Tuesday, November 30, 2010
Ulasan: NECROTIC CHAOS Black As The Insect MCD
MCD ini adalah satu kejanggalan bagi Necrotic Chaos kerana Adik (bass/vokal) tidak bersama, juga Dark-E. Sebaliknya ia dikemudikan oleh Jadam (gitar) dan Wira (drum).
Untuk itu, mereka berdua membawa masuk Azlan dan Azman dari Langsuyr dan Jo'o dari Hayagriva.
Untuk yang mengenali individu-individu di dalam pasukan Necrotic Chaos untuk rilisan ini, pasti boleh mengagak hala mana Necrotic Chaos pergi.
Technical Death Metal. Elemen melodi hampir dibuang terus. Ini adalah bahana ketidakhadiran Dark-E.
Vokal Azlan juga memberi pengaruh yang besar. Adik bersuara besar dan dalam sedangkan Azlan lebih kejam bunyinya yang menyebabkan Necrotic Chaos, di dalam rilisan ini, berubah sama sekali.
Black As The Insect, It's Depth Unpenetrable dan Immaterial Majesty adalah kenduri riffs yang anti-melodi dengan teknikaliti rakus dan kekejaman dalam susunan lagu. Saduran Langsuyr, My Oath For Thee juga tidak ketinggalan; dilanyak dan ditenyeh dengan kejelekan yang membuatkan pendengarnya memasamkan muka dirantai perasaan benci.
Itulah agaknya matlamat rilisan ini. Dan ia berjaya. Sekurang-kurangnya tatkala mendengarnya sebelum kembali normal untuk makan malam bersama keluarga.
Ulasan: IMPERIAL Aux Crépuscules CD
Mendengar apa-apa rilisan Metal yang berbahasa selain English adalah suatu perkara yang menarik. Mungkin nampak janggal tetapi it works actually!
Jadi aku hairan jika ada band tempatan yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai medium perantaraan walhal English yang mereka gunakan, habis carca marba. Sepatutnya ganas terus jadi lawak.
Apapun, itu adalah pilihan.
Imperial adalah sebuah band Thrash Metal dari Perancis. Ya, mereka menggunakan French sebagai lirik. Bahasa romantik di Thrashkan.
Malangnya, itu je la yang boleh dikatakan menarik. Lain-lainnya, agak hambar. Gitar yang berbunyi tajam macam chainsaw, suara jerit halus yang menyakitkan telinga dan drum machine yang menambahkan ketajaman bunyi.
Aku belek kembali booklet. Oh... tahun 1998 rupanya. Padanlah programming drum machine dan bunyinya kuno. Boleh dibandingkan dengan rilisan Sil Khannaz - Pendita Gila.
1. Le Narcissique 02:45
2. Aux Crépuscules 03:41
3. Montre Ton Regard 04:28
4. Orage Final 04:38
5. Un Adieu 03:34
6. La Femme Brûlée 03:15
7. Vermin (Asphyx Cover) 03:33
8. Les Cavaliers de l'Oubli 04:05
9. La Lune Rouge 04:25
10. Imperial 02:50
11. Thrasheurs 13 02:10
Total playing time 39:24

Monday, November 29, 2010
Ulasan: Buku I AM OZZY
Ozzy Osbourne nama yang dah lama aku kenal. Mereka yang bertag Mat Metal di dahi, kalau tak kenal maka mungkin anda tersilap kenal Metal. Mungkin Metal yang anda maksudkan itu sebenarnya - dangdut.
Tanpa membaca buku ini pun, serba sedikit kita tahu tentang beliau. Bersama Black Sabbath dan juga antara penyanyi solo rock tersohor dunia. Lebih dari itu, perkara-perkara merepek dan merapu yang pernah beliau lakukan. Takkan tak pernah dengar cerita yang dia gigit kepala kelawar hidup semasa persembahan beliau? Takkan tak pernah terdengar yang beliau sangat sinonim dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol?
Tak pernah? Memang anda salah minat genre muzik.
Autobiografi ini 'ditulis' oleh beliau dengan bantuan seorang penulis. Memang beliau perlu dibantu kerana keseluruhan hidupnya, beliau dibantu. Pertama beliau adalah dyslesic yang menyebabkan beliau ada masalah untuk membaca dan hyperactive yang menyebabkan beliau sukar untuk memberi perhatian kepada sesuatu. Beliau menceritakan bagaimana hubungan beliau melalui email bersama Paul McCartney - emailnya ditulis oleh pembantu peribadi beliau; seperti setiausaha menerima arahan. Pembantu peribadi beliau pun ada kisahnya tersendiri - dikutip dari persembahan beliau kerana selalu mengikuti ke setiap show walaupun terpaksa merempat. Yang kedua - akibat dari penyalahgunaan dadah dan alkohol yang berterusan selama 40 tahun - beliau menjadi pelupa. Bagusnya, apa yang mahu diceritakan oleh beliau, dipaparkan dengan baik sekali dan agak detail, termasuklah dialog-dialog lucu beliau bersama mereka yang telah beliau sakat.
Buku ini meangkumi kehidupan Ozzy, dari kecil sampai sekarang. Dari seorang budak kecil bermasalah, dibuang sekolah pada umur 15 tahun tanpa tahu membaca, hidup miskin merempat di sebuah pekan kecil di Britain kepada mulanya Black Sabbath, karier solo seterusnya hingga beliau menjadi bersih dari segala jenis ketagihan.
Karektor beliau bersahaja. Suka menyakat orang (kena baca sakat beliau mencukur kening rakan-rakannya yang pengsan akibat mabuk dan menyakat anggota Black Sabbath yang lain - gila lawak). Lurus bendul pada suatu ketika dan nakal pada suatu ketika yang lain. Namun, hampir keseluruhan hidup beliau dibelenggu dengan ketagihan. Isterinya yang pertama tidak tahan dan bercerai tetapi beliau kekal dengan isterinya sekarang, Sharon.
Penglibatan beliau dengan Black Sabbath, dengan Randy Rhoads, Motley Crue dan sebagainya diceritakan dengan baik sekali. Malangnya, untuk Jake E. Lee, sesuatu yang aku nantikan, cuma disebut namanya saja - 2 kali. Ah!
Yang akhirnya kita dibawa kepada intipati sebenar buku ini - kehidupan sebenar seorang lagenda rock n roll. Beliau memeliki harta yang dibelanjakan tidak habis namun itu memerlukan pengorbanan yang besar - iaitu kehidupan beliau sendiri. Kita selalu bertanya, kenapa bila jadi terkenal, kehidupan jadi teruk? Bukankah sudah berjaya? Tetapi, itulah kehidupan. Ada saja perkara yang dikorbankan.
Ozzy sendiri mengakuinya.
Pengalaman hidup beliau mempunyai dua natijah - kita bercita-cita untuk menjadi rock n roll star atau kita mengambil tauladan dari kehidupan rock n roll beliau. Tonasi buku ini lebih cenderung kepada yang kedua. Ozzy, idola kita tetapi pada masa yang sama, kita bersimpati di atas pengorbanan yang beliau lakukan untuk sampai ke tahap lagenda.
