Ada siapa-siapa peminat Frank Sinatra sini?
Dah agak. Memang takde.
Lagu Yesterday yang superhits tu pun aku kenal masa baca kartun Lat. Lagu tu, memberi kesan kepada watak utama, Mamat. Lagu apa tu? Ulang-ulang dalam kartun Lat.
Akhirnya aku dapat dengar. Memang feel lagu tu. Tak hairanlah jadi hits.
Begitu juga dengan lagu My Way. Komen Bono (U2), lagu ni boleh beri kesan dua hala. Contoh yang beliau ambil ialah, ketika seorang pengurus yang dah bosan dengan kerjanya, berkata, "Aku nak resign. Menyampah dah kerja ni. Aku nak belah!" Sambil tu, lagu My Way yang asal, yang dirakam pada tahun 1968, sewaktu Frank masih muda, berkumandang. Bunyinya kepada pengurus itu sebagai penambah ego.
Semasa Frank berumur 78 tahun, lagu ini dirakam semula. Susunan lagu tak berubah. Tetapi oleh sebab suara Frank sudah berubah - lagu ini berubah kesannya. Menjadi sebuah lagu sedih, sayu, seolah-olah lagu yang - merintih bertaubat atas kesilapan dan dosa yang lampau.
Sejarah Frank Sinatra, panjang. Google saja. Pelakon, penyanyi dan playboy. Suaranya yang kemas menyebabkan semua crooner wannabees meleleh dan mengutuk diri sendiri kerana suara sendiri yang tidak macho, tidak bermaya dan terlebih lagi, tiada iras playboy langsung.
CD ini dengan 12 buah lagu memang tak layak untuk dijadikan hakim kepada sejarah Frank yang panjang. Tetapi sekurang-kurangnya, ia memberikan sedikit pelajaran sejarah. Sekurang-kurangnya, beliau tidak menjadi P Ramlee yang hidupnya dilupakan. Bila dah mati, barulah sibuk masing-masing.
1. "Watch What Happens" (Norman Gimbel, Michel Legrand) – 2:17
2. "Didn't We?" (Jimmy Webb) – 2:55
3. "Hallelujah, I Love Her So" (Ray Charles) – 2:47
4. "Yesterday" (John Lennon, Paul McCartney) – 3:56
5. "All My Tomorrows" (Sammy Cahn, Jimmy Van Heusen) – 4:35
6. "My Way" (Paul Anka, Claude François, Jacques Revaux, Gilles Thibault) – 4:35
7. "A Day in the Life of a Fool" (Luiz Bonfá, Carl Sigman) – 3:00
8. "For Once in My Life" (Ron Miller, Orlando Murden) – 2:50
9. "If You Go Away" (Jacques Brel, Rod McKuen) – 3:30
10. "Mrs. Robinson" (Paul Simon) – 2:55
Bonus tracks included on the 40th Anniversary reissue:
11. "For Once in My Life" – 4:11 studio rehearsal, NBC Studio 2, Burbank, California, August 13, 1969
12. "My Way" – 3:09 live performance at the Reunion Arena, Dallas, Texas, October 24, 1987
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
Gwa ske sex pistol cover lagu my way.. Sound so Rebellious!
ReplyDeleteLagu Yesterday kenal masa belajar main keyboard. X tau pu org tua ni penyanyinya
ReplyDeleteFrank Sinatra ni aku suka Bon Jovi nye lagu Its My Life.
ReplyDelete" Like Frankie say I did it my way"
best giler lirik
Lagu Yesterday tu bukan lagu The Beatles ker?? Aku konfius nih.
ReplyDeleteplaylist wajib tun dr. mahathir ni..
ReplyDeletedia penah kata dia dpt selamatkan malaysia dari kemelesetan ekonomi 1998 tu hasil dari "dorongan" lagu ni la.. mana taknya.. semua negara asean pinjam bank dunia.. dia je yg xnak pinjam..
totally his own way!
selain lagu my way, lagu when i was 17 & lagu something stupid pun best gak..