Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday: Tape

You wanna die?

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday: Sarah

Due somewhere in Feb 2012

Tuesday, December 20, 2011

Buku: METALION The Slayer Mag Diaries


Tiga individu ini; Dead (Morbid/Mayhem), Euronymous (Mayhem) dan Jon Nodveidt (Dissection) mempunyai persamaan. Mereka telah meninggal dunia dan mereka adalah antara individu yang penting bagi penulis diari ini, Metalion. Namundi antara ketiga-tiga mereka ini, kematian Dead adalah paling disesali oleh beliau. Argumen beliau ialah Euronymous mati dibunuh oleh Varg (Burzum)sementara Jon membunuh diri. Walaupun Dead juga mati kerana membunuh diri,namun situasi antara Jon dengan Dead adalah berbeza. Jon membunuh diri pada umur yang matang (30an) sedangkan Dead, pada umur remaja.

Pada beliau, Dead membunuh diri dalam keadaan dia tidak memahami realiti kehidupan. Dead memang ada cita-cita besar. Sekurang-kurangnya, dia ada cita-cita untuk berkarier di dalam muzik. Oleh sebab itu Dead sanggup berhijrah dari Sweden ke Norway dalam usia yang sangat muda. Band asal Dead, Morbid nampaknya seperti tidak akan kemana sedangkan potensi bersama Mayhem adalah lebih cerah. Tetapi, kehidupan beliau di Norway sangat daif. Dead hidup di dalam bangsal usang. Makan dan minum tidak dijaga. Akibat kehidupan beliau yang melarat itu, Dead mula bercita-cita untuk mati. Memang logik. Cuba kita bayangkan, umur yang muda tetapi sudah hidup melarat sebegitu. Metalion beranggapan kalau situasi itu berlaku sekarang, sudah tentu kehidupan Dead akan dibantu sedaya upaya. Cita-cita Dead untuk mati pastinya akan dihalang. Namun, saat itu bukan sahaja Dead tidak faham akan realiti kehidupan, bahkan mereka yang berada di sekelilingnya, termasuklah Metalion sendiri.

Itu adalah antara kisah yang menyayat hati di dalam ‘diari’ ini. Metalion, sekarang sudah melepasi umur 40 tahun dan telah mengakhiri sejarah beliau bersama fanzine Metal tersohor, Slayer Mag, menutup tirai selepas isu yang ke-20. Beliau menyelami kembali saat awal beliau di dalam scene Metal Norway tetapi dengan pandangan dan kacamata seorang yang telah berinteraksi dengan kehidupan. Ia ditulis dengan emosi dan jujur. Apa yang dipegangnya satu ketika dahulu belum tentu dipegangnya ketika ini. Itulah yang dikatakan kematangan.

Format buku yang mempunyai lebih dari 700 mukasurat ini menarik. Ia memuatkan kesemua isu Slayer Mag dari no 1 hinggalah ke no 20. Ia bermula dengan fanzine beliau yang pertama, iaitu Live Wire pada tahun 1983 yang lebih kepada muzik Heavy Metal. Isu pertama Slayer Mag diterbitkan pada tahun 1985 dan berakhir dengan isu 20 pada bulan Disember 2010. Anekdot beliau diselitkan pada setiap isu; apa yang berlaku ketika itu, perasaan beliau dan refleksi beliau terhadap sesuatu isu. Ini yang menjadikan ia sangat menarik. Untuk mereka yang tidak pernah memiliki Slayer Mag, sekarang peluangnya untuk memiliki keseluruhan isu. Sebaliknya untuk mereka yang sudah memilikinya, masih tetap menarik untuk membaca ‘diari’ yang ditulis oleh Metalion.

Buku ini bukan saja baik untuk peminat muzik ekstrim Metal bahkan juga kepada mereka yang mahu mengkaji apakah sebenarnya muzik ini. Di sebalik keganasan dan ke-brutal-an, muzik ini dan juga peminatnya, masih ada nilai-nilai sanity dan kemanusian. Mana mungkin manusia itu berpura-pura kerana manusia sudah tentunya dicipta dengan spesifikasi tertentu yang tidak dapat diubah. Buku ini membuktikannya.