Pada kaca mata kita, beliau tidak normal tetapi pada pandangan beliau - inilah aku, Ozzy bertepatan dengan tajuk buku ini. I am Ozzy.
*Disiarkan dalam KARISMA April 2011
Sunday, November 28, 2010
Ulasan: LEE AARON Bodyrock CD
Lee Aaron adalah sebuah band bagi seorang vokalis wanita dari Canada. Beliau menyanyikan lagu-lagu hard rock.
Mungkin beliau tidak sepopular Joan Jett dan Lita Ford tetapi beliau ada sejarah tersendiri. Sekurang-kurangnya di Canada, beliau ada superstar. Di Eropah dan Jepun, sekitar dekad 80an, memang beliau agak cemerlang. Kita (saya) je yang tak perasan.
Album ini adalah album beliau yang paling berjaya.
Mendengar album ini, kita boleh mendapat beberapa petunjuk kenapa album ini berjaya. Suara sedap, lagu hard rockin yang menangkap (mudah cerna) dan beliau penyanyi wanita. Nak kira-kira, akhir dekad 80an ni, dah penghujung kepada zaman hard rock. Kebanyakan band hard rock jatuh jumlah jualannya.
Mungkin nasib menyebelahi beliau. Secara jujur, album ini sekadar above average sikit je. Perenggan di atas, adalah suatu kemungkinan lanjutan dari jualan album ini yang memberansangkan.
Yang akhirnya, beberapa album selepas album ini beliau berubah angin. Menjadi penyanyi jazz dan blues. Hah, yang ini memang nak kena dengar.
1. Nasty Boyz
2. Yesterday
3. Gotta Thing for You
4. Rock Candy
5. Tough Girls Don't Cry
6. Sweet Talk
7. Rock the Hard Way
8. Shame
9. Whatcha Do to My Body
10. Hands On
11. Rebel Angel
12. How Deep
Ulasan: SAXON Power And The Glory CD
Antara album Heavy Metal yang pertama aku dengar ketika berumur 10 tahun.
Dan antara sebab saya menjadi peminat genre ini, dan juga SAXON.
Ia begitu sebati. Lagu yang tak berapa sedap pun menjadi sedap. Zaman dulu, memiliki album dalam bentuk kaset adalah suatu kemewahan. Bukan senang dan sebagai pelajar sekolah rendah, banyak mana kaset yang boleh dibeli. Sekarang lain - ada mp3.
Untuk itu, setiap kaset didengar berulang-ulang. Yang tak sedap pun jadi sedap.
Tapi itu bukan alasan kenapa album ini sedap. Kerana memangpun ianya sedap. Sound yang betul-betul heavy ikut standard zaman tu. Bunyi gitar Graham Oliver dan Paul Quinn yang keras, berkerak dan berkarat. Paluan drum Nigel Glockler yang padu dengan iringan bass Steve Dawson. Ah, nak cerita apa lagi tentang vokal Biff Byford yang legend? Suara beliau memang unik dan begitu British kita boleh mendengarnya hanya dengan mendengar tiupan nafas beliau.
1. "Power and the Glory" 5:57
Gila semangat ini lagu. Rasa nak melonjak dari kerusi dan melontarkan kedua-dua tangan ke udara sambil menyanyikan bersama korus! Riff mula sekali dengar macam 2 Minutes To Midnight (IRON MAIDEN) tetapi riff ni lagi kencang (sori peminat IRON MAIDEN - SAXON menang dalam hal ini).
2. "Redline" 3:38
Bunyi pinching (satu teknik memetik gitar) dalam riff utama lagu ini membuatkan kita mengenyit sebelah mata tanda kesedapan.
3. "Warrior" 3:47
Lagu paling bestest! Riffnya berat dan notenya seperti tanda-tanda muzik Death Metal. Motif liriknya pun menambahkan semangat mendengar lagu ini. Muzik semangat tambah lirik mengenai pahlawan yang mahu menakluki sesebuah kawasan - tak tau apa lagi jenis muzik yang boleh menaikkan adrenalin seperti lagu ini.
4. "Nightmare" 4:25
Tiga lagu berat sebelumnya, maka sesuai sangat diturunkan sedikit adrenalin. Lagu yang lebih slow tetapi tidak meninggalkan beratnya. Saya suka sangat bunyi gitar dalam album ini. Melekat setiap notenya. Lemak dan berkrim.
5. "This Town Rocks" 3:58
"This is rock n roll!" kata Ozzy. Heavy Metal adalah asasnya rock n roll. Jadi tidak hairan, rock n roll dijadikan tema dalam lagu ini. Cuma ini adalah rock n roll dengan berat berkilo-kilo. Intro drum double paddle sudah cukup untuk menggegarkan jantung.
6. "Watching the Sky" 3:43
Riff intro best, macam lagu pertama. Rasa mahu sekarang juga plug gitar kepada amplifier dan memainkan riffs ini. Korus yang lembut, bermelodik tetapi menggesa kita menggoyangkan bahu sambil menyanyikan bait lirik bersama.
7. "Midas Touch" 4:13
Aduh... album ini adalah pesta riffs! Satu lagi riffs yang menusuk ke kalbu. Bermula dengan riffs yang meleleh, disambut dengan plucking gitar ketika Biff menyanyikan bait liriknya. Kena dengan motif liriknya, penyesalan Midas yang mahukan kekayaan dunia - moralnya - jangan tertipu dengan dunia.
8. "The Eagle Has Landed" 6:56
Lagu feveret SAXON yang dimainkan selalu dalam sesi live mereka. Ianya bluesy, rileks (dalam ruang lingkup Heavy Metal - bukan Kenny G). Bermula dengan perlahan tetapi berakhir dengan peluh menitik di dahi - so heavy dan bluesy.
Ulasan: URGRUND The Graven Sign CD
3 1/2 tahun berada di Australia, saya telah boleh memeta scene muzik Metal di sana. Apa yang popular, apa yang tidak.
Kesimpulan saya, Black Metal bukan menjadi muzik kegemaran ramai peminat Metal di sana. Sebab itu jarang kita dengar band Black Metal dari Australia yang mendapat nama di pasaran antarabangsa.
Urgrund adalah salah satu dari band Black Metal yang tidak banyak di Australia. Album ini adalah album pertama yang dirilis oleh sebuah label tempatan di sana. Rilisan tahun 2000.
Muziknya - Black Metal antara pantas atau tidak. Kategori pertengahan. Sekali dengar, memang banyak tempias dari Scandinavian Black Metal. Harus begitu - mana lagi kiblat yang mahu diikut Urgrund? Permainan instrumen yang baik dan vokal yang boleh tahan belum tentu menatijahkan nama terpahat di dalam senarai elit Black Metal.
Atas sebab inilah mungkin mereka sukar mendapat tempat yang lebih baik di dalam scene Black Metal antarabangsa.
