THE PILGRIMS tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik underground tempatan. Sejarah mereka panjang. Jika diukur dari tarikh kelahiran 1987, sudah cecah umur 26 tahun. Kalau anak perempuan, pasti tidak, sudah dapat cucu seorang. Tetapi sebenarnya, saya sendiri tidak berapa tahu latar belakang band ini sekadar mendengar kaset pertama mereka yang popular dengan "lagu rakyat" Sua Sue Kemoning itu. Album ini pun tidak saya tahu album ke berapa. Ianya dibeli di bargain bin sekali dengan CD Projekt AK.
Harapan saya, sudah tentulah tinggi. Selepas teruja dengan Projekt AK, saya berharap agar ini juga adalah permata yang hilang. Malang, tidak seperti yang diharap. Bahkan saya terkejut. Bermula dengan lagu Dream Off, gitar bunyinya sebu dengan asal bunyinya ditiru dari bunyi gitar MASSACRE "From Beyond". Mixnya juga teruk, tidak berkadaran dengan label, Pony Canyon, yang mana mereka berteduh.
Tapi saya bersabar dan terus memainkan hingga habis. Saya ulang lagi 2-3 kali. Kata orang, sesetengah album sukar untuk dihadam. Untuk menghadam album Dream Theater atau Savatage bagi telinga yang tidak biasa, mengambil masa yang lama juga. Malang sekali lagi, tidak berlaku untuk kali ini.
Album ini pada asasnya tidak konsisten. Pada sesetengah lagu, sesuatu idea yang ditarik secara tiba-tiba dari langit, direkod terus tanpa banyak olahan. Dengan lain perkataan, album ini seolah-olah semata memuatkan lagu filler. Produksinya juga, seperti yang dinyatakan tadi, sama taraf dengan demo dengan kesebuan menjadi elemen utama.
Saya terpinga-pinga dan mengambil keputusan untuk bertanya terus kepada gitarisnya yang secara kebetulan menjadi kawan facebook. Jawapan beliau, saya quote,
"Hahaha.. Ini album (1998) sgt punah ranah.. Total experimen semua genre smpei suara bob sumbang mambang pon aku lpskan. Mastering kt king cross sydney. Kami berpkat menjahamkn album ni stlh kejayaan Da Capo (1996) sgt mmbrangsangkan.. Tetiba jd roksta sbb lgu churaliya masatu. Jd kami as a Punk Rawk cba utk x ulangi kesalahan mbikin lgu hit spt dlm album Da Capo itu. N kami brjaya menurun kn jualan sbyk 60%. (padan muka pony canyon) Tp kami repair blk muzik n teknikal dlm album Achtung this is not a metal band (2000). Cba cr cd tu n bandingkn dgn hatni.. Kalo korg suka gak album ni tu mslh korglah.. Tp xsalah kalo nk dgor kan..."Padanlah!
Ini baru The Wise Fisherman. Try The Wiser Fisherman!. Hehehehehehe
ReplyDeleteKeh keh keh!
ReplyDeleteNasib baik aku tak terbeli album ni dulu masa kat Yik Foong. Mula-mula aku tengok album ni, aku ingatkan The Pilgrims ni band omputih.
part-time punk
ReplyDeletewe all basic only Punk Rawk so we always bare in our mind. This album is totaly disaster and we purposely doing that.. because we've been treat like hell with our label that time.. and we totaly not agreed when we becoming a roksta all of sudden. They "da label' make money on us but we only get fame.. thats da price we've to pay for our stupidity for signing wt major label. So this album we took sum amount and "goin joli' to Sydney Australia and make this album disaster. Apologise to our fan i mean thru fans not "churaliya" fans.. bcoz as for now we are stil Punk Rawker.. so wat da heck PUNK RAWK rules!
ReplyDeletenampaknya aku tertipu pasal beli cd ni...nasib tak terjebak beli The Wiser Fisherman...hahaha...
ReplyDeleteapa2pun aku still prefer album De Capo walaupun diorang dah jadi rawk star masa tu! Hahaha zaman gua muda remaja album tu keluar beb! KLMJ
ReplyDelete"...took sum amount and "goin joli' to Sydney Australia and make this album disaster..." . hahaha. almost macam cerita Happy Mondays yang guna duit Tony Wilson dan joli di Barbados masa record album Yes, Please! amat menarik kalau jadi filem komedi.
ReplyDelete