Wednesday, November 09, 2011

Isu PPSMI

Saya teringat semasa saya berada di dalam kelas persediaan ke luar negara selepas SPM dahulu. Kami pelajar MRSM, melalui keputusan percubaan yang dirasakan layak untuk ke luar negara, dikumpulkan di Cheras, mengikuti kelas bahasa Inggeris selama 6 bulan. Di akhir 6 bulan itu kami akan mengharungi ujian TOEFL. Ini adalah langkah proaktif MARA, dengan harapan apabila keputusan SPM kami keluar (dengan cemerlang), kami akan terus dihantar ke luar negara.

Setiap kelas dihadkan kepada 25 pelajar. Kami makan, minum dan tidur dengan berbahasa Inggeris.

Statistik sebenar keputusan kami tidak diketahui tetapi semasa mock-test, dari 25 orang dalam kelas saya hanya 2 orang yang lepas had minima untuk ke luar negara. Saya dan seorang lagi. Yang lainnya tak lepas. Tapi jika dibandingkan keputusan SPM, kebanyakan mereka lebih cemerlang. Sembang apa sahaja mengenai fizik atau add maths, mereka akan dapat menjawabnya.

Penyudahnya, mereka yang pergi ke luar negara sedangkan saya (walaupun layak) mengambil keputusan untuk belajar di UTM (atas beberapa sebab). Keupayaan mereka dengan bahasa Inggeris yang gagal TOEFL ketika itu, tidak dapat saya pastikan kini. Mungkin jika berjumpa suatu hari nanti, boleh saya uji sedas dua.

Persoalan yang hendak ditimbulkan adalah, bagaimana tahap bahasa Inggeris saya lebih baik dari mereka? Ketika itu, bahasa Inggeris hanya diajar di waktu kelas bahasa Inggeris.

Petua mudah yang dibuat oleh bapa saya. Beliau hanya membeli akhbar Inggeris di bawa ke rumah. Nak tak nak, saya membacanya (saya memang minat membaca ketika kecil), jadi apa saja yang boleh dibaca, saya akan baca termasuklah akhbar Inggeris. Secara halus, saya boleh faham walaupun sukar untuk bertutur.

Satu lagi situasi yang saya rasa memberi kesan kepada perkembangan bahasa Inggeris dalam diri saya ialah ketika menonton kartun di TV, semuanya berbahasa Inggeris. Alih bahasa ketika itu tidak wujud lagi. Sebagai kanak-kanak, menonton kartun di TV adalah suatu kemestian. Bermula dengan tidak faham, akhirnya jadi faham.

Saya syorkan kepada ibubapa yang tidak puashati dengan masalah PPSMI ini - terutamanya apabila merasakan anak-anak tidak pandai berbahasa Inggeris, supaya mengambil langkah proaktif dan tidak menunggu keputusan akan berubah.

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Australia. Anak-anak saya semua ada asas bahasa Inggeris ketika bersekolah di sana. Namun apabila kembali, jika tidak dipraktis, akan lupa kesemuanya. Mereka yang pernah ke luar negara selama beberapa tahun, pasti akan setuju.

Praktisnya ialah, sentiasa berbahasa Inggeris dengan anak-anak jika berkesempatan. Jika mereka tidak bertutur pun, sekurang-kurangnya mereka faham apabila mendengar dan membaca. Petua bapa saya pun saya teruskan - membeli hanya akhbar berbahasa Inggeris hari-hari.

Kita sembang mengenai bagaimana mahu menjadikan generasi bawah kita faham bahasa Inggeris dahulu. Samada mereka ini dapat menjadi Albert Einstein atau kita boleh sembang kemudian.

Komentari terhadap "NGO bimbang pengajar dari Amerika Syarikat bawa budaya Barat"




21 comments:

  1. Saya dulu banyak menyanyi lagu inggeris dari lagu ice ice baby sampai ke metalika. kalau x faham apa benda depa sebut, bukak kamus. bila besaq sikit start main band dan pas tinggal posisi pemegang mikrofon dan start main gtar, english pun dh start berteraboq.

    ReplyDelete
  2. skang ni kartun kt astro blh alih bahasa..walaupon sy paksa anak utk tgk yg dlm english mrk dh pandai alih sendiri guna remote..cara lain sy hantar mrk ke tadika yg bhs pengantar english mcm smat reader..

    ReplyDelete
  3. takpun lahirkan anak kat amerika.duk sana sampai anak besar~keh keh~kompom terer BI~

    ReplyDelete
  4. Bro Ben,

    Secara jujurnya, selaku bekas pelajar Penang Free, saya menyokong PPSMI.

    Pada saya, PPSMI tak akan menghakis Bahasa Melayu sedikitpun. Pada saya, PPSMI adalah penting memandangkan kebanyakan matapelajaran sains wajib menggunakan terma Inggeris seperti.... ah saya tak tau sebut, cuma tau bahasa Melayu seperti Pengamiran, Pembezaan... bila masuk Universiti (distance learning), dah jadi masalah menggunakan terma matematik kerana rujukan adalah dalam bahasa Inggeris!