1. Eordscraeft - A Reckoning 01:26
2. Crusaders & Destroyers 03:09
3. Scourge (Of God) 04:19
4. Black Death 03:58
5. War Elite 04:22
6. Besieged Cities 04:04
7. Oskereien / Wildes Hunt 02:58
8. On Stones Marked Black 04:38
9. Heathen Dionysian 03:27
Total playing time 32:21
Saturday, November 27, 2010
Ulasan: Buku CERITA PIALA DUNIA oleh Lucius Maximus
Untuk standard aku, memang aku banyak membaca. Tapi bukan membaca novel. Kalau orang tanya aku mengenai penulis-penulis novel dan bukunya memang aku tak tau.
Benda yang aku baca, pertamanya sudah tentu suratkhabar. Kemudian majalah berita seperti Times. Dan of course, artikel teknikal atas dasar pekerjaan hakiki.
Tetapi sekali-sekala aku juga baca novel - yang bersifat kontemporari selain dari buku autobiaografi. Buku yang ada di tangan, dibeli dan selesai dibaca baru-baru ini - Cerita Piala Dunia.
Aku percaya seperti apa yang diakui oleh kulit buku ini - buku sukan indie pertama di Malaysia - memang pertama dan unik. Untuk dapat ilham buku ini, sudah tentu ilham datangnya dari Allah s.w.t., adalah satu kelebihan. Untuk menulis buku ini, setiap bab merangkumi setiap perlawanan yang berlangsung semasa Piala Dunia 2010 yang lepas, adalah satu perkara yang memerlukan analisis kritikal serta gaya penulisan yang menarik.
Andai tidak, kita sekadar membaca sesuatu yang telah dilaporkan di dada akhbar mengenai perlawanan tersebut.
Lucius (mengingatkan aku kepada drama bersiri ROME), menulis dengan gaya tersendiri. Narration kepada perlawanan tidak diulang semula sebaliknya beliau mengisinya dengan maklumat tentang sesuatu negara, individu dan juga kritikan terhadap bolasepak tempatan yang dikaitkan dengan sessuatu perlawanan. Untuk sepenuhnya memahami dan tenggelam dalam penulisan beliau, kita harus berfikiran tajam dan terbuka.
Buku ini walaupun nampak ringan tetapi sebenarnya adalah bacaan berat - atau mungkin, bacaan ringan yang sekali-sekala berat atau vice versa bergantung kepada tahap penerimaan pembaca. Gaya penulisannya bersahaja tetapi penuh dengan maklumat. Humornya tersendiri yang selalu dikaitkan dengan industri bolasepak tempatan. Kritikannya membina walaupun selalu menghiris perasaan sesiapa yang memakan cili.
Kita tidak perlu menjadi seorang peminat bolasepak tegar untuk menikmati buku ini kerana bukan teknikaliti perlawanan bolasepak itu yang dibincangkan.
Tetapi jika anda peminat bolasepak sejati, ini adalah sesuatu yang wajib dibaca. Bolasepak akan mati tanpa penulisan. Bayangkan tiada laporan mengenai sesuatu perlawanan bolasepak di mana-mana untuk dibaca. Buku ini akan meletakkan kita beberapa tangga di atas peminat bolasepak yang lain - sekiranya kita mempraktis menonton bolasepak seperti Lucius.
*buku ini buku indie - tak boleh jumpa di kedai. Berminat nak beli - sila email kepada
Friday, November 26, 2010
Ulasan: METALASIA Live At Metal Wars CD
Metalasia adalah nama tersohor di negara kita. Ramai mengenalinya sebagai sebuah band Power Metal yang benar-benar power. Terutamanya pada jabatan penggorengan gitar laju nak mampos! Dragonforce? Apa nak hairan. Kita ada Metalasia!
Album ini dirilis pada tahun 1999, selepas rilisnya album Khalifah Alam Maya (1999). Kalau tak salah, dirakamkan di Putra World Trade Centre? Memang hebat!
Untuk aku, aku nak dengar suara CDNaz, bekas gitaris hebat Sil Khannaz yang sekarang sudah menjadi artis solo. Nak semak, boleh ke dia melagukan vokal Metalasia seperti yang dirakamkan di dalam album Khalifah Alam Maya. Memang dia boleh! Dia ada suara yang memang sesuai dengan muzik Power Metal sebegini.
Lagi satu, sudah tentunya, melayan solo gitar duet kiri kanan yang macam halilintar tu! King Shah dan Ritz memang hebak! Hebak! Dan hebak! Solo mereka berapi. Seperti kita mengisar pedang dengan batu asah yang digerakkan oleh elektrik. Sreeetttt... sreeettt kali 100.
Malangnya selepas album Silantra (2002), tiada lagi rilisan baru dari Metalasia.
Hanya baru-baru ini, kita yang memantau pergerakan Metalasia di facebook diceriakan dengan berita yang Metalasia sedang galak merakamkan lagu-lagu untuk album baru. Beberapa siri video rakaman telahpun ditayangkan. Klip menyolo dan klip lagu pendek. Masih lagi hebak!
Metalasia adalah harta negara. Jangan mati awal sangat.
1. Bakar (Intro) / Banzai
2. Lumba Maut
3. Aniaya / Dimensi IV
4. Kamikaze
5. Bencana
6. Hangkatahangtera (Instrumental)
7. Balada Pemuzik Jalanan (cover Search)
8. Insaf Manusia Berdosa
9. Khalifah Alam Maya
10. Ikhtilaf
Ulasan: SONS OF ANGELS CD
Sons Of Angel adalah sebuah band hard rock dari Norway. Kalau tidak kerana pakcik Google, mati-mati aku ingat diorang dari US.
Ini adalah satu-satunya album mereka pada dekad 90an. Lepas tu, kaput!
Satu album pun sales boleh tahan. 150,000 unit. Mungkin jualan tak memberansangkan (kalau 500,000 unit baru kira OK kot?). Mungkin antara mereka jadi pemain bola professional? Mungkin antara mereka yang jadi lawyer? Atau tokey restoran? Atau masuk jadi AJK Black Metal Norway? Pakcik Google tidak menjelaskannya.
Tapi gaya hard-rock mereka, memang US habis. Sebutan. Malah, tajuk pun, US habis. Cowgirl contohnya. Ada ke cowboy di Norway? Takde? Kalau takde, cowgirl pun sudah tentu takde.
Cita-cita mereka pun tinggi. Ini dapat didengar dari lagu Rock N Roll Star. Liriknya - aku nak jadi rock n roll star! Mesti desperate ni.
Muziknya hard rock tipikal. Susah nak cari apa yang menarik sangat - benda yang outstanding. Vokal OK, gitar solo OK, lagu so-so. Nak berlawan dengan band US yang memang dok US dan dah memang cemerlang, memang satu cabaran yang luarbiasa untuk ditentang.
150,000 unit tu kira bagus dah tu.