Monday, December 19, 2011

Gig: EARBLEED Rainhouse Studio Ipoh, 10/12/2011


Dilema untuk mereka yang dah dekat umur 40 (dan berkeluarga) ialah mencari gig yang sesuai untuk ditonton. Gig walau hari apa pun dibuat akan jadi masalah. Jikalau weekend, masa untuk keluarga. Weekdays pula, hari bekerja.

Dan anda tidak mahu jadi orang paling tua (umur) yang hadir dalam gig tersebut. Kenapa? Bila anda sudah umur begitu saja baru anda akan faham. Tulis panjang-panjang tak guna.

Untuk me-minimal-kan masalah, ialah mencari gig yang paling dekat. Untuk saya = Ipoh. Melainkan jika band itu sesuatu band yang betul-betul mahu ditonton. Contohnya, jika METALLICA atau IRON MAIDEN buat show di KL (juga Ozzy Osbourne, Megadeth, Dream Theater, King Diamond etc haha...)

Gig ini mempunyai beberapa sebab kenapa saya perlu hadir selain dari dekat. Saya mahu menonton Symbiotic In Theory yang hebat dan juga band pecahan Profane Creation iaitu Cruelty Division. Juga saya tahu, Ipoh adalah "bandar" Metal. Ramai rakan-rakan sebaya (mencecah 40an) juga akan hadir. Old habit die hard - kata orang Bota.

Namun begitu, menambah aral pada hari tersebut, hujan lebat yang amat turun dalam masa hendak bertolak. Saya tidak mahu kelihatan seperti ketagihan, maka saya rilek-rilek saja menunggu hujan reda.  Penyudahnya saya sampai di venue, selepas 4 band usai beraksi. Agak terkilan juga kerana band Ipoh Ventorior dan Bilharzia juga sudah selesai. Hairan, nama mereka secara relatif agak besar juga, kenapa bermain dulu. Patut dianjakkan mereka sedikit ke belakang.

Hebat juga kehadiran mereka yang mencecah 40an. Mungkin separuh dari jumlah yang hadir. Sebab itu Ipoh layak dipanggil Ipoh's Metal Militants Supremacist!



SYMBIOTIC IN THEORY
Tukang solo sambil senyum-senyum je.

Tukang solo juga

Bass pun menyolo (sebab itu mereka hebat!)

SAMMAEL ABRAHAM
Pernah disebut-sebut dalam Mastika/Harian Metro.

BILHARZIA
Band resident Ipoh dengan vokalis berpangkat General (Jepun).

CRUELTY DIVISION
Apa yang kelakar tu Jadam?

Ayah Chor

Tanpa bassist (tapi masih bingit)

SESI MELEPAK DAN BERTUKAR-TUKAR CERITA
Di Restoran Vanggey (antara topiknya, CK Music Year End Sale, Unifi (buka Youtube 10 windows - just to show that it can be done), durian yang lebat di Kampung Gajah dan sebagainya.

All photos taken from Pogie Mutilator

Saturday, December 17, 2011

Ulasan: VINIIR The Story Chapter 1 demo 2011


Muzik adalah universal. Ini perlu dipegang kuat. Jika tidak, kita akan mudah tersasar dari objektif dan mulai melihat dari aspek yang tidak penting. Sebanyak mana sesebuah rilisan untuk menggembeleng tenaga untuk menghasilkan rilisan yang berkualiti, sebanyak itu jugalah penghargaan itu patut diberi tanpa meninggalkan aspek "kesedapan" rilisan tersebut.

Walaupun begitu, ada yang berlawanan pendapat. Muzik itu mestilah lahirnya dari jatidiri pemuzik tersebut. Sesuatu yang ada kena-mengena dan penghubungnya.

