Friday, December 16, 2011

Ismail = khatan

Mula bawa Ismail ke klinik biasa. Doktor komplen, buta teruk. Kemudian, doktor kata tak boleh buat sebab "lain dari biasa". Tapi tak perlu risau kerana selalu berlaku. Terus refer ke hospital pakar sebab beliau tiada alatan yang cukup.

Di hospital, Doktor pakar kata "reconstructing" kena dibuat. Alhamdulillah, ianya biasa berlaku dan tiada efek kepada fungsi.

Pembedahan kecil berlaku sejam lebih.

Abang memberi kekuatan kepada adik... atau sebaliknya? Menunggu waktu untuk pembedahan.

Sehari selepas pembedahan. Makan chicken-chop untuk makan tengahari.

Semua lapar je tengok (Sumaiyyah meleleh tengok). Apa? Tak nak dah? Ngap!

Fully covered by UTP. Alhamdulillah.

16 comments:

  1. telan air liur tengok bil tu.

    telan air liur tengok ciken cop tu.


    *lepas operate ble makan ciken cop eh?

    ReplyDelete
  2. PERGHH....mahalnya.... ini 2 orang charge ke? kena carik tok mudim kampung macam ni...isk! part AYAH makan ciken cop macam pow makanan anak yeng tak leh tahan tu...heheheh

    ReplyDelete
  3. kita dulu2 siap pantang sebulan tak boleh makan ayam. gatal kata orang tua. heh

    ReplyDelete
  4. klu zmn kita kecik2 dulu lps khatan seminggu xboleh mkn ayam, pantang~ hehehe

    ReplyDelete
  5. mm, semoga Ismail full recovery secepat mungkin. Amin.

    ReplyDelete
  6. telan air liur tgk bil nya...

    ReplyDelete
  7. anak aku masa nak bersunat dia punya melalak macam nak runtuh klinik.
    6 hari lepas sunat dah naik basikal.

    heh.


    .

    ReplyDelete
  8. "lain dari yang biasa", hmm..tengah membayangkan, kekekke..

    pergh bil macam bersalin normal tu.. :)

    ReplyDelete
  9. syukur selamat semua...
    junior saya pun masuk jawi itu ari jugak...

    di pahang ni, ospital pakar quote RM1700 utk bersunat dgn bius penuh, RM1500 untuk bius kat situ je... tak masuk lain2 caj...

    so masa pegi KB itu ari, buat ngan doktor pakar juga, cuma RM150, bius kat situ je. dan, BUTA TERUK juga... haha..

    senang nak bawak gi solat sekali bila dah berkhatan ni... tahniah!!

    ReplyDelete
  10. telan air liur tgk bil...

    pasni solat bleh dok saf dpn

    ReplyDelete
  11. teringat bersunat duduk atas batang pisang

    ReplyDelete
  12. pergh! dia punya bil ketor teman nengok...

    ReplyDelete
  13. dah jadi orang bujang...

    ReplyDelete
  14. dulu... dulu, zaman purba dulu hanya RM50 jer upah untuk tok mudim.

    syabas, ismail!

    ReplyDelete
  15. Selaku pakar, aku nasihatkan kau boleh lah start kasi minum air tongkat ali tiap hari.

    ReplyDelete