Tahun 2001 mereka rilis album kedua. Mungkin sekadar berjalan di dataran memori. Kemudian, balik ke tempat asal dan jadi manusia biasa kembali. Cita-cita jadi rock star sekadar jadi cita-cita. Mungkin tahun 2011 (selepas 10 tahun) kita akan jumpa rilisan ketiga mereka sebagai cubaan ketiga (dan terakhir?).
1. Cowgirl
2. Spend the Night
3. Look Out For Love
4. Lonely Rose
5. Rock And Roll Star
6. Trance Dance
7. Would You Die For Me?
8. Could It Be Love
9. Fight
10. Fly

Thursday, November 25, 2010
Ulasan: FRANK SINATRA My Way CD
Ada siapa-siapa peminat Frank Sinatra sini?
Dah agak. Memang takde.
Lagu Yesterday yang superhits tu pun aku kenal masa baca kartun Lat. Lagu tu, memberi kesan kepada watak utama, Mamat. Lagu apa tu? Ulang-ulang dalam kartun Lat.
Akhirnya aku dapat dengar. Memang feel lagu tu. Tak hairanlah jadi hits.
Begitu juga dengan lagu My Way. Komen Bono (U2), lagu ni boleh beri kesan dua hala. Contoh yang beliau ambil ialah, ketika seorang pengurus yang dah bosan dengan kerjanya, berkata, "Aku nak resign. Menyampah dah kerja ni. Aku nak belah!" Sambil tu, lagu My Way yang asal, yang dirakam pada tahun 1968, sewaktu Frank masih muda, berkumandang. Bunyinya kepada pengurus itu sebagai penambah ego.
Semasa Frank berumur 78 tahun, lagu ini dirakam semula. Susunan lagu tak berubah. Tetapi oleh sebab suara Frank sudah berubah - lagu ini berubah kesannya. Menjadi sebuah lagu sedih, sayu, seolah-olah lagu yang - merintih bertaubat atas kesilapan dan dosa yang lampau.
Sejarah Frank Sinatra, panjang. Google saja. Pelakon, penyanyi dan playboy. Suaranya yang kemas menyebabkan semua crooner wannabees meleleh dan mengutuk diri sendiri kerana suara sendiri yang tidak macho, tidak bermaya dan terlebih lagi, tiada iras playboy langsung.
CD ini dengan 12 buah lagu memang tak layak untuk dijadikan hakim kepada sejarah Frank yang panjang. Tetapi sekurang-kurangnya, ia memberikan sedikit pelajaran sejarah. Sekurang-kurangnya, beliau tidak menjadi P Ramlee yang hidupnya dilupakan. Bila dah mati, barulah sibuk masing-masing.
1. "Watch What Happens" (Norman Gimbel, Michel Legrand) – 2:17
2. "Didn't We?" (Jimmy Webb) – 2:55
3. "Hallelujah, I Love Her So" (Ray Charles) – 2:47
4. "Yesterday" (John Lennon, Paul McCartney) – 3:56
5. "All My Tomorrows" (Sammy Cahn, Jimmy Van Heusen) – 4:35
6. "My Way" (Paul Anka, Claude François, Jacques Revaux, Gilles Thibault) – 4:35
7. "A Day in the Life of a Fool" (Luiz Bonfá, Carl Sigman) – 3:00
8. "For Once in My Life" (Ron Miller, Orlando Murden) – 2:50
9. "If You Go Away" (Jacques Brel, Rod McKuen) – 3:30
10. "Mrs. Robinson" (Paul Simon) – 2:55
Bonus tracks included on the 40th Anniversary reissue:
11. "For Once in My Life" – 4:11 studio rehearsal, NBC Studio 2, Burbank, California, August 13, 1969
12. "My Way" – 3:09 live performance at the Reunion Arena, Dallas, Texas, October 24, 1987
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

METALLICA Live in Adelaide 15th November 2010, Adelaide Entertainment Centre
Oleh: Lutfie
Setelah lebih 10 tahun aku mengidam untuk menonton hero (zaman kanak-kanak) aku, akhirnya pada tanggal 15 November 2010, impian tersebut tercapai. Berbekalkan tiket berharga $150 dolar(Gold reserve), aku dapat menonton Metallica di anjung duduk. Mula-mula aku rasa tempat aku agak jauh dari pentas, tapi sebenarnya taklah jauh sangat, tambahan lagi system bunyi yang cukup memuaskan hati untuk gig yang besar (kapasiti dlm 8000 orang) membuatkan aku rasa sangat puas hati dengan persembahan semua band.
Show pembukaan dirasmikan oleh Baroness. Sebuah band ‘Psychedelic Metal’-hanya menurut webzine yang terkenal, tapi aku tak berapa kisah, persembahan mereka amat menakjubkan bagi sebuah band opening. Agak berbaloi kalau aku bertanya pada diri sendiri tentang Baroness. Mereka band yang mantap dari semua segi. Walaupun aku tengok mereka ada dibayangi Mastodon, tapi aku lebih tertarik dengan Baroness. Aku hanya pernah dengar album terbaru mereka(yang Berjaya meyakinkan aku untuk menjadikan show Metallica lebih berbaloi) dan tak rasa nak dengar album-album yang lebih terdahulu. Baroness memulakan
persembahan sekitar pukul 7.00 malam. Aku tidak pasti bila mereka patut mula, tapi aku masuk area lambat dan menyebabkan aku terlepas 2 lagu pertama mereka. Persembahan mereka berlanjutan sehingga 7.50 malam, agak pendek untuk satu-satu band tapi aku rasa puas. Biasanya, itulah tanda band yang ada material yang bagus dan berjaya mempersembahkannya dengan baik!
Band seterusnya adalah Lamb of God. Aku pernah minat mereka ni masa muda-muda kenal metal dulu. Tapi tak boleh dinafikan material mereka lepas satu-satu album, amat membosankan. Berat dan laju, tapi tak ada soul. Itu lah ciri-ciri tipikal ‘Pure American Metal’ yang dipersembahkan oleh Lamb of God. Setting stage untuk Lamb of God nampak lebih hebat dari Baroness yang hanya ‘menjajah’ satu bahagian stage je.Untuk pengetahuan pembaca, stage band-band yang main pada malam tersebut mengikut setting stage Metallica – ‘Centre Stage’ yang mana merupakan setting popular untuk World Magnetic Tour ni. Lamb of God mengambil kesempatan menggunakan seluruh stage untuk persembahan mereka, dengan drum di penjuru pentas dan band members yang lain berterusan berkeliaran di atas stage semasa bermain. System bunyi Lamb of God juga mantap dengan sedikit props di atas pentas (banner). Jelas sekali Lamb of God berjaya menarik minat budak-budak muda dalam persembahan mereka yang agresif dan bertenaga. Lepas setengah persembahan Lamb of God, aku keluar untuk ambil angin dan sedikit ‘refreshment’ untuk bersedia dengan persembahan Metallica.
