Saturday, November 27, 2010
Ulasan: Buku CERITA PIALA DUNIA oleh Lucius Maximus
Untuk standard aku, memang aku banyak membaca. Tapi bukan membaca novel. Kalau orang tanya aku mengenai penulis-penulis novel dan bukunya memang aku tak tau.
Benda yang aku baca, pertamanya sudah tentu suratkhabar. Kemudian majalah berita seperti Times. Dan of course, artikel teknikal atas dasar pekerjaan hakiki.
Tetapi sekali-sekala aku juga baca novel - yang bersifat kontemporari selain dari buku autobiaografi. Buku yang ada di tangan, dibeli dan selesai dibaca baru-baru ini - Cerita Piala Dunia.
Aku percaya seperti apa yang diakui oleh kulit buku ini - buku sukan indie pertama di Malaysia - memang pertama dan unik. Untuk dapat ilham buku ini, sudah tentu ilham datangnya dari Allah s.w.t., adalah satu kelebihan. Untuk menulis buku ini, setiap bab merangkumi setiap perlawanan yang berlangsung semasa Piala Dunia 2010 yang lepas, adalah satu perkara yang memerlukan analisis kritikal serta gaya penulisan yang menarik.
Andai tidak, kita sekadar membaca sesuatu yang telah dilaporkan di dada akhbar mengenai perlawanan tersebut.
Lucius (mengingatkan aku kepada drama bersiri ROME), menulis dengan gaya tersendiri. Narration kepada perlawanan tidak diulang semula sebaliknya beliau mengisinya dengan maklumat tentang sesuatu negara, individu dan juga kritikan terhadap bolasepak tempatan yang dikaitkan dengan sessuatu perlawanan. Untuk sepenuhnya memahami dan tenggelam dalam penulisan beliau, kita harus berfikiran tajam dan terbuka.
Buku ini walaupun nampak ringan tetapi sebenarnya adalah bacaan berat - atau mungkin, bacaan ringan yang sekali-sekala berat atau vice versa bergantung kepada tahap penerimaan pembaca. Gaya penulisannya bersahaja tetapi penuh dengan maklumat. Humornya tersendiri yang selalu dikaitkan dengan industri bolasepak tempatan. Kritikannya membina walaupun selalu menghiris perasaan sesiapa yang memakan cili.
Kita tidak perlu menjadi seorang peminat bolasepak tegar untuk menikmati buku ini kerana bukan teknikaliti perlawanan bolasepak itu yang dibincangkan.
Tetapi jika anda peminat bolasepak sejati, ini adalah sesuatu yang wajib dibaca. Bolasepak akan mati tanpa penulisan. Bayangkan tiada laporan mengenai sesuatu perlawanan bolasepak di mana-mana untuk dibaca. Buku ini akan meletakkan kita beberapa tangga di atas peminat bolasepak yang lain - sekiranya kita mempraktis menonton bolasepak seperti Lucius.
*buku ini buku indie - tak boleh jumpa di kedai. Berminat nak beli - sila email kepada
wah..interesting dan interested haha
ReplyDeletebacala blog sokernet..lucius menulis di situ..
ReplyDelete