Sunday, December 11, 2011

Ulasan: ANTHRAX Persistence Of Time (1990)

Kulit album yang agak 'serius' ini pastinya merisaukan peminat Anthrax. Tiada lagi lukisan komikal seperti album-album sebelumnya. Ada sebab. Anthrax mula mahu meninggalkan imej 'happy' yang mereka pelopori dahulu kepada imej yang lebih serius. Dan apakah yang lebih baik dengan memulakannya dengan kulit album yang lebih serius. Lukisan jam itu sendiri memberi maksud bahawa masanya sudah sampai untuk genre muzik baru untuk memerintah dunia (Death Metal). Cerdiknya Anthrax ialah mereka menyedari akan hal ini dan membuang segala ego untuk menuruti gelombang tersebut tanpa melacurkan apa yang mereka percaya selama ini. Penyudahnya, album ini dicalonkan untuk anugerah Grammy (walaupun tidak memenanginya). Lagu-lagunya lebih epik dan pada banyak tempat memperdengarkan elemen progresif dalam susunannya. Namun perubahan ini masih tidak mampu untuk melawan gelombang Death Metal yang datang. Agak menyedihkan juga kerana album ini boleh tahan menarik (hanya jika didengar tanpa prejudis).

1 comment:

  1. saya ada kaset ni...mula dengar terkejut gak..apesal lain macam style kali ni..tak macam album lepas...kena dengar banyak kali baru sampai feel...

    ReplyDelete