Konflik dua fahaman ini pasti akan terbit apabila berbicara tentang Viniir, sebuah band baru dari Ipoh yang mengkategorikan muzik mereka sebagai Viking Metal. Sebelum ini, bukan tiada band dari negara kita yang memainkan muzik sebegini, cuma mereka agak segan untuk melabelkan secara terang, Viking Metal. Mungkin terkesan dengan gerakan Eastern Metal yang lebih menonjol.

Dari satu sudut (tidak segan), kita boleh tabik kepada mereka. Arus yang mereka lawan bukan saja akan datang dari kawasan sini tetapi juga negara asal Viking Metal, iaitu Eropah. Seperti yang kita ketahui, golongan ini di Eropah sangat menyanjung jatidiri mereka dan selalu memandang rendah bangsa lain. Apatah lagi pendekatan yang "ekstrim" sebegini. Adakah Viniir akan diterima atau dihina, natijahnya nanti pasti kita nantikan untuk melihat samada hayat Viniir panjang atau tidak.

Berbicara tentang muziknya, Viniir adalah daif jika dibandingkan dengan band seangkatan mereka dari Eropah yang lebih eksperimental atau sekurang-kurangnya lebih unggul dalam penghayatan. Mungkin sudut pandangan yang patut dibuat ialah mengimbau kembali zaman Viking Metal ini baru menjelma maka di situ boleh dilihat sedikit sinar.

Lagu pertama Thor menggalas beban yang besar kerana tajuk itu mengingatkan semangat yang timbul ketika Manowar memainkan versi mereka. Jika Manowar dijadikan kayu ukur, memang bagai langit dan bumi dan sebenarnya tidak layak dibuat perbandingan. Struktur versi Viniir tiada semangat dan tidak menggambarkan "keunggulan" Thor yang memerlukan elemen keagungan dan  nasionalis yang menonjol.

Walaupun lagu kedua, The Story tiada banyak bezanya dengan Thor tetapi elemen Viking Metal itu lebih menyerlah. Kita mungkin akan terasa, mungkin lagu ini salah tajuk kerana lagu inilah yang selayaknya diberi tajuk Thor. Choir yang diselitkan dalam lagu ini memberikan lenggok Viking yang sangat diperlukan. Lagu akhir Edda War letaknya antara dua lagu tadi dari segi kesedapan. Tetapi strukturnya tidak banyak berbeza dengan lagu The Story.

Masalah utama Viniir ialah dalam 3 lagu yang ditampilkan, ia mengambil masa yang agak lama untuk membezakan antara yang ini dengan yang itu. Dengan lain perkataan, variasinya kurang. Jika interpolasi dibuat untuk 8 lagu berdasarkan kepada 3 yang ada, makin bertambah sukar untuk mencari perbezaannya. Perpustakaan melodi Viking adalah luas sepatutnya dijelajahi dan dibuat eksperimen oleh Viniir.

Perasa nusantara juga masih dapat dirasai. Acuan asasnya masih nusantara. Membuang segala-galanya yang mengingatkan kita kepada nusantara sepatutnya menjadi objektif Viniir. Sekelumit melodi, lenggok atau gaya yang mengingatkan kita bahawa Viniir berasal dari nusantara patut dibuang terus. Ini kerana keberanian Viniir melabelkan muzik mereka sebagai Viking Metal patut diiringi dengan keberanian mengambil muzik Viking Metal secara total kerana survival Viniir sangat bergantung kepada prinsip ini.

EMAIL: viniirband@yahoo.com

Friday, December 16, 2011

Ismail = khatan

Mula bawa Ismail ke klinik biasa. Doktor komplen, buta teruk. Kemudian, doktor kata tak boleh buat sebab "lain dari biasa". Tapi tak perlu risau kerana selalu berlaku. Terus refer ke hospital pakar sebab beliau tiada alatan yang cukup.

Di hospital, Doktor pakar kata "reconstructing" kena dibuat. Alhamdulillah, ianya biasa berlaku dan tiada efek kepada fungsi.

Pembedahan kecil berlaku sejam lebih.