Dalam masa setengah jam setting stage untuk Metallica, banyak persiapan yang dilakukan. Persiapan yang pada pendapat aku, hebat dan ‘appealing’. Untuk nama seperti Metallica, setting sedemikian bukan lagi suatu yang pelik tapi bagi aku; yang pertama-tama kali menyaksikan mereka di hadapan mata kepala sendiri, ianya bagai mimpi yang menjadi realiti! Ada juga krew-krew yang dihantar sehingga ke atas syiling dewan untuk memastikan penataan cahaya, bola-bola hitam yang akan dilepaskan di hujung persembahan, dipersiapkan sepenuhnya.
Selepas ‘soundtrack’ dewan ditutup, maka semua orang maklum bahawa Metallica akan mula beraksi. Intro lagu ‘That Was Just Your Life’ berkumandang dan aku yang duduk di atas anjung, memerhatikan pintu masuk band ke arah stage yang ditutup dengan kain hitam. Selang beberapa minit, kelihatan kelibat James Hetfield, Lars Ulrich, Kirk Hammett dan Robert Trujillo diiringi beberapa krew masuk berlari-lari anak ke arah stage. Suasana ketika itu terlalu gelap dari apa yang aku masih ingat. Sebab aku tak nampak dengan jelas band yang cuba bersorak dengan crowd sekeliling. Setiap ahli band mengambil posisi masing-masing dan memulakan lagu ‘That was Just Your Life’. Permulaan lagu dari album terbaru Metallica adalah sesuatu yang aku jangka. Nama pun ‘World Magnetic Tour’, tapi personally, aku tak hadam lagi lagu-lagu dari album baru, kecuali beberapa yang ‘OK’ macam ‘The Day That Never Comes’ dan ‘The Unforgiven III’. Bila band mainkan lagu ni, tanggapan pertama aku adalah; tempo lagu memang jadi terlebih laju. Memang dah dijangka. Sekarang ni kalau tengok live show Metallica yang lain, memang jelas banyak lagu yang mereka main lari temponya dari album asal. Namun begitu, nampaknya tak ada kesilapan berlaku, yang mana aku perhatikan selalu terjadi pada Lars Ulrich (Drum) dalam mengendalikan lagu-lagu yang laju. Antara perkara lain yang aku terpesona paa masa tersebut, adalah lighting system yang terbaik. Aku masih ingat lagi penataan cahaya yang dating dari efek laser sangat mengagumkan. Sangat persis dan jelas formasinya, tetapi agak menenggelamkan band yang sedang bermain dalam kegelapan. Pada pendapat aku, bila terlalu gelap, aku agak hilang focus pada persembahan band yang ditenggelami efek lampu laser yang ‘overwhelming’.
Konsert Metallica sekarang sentiasa dijual dengan keberatan ke arah material-material lama mereka. Menurut setlist yang di-google, hanya ada beberapa lagu dari album ‘Death Magnetic’ dan selebihnya dari album-album ‘first four’. Sebenarnya, ada beberapa lagu yang aku berharap tinggi untuk dimainkan live oleh Metallica, contohnya ‘Creeping Death’,’Blackened’,’Dyers Eve’,’No Remorse’,’The Four Horsemen’, dan ‘Whiplash’ selain dari lagu-lagu wajib macam ‘Master of Puppets’ dan ‘Seek and Destroy’. Dengan setlist yang sangat tak dijangka malam tersebut, aku hanya ‘go with the flow’. Sepanjang persembahan tersebut tidak mengecewakan aku memandangkan lagu-lagu seperti ‘Nothing Else Matters’, ‘One’, ‘The Unforgiven’ dimainkan juga.
Antara perkara yang aku tertarik adalah setiap gerak-geri dan gimik Metallica semasa live show adalah sama dan konsisten dari satu konsert ke konsert yang lain. Segala impromptu dalam lagu-lagu jugak seakan-akan boleh dijangka. Mungkin aku ini dah terlebih menonton video live mereka, membuatkan aku terlalu peka dengan apa yang akan terjadi.
Tempat duduk aku(ya, tiket ‘Gold Reserve’ adalah tempat anjung duduk) adalah lokasi di mana system bunyi bagus dan memuaskan hati jika ingin dibandingkan dengan jarak visual. Dalam gambar mungkin tidak relatif dengan apa yang aku alami secara nyata, tapi pada pendapat aku, jarak visual bukan masalah pada malam itu. Boleh nampak jelas setiap ahli band, setiap gerak-geri Lars Ulrich semasa bermain drum, solo yang dilakukan oleh Kirk Hammett dan kumat-kamit mulut James Hetfield ketika menyanyi.
Persembahan Metallica pada keseluruhannya amat memuaskan. Sungguhpun pada mulanya suara James Hetfield kedengaran seperti sakit tekak (yang semestinya akibat tour yang dah berlangsung seminggu lebih awal di negeri-negeri lain; Brisbane dan Melbourne), beliau berjaya membawa show tersebut ke tahap yang bertenaga. Jika diperhatikan setiap individu dalam band ini, masing-masing sudah mencapai tahap umur yang lewat 40-an. Namun begitu, stamina masing-masing tidak kelihatan begitu luntur, Lars Ulrich kencang bermain drum secara laju sehingga lari dari tempo asal, Kirk maseh boleh bermain solo dengan penuh dan hebat Robert Trujillo jugak tidak ketinggalan dengan aksi extra-agresif beliau yang sudah menjadi ‘trademark’ baru dalam Metallica.
Secara keseluruhan, penantian selama hampir 10 tahun aku untuk menonton Metallica secara live amat memuaskan hati. Mungkin kini bukan lagi ‘Prime Time’ mereka, tapi sebagai sebuah band yang dikenali ramai sebagai antara pelopor ‘Thrash Metal’, mereka telah berjaya membawa apa yang mereka pernah berjaya cipta suatu masa dulu ke masa kini. Untuk aku juga, tiket bernilai $150 dolar merupakan antara pengalaman yang terbaik menonton sebuah band yang aku gilai tidak lama dahulu!
Setlist:
That Was Just Your Life The End Of The Line
For Whom The Bell Tolls
Fuel
Fade To Black
Broken, Beat And Scarred
Wherever I May Roam
Sad But True
The Unforgiven
All Nightmare Long
One
Master Of Puppets
Fight Fire With Fire
Nothing Else Matters
Enter Sandman
Encore:
Am I Evil? (Diamond Head cover)
Hit The Lights
Seek & Destroy
Wednesday, November 24, 2010
Ulasan: STEVE WINWOOD Revolutions The Very Best Of CD
Aku takde klu, siapa Steve Winwood ni. Sehinggalah aku klik pada pakcik Google.
Yang sebenarnya beliau super-duper famous!
Semasa membaca majalah Classic Rock isu tribute DIO (DI SINI), aku terbaca tentang satu band psychedelic rock bernama Traffic. Cara artikel itu ditulis membuatkan aku terasa macam nak cari CD Traffic ni. Band tersebut nampak macam cool dalam berkarya. Mereka bertapa di sebuah perkampungan England yang jauh dari penempatan ramai untuk menyiapkan album pertama mereka dengan segala macam bencana kecil yang berlaku akibat tidak biasanya mereka di kawasan perkampungan.
