Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, July 29, 2013

Ulasan: THE PILGRIMS The Wise Fisherman (1998)


THE PILGRIMS tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik underground tempatan. Sejarah mereka panjang. Jika diukur dari tarikh kelahiran 1987, sudah cecah umur 26 tahun. Kalau anak perempuan, pasti tidak, sudah dapat cucu seorang. Tetapi sebenarnya, saya sendiri tidak berapa tahu latar belakang band ini sekadar mendengar kaset pertama mereka yang popular dengan "lagu rakyat" Sua Sue Kemoning itu. Album ini pun tidak saya tahu album ke berapa. Ianya dibeli di bargain bin sekali dengan CD Projekt AK.

Harapan saya, sudah tentulah tinggi. Selepas teruja dengan Projekt AK, saya berharap agar ini juga adalah permata yang hilang. Malang, tidak seperti yang diharap. Bahkan saya terkejut. Bermula dengan lagu Dream Off, gitar bunyinya sebu dengan asal bunyinya ditiru dari bunyi gitar MASSACRE "From Beyond". Mixnya juga teruk, tidak berkadaran dengan label, Pony Canyon, yang mana mereka berteduh.

Tapi saya bersabar dan terus memainkan hingga habis. Saya ulang lagi 2-3 kali. Kata orang, sesetengah album sukar untuk dihadam. Untuk menghadam album Dream Theater atau Savatage bagi telinga yang tidak biasa, mengambil masa yang lama juga. Malang sekali lagi, tidak berlaku untuk kali ini.

Album ini pada asasnya tidak konsisten. Pada sesetengah lagu, sesuatu idea yang ditarik secara tiba-tiba dari langit, direkod terus tanpa banyak olahan. Dengan lain perkataan, album ini seolah-olah semata memuatkan lagu filler. Produksinya juga, seperti yang dinyatakan tadi, sama taraf dengan demo dengan kesebuan menjadi elemen utama.

Saya terpinga-pinga dan mengambil keputusan untuk bertanya terus kepada gitarisnya yang secara kebetulan menjadi kawan facebook. Jawapan beliau, saya quote,
"Hahaha.. Ini album (1998) sgt punah ranah.. Total experimen semua genre smpei suara bob sumbang mambang pon aku lpskan. Mastering kt king cross sydney. Kami berpkat menjahamkn album ni stlh kejayaan Da Capo (1996) sgt mmbrangsangkan.. Tetiba jd roksta sbb lgu churaliya masatu. Jd kami as a Punk Rawk cba utk x ulangi kesalahan mbikin lgu hit spt dlm album Da Capo itu. N kami brjaya menurun kn jualan sbyk 60%. (padan muka pony canyon) Tp kami repair blk muzik n teknikal dlm album Achtung this is not a metal band (2000). Cba cr cd tu n bandingkn dgn hatni.. Kalo korg suka gak album ni tu mslh korglah.. Tp xsalah kalo nk dgor kan..."
Padanlah!  


7 comments:

speedrider said...

Ini baru The Wise Fisherman. Try The Wiser Fisherman!. Hehehehehehe

Shahrul Yusof said...

Keh keh keh!

Nasib baik aku tak terbeli album ni dulu masa kat Yik Foong. Mula-mula aku tengok album ni, aku ingatkan The Pilgrims ni band omputih.

PC kOKak™ said...

part-time punk

Unknown said...

we all basic only Punk Rawk so we always bare in our mind. This album is totaly disaster and we purposely doing that.. because we've been treat like hell with our label that time.. and we totaly not agreed when we becoming a roksta all of sudden. They "da label' make money on us but we only get fame.. thats da price we've to pay for our stupidity for signing wt major label. So this album we took sum amount and "goin joli' to Sydney Australia and make this album disaster. Apologise to our fan i mean thru fans not "churaliya" fans.. bcoz as for now we are stil Punk Rawker.. so wat da heck PUNK RAWK rules!

berteromber said...

nampaknya aku tertipu pasal beli cd ni...nasib tak terjebak beli The Wiser Fisherman...hahaha...

Adi Herman said...

apa2pun aku still prefer album De Capo walaupun diorang dah jadi rawk star masa tu! Hahaha zaman gua muda remaja album tu keluar beb! KLMJ

Blitzenius said...

"...took sum amount and "goin joli' to Sydney Australia and make this album disaster..." . hahaha. almost macam cerita Happy Mondays yang guna duit Tony Wilson dan joli di Barbados masa record album Yes, Please! amat menarik kalau jadi filem komedi.