Tuesday, November 30, 2010
Ulasan: NECROTIC CHAOS Black As The Insect MCD
MCD ini adalah satu kejanggalan bagi Necrotic Chaos kerana Adik (bass/vokal) tidak bersama, juga Dark-E. Sebaliknya ia dikemudikan oleh Jadam (gitar) dan Wira (drum).
Untuk itu, mereka berdua membawa masuk Azlan dan Azman dari Langsuyr dan Jo'o dari Hayagriva.
Untuk yang mengenali individu-individu di dalam pasukan Necrotic Chaos untuk rilisan ini, pasti boleh mengagak hala mana Necrotic Chaos pergi.
Technical Death Metal. Elemen melodi hampir dibuang terus. Ini adalah bahana ketidakhadiran Dark-E.
Vokal Azlan juga memberi pengaruh yang besar. Adik bersuara besar dan dalam sedangkan Azlan lebih kejam bunyinya yang menyebabkan Necrotic Chaos, di dalam rilisan ini, berubah sama sekali.
Black As The Insect, It's Depth Unpenetrable dan Immaterial Majesty adalah kenduri riffs yang anti-melodi dengan teknikaliti rakus dan kekejaman dalam susunan lagu. Saduran Langsuyr, My Oath For Thee juga tidak ketinggalan; dilanyak dan ditenyeh dengan kejelekan yang membuatkan pendengarnya memasamkan muka dirantai perasaan benci.
Itulah agaknya matlamat rilisan ini. Dan ia berjaya. Sekurang-kurangnya tatkala mendengarnya sebelum kembali normal untuk makan malam bersama keluarga.
ni antara album gila jugak lah!
ReplyDeletebergetar gegendang telinga!
ana suka ini album! haha..
ReplyDeletealbum nc paling sludgey & kotor.. sayang line up nc ni bertahan untuk 1 material je..
kalau ente perhatikan, cover nya pun cun pasal dilukis oleh mizalaby..
ana misti pilley!