Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, November 09, 2011

Isu PPSMI

Saya teringat semasa saya berada di dalam kelas persediaan ke luar negara selepas SPM dahulu. Kami pelajar MRSM, melalui keputusan percubaan yang dirasakan layak untuk ke luar negara, dikumpulkan di Cheras, mengikuti kelas bahasa Inggeris selama 6 bulan. Di akhir 6 bulan itu kami akan mengharungi ujian TOEFL. Ini adalah langkah proaktif MARA, dengan harapan apabila keputusan SPM kami keluar (dengan cemerlang), kami akan terus dihantar ke luar negara.

Setiap kelas dihadkan kepada 25 pelajar. Kami makan, minum dan tidur dengan berbahasa Inggeris.

Statistik sebenar keputusan kami tidak diketahui tetapi semasa mock-test, dari 25 orang dalam kelas saya hanya 2 orang yang lepas had minima untuk ke luar negara. Saya dan seorang lagi. Yang lainnya tak lepas. Tapi jika dibandingkan keputusan SPM, kebanyakan mereka lebih cemerlang. Sembang apa sahaja mengenai fizik atau add maths, mereka akan dapat menjawabnya.

Penyudahnya, mereka yang pergi ke luar negara sedangkan saya (walaupun layak) mengambil keputusan untuk belajar di UTM (atas beberapa sebab). Keupayaan mereka dengan bahasa Inggeris yang gagal TOEFL ketika itu, tidak dapat saya pastikan kini. Mungkin jika berjumpa suatu hari nanti, boleh saya uji sedas dua.

Persoalan yang hendak ditimbulkan adalah, bagaimana tahap bahasa Inggeris saya lebih baik dari mereka? Ketika itu, bahasa Inggeris hanya diajar di waktu kelas bahasa Inggeris.

Petua mudah yang dibuat oleh bapa saya. Beliau hanya membeli akhbar Inggeris di bawa ke rumah. Nak tak nak, saya membacanya (saya memang minat membaca ketika kecil), jadi apa saja yang boleh dibaca, saya akan baca termasuklah akhbar Inggeris. Secara halus, saya boleh faham walaupun sukar untuk bertutur.

Satu lagi situasi yang saya rasa memberi kesan kepada perkembangan bahasa Inggeris dalam diri saya ialah ketika menonton kartun di TV, semuanya berbahasa Inggeris. Alih bahasa ketika itu tidak wujud lagi. Sebagai kanak-kanak, menonton kartun di TV adalah suatu kemestian. Bermula dengan tidak faham, akhirnya jadi faham.

Saya syorkan kepada ibubapa yang tidak puashati dengan masalah PPSMI ini - terutamanya apabila merasakan anak-anak tidak pandai berbahasa Inggeris, supaya mengambil langkah proaktif dan tidak menunggu keputusan akan berubah.

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Australia. Anak-anak saya semua ada asas bahasa Inggeris ketika bersekolah di sana. Namun apabila kembali, jika tidak dipraktis, akan lupa kesemuanya. Mereka yang pernah ke luar negara selama beberapa tahun, pasti akan setuju.

Praktisnya ialah, sentiasa berbahasa Inggeris dengan anak-anak jika berkesempatan. Jika mereka tidak bertutur pun, sekurang-kurangnya mereka faham apabila mendengar dan membaca. Petua bapa saya pun saya teruskan - membeli hanya akhbar berbahasa Inggeris hari-hari.

Kita sembang mengenai bagaimana mahu menjadikan generasi bawah kita faham bahasa Inggeris dahulu. Samada mereka ini dapat menjadi Albert Einstein atau kita boleh sembang kemudian.

Komentari terhadap "NGO bimbang pengajar dari Amerika Syarikat bawa budaya Barat"




21 comments:

Contramen said...

Saya dulu banyak menyanyi lagu inggeris dari lagu ice ice baby sampai ke metalika. kalau x faham apa benda depa sebut, bukak kamus. bila besaq sikit start main band dan pas tinggal posisi pemegang mikrofon dan start main gtar, english pun dh start berteraboq.

Rina Rahamat said...

skang ni kartun kt astro blh alih bahasa..walaupon sy paksa anak utk tgk yg dlm english mrk dh pandai alih sendiri guna remote..cara lain sy hantar mrk ke tadika yg bhs pengantar english mcm smat reader..

bujal X said...

takpun lahirkan anak kat amerika.duk sana sampai anak besar~keh keh~kompom terer BI~

speedrider said...

Bro Ben,

Secara jujurnya, selaku bekas pelajar Penang Free, saya menyokong PPSMI.