Abang memberi kekuatan kepada adik... atau sebaliknya? Menunggu waktu untuk pembedahan.

Sehari selepas pembedahan. Makan chicken-chop untuk makan tengahari.

Semua lapar je tengok (Sumaiyyah meleleh tengok). Apa? Tak nak dah? Ngap!

Fully covered by UTP. Alhamdulillah.

Thursday, December 15, 2011

Seminar on Fire Design for Steel Framed Building, Hotel Singgahsana PJ, 12/12/2011

Saya datang dengan beberapa soalan untuk program research saya. Bila masuk je sesi soal jawab, saya terus tembak dua soalan. Semasa masa rehat, saya terus meluru untuk melanjutkan lagi beberapa soalan. Seolah-olah saya orang yang lapar. Duduk pun paling depan.

Prof Plank memberi isyarat kepada saya untuk sambung sesi diskusi selepas presentation. Namun setelah selesai, beliau terpaksa menghadiri program yang lain. Dia mengucapkan maaf tetapi beliau menyuruh saya menulis email kepada beliau untuk lanjutan perbincangan. Nampak dia berminat dengan masalah yang saya utarakan. Muka beliau nampak bersinar semacam.

Saya juga berjumpa dengan seorang jurutera yang juga banyak memberi input kepada saya tentang permasalahan saya. Beliau juga berminat untuk berbincang lanjut.

Prof Dr. Azlan, ex-pensyarah saya di UTM (masih ingat kepada saya) juga saya approach dan berbincang mengenai satu kajian yang sedang dijalankan di Lehigh University - yang mungkin boleh diadaptasi pada keadaan tempatan. Peluang baru.

Seminar ini membuka banyak ruang baru kepada saya. Idea-idea baru juga timbul. Yang saya kena fikirkan sekarang ialah kederat - mampu atau tidak.




About Professor Roger Plank
Professor Plank is active in both research and consultancy work. He has held several positions as visiting professor and has chaired a number of committees for the UK and European steel construction sector. Roger had a leading role in establishing the internationally renowned structural fire engineering research group. This played a key role in Cardington fire test programme on BRE's Large Building Test Facility, which has had a major influence on structural fire engineering design. Among Roger's many achievements he received the Institution's Henry Adams Award (1997), and the ASCE's Raymond C Reese Research Award (2005). His research in steel structural fire engineering has also led to the development of the award-winning design software, Vulcan which is being increasingly used in practice.

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday: Semalam di PJ Hilton


Hotel olskool tapi sarapan best!

Tuesday, December 13, 2011

Lawatan ke Kencana HL Sdn Bhd, Lumut

 Di UTP, untuk beberapa subjek yang berkenaan, pasti ada lawatan yang dibuat. Untuk subjek Offshore Structures, lawatan dibuat ke Kencana HL Sdn Bhd, Lumut yang merupakan sebuah syarikat tempatan yang membina platform minyak untuk kegunaan di perairan dalam negara dan luar negara.

Satu lagi tapak bina terdapat di Pasir Gudang, Johor kepunyaan MMHE.

 Bagi pihak UTP, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Kencana HL Sdn Bhd kerana memberikan peluang ini kepada pelajar UTP. Ini dah masuk lawatan yang kali ke 3-4.

 Sesi introduksi bersama pegawai Kencana (senior managers dan engineers)


 10 minit tengah panas OK lagi. Dah masuk minit ke 15, muka semua berkerut.


 Modul tambahan kepada platform yang ada (akan disambung kepadanya)

 Ada beberapa (4 atau 5) struktur yang sedang dibina di sini.

 Workshop

 Bahagian kimpalan

 Pejabat rekabentuk. Jurutera Kencana luangkan masa untuk memberikan taklimat kepada pelajar UTP.

Penat kerja, group photo le, apa lagi.

Dan lagi.

Steel grating nak tukar kepada...

FRP grating?

Monday, December 12, 2011

Main pasir

"Bapak nak pergi rumah baru...!"

Rumah baru bukan ada apa. Lampu yilek, kipas yilek... semua yilek.

