun 2004 akibat sakit jantung.
(album retro Thrash BATHORY, Requiem (1994), Octagon (1995) dan Destroyer Of Worlds (2001) bolehlah diabaikan dan dianggap sebagai album transisi)
Untuk ini bolehlah dikatakan bahawa BATHORY merupakan genius muzik dalam mencorakkan persada Metal dunia. Dalam satu medium, beberapa sub-genre muzik Metal terbentuk.
Quorthon
----------
Komentari:
Sesuatu yang menarik apabila difikirkan bahawa Quorthon melihat jatidiri beliau sebagai seorang berdarah Viking dan menyadurkan sifat ini dalam muzik beliau.
Malang sekali ini jarang berlaku dalam muzik Metal tempatan apabila mereka gagal melihat potensi dalam saduran sebegini.
Jadilah kita sebagai pengikut kepada sesuatu yang asing.
Seleksi album:
Bathory (1984)
Blood, Fire, Death (1988)
Hammerheart (1990)
Twilight Of The Gods (1991)
1 comment:
terbaik
Post a Comment