    Pada saya, sebenarnya isu ini telah dipolitikkan terlalu banyak. IMHO.

    ReplyDelete
  5. aku kecik2 dulu suka tgk sesame's street :)

    ReplyDelete
  6. pengalaman adik aku mengajar maths dlm BI kat sekolah kampung memang banyak masaalah...dah la budak tu blur maths...kena pulak BI...terus lingkup...mungkin kalau sekolah bandar tak problem sangat...

    ReplyDelete
  7. betul ... kita perlu bertindak untuk diri kita dan anak2 kita. Tak perlu menunggu orang lain ... atau akta digubal ... ataupun perisian pendidikan diubah ...

    ReplyDelete
  8. sy bla da msk U br belajar BI bersungguh2 sbb da tau kepentingan bahasa ni...tp sy x slh kn kedua ibu bapa sbb x beri penekanan ttg bahasa ni...apa2 pn bla kita da ada kesedaran, kenalah tekankn kpd anak2

    ReplyDelete
  9. that is the because of the people they don't like the english and the malay and the power of them so is the because..

    ReplyDelete
  10. setuju bro...gua juga praktis baca akbar ingeris semasa bangku sekolah. tapi syg saya tidak nekad betul2. tapi boleh la sekadar nak ckp ngn mat saleh atas keretapi dari paris ke london....takde mati kutu sgt laaa...

    ReplyDelete
  11. Macam mana pulak mak bapak yang tak pandai Inggeris?

    Kita sebenarnya pentingkan Inggeris ke, pentingkan ilmu tu?

    ReplyDelete
  12. aku dulu dari sekolah sampai masuk uitm mmg bengap bahasa english... kali aku drop out pindah p IPTS kat sana org semua ckp english... mau tak mau aku terpaksa pandai bahasa English.... sekarang aku dah boleh bual2 ngan org putih sambil tepuk2 belakang hehehehehehehe tanda mesra dan mengerti hahahahah

    ReplyDelete
  13. Sang Harima,

    Dua isu.

    1. Isu tak faham BI.
    2. Isu ilmu tak berkembang.

    Isu ilmu tak berkembang dikaitkan dengan rujukan2 terkini semuanya berbahasa Inggeris. Kalau tak faham BI, nak baca camana?

    Sebab tu PPSMI dijalankan. Dan sebab yang sama penentang PPSMI.

    ReplyDelete
  14. Ya, tolak ketepi pasal PSSMI, kita yang wajar mengambil langkah proaktif. Sediakan suasana(environment) yang kondusif utk anak anak kita kuasai bahasa inggeris, sejak awal lagi.

    Saya punya dua anak kecil. Terima kasih, saya akan aplikasikan sedikit sebanyak petua yang Dr Ben turunkan. :)

    ps: MRSM mana dulu? Saya Taiping.

    ReplyDelete
  15. rajin membaca - majalah - buku - suratkhabar dalam bahasa inggeris

    petua ni jugak my abah gunakan pada iols adik-beradik...
    alhamdulillah - we all boleh bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris dengan baik...

    kalo menonton tv - sebaik2nya jangan baca sub or terjemahan yang ada tu -
    lebih baik dengar apa yg di katakan / dailog....
    mula2 memang agak payah
    dan sering ketinggalan
    lama2 - alah biasa tegal biasa kekdahnya...
    mesti boleh punya lah!

    ReplyDelete
  16. boleh dipraktikkan ni..:)

    ReplyDelete
  17. well said dr.ben!yg penting asas tu.grammar ke laut takpe janji bole bertutur,faham&menulis.

    ReplyDelete
  18. Nampaknya teknik sama dibuat oleh ibu bapa SM, membeli akhbar inggeris sahaja dirumah walaupun ibu bapa sendiri memang tidak boleh membaca Bahasa Inggeris.

    Bila sebut isu bahasa ini teringat SM pada kaedah "Mokhdar" yang dulu pernah mendakwa suku kata Bahasa Melayu (berbanding Bahasa Inggeris) yg panjang antara penyebab kesukaran org melayu menguasai Matematik. Contoh mudah, Se-pu-luh (BM), - ten (BI).

    ReplyDelete
  19. Nice writeup. On the NGO thing you've proposed, its a good idea. Lets discuss about it further.

    ReplyDelete
  20. Dr Ben. In regards to the establishment of a network between UTM and UTP as we have discussed in my blog, I once invited by UTHM (Dr Irwan Juki, your friend la jemput aku) to give a talk titled "HOW TO LEARN FEM THE EASY WAY". I would be happy to give such a talk to your students if you like.

    ReplyDelete
  21. melentur buluh biar dari rebungnya.. contoh di atas tepat sekali

    ReplyDelete