Aku tak perasan. Steve Winwood merupakan salah seorang dari anggotanya.
Bahkan beliau pernah bersama dengan Eric Clapton di dalam band Blind Faith.
Malah, Ozzy Osbourne pun ada menyebut nama beliau di dalam autobiografi I Am Ozzy! Sungguh banyak perkara yang aku tak tau rupanya.
Album ini adalah album kompilasi sepanjang karier beliau bersama The Spencer Davis Group, Traffic, Blind Faith dan solo. Cantik. Kita dapat melihat progres beliau pada setiap peringkat karier beliau.
The Spencer Davis Group adalah band classic rock yang ada iras-iras seperti Deep Purple di zaman The Book Of Taliesyn.
Traffic, lebih eksperimental. Sesuai dengan statu psychedelic. Dengan bunyi flute mengada-ngada semua cukup. Aku pernah jadi minat band psychedelic zaman 60an ni, habis aku download. Penyudahnya semua aku tinggalkan sebab nak melayan diorang ni, kepala kena psychedelic juga (faham-fahamlah!).
Blind Faith (cuma satu lagu je dalam CD ni), lebih akustik, rileks dan kita boleh mendengar sentuhan Eric Clapton merata-rata. Mungkin kromosom Clapton lebih kuat.
Bila masuk zaman solo, beliau lebih liberal. Sesuai dengan zaman yang dah berubah. Beliau memainkan apa saja muzik yang beliau suka. Ada classic rock, pop, new wave dan macam-macam lagi. Pening.
Versi Malaysia ini cuma satu CD sedangkan bersi antarabangsa, 4 CD. Tapi setakat nak dengar, 1 CD cukuplah. Kalau minat zaman Blind Faith, bolehlah teruskan mencari CD Blind Faith. Begitu.

Sesi jamming DIED
Akhirnya berjaya menyusun line-up jamming. Baru sekali jamming tapi nampak ada chemistry.
Target - jadi klon DEATH. DEATH band tu. Takkan tak kenal?
Semangat punya pasal, nama band pun dah ada. Siap logo dah ada!
DIED. Oleh kerana band jamming ini pun mengaku klon-DEATH, alang-alang, logo pun klon juga.
Dua lagu DEATH di'cover'. Spiritual Healing dan Defensive Personalities. Best!

Tuesday, November 23, 2010
Jurnal foto
Kutip dari facebook orang tag. Ada gambar rare jugak tu.
Ada juga yang masih menyimpan demotape LANGSUIR - Occultus Mysticism (rilis 1993). Yang ini versi East Gothic Productions dari Pahang. EGP licensed dari kami untuk pro-print demo yang originally dub sendiri pakai radio kaset. Status kult ini demo. Dan juga khazanah Metal negara. Download tak serupa feel dia dengan ada benda yang sebenar. Oppsss... aku pun takde simpan hahaha...
Suami rakan sekerja punya koleksi gitar. Gitar kapok pertama yang beliau beli pun ada lagi digantung kat atas tu. Jenis gitar? Fender, Squier, Ibanez, Epiphone, PRS. Bilik ni sempoi dia modify jadi ruang AV, main gitar dan lepak-lepak dan paling penting beraircond. Tuan punya rumah berbaju hijau. Yang lain-lain tu students yang datang sekali masa BBQ cum open house di rumah beliau.
Editor KRENMAUT fanzine. Gambar ni tahun 1994? 1995? Diambil selepas gig apa ntah di Dewan Bulan Sabit Ipoh. Baju Venom tu Ajak Dethcrane, depa tangan tu Bearkey, pakai jaket tu Rizal Hafez dan yours truly berbadan plywood - aku le. Baju Immolation tu tshirt ori pertama aku beli di Komtar, JB. Riwayat hidup Krenmaut fanzine setakat rilis 2 isu je. Isu ketiga dah draf, tapi tak jumpa langit yang cerah untuk dirilis kepada orang awam.
Rekoding untuk promo soundtrack filem Estet arahan Khalid Mamat di bawah nama Space Gambus Experiment. Lo-fi punya rekoding tapi hasil memberansangkan. Rakaman dibuat di sebuah studio sekangkang kera di Superkinta, Ipoh. Nak dengar boleh KE SINI.
Sesi yang sama. Tapi ini eksen je. Mood lagu Napalm Death hehehe...
Ada juga yang masih menyimpan demotape LANGSUIR - Occultus Mysticism (rilis 1993). Yang ini versi East Gothic Productions dari Pahang. EGP licensed dari kami untuk pro-print demo yang originally dub sendiri pakai radio kaset. Status kult ini demo. Dan juga khazanah Metal negara. Download tak serupa feel dia dengan ada benda yang sebenar. Oppsss... aku pun takde simpan hahaha...
Suami rakan sekerja punya koleksi gitar. Gitar kapok pertama yang beliau beli pun ada lagi digantung kat atas tu. Jenis gitar? Fender, Squier, Ibanez, Epiphone, PRS. Bilik ni sempoi dia modify jadi ruang AV, main gitar dan lepak-lepak dan paling penting beraircond. Tuan punya rumah berbaju hijau. Yang lain-lain tu students yang datang sekali masa BBQ cum open house di rumah beliau.
Sumaiyyah, anak no 3 menang 3 awards di tadika PASTI. Hampir kesemua pelajar dapat hadiah pun tapi ini adalah langkah pertama untuk lebih berjaya. Sesi macam ni sudah tentunya memberi semangat kepada pelajar kecil kan. Best students untuk daerah Batu Gajah menang sampai 7 awards. Penuh dia nak bawak turun pentas.
Abang-abang Sumaiyyah jeles dia dapat awards. Takpelah, masa kamu akan sampai juga kelak. Not necessarily academic. Buatlah apa yang minat, insyaAllah aku akan support.
Introduksi kepada DEATH - Cabutlah plug itu!
Pull the Plug - digambarkan dengan menghulurkan dua jari ke arah hidung yang kemudiannya diisyaratkan seperti direntap dengan keras. Ketika pergerakan ini dilakukan, bibir mulut dicebek ke bawah.
Itulah bahasa isyarat yang digunakan oleh band Scum untuk lagu ini dimainkan semasa sesi jamming mereka. Tahun 1988. Saya berada di Tingkatan Dua. Anggota Scum yang lain, semuanya bersekolah lagi. Paling senior, gitaris utama yang berada di Tingkatan Lima.
Sesi jamming mereka biasanya selepas waktu sekolah. Ketika memainkan lagu Thrash dan Death Metal di Studio SYJ, Bazar Bulat, kami semua masih berpakaian sekolah.
