Friday, November 26, 2010

Ulasan: METALASIA Live At Metal Wars CD


Metalasia adalah nama tersohor di negara kita. Ramai mengenalinya sebagai sebuah band Power Metal yang benar-benar power. Terutamanya pada jabatan penggorengan gitar laju nak mampos! Dragonforce? Apa nak hairan. Kita ada Metalasia!

Album ini dirilis pada tahun 1999, selepas rilisnya album Khalifah Alam Maya (1999). Kalau tak salah, dirakamkan di Putra World Trade Centre? Memang hebat!

Untuk aku, aku nak dengar suara CDNaz, bekas gitaris hebat Sil Khannaz yang sekarang sudah menjadi artis solo. Nak semak, boleh ke dia melagukan vokal Metalasia seperti yang dirakamkan di dalam album Khalifah Alam Maya. Memang dia boleh! Dia ada suara yang memang sesuai dengan muzik Power Metal sebegini.

Lagi satu, sudah tentunya, melayan solo gitar duet kiri kanan yang macam halilintar tu! King Shah dan Ritz memang hebak! Hebak! Dan hebak! Solo mereka berapi. Seperti kita mengisar pedang dengan batu asah yang digerakkan oleh elektrik. Sreeetttt... sreeettt kali 100.

Malangnya selepas album Silantra (2002), tiada lagi rilisan baru dari Metalasia.

Hanya baru-baru ini, kita yang memantau pergerakan Metalasia di facebook diceriakan dengan berita yang Metalasia sedang galak merakamkan lagu-lagu untuk album baru. Beberapa siri video rakaman telahpun ditayangkan. Klip menyolo dan klip lagu pendek. Masih lagi hebak!

Metalasia adalah harta negara. Jangan mati awal sangat.

1. Bakar (Intro) / Banzai
2. Lumba Maut
3. Aniaya / Dimensi IV
4. Kamikaze
5. Bencana
6. Hangkatahangtera (Instrumental)
7. Balada Pemuzik Jalanan (cover Search)
8. Insaf Manusia Berdosa
9. Khalifah Alam Maya
10. Ikhtilaf

7 comments:

  1. permainan dh cantek tp klu mutu rakaman lebih clear lg cun!

    ReplyDelete
  2. hangkatahangtera

    best tajuk ni, hahaha!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kt PWTC tu rasenye metalasia buat konset thn 2002 sempena elben silantra...tunjuk je cd silantra kt pintu boleh masuk free..

    A concert recorded in front of 5,000 fans at the Sunway Amphitheatre on the 31st of July of 1999 would emerge as the 'Live At Metal Wars' opus.

    ReplyDelete
  5. - jabatan pengorengan
    ...he..he..he.. gilak gempak dibuatnya..

    ReplyDelete
  6. pernah tengok dorang sekali
    tu jam kat singapore

    tak salah tu show dorang bawak The Trooper tak salah aku.

    ReplyDelete