Tiga individu ini; Dead (Morbid/Mayhem), Euronymous (Mayhem) dan Jon Nodveidt (Dissection) mempunyai persamaan. Mereka telah meninggal dunia dan mereka adalah antara individu yang penting bagi penulis diari ini, Metalion. Namundi antara ketiga-tiga mereka ini, kematian Dead adalah paling disesali oleh beliau. Argumen beliau ialah Euronymous mati dibunuh oleh Varg (Burzum)sementara Jon membunuh diri. Walaupun Dead juga mati kerana membunuh diri,namun situasi antara Jon dengan Dead adalah berbeza. Jon membunuh diri pada umur yang matang (30an) sedangkan Dead, pada umur remaja.
Pada beliau, Dead membunuh diri dalam keadaan dia tidak memahami realiti kehidupan. Dead memang ada cita-cita besar. Sekurang-kurangnya, dia ada cita-cita untuk berkarier di dalam muzik. Oleh sebab itu Dead sanggup berhijrah dari Sweden ke Norway dalam usia yang sangat muda. Band asal Dead, Morbid nampaknya seperti tidak akan kemana sedangkan potensi bersama Mayhem adalah lebih cerah. Tetapi, kehidupan beliau di Norway sangat daif. Dead hidup di dalam bangsal usang. Makan dan minum tidak dijaga. Akibat kehidupan beliau yang melarat itu, Dead mula bercita-cita untuk mati. Memang logik. Cuba kita bayangkan, umur yang muda tetapi sudah hidup melarat sebegitu. Metalion beranggapan kalau situasi itu berlaku sekarang, sudah tentu kehidupan Dead akan dibantu sedaya upaya. Cita-cita Dead untuk mati pastinya akan dihalang. Namun, saat itu bukan sahaja Dead tidak faham akan realiti kehidupan, bahkan mereka yang berada di sekelilingnya, termasuklah Metalion sendiri.
Itu adalah antara kisah yang menyayat hati di dalam ‘diari’ ini. Metalion, sekarang sudah melepasi umur 40 tahun dan telah mengakhiri sejarah beliau bersama fanzine Metal tersohor, Slayer Mag, menutup tirai selepas isu yang ke-20. Beliau menyelami kembali saat awal beliau di dalam scene Metal Norway tetapi dengan pandangan dan kacamata seorang yang telah berinteraksi dengan kehidupan. Ia ditulis dengan emosi dan jujur. Apa yang dipegangnya satu ketika dahulu belum tentu dipegangnya ketika ini. Itulah yang dikatakan kematangan.
Format buku yang mempunyai lebih dari 700 mukasurat ini menarik. Ia memuatkan kesemua isu Slayer Mag dari no 1 hinggalah ke no 20. Ia bermula dengan fanzine beliau yang pertama, iaitu Live Wire pada tahun 1983 yang lebih kepada muzik Heavy Metal. Isu pertama Slayer Mag diterbitkan pada tahun 1985 dan berakhir dengan isu 20 pada bulan Disember 2010. Anekdot beliau diselitkan pada setiap isu; apa yang berlaku ketika itu, perasaan beliau dan refleksi beliau terhadap sesuatu isu. Ini yang menjadikan ia sangat menarik. Untuk mereka yang tidak pernah memiliki Slayer Mag, sekarang peluangnya untuk memiliki keseluruhan isu. Sebaliknya untuk mereka yang sudah memilikinya, masih tetap menarik untuk membaca ‘diari’ yang ditulis oleh Metalion.
Buku ini bukan saja baik untuk peminat muzik ekstrim Metal bahkan juga kepada mereka yang mahu mengkaji apakah sebenarnya muzik ini. Di sebalik keganasan dan ke-brutal-an, muzik ini dan juga peminatnya, masih ada nilai-nilai sanity dan kemanusian. Mana mungkin manusia itu berpura-pura kerana manusia sudah tentunya dicipta dengan spesifikasi tertentu yang tidak dapat diubah. Buku ini membuktikannya.
yalah..bg org bkn peminat muzik metal mcm sy mmg x blh faham sgt 'jiwa' pejuang muzik ini..
ReplyDeletewow...mana jual nih? nak kena carik....harap Kinokuniya ada jual..atau Borders
ReplyDeletecayalah bro...mmg hardcore la...
ReplyDeletekat tommy acoustic muzik,Pertama ada kot..bro
ReplyDeletekena cari gak buku nie...bagi aku segala yang berlaku mesti dijadikan pengajaran...
ReplyDelete