Pada saya, PPSMI tak akan menghakis Bahasa Melayu sedikitpun. Pada saya, PPSMI adalah penting memandangkan kebanyakan matapelajaran sains wajib menggunakan terma Inggeris seperti.... ah saya tak tau sebut, cuma tau bahasa Melayu seperti Pengamiran, Pembezaan... bila masuk Universiti (distance learning), dah jadi masalah menggunakan terma matematik kerana rujukan adalah dalam bahasa Inggeris!

Pada saya, sebenarnya isu ini telah dipolitikkan terlalu banyak. IMHO.

Ijau D. Koceng said...

aku kecik2 dulu suka tgk sesame's street :)

berteromber said...

pengalaman adik aku mengajar maths dlm BI kat sekolah kampung memang banyak masaalah...dah la budak tu blur maths...kena pulak BI...terus lingkup...mungkin kalau sekolah bandar tak problem sangat...

Chik Att said...

betul ... kita perlu bertindak untuk diri kita dan anak2 kita. Tak perlu menunggu orang lain ... atau akta digubal ... ataupun perisian pendidikan diubah ...

dear anies said...

sy bla da msk U br belajar BI bersungguh2 sbb da tau kepentingan bahasa ni...tp sy x slh kn kedua ibu bapa sbb x beri penekanan ttg bahasa ni...apa2 pn bla kita da ada kesedaran, kenalah tekankn kpd anak2

Unknown said...

that is the because of the people they don't like the english and the malay and the power of them so is the because..

Waqheh said...

setuju bro...gua juga praktis baca akbar ingeris semasa bangku sekolah. tapi syg saya tidak nekad betul2. tapi boleh la sekadar nak ckp ngn mat saleh atas keretapi dari paris ke london....takde mati kutu sgt laaa...

Sang Harima said...

Macam mana pulak mak bapak yang tak pandai Inggeris?

Kita sebenarnya pentingkan Inggeris ke, pentingkan ilmu tu?

JAIRO said...

aku dulu dari sekolah sampai masuk uitm mmg bengap bahasa english... kali aku drop out pindah p IPTS kat sana org semua ckp english... mau tak mau aku terpaksa pandai bahasa English.... sekarang aku dah boleh bual2 ngan org putih sambil tepuk2 belakang hehehehehehehe tanda mesra dan mengerti hahahahah

Dr. Bentara said...

Sang Harima,

Dua isu.

1. Isu tak faham BI.
2. Isu ilmu tak berkembang.

Isu ilmu tak berkembang dikaitkan dengan rujukan2 terkini semuanya berbahasa Inggeris. Kalau tak faham BI, nak baca camana?

Sebab tu PPSMI dijalankan. Dan sebab yang sama penentang PPSMI.

Dr K said...

Ya, tolak ketepi pasal PSSMI, kita yang wajar mengambil langkah proaktif. Sediakan suasana(environment) yang kondusif utk anak anak kita kuasai bahasa inggeris, sejak awal lagi.

Saya punya dua anak kecil. Terima kasih, saya akan aplikasikan sedikit sebanyak petua yang Dr Ben turunkan. :)

ps: MRSM mana dulu? Saya Taiping.

miloaiskurangmanis said...

rajin membaca - majalah - buku - suratkhabar dalam bahasa inggeris

petua ni jugak my abah gunakan pada iols adik-beradik...
alhamdulillah - we all boleh bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris dengan baik...

kalo menonton tv - sebaik2nya jangan baca sub or terjemahan yang ada tu -
lebih baik dengar apa yg di katakan / dailog....
mula2 memang agak payah
dan sering ketinggalan
lama2 - alah biasa tegal biasa kekdahnya...
mesti boleh punya lah!

Sarah Syazwani said...

boleh dipraktikkan ni..:)

Nizam said...

well said dr.ben!yg penting asas tu.grammar ke laut takpe janji bole bertutur,faham&menulis.

Saudagar Mimpi said...

Nampaknya teknik sama dibuat oleh ibu bapa SM, membeli akhbar inggeris sahaja dirumah walaupun ibu bapa sendiri memang tidak boleh membaca Bahasa Inggeris.

Bila sebut isu bahasa ini teringat SM pada kaedah "Mokhdar" yang dulu pernah mendakwa suku kata Bahasa Melayu (berbanding Bahasa Inggeris) yg panjang antara penyebab kesukaran org melayu menguasai Matematik. Contoh mudah, Se-pu-luh (BM), - ten (BI).

Airilsametok said...

Nice writeup. On the NGO thing you've proposed, its a good idea. Lets discuss about it further.

Airilsametok said...

Dr Ben. In regards to the establishment of a network between UTM and UTP as we have discussed in my blog, I once invited by UTHM (Dr Irwan Juki, your friend la jemput aku) to give a talk titled "HOW TO LEARN FEM THE EASY WAY". I would be happy to give such a talk to your students if you like.

terpatrisinarabadi said...

melentur buluh biar dari rebungnya.. contoh di atas tepat sekali