Monday, December 19, 2011

Gig: EARBLEED Rainhouse Studio Ipoh, 10/12/2011


Dilema untuk mereka yang dah dekat umur 40 (dan berkeluarga) ialah mencari gig yang sesuai untuk ditonton. Gig walau hari apa pun dibuat akan jadi masalah. Jikalau weekend, masa untuk keluarga. Weekdays pula, hari bekerja.

Dan anda tidak mahu jadi orang paling tua (umur) yang hadir dalam gig tersebut. Kenapa? Bila anda sudah umur begitu saja baru anda akan faham. Tulis panjang-panjang tak guna.

Untuk me-minimal-kan masalah, ialah mencari gig yang paling dekat. Untuk saya = Ipoh. Melainkan jika band itu sesuatu band yang betul-betul mahu ditonton. Contohnya, jika METALLICA atau IRON MAIDEN buat show di KL (juga Ozzy Osbourne, Megadeth, Dream Theater, King Diamond etc haha...)

Gig ini mempunyai beberapa sebab kenapa saya perlu hadir selain dari dekat. Saya mahu menonton Symbiotic In Theory yang hebat dan juga band pecahan Profane Creation iaitu Cruelty Division. Juga saya tahu, Ipoh adalah "bandar" Metal. Ramai rakan-rakan sebaya (mencecah 40an) juga akan hadir. Old habit die hard - kata orang Bota.

Namun begitu, menambah aral pada hari tersebut, hujan lebat yang amat turun dalam masa hendak bertolak. Saya tidak mahu kelihatan seperti ketagihan, maka saya rilek-rilek saja menunggu hujan reda.  Penyudahnya saya sampai di venue, selepas 4 band usai beraksi. Agak terkilan juga kerana band Ipoh Ventorior dan Bilharzia juga sudah selesai. Hairan, nama mereka secara relatif agak besar juga, kenapa bermain dulu. Patut dianjakkan mereka sedikit ke belakang.

Hebat juga kehadiran mereka yang mencecah 40an. Mungkin separuh dari jumlah yang hadir. Sebab itu Ipoh layak dipanggil Ipoh's Metal Militants Supremacist!



SYMBIOTIC IN THEORY
Tukang solo sambil senyum-senyum je.

Tukang solo juga

Bass pun menyolo (sebab itu mereka hebat!)

SAMMAEL ABRAHAM
Pernah disebut-sebut dalam Mastika/Harian Metro.

BILHARZIA
Band resident Ipoh dengan vokalis berpangkat General (Jepun).

CRUELTY DIVISION
Apa yang kelakar tu Jadam?

Ayah Chor

Tanpa bassist (tapi masih bingit)

SESI MELEPAK DAN BERTUKAR-TUKAR CERITA
Di Restoran Vanggey (antara topiknya, CK Music Year End Sale, Unifi (buka Youtube 10 windows - just to show that it can be done), durian yang lebat di Kampung Gajah dan sebagainya.

All photos taken from Pogie Mutilator

8 comments:

  1. gambar last ada perempuan kak..hehehe..apa pun respek lah IPOH...saya bila pulak nak tengok gig sana...emmmm...kojo kojo kojo....

    ReplyDelete
  2. light effects mcm tgh sasau semuanya hehehe


    http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/aku-hanya-mahu-kamoooooo.html

    ReplyDelete
  3. sy suka entri ini...cayalah...

    ReplyDelete
  4. i was there, bang. actually band-band terawal takde ler best or special sangat pun. agak boring jugak permulaan gig dengan band2 metalcore but second band terorriot boleh tahan jugak. Main stail old school thrash cam athotorgh ngan Lobotomy tu. 4 band terakhir memang ok plus ventorior dan bilharzia. saya dah rasa nak balik dah lepas turn bilharzia tu. nasib budak gitaris sammael tu suruh tunggu dulu.

    ReplyDelete
  5. dan band paling cemerlang adalah band taiping shadow child hahaha... last minit nak perform baru kejap ketika tu jugak nak tuning gitarnya. dekat 10 ke 15 minit jugak rasanya. bassist dressup ganas, tebuk telinga ngan bibir lagi haha.. tu yang saya rasa nak balik jer dah time tu.

    ReplyDelete
  6. jadam makin bulat hahahahahaha

    ReplyDelete
  7. Setiap gambar mcm ada bayang hantu.....memang menyeramkan.

    ReplyDelete