Saya adalah die-hard pertama Scum. Boleh dikatakan hampir setiap sesi jamming, saya akan hadiri. Saya akan duduk di belakang set drum. Antara lain, saya bercita-cita hendak menjadi drummer yang hebat seperti drummer Scum. Beliau senior setahun dari saya. Saya berfikir, masih ada setahun untuk saya menjadi hebat seperti beliau. Belajar dari pemerhatian.
Leprosy adalah judul album Death dimana terkandungnya lagu Pull The Plug. Lagu tersebut menceritakan tentang kehendak seorang pesakit tiada harapan untuk hidup, supaya sistem sokongan beliau untuk hidup dicabut kerana beliau tidak sanggup lagi hidup menanggung derita. Korusnya ditulis, "Pull the plug, Let me pass away, Pull the plug, Don't wanna live this way".
Death adalah milik Chuck Schuldiner, dikatakan sebagai pelopor kepada genre Death Metal bersama dengan sebuah band lain bernama Possessed. Jika di negara kita ada Papa Rock, maka Chuck digelar sebagai Bapa Death Metal.
Kisahnya bermula apabila Chuck memulakan Death pada tahun 1984 ketika berusia 17 tahun. Asalnya band Death bernama Mantas. Bersama Mantas, beliau meriliskan demotape bertajuk Death by Metal pada tahun yang sama. Selepas rilisnya demotape ini, beliau menukar nama band kepada Death. Dengan nama ini, beliau merilis beberapa lagi demotape yang pada masa itu mendapat sambutan menggalakkan dari peminat Metal underground. Demotape Mutilation telah menarik perhatian syarikat Combat untuk merilis album pertama mereka yang bertajuk Scream Bloody Gore pada tahun 1987.
Scream Bloody Gore adalah blueprint kepada genre Death Metal. Ia mengandungi kesemua elemen muzik yang kita kenali sebagai Death Metal; suara menderam (growl), bunyi gitar yang berat dan selalunya tali gitar ditala rendah, drum yang dipenuhi dengan hentakan bass drum berkembar dan lirik yang kelihatan mengagungkan kematian. Tajuk lagu seperti Infernal Death, Baptized In Blood dan Torn To Pieces menggambarkan genre yang dicipta oleh Chuck.
Leprosy adalah kesinambungan dari album yang pertama dengan beberapa perubahan penting yang dilakukan oleh Chuck. Pertamanya, permainan instrumen Death lebih kompleks dengan bantuan anggota band yang baru dan lebih berkeupayaan. Rick Rozz menjadi gitaris kedua yang dikenali sebagai pemain whammy bar tersohor ketika itu. Sementara Bill Andrews menawarkan paten drum yang pelbagai dan kompleks yang membuatkan mereka yang bercita-cita menjadi drummer tersohor, menukar kepada instrumen lain yang lebih logik untuk dimainkan.
Keduanya, cara penulisan lirik menampakkan transformasi. Beliau mula menambahkan perisa dalam liriknya dan tidak mahu 100% ditulis mengenai kematian seolah-olah remaja yang terlebih menonton filem zombile. Ini dapat dilihat dalam lagu Leprosy sendiri yang mengisahkan tentang penderitaan yang dihadapi oleh pesakit kusta dan Pull The Plug. Walaupun ia masih berkisar sekitar kematian tetapi transformasi itu dapat dirasai.
Apabila album Spiritual Healing (1990) dirilis dua tahun selepasnya, Death melalui transformasi seterusnya terutama di bahagian lirik; dari lirik yang berkisar tentang kematian kepada lirik yang berkait dengan kehidupan dan keadaan semasa. Dalam lirik Spiritual Healing, Chuck menyindir industri perbomohan di US yang selalu ditayang di TV - dengan bayaran yang mahal, segala jenis penyakit dapat disembuhkan. Altering The Future berkisar tentang pengguguran anak dan natijahnya sementara Genetic Reconstruction ditulis mengenai teknologi genetik yang dilihat sebagai satu cara untuk mengubah ketentuan Tuhan.
Lebih dari itu, Death menampakkan cita-cita mereka untuk terus relevan dengan meluaskan definisi genre Death Metal. Kompleksnya struktur muzik bertambah dan skil anggotanya dinaiktaraf. Rick Rozz, walaupun terkenal dengan permainan whammy bar tetapi kurang menyengat apabila solo gitar yang sebenar diperlukan. Untuk itu, James Murphy dibawa masuk yang mana beliau sendiri adalah hero gitar dan mempunyai solo gitar bermelodik.
Penampilan band juga lebih kemas. Chuck seolah-olah mahu menunjukkan kepada peminatnya bahawa, penampilan bukan perkara utama. Yang penting, apa yang ditawarkan oleh beliau melalui album Death.
Naiktaraf ini terus dilakukan oleh Chuck untuk album Human (1991). Kesemua anggota band dalam album Spiritual healing dikeluarkan dan muka-muka baru dimasukkan, dua dari kumpulan Cynic yang terkenal dengan fusion Metal-jazz dan bassist dari kumpulan Thrash-Speed Metal, Sadus. Album ini benar-benar meletakkan Death di persada muzik US dengan jualan sebanyak 70,000 unit selain dari diiktiraf oleh majalah gitar terkenal, Guitar World sebagai salah sebuah album dalam 100 album terbaik sepanjang zaman.
Sesuai dengan naiktaraf ini, liriknya juga berubah kepada emosi dalaman manusia. Ini boleh dilihat pada lagu bertajuk Lack of Comprehension dan Flattening of Emotions.
Untuk album seterusnya, Individual Thought Patterns (1993), Symbolic (1995) dan The Sound Of Perserverance (1998), kehebatan teknikal permainan instrumen dan kompleksiti struktur lagu diteruskan - tetapi dengan keluar-masuknya anggota band. Masuk dan keluarnya anggota band diterjemahkan di dalam acuan album dan ini satu langkah yang bijak yang dilakukan oleh Chuck kerana setiap anggota bertanggungjawab juga dalam proses pembikanan lagu. Walaupun Chuck menghakimi apa yang perlu dilakukan di dalam album namun sentuhan setiap ahlinya dibenarkan. Sebab itu apabila kita mendengar mana-mana album Death, kita akan mendengar kelainan tetapi pada masa yang sama kita akan tetap dengar rangka muzik Chuck di dalamnya.
Kematian Chuck pada tahun 2001 akibat dari barah, tiga tahun selepas menghidapinya ditangisi oleh ribuan peminatnya di seluruh dunia. Jasa Chuck di dalam genre Death Metal bukan sahaja diiktiraf oleh peminat genre tersebut malah artis yang kelihatan tiada kaitan seperti Kid Rock dan Red Hot Chilli Peppers yang mengadakan konsert amal untuk menanggung kos perubatan Chuck yang mencecah puluhan ribu ringgit.
Di Malaysia sendiri, beberapa tahun lepas telah diadakan siri gig mengingati jasa beliau dan ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Death dalam mencorakkan muzik underground Metal tempatan terutama pada genre Death Metal.