Rupa-rupanya nak main pasir.

 

Bersungguh main.

Tukang wiring baru sampai mau pasang lampu dan kipas.

Sunday, December 11, 2011

Ulasan: ANTHRAX Persistence Of Time (1990)

Kulit album yang agak 'serius' ini pastinya merisaukan peminat Anthrax. Tiada lagi lukisan komikal seperti album-album sebelumnya. Ada sebab. Anthrax mula mahu meninggalkan imej 'happy' yang mereka pelopori dahulu kepada imej yang lebih serius. Dan apakah yang lebih baik dengan memulakannya dengan kulit album yang lebih serius. Lukisan jam itu sendiri memberi maksud bahawa masanya sudah sampai untuk genre muzik baru untuk memerintah dunia (Death Metal). Cerdiknya Anthrax ialah mereka menyedari akan hal ini dan membuang segala ego untuk menuruti gelombang tersebut tanpa melacurkan apa yang mereka percaya selama ini. Penyudahnya, album ini dicalonkan untuk anugerah Grammy (walaupun tidak memenanginya). Lagu-lagunya lebih epik dan pada banyak tempat memperdengarkan elemen progresif dalam susunannya. Namun perubahan ini masih tidak mampu untuk melawan gelombang Death Metal yang datang. Agak menyedihkan juga kerana album ini boleh tahan menarik (hanya jika didengar tanpa prejudis).

Saturday, December 10, 2011

Youtube: BEGGARS & THIEVES We Come Undone

Siapa minat Jake E. Lee, angkat tangan!

*Saya angkat dua-dua belah tangan*

Lama dah beliau tak perform betul-betul sejak berkuburnya Badlands. Kalau peminat Ozzy majoriti prefer Randy Rhoads, saya katakan Jake E. Lee lebih menarik. Nanti ada peluang saya tulis sesuatu mengenai beliau.


Sekarang beliau muncul kembali sebagai gitaris undangan lagu "We Come Undone" oleh kumpulan otai Beggars & Thieves selepas lama sunyi sepi.

Gaya beliau masih macam dulu. Perhatikan loncatan manja beliau ketika menyolo *saya rasa macam nak tarik rambut sendiri - geram pasal cute hahaha*. Videoklip pun menarik, background putih dengan ramai guest artists dari zaman yang sama. Tunggu sampai akhir untuk penampilan khas "Gene Simmons (KISS)*.

Lagu yang dimainkan pun menarik. Mungkin Encik Berteromber ada CD mereka yang awal dan boleh buat ulasan ringkas.






Former OZZY OSBOURNE/BADLANDS guitarist Jake E. Lee has contributed a guest guitar solo to the song "We Come Undone" from reunited rockers BEGGARS & THIEVES. Lee also appears in the video for the track, which can be seen below. Other guest musicians featured in the clip are Ron Keel (KEEL, STEELER), Blas Elias (SLAUGHTER) and Paul Shortino (ROUGH CUTT, QUIET RIOT).

"We Come Undone" comes off BEGGARS & THIEVES' latest album, "We Are The Brokenhearted", which came out on November 29 in North America and December 2 in Europe via Frontiers Records.

BEGGARS & THIEVES debuted on Atlantic Records in 1990 with its self-titled album, a record that was critically acclaimed, with the first single appearing in the Top 40 Billboard magazine rock chart and being added to rotation on over 100 Parallel One AOR radio stations.

The change of musical climate, and the advent of grunge, halted the band's rise to the stardom when their then-new label Epic Records decided not to release BEGGARS & THIEVES' second studio album, "Look What You Create", written and produced in collaboration with Jim Vallance (AEROSMITH, BRYAN ADAMS, SCORPIONS, HEART).

In the late '90s, BEGGARS & THIEVES finally independently released "Look What You Create" followed by "The Grey Album" in 1999, before going into hibernation until 2004 when the founding members — singer Louie Merlino and guitarist Ronnie Mancuso — started to play again with guitarist Brent Muscat (FASTER PUSSYCAT) and drummer Lez Warner (THE CULT), opening shows for TESLA, VINCE NEIL, RATT, SLAUGHTER and SKID ROW.

