Lukisan oleh Nicke Andersson (ex-Entombed)
fuh... teringat 15 tahun dahulu..
Nak kenal Tomas Skogsberg? Tu dia gambar dia kat belah kanan. Pakcik yang clueless heheh...
Kebanyakan mukasurat ada tampal flyers dan cover demo.
Siapa ada simpan flyers ni?
Flyers page? Familiar?
Kat belakang buku ada listed semua band pure Death Metal dari Sweden. Maklumat ringkas je. Tapi bila tengok rasa nak dengar semua band yang tak pernah dengar.
Belakang buku.
Awal pusat Death Metal berada di Florida, USA yang ketika itu sudah terkenal dengan Morbid Angel, Death, Deicide dan Massacre. Ini tidak menghairankan kerana untuk beberapa lama, US sememangnya menjadi pusat bermulanya trend sesuatu muzik.
Tetapi Sweden? Bagaimana negara Scandinavia yang kecil ini boleh juga menjadi pusat muzik Death Metal dunia? Teori ini mungkin boleh digunapakai.
Sweden adalah sebuah negara yang kaya. Sesiapa yang ingin menubuhkan sebuah band, akan dapat melakukannya dengan hamper lengkap. Peralatan muzik dan bilik praktis hampir kesemuanya boleh disediakan oleh mana-mana Majlis Bandaran di Sweden. Bahkan di sesetengah tempat, band akan dibayar jika terlibat dengan aktiviti kesatuan muzik atau mahu merakamkan lagu-lagu mereka di dalam studio.
Dan Sweden sendiri adalah sebuah negara yang agak membosankan. Bandarnya tidaklah sebesar mana. Remaja yang tidak ada apa yang nak dibuat akan terlibat dengan dua benda – sukan ataupun muzik. Oleh sebab itu, band wujud di mana-mana. Disebabkan populasi yang kecil contohnya Gothenburg, bandaraya kedua terbesar di Sweden mempunyai penduduk ½ juta dan bandar-bandar biasa, 25,000; maka Sweden menjadi sebuah negara yang per kapita mempunyai nisbah band:penduduk yang tinggi.
--- tamat rumusan introduksi kepada buku ---
Ini boleh dijadikan alasan kenapa scene Malaysia tidak seperti atau tidak mungkin akan menyamai Sweden. Abang Devourment of Soul kena memiliki buku ini.
5 comments:
saya masih ada flyer tu, EUCHARIST!! hehe..
memang nak beli sangat tapi buku knowledge management saya beli 5 tahun lepas tak khatam sampai sekarang..
aku slalu heran, sweden tu negara kecik tapi ada brand ikea, kereta volvo, jet fighter design sendiri, ada roxette, ada abba, maiden sold out gothernburg stadium berapa minit je.
perdana menteri boleh jalan2 sorang2 tengok wayang lepas tu kena bunuh kat tepi jalan.
semacam punya negara.
berapa harga buku 2 dr ben..
DoS & Metal Sangap,
harga boleh goggle bazzilion points book.
---------
deaf,
ha ah... ada something mengenai Sweden ni. Macam nak kena pergi je heheh...
apa lagi bro...sambung PHD (lagi?) kat sweden...sambil menyelam minum air...
Post a Comment