Seleksi album:
Scream Bloody Gore (1987)
Leprosy (1988)
Spiritual Healing (1990)
Human (1991)
Individual Thought Patterns (1993)
Symbolic (1995)
The Sound of Perseverance (1998)
*ya, kesemua album Death patut didengar untuk menjejaki sejarah genre Death Metal
Monday, November 22, 2010
Introduksi kepada ANTHRAX - Moshing dan pogoing
Anthrax, entah kenapa kurang menyerlah di Ipoh. Mungkin dibayangi oleh Metallica yang mungkin lebih hebat dan accessible walaupun Anthrax sendiri tergolong dalam kelompok yang sama, The Big Four (of Thrash Metal).
Kurang menyerlah disini, saya maksudkan sebagai, tiada band jamming yang memainkan lagu mereka. Penerimaan Mat Metal di Ipoh dapat dilihat dari trademark Anthrax sendiri iaitu topi dengan bibirnya dikelepet ke atas dengan perkataan (lukisan sendiri) NOT dan MOSH terpampang. Yang lebih kreatif dan mahir, akan melukis gambar maskot Anthrax, seorang tua berkepala botak di bibir topi tersebut.
Tahunnya ialah 1989 ketika saya di dalam tingkatan dua di Sekolah Menengah St Michael yang mana band pertama saya ditubuhkan. Sebelum orang sibuk-sibuk dengan integrasi nasional dalam 1Malaysia, saya dan rakan-rakan sudah memulakannya. Band kami dianggotai oleh dua Melayu, seorang Cina dan seorang India. Dan tema band kami sangat terpengaruh dengan Anthrax. Sesuatu yang agak ganjil kerana pada masa itu, lebih banyak band jamming peringkat sekolah memainkan lagu-lagu dari band Metallica.
Ini mungkin menjadi sebab band kami tak lama hidupnya. Orang bergaya dengan pakaian serba hitam, kami meragakan pakaian berwarna-warni. Satu taboo ketika itu.
Anthrax istimewa disebabkan pendekatannya yang bersahaja, terbuka dan tidak terlampau Metal. Ini boleh diperhatikan melalui single I'm The Man pada tahun 1987 yang dicipta dengan pengaruh rap dan majoriti dari peminat muzik mengiktiraf single tersebut sebagai lagu Rap-Metal pertama di dunia. Di dalam video live N.F.V.: Oidivnikufesin (antara VHS konset pertama yang saya beli), I'm The Man dimainkan dengan anggota Anthrax bertukar posisi; si drummer menjadi vokal dan vokalis menjadi drummer.
Anthrax dilahirkan pada tahun 1981 oleh Scott Ian (gitar) dan Dan Lilker (bass). Vokalis asalnya, Neil Turbin kurang menyerlah dengan album pertama, Fistful Of Metal (1984). Krisis bermula apabila berlakunya pergolakan kuasa antara Neil menentang Scott dan Charlie (drum) dalam pembikinan lagu. Album ini kurang menyengat menyebabkan Scott dan Charlie mengambil kuasa pembikinan lagu yang sebelum ini, majoritinya dibikin oleh Neil. Jalan penyelesaian? Buang Neil.
Hanya apabila Joey Belladonna masuk menggantikan Neil Turbin sebaik sahaja selepas rilisnya album pertama. Joey menyumbangkan suara untuk album kedua, Spreading The Disease (1985) - introduksi sebenar pada EP Armed And Dangerous (1985). Ternyata, album ini lebih mendapat sambutan. Anthrax mula mendapat tempat di kalangan peminat Thrash Metal sekitar New York. Lagu seperti Madhouse dan Gung-Ho menjadi siulan peminatnya.
Lonjakan sebenar Anthrax sebenarnya berlaku apabila album Among The Living (1987) dipasarkan. Lagu-lagu tema Anthrax banyak terkandung di dalam album ini antaranya Among The Living, Caught In A Mosh, I Am The Law (homage kepada watak komik Judge Dread) dan Indians.
Album State Of Euphoria (1988) walaupun mendapat tempat ke-30 pada carta Billboard dan mengandungi lagu-lagu tema seperti Be All, End All, Misery Loves Company dan Antisocial (sebuah lagu cover dari band Trust); gagal menyaingi populariti album sebelumnya. Ini juga dirasai di Malaysia. Rilisnya album ini disambut dengan nak tak nak. Sebabnya? Kemunculan band Death Metal dan ia mula meresap ke dalam peminat muzik underground Metal tempatan.
Album Persistence Of Time (1990) hampir tidak dipedulikan walaupun pada pendapat saya, ia merupakan album yang solid dengan produksi yang lebih baik dari album yang sebelumnya. Seolah-olah menambahkan kejatuhan ini, Anthrax kerugian $100,000 akibat kehilangan instrumen dan alatan studio. Menambahkan parah, Joey Belladonna juga keluar. Malang. Zaman Thrash Metal jatuh walaupun secara perbandingan, Anthrax masih merilis album yang berkualiti seperti album ini.
Keluarnya Joey, bermakna Anthrax pun mula hilang dari fikiran saya. Untuk Anthrax sendiri, kegemilangan ketika Joey bersama mereka tidak dapat dibayar kembali walaupun diganti dengan penyanyi berpengalaman dan bersuara hebat, Josh Bush (dari band Armored Saint). Reputasi Josh pun boleh tahan kerana beliau adalah penyanyi yang disenaraikan oleh Metallica untuk menjadi penyanyi ketika Metallica berkira-kira mahu menggunakan penyanyi solo dan James Hetfield hanya menumpukan perhatian kepada permainan gitar saja.
Untungnya, Anthrax mengubah sedikit haluan muzik mereka kepada yang lebih moden di dalam album yang seterusnya. Walaupun tidak sepopular dahulu, namun Anthrax masih tetap meriliskan album. Jika dibandingkan dengan band Thrash Metal yang lainnya, kebanyakannya tutup buku dan hilang terus.
Krisis pun kerap melanda. Vokalis sering bertukar ganti. Joey sendiri pernah kembali untuk seketika pada tahun 2005-2007 yang menyebabkan Josh Bush merasa terkilan dan seterusnya meletak jawatan. Untung Scott berjaya menyelesaikannya. Walaupun seringkali beliau dikritik hebat oleh peminatnya dalam mengatasi krisis yang melanda namun boleh kita fahami bahawa krisis tersebut perlu ditangani segera semata-mata untuk survival band.
Kemunculan semula Joey Belladonna bersama Anthrax baru-baru ini memberikan sedikit harapan baru untuk era kegemilangan mereka. Diantara band berempat The Big Four, Anthrax terletak pada kedudukan paling bawah. Namun, semangat mereka untuk terus relevan memang kita tabik.
Seleksi album:
Spreading the Disease (1985)
Among the Living (1987)
State of Euphoria (1988)
Persistence of Time (1990)

Peraduan tiket IRON MAIDEN Singapore di majalah KARISMA
klik pada imej untuk paparan lebih besar dan jelas
Apa lagi bro? Untung dapat tiket free (tapi kos perjalanan sendiri la ek).