According to the All Music Guide, Lee helped Ozzy Osbourne score two of the most commercially successful releases of the singer's long and illustrious career — 1983's "Bark at the Moon" and 1986's "The Ultimate Sin". Lee eventually joined up with another former BLACK SABBATH singer (albeit briefly), Ray Gillen, and formed the LED ZEPPELIN/classic rock-esque outfit BADLANDS. Subsequently, Lee played briefly with a band called WICKED ALLIANCE before setting off on his own, issuing his solo debut, "A Fine Pink Mist", in August of 1996.

Jake E. Lee's "covers" album, "Retraced", was released in the U.S. in April 2005 via Shrapnel Records. All the songs were recorded in a "power trio" format ala BADLANDS and the tracks for the project were cover songs along that style (bluesy power rock). {SUMBER]

Friday, December 09, 2011

Cencurut dalam jug

Cencurut ni dah beberapa minggu menyorok dalam rumah.

Tiba-tiba bila anak buka peti ais, cencurut tu ada dalam jug air! Bagaimana dia boleh jatuh masuk dalam jug tu DAN di dalam peti ais, hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.

 The cencurut.

 Sedang fikir nak buat apa dengan cencurut ni

Apa kata kalau kita minum air cencurut?

Thursday, December 08, 2011

Lawatan Dr. Airil's (blogger) ke UTP

Dr Airil bukan calang-calang blogger. Nak cerita banyak tak guna, lebih baik diri sendiri pergi ke blog beliau. Anda harus jadi open-minded dan not easily offended ;)

Anyway, dia adalah junior saya semasa di UTM dulu cuma kenal lebih sikit sekarang dari dulu. Seperti kata beliau, saya lebih glamour haha...

Beliau datang ke Civil Engineering Department atas urusan marketing software design and analysis ERCAD yang beliau telah usahakan bersama team beliau. Anda boleh membaca lebih lanjut tentang software tersebut DI SINI.

Laporan beliau tentang lawatan kerja beliau lebih detail di blog beliau DI SINI.





 Sesi motivasi kepada pelajar terpilih (pelajar FYP saya yang bertuah - hope they become prominent researchers in Malaysia someday, insyaAllah)


Saya berharap selepas ini blogger-akademik seperti Dr Fakir Fikir dan En.(Dr. Madya) Hafiz dapat buat lawatan kerja seperti ini ke Jabatan saya.

Wednesday, December 07, 2011

CIDB Seminar Petroleum & Gas - Gambaran dan Peluang Perniagaan 2011

Saya hadir seminar untuk promosi program MSc in Offshore Structures yang saya sedang uruskan. Ya, kerja sebagai pensyarah termasuk juga hal marketing.

Sebelum ini industri O&G agak ekslusif. Kisah O&G hanya berkisar sekitar pemain-pemain O&G saja. Beberapa tahun lepas, MSSA ada usaha untuk merapatkan jurang tersebut kerana industri O&G juga menggunakan bahan structural steel dalam industri mereka; tetapi tidak berhasil.

Hanya sekarang baru nampak industri O&G lebih terbuka. Peluang-peluang untuk kontraktor terjun ke dalam industri ini adalah agenda utama dalam seminar ini. Agaknya sebab itu kehadiran hampir penuh untuk seminar ini.

Paling penting ialah mengetahui budaya O&G yang agak berbeza dengan industri pembinaan lain. Kena upgrade 2-3 kali ganda sebelum benar-benar layak untuk terjun.

UTP dapat slot khas untuk seminar ini melalui kertas kerja oleh Ketua Jabatan Kejururuteraan Awam, UTP yang bertajuk lebih kurang - peluang-peluang di dalam industri O&G.


Kertas kerja oleh Ketua Jabatan Kejururuteraan Awam, UTP.

Nampak booth saya di belakang tu?

From the booth's point of view.