Saturday, December 17, 2011
Ulasan: VINIIR The Story Chapter 1 demo 2011
Muzik adalah universal. Ini perlu dipegang kuat. Jika tidak, kita akan mudah tersasar dari objektif dan mulai melihat dari aspek yang tidak penting. Sebanyak mana sesebuah rilisan untuk menggembeleng tenaga untuk menghasilkan rilisan yang berkualiti, sebanyak itu jugalah penghargaan itu patut diberi tanpa meninggalkan aspek "kesedapan" rilisan tersebut.
Walaupun begitu, ada yang berlawanan pendapat. Muzik itu mestilah lahirnya dari jatidiri pemuzik tersebut. Sesuatu yang ada kena-mengena dan penghubungnya.
Konflik dua fahaman ini pasti akan terbit apabila berbicara tentang Viniir, sebuah band baru dari Ipoh yang mengkategorikan muzik mereka sebagai Viking Metal. Sebelum ini, bukan tiada band dari negara kita yang memainkan muzik sebegini, cuma mereka agak segan untuk melabelkan secara terang, Viking Metal. Mungkin terkesan dengan gerakan Eastern Metal yang lebih menonjol.
Dari satu sudut (tidak segan), kita boleh tabik kepada mereka. Arus yang mereka lawan bukan saja akan datang dari kawasan sini tetapi juga negara asal Viking Metal, iaitu Eropah. Seperti yang kita ketahui, golongan ini di Eropah sangat menyanjung jatidiri mereka dan selalu memandang rendah bangsa lain. Apatah lagi pendekatan yang "ekstrim" sebegini. Adakah Viniir akan diterima atau dihina, natijahnya nanti pasti kita nantikan untuk melihat samada hayat Viniir panjang atau tidak.
Berbicara tentang muziknya, Viniir adalah daif jika dibandingkan dengan band seangkatan mereka dari Eropah yang lebih eksperimental atau sekurang-kurangnya lebih unggul dalam penghayatan. Mungkin sudut pandangan yang patut dibuat ialah mengimbau kembali zaman Viking Metal ini baru menjelma maka di situ boleh dilihat sedikit sinar.
Lagu pertama Thor menggalas beban yang besar kerana tajuk itu mengingatkan semangat yang timbul ketika Manowar memainkan versi mereka. Jika Manowar dijadikan kayu ukur, memang bagai langit dan bumi dan sebenarnya tidak layak dibuat perbandingan. Struktur versi Viniir tiada semangat dan tidak menggambarkan "keunggulan" Thor yang memerlukan elemen keagungan dan nasionalis yang menonjol.
Walaupun lagu kedua, The Story tiada banyak bezanya dengan Thor tetapi elemen Viking Metal itu lebih menyerlah. Kita mungkin akan terasa, mungkin lagu ini salah tajuk kerana lagu inilah yang selayaknya diberi tajuk Thor. Choir yang diselitkan dalam lagu ini memberikan lenggok Viking yang sangat diperlukan. Lagu akhir Edda War letaknya antara dua lagu tadi dari segi kesedapan. Tetapi strukturnya tidak banyak berbeza dengan lagu The Story.
Masalah utama Viniir ialah dalam 3 lagu yang ditampilkan, ia mengambil masa yang agak lama untuk membezakan antara yang ini dengan yang itu. Dengan lain perkataan, variasinya kurang. Jika interpolasi dibuat untuk 8 lagu berdasarkan kepada 3 yang ada, makin bertambah sukar untuk mencari perbezaannya. Perpustakaan melodi Viking adalah luas sepatutnya dijelajahi dan dibuat eksperimen oleh Viniir.
Perasa nusantara juga masih dapat dirasai. Acuan asasnya masih nusantara. Membuang segala-galanya yang mengingatkan kita kepada nusantara sepatutnya menjadi objektif Viniir. Sekelumit melodi, lenggok atau gaya yang mengingatkan kita bahawa Viniir berasal dari nusantara patut dibuang terus. Ini kerana keberanian Viniir melabelkan muzik mereka sebagai Viking Metal patut diiringi dengan keberanian mengambil muzik Viking Metal secara total kerana survival Viniir sangat bergantung kepada prinsip ini.
EMAIL: viniirband@yahoo.com
mak oi! kena dengar ni!dulu ada band dari kedah nama meridian sign katanya main viking tapi tak pernah come across stuff diorang.viniir ni cemana pulak.
ReplyDeleteviking metal ni kalau sekali dengar macam scandinavian black metal cuma lirik kearah cerita pasal tuhan Viking atau cara hidup diorang...nak layan try band theudho. band belgium....band yang first main genre ni Bathory setelah dia layan band Manowar ( betulkan kalau saya salah..)
ReplyDeleteviking metal nie...pada aku la menggambarkan budaya hidup orang eropah zaman dulu-dulu. Kita nie duduk kat negara panas lembap agak sukar nak memahami suasana hidup mereka zaman tu....kena banyak lakukan penyelidikan!!
ReplyDeleteTeringin gak nak dengar...tak der sample ker?
ReplyDeletecover cun, ingat band mat salleh tadi sampailah nampak perkataan ipoh..